Followers

Thursday, April 18, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 17

Sampai bila pun sayang



17
“Faez, Aisyah, Aisyah, Faez,” Danisa perkenalkan Faez dan Aisyah antara satu sama lain. Aisyah sedari tadi menggigit tubir bibirnya, Danisa tahu…dia sedang menahan diri dari menjerit.

“Jadi awaklah referee hari ni?” Tanya Faez kepada Aisyah, itu yang terlintas di kotak fikirannya, kalau diam kekok pula jadinya nanti. Nak bersalam tak manis pula, sudahlah gadisnya bertudung, isteri orang pulak tu. Aisyah tersenyum lebar, dia menjeling Danisa seketika sebelum menjawab pertanyaan itu.

“Ya, saya.”

“Suami tak ikut ke?” Soal Faez, dia ikhlas hendak tahu, sedari tadi dia tak nampak pun batang hidung lelaki di sisi Aisyah. Aisyah menggeleng-geleng.

“Tak, hari sabtu girl’s day, selalunya sabtu pagi memang dia tak kacau dia hantar sahaja saya kat sini.” Balas Aisyah, Danisa sedari tadi diam sahaja melihat mereka berdua berbual.

“Oh, saya mengganggu girl’s day korang ke hari ni?” Faez bertanya dengan kerutan di dahinya. Laju sahaja Aisyah menjawab,

“tak, lepas ni Faez lah kena ambil tempat saya. Saya dah tak boleh keluar untuk girl’s day dah, hari ni last.”

Laju sahaja jari Danisa mencucuk pinggang Aisyah, pandai-pandai sahaja dia menyuruh Faez mengantikan tempatnya. Tak mahulah, bahaya. Lagi selalu mereka berjumpa di sini, lagi besar peluang untuk mereka kantoi dengan Danish, Danisa tak mahu ambil risiko. Melompat Aisyah kegelian, lantas dia mencebik ke arah Danisa sambil mengecilkan matanya, kononnya geramlah tu.

“Ada-ada je kau ni, jom lah. Pukul berapa nak start? Nanti panaslah.” Rungut Danisa, Faez melirikkan senyuman memandang Danisa begitu. Tak kira apa sahaja riak wajah Danisa, semuanya dia suka, cinta memang buat manusia jadi ‘gila’. Danisa bergerak ke hujung gelanggang, Faez pula bergerak ke sebelah lagi manakala Aisyah duduk di luar kerana kerusi pengadil tidak ada, terpaksalah dia duduk mengadili dari luar gelanggang.

I’ll go easy on you.” Jerit Faez kepada Danisa, sinis senyuman Danisa berikan kepada Faez.

Don’t underestimate me.” Jerit Danisa pula. Dia mula serve bola, laju bola itu melantun ke arah Faez. Faez memukul bola itu sekuatnya, lincah kaki Danisa mengejar bola yang melantun ke sebelah kanan gelanggang. Serangan Faez dibalas Danisa tanpa sebarang masalah, kagum Faez bila Danisa boleh menyambut bolanya tadi. Faez berlari untuk membalas serangan Danisa, bola yang dipukul Danisa kali ini disambut mudah oleh Faez. Danisa membalasnya dengan kuat, serangannya kali ini gagal dibalas Faez, bola sudah pun melantun melepasi tubuhnya.

Mata pertama buat Danisa.

Danisa tersenyum sinis dengan kening terangkat, bangga sungguh rasanya bila dia yang berjaya meragut mata pertama. Faez memandang ke mata Danisa, nafas panjang dihela. Boleh tahan Danisa ni, kena pula Faez sudah lama tidak bermain tenis sedang Danisa bermain tenis setiap minggu bersama Aisyah sebelum Aisyah disahkan mengandung dua minggu lalu.

“Janganlah main macam perempuan.” Dengan selamba Danisa berkata begitu, tergelak Aisyah yang sedia menonton di luar gelanggang. Cepat-cepat dia menutup mulutnya dengan tangannya, risau kalau Faez terasa. Dengan provokasi dari Danisa itu memang tercabarlah kelelakian Faez, dia tidak akan memberi peluang bagi Danisa. Permainan diteruskan, dan kali ini lebih sengit dari tadi. Danisa dan Faez saling mengutip mata sehinggalah ke akhirnya Danisa mendahului pada pusingan pertama.

“Kata pandai main tenis, biasa je.” Ujar Danisa, berbisa sungguh lidah Danisa suka-suka sahaja mengata Faez. Air yang dibawanya diteguk rakus, hilangkan lelah bermain tenis tadi. Faez yang sedang meneguk airnya tersedak mendengar sindiran yang keluar dari mulut Danisa yang sememangnya tak ada insurance.

“Saya silap dengar ke?” Tanya Faez tidak percaya, Faez memandang ke arah Danisa tetapi Danisa langsung tidak membalas akhirnya pandangannya jatuh pada Aisyah.

“Awak tak silap dengar, dia memang macam ni. Bab bersukan dialah yang paling tere, paling power, tak payah argue.” Aisyah menjawab bagi pihak Danisa, kini Danisa pula yang tersedak. Membulat matanya bila Aisyah menyebelahi Faez yang baru dikenali tiga puluh minit yang lalu, dia yang sudah bertahun-tahun lamanya bersahabat dikutuk pula.

“Woiii…!!” Marah Danisa pada Aisyah. Aisyah bolayan je.

“Jom, satu round lagi.” Suara Faez dalam nada tidak puas hati. Geram pula dikalahkan Danisa, memalukan sahaja bila dia tewas ditangan kaum Hawa ni. Faez mengambil seteguk lagi air lalu dia menutup botol airnya, botol air itu dihentak kuat pada kerusi panjang itu lalu Faez meninggalkannya di situ. Kali ini dia akan tewaskan Danisa, dengan semangat yang membara Faez melangkah gagah masuk ke gelanggang.

Faez memberikan sepenuh tumpuan pada permainan itu, bola yang diserve oleh Danisa menuju ke arah kanan Faez pantas dia mengejar dan Faez melayangkan raket tenisnya dengan kuat untuk memukul bola itu. Laju bola itu bergerak menuju ke kanan gelanggang sebelah Danisa, Danisa berusaha sedaya upaya mengejar bola yang terbang sepantas kilat tetapi dia gagal menyambut bola itu.

Satu mata buat Faez.

Faez tersenyum sinis, dia tidak lagi akan memberi peluang kepada Danisa. Tidak kira walau apa tangkapan Danisa selepas ini, dia mahu menang pusingan ini. Keseriusan pada wajah Faez menakutkan Aisyah yang melihat dari luar gelanggang, sangat susah bagi Danisa untuk merebut mata lagi kerana dia sudah kepenatan sedikit dan Faez tidak lagi bermain-main, dia serius mahu menang.

Setelah lima belas minit saling memukul bola tanis itu, kemenangan berpihak pada Faez dengan jurang markah yang banyak. Danisa memandang Faez, ternyata dia tidak puas hati bila akhirnya dikalahkan lelaki itu. Faez cuma mengangkat kening buat tak tahu, bukan salahnya Danisa yang mula mencabarnya dahulu, Danisa yang tidak mahu dia memberi peluang kepada Danisa dan bermain dengan serius.

“Marah ke?” Tanya Faez kepada Danisa yang masam mencuka. Walaupun begitu wajahnya Faez menganggap Danisa nampak comel dan manis, cinta memang membuatkan seseorang buta. Danisa menjeling pada Faez, Aisyah tergelak melihat Danisa begitu. Tulah…cakap besar lagi, yang dicabarnya tu lelaki.

“Haha, Danisa ni memang macam ni. Kalau kalah masam bukan main, susah gila nak pujuk.” Aisyah mengejeknya. Dia dah masak sangat dengan perangai Danisa, bukan sekali dia bermain tenis dengan Danisa, sudah bertahun-tahun sejak dari kepulangan Danisa dari UK.

Shut up.” Danisa bersuara.

“Aisyah.” Panggil Hakim dari belakang, pantas ketiga-tiga menoleh ke arah suara itu datang.

“Awalnya abang sampai.” Tegur Aisyah, Hakim mengampiri mereka dengan spontan dia bersalam dengan Faez.

“Faez.” Faez memperkenalkan dirinya. Hakim pun tersenyum lalu dia memperkenalkan dirinya juga, “Hakim, suami Aisyah.”

Faez terangguk-angguk faham.

“Aisyah tak nak balik lagi ke?” Tanya Hakim kepada Aisyah. Sebenarnya dia datang menjemput isterinya lebih awal kerana dia menerima mesej dari Danisa untuk datang menjemput Aisyah lebih awal. Danisa sengaja buat begitu supaya dia ada masa untuk berbual dengan Faez. Dahi Aisyah berlapis-lapis berfikir mengapa suaminya sibuk mengajaknya pulang sedangkan sekarang masih awal, selalunya suaminya akan menjemputnya pada pukul sembilan setengah, suaminya datang awal empat puluh lima minit.

“La..awal lagi kan? Tak boleh ke Aisyah stay sini lagi?” Manja sahaja suara Aisyah bercakap dengan suaminya. Lantas Hakim tersenyum kepada Aisyah.

“Danisa yang mesej abang suruh ambik Aisyah, abang tak tahu apa-apa.” Hakim beralasan dengan mimik tak bersalah, dia menggeleng-geleng seperti orang yang tidak tahu menahu apa yang terjadi. Aisyah berpaling ke arah Danisa, memandang kepada sahabatnya dengan jelingan tajam.

“Kenapa?”

“Kau lah, asyik menyebelahkan Faez je.” Danisa menyalahkan Aisyah. Memang itu salah satu sebab kenapa dia menyuruh Hakim menjemput Aisyah. Makin lama Aisyah di sini bersamanya dan Faez semakin banya kutukan yang keluar dari mulut Aisyah itu, tidak dilupakan juga rahsianya juga mungkin makin banyak yang akan pecah.

“Mana ada.” Aisyah menafikan, muncung bibirnya bila dia ‘dihalau’ balik. Hakim menarik tangan isterinya memujuk.

“Biarlah Danisa kat sini, dia nak dating tu. Janganlah kacau,” kata Hakim kepada Aisyah, memujuk isterinya yang tidak mahu pulang. Danisa yang mendengar membulat matanya, terkejut dengan kata-kata Hakim.
“Kau beritahu Hakim?” Tanya Danisa tidak percaya. Aisyah menelan liur, alamak!!!

“Abang jom balik.” Kata Aisyah lalu menarik tangan suaminya berlalu dari situ. Danisa sudah seperti berasap marahkan Aisyah yang memberitahu Hakim mengenai hubungannya dengan Faez. Belum dikira malunya dengan Faez, mana nak sorok muka? Malunya….

“Aisyah!!” Jeritan Danisa tidak dihiraukan Aisyah. Beg Aisyah dibiarkan diangkat oleh Hakim, laju sahaja dia menarik Hakim pergi dari situ. Tahu pula takut dengan Danisa, bila bercakap tidak pernah pula Aisyah beringat. Faez yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati tertawa bila Hakim dan Aisyah semakin menjauh.

Danisa berpaling ke arah Faez, tak tahu apa yang perlu dia katakan atau buat. Malu dan geram bercampur, yang mana patut dia utamakan? Kalau malu, diam dan tutup mulutlah yang terbaik, tetapi kalau geram yang diutamakan pasti Faez akan dijerkahnya. Danisa menghela nafas dalam-dalam, dia cuba untuk menenangkan dirinya.

“Awak mesti dah menyesal jadi teman lelaki saya kan? Macam-macam perangai buruk saya awak nampak hari ni.” Ujar Danisa tiba-tiba, dia memandang ke arah Faez. Faez menunjukkan muka tidak setuju, berkerut-kerut dahinya.

“Saya tak cakap apa-apa pun.”

Danisa mengambil tempat di kerusi panjang itu, dia mencapai botol airnya yang hanya berbaki suku dari keseluruhan botol itu. Danisa meneguk air itu perlahan-lahan, lega sedikit tekaknya tetapi dia belum cukup puas, letihnya masih berbaki. Tadi dia memang bersungguh-sungguh bermain, namun kemenangan tetap berpihak kepada Faez. Selama ini kalau dia bermain tenis bersama Danish atau pun Hakim sekali pun dia tidak pernah seletih ini, Faez memang pandai bermain tenis, Danisa terpaksa akui itu.

“Awak nak main lagi satu round ke? Saya dah tak laratlah.” Tanya Danisa kepada Faez yang sudah mengambil tempat di sebelahnya, kemudian Danisa mengelap peluhnya dengan tuala yang dibawanya. Malu pulak bila Faez memandang dirinya dalam keadaan begini, berpeluh-peluh.

“Tak payahlah kalau macam tu.” Jawab Faez. Dia menyimpan raket yang digunakan tadi ke dalam beg raketnya.

“Awak…saya nak pergi beli air, air saya dah habis. Awak nak tunggu atau nak ikut?” Danisa bersuara, dia memandang kepada Faez yang baru menzip beg raketnya. Faez dengan spontan bangun dan mengangkat beg raketnya, dan juga beg raket Danisa.

“Jom, saya temankan.”

Danisa tersenyum, dia bangun dan sama-sama beriringan dengan Faez ke gerai menjual air. 

*~*~*
~bersambung~
\
an: sorry lambat, saya terlupa hari saya kena update SBPS~~ ralit baca HSHI versi bercetak, anda dah dapatkan HSHI??harap anda semua terhibur.


2 comments: