Followers

Saturday, May 4, 2013

Ranting on Gadis Edisi Terhad by Rin Ahmad - Z

Warning: Maafkan Z, ini sebenarnya tak boleh dikira sebagai review... Sebab terlalu panjang dan terlalu banyak luahan perasaan... Tapi kita anggap je lah review jugak.. Hehehehe... Happy reading.. And do leave comment andai kata anda setuju atau kurang setuju dengan Z... Sama-sama kita berkongsi pandangan yaa!! /(0o0)\


Hello readers… Me is back with hello readers ni maksudnya guess what?????? Z nak buat review untuk novel yang baru dihabiskan 15 minit yang lepas…..!!! Yeahhh… !!! Kali ni Z nak buat review untuk novel Gadis Edisi Terhad by kak Rin Ahmad. Whattttt?? Kak Rin Ahmad again? Jangan cakap Z tak sayang yang lain, bias sangat Z ni… Asyik-asyik review pasal karya kak Rin Ahmad je? No no no, bukan macam tuuu… Yes I admit memang Z agak gila lah dengan karya kak Rin Ahmad ni, tapi penulis lain pun Z sayang jugak… Insyaallah kalau ada masa pasti Z akan buat review pasal yang lain jugak… Z busy dengan assignment sebenarnya, stress!!! Bak kata Gary dalam running man pulak!! Hahaha tapi alhamdullilah semua dah siap dengan usaha Z yang gigih, cewahh gigih lah sangat… 

So bila dah habis assignment, melepak pulak dekat PBAKL sehari, dapat novel bermacam-macam, dan mulalah sesi membaca novel. Dan novel pertama yang dibaca adalah GET ni, so buatlah review kan… Yang lain nanti akan menyusul, insyaallah… Tak janji tapi Z akan cuba… Iyelah, lepas ni dah nak balik Universiti ‘kesayangan’ Z tu, so tak tahu lah ada masa ke tak… Ni pun alang-alang balik rumah semperna PRU 13… (sebenarnya ambik kesempatan ni, bukannya Z layak mengundi pun…!! Hahahaha, siap ponteng kelas lagi… Adik-adik mohon jangan tiru perlakuan Z ni ye!!!).

Okay still with ayat yang sama, done with membebel… Now into the main topic… What can I say? Hmmm…. Of course lah Z sukaaaaaaa novel ni…. Serious best, tak tipuuu!!!! Firstly Z nak cakap pasal watak dulu boleh? Okay, Z sukaaaa dengan Fareez Ilham ni!!! Eleh tiap kali pun cakap suka watak lelaki… Cehhh terserlah kegatalan di situ… Tapi nampak tak aaa kat belakang suka tu tak berapa panjang sangat? Hmm Z lagi suka Syed Azri daripada Fareez lah tuu… Hehehee… Masa baca GET, Z tak rasa berdebar-debar bila berdepan dengan watak Fareez. Tak sama dengan masa baca USD, Z sangat berdebar bila berdepan dengan SSB Syed Azri.. Cewahh cakap rupa macam dua ni Z punya boyfriend pulak… hahahaha… Bukan.. maksud Z, Z tak lah suka gila-gila dekat Fareez ni… He seems fine to me, tapi tak menambat hati Z sangat lah.. Kalau ingatlah, Z pernah cakap dalam review USD yang I love bad boy so much… Mungkin sebab Fareez ni tak bad boy sangat kot… Hahahaa… Tapi I love his ego!!! Z ni memang pelik, suka bad boy and love guy’s ego… Z rasa ego itu berkarisma tapi kalau ego sangat pun tak boleh jugak, nanti makan diri padan muka.. Hahahaa… Part yang Fareez ni ada ego arkitek dia, ego lelaki dia memang Z amatlah terpikat… Kalau nak tahu apa itu ego arkitek, silalah baca sendiri okay… Memang tak rugi pun beli.. Hehehe

Fellah Delisya pulak… I like her so muchhhhhhhh!!! I like her more than Fareez… Ni first time ni, sebelum ni sentiasanya watak lelaki yang Z suka….!! Biasalah tu, dah nama pun Z ni perempuan, haruslah suka lelaki kan?? Nanti jadi tak betul pulak kalau suka perempuan… No, gurau je!! Hehe…. Z ada baca kat depan kak Rin buat dedikasi cakap ambik nama anak kawan dia kot..?? serious cakap memang styleeeeeeee gila nama… Pandai akak tu cari nama anak dia… And part yang Z suka of course lah sebab Fellah ni pun style luar alam jugak, hobi gila high maintenance… Kumpul barang edisi terhad… Kalau orang biasa memang tak lah kan, tapi sebab dia anak Tan Sri, fikir balik macam.. Owhh okay, dapat diterima akal lah… And apa yang Z paling suka dekat Fellah ni, gaya dia, perwatakan dia yang Z paling suka… Sebab apa, sebab Z rasa Z pun ada pemikiran yang lebih kurang sama dengan Meen ni… Eh panggil Meen pulak, confius ya? Kalau baca anda akan tahu, so beli… Jangan tunggu lagi… Bukan lah Z nak cakap Z ni stok yang beli barang Gucci, Chanel semua, tak mampu pun sebenarnya… 

Tapi Z sama pendirian dengan Meen ni… I like the way she is. Macam masa dia tengah bercinta dengan Fareez, dia bukanlah seorang girlfriend yang ‘melekat’ sangat dengan boyfie dia.. Kalau Fareez tak nak layan dia, dia buat steady… Tak ada lah macam separuh mati kan… Bagi Z, baguslah macam tu.. I mean come on lah girl, baru boyfriend belum laki kau lagi Jahh oiii… Z tak suka sesetengah orang yang mengganggap boyfriend adalah segala-galanya… Pergi mana-mana kena report dengan boyfriend, kalau keluar tak bagi tahu sanggup pesan kawan-kawan jangan tag nama dekat facebook sebab takut kantoi… Gila kau, over nak mampus!!! Dengan mak ayah tak pulak kau report kau nak pergi mana!! I just hate it… Meen ni walaupun dia sayang Fareez, tapi dia jugak tak nak lah Fareez ni terlalu mengacau privacy dia.. Agak-agak lah pun nak bercinta pun.. I like that… Maafkan saya bakal encik boyfriend…. Anda mungkin akan bengang dengan saya… Sebab saya tidak akan jadi macam mereka!! I have my own life too, just don’t intruding into my life too much…

Done with that, Z nak cakap pasal barang edisi terhad cik Jasmeen pulak.. Bila baca, Z ada terfikir, wow best nya menjadi seorang Fellah Delisya. Head to toe kalau dihitung Z rasa boleh beli sebijik kancil.. Bukan untuk hari tertentu masa ada event ya, tapi setiap hari tauuuuuuuuu!!! Tapi bila fikir-fikir balik, Z mula ragu-ragu… I mean wujudkan orang sebegini di Malaysia.. Kalau di luar negara tu Z yakin memang ada, contohnya si Paris Hilton tu.. Sah-sah dah tuu.. Tapi dekat Malaysia ada ke?? And Z fikir, orang-orang kaya dekat Msia ni, memang lah ada yg stok Gucci, Donna Karan, Miu Miu dan segala jenama yang mahal-mahal… Tapi tak lah dorang pakai setiap hari kot?? Kalau setakat duduk rumah, rasanya kalau pakai baju Mango pun dah cukup mahal kot?!!!! Tapi bukan pada Cik Jasmeen ya, dia duduk rumah pun pakai edisi terhad yang harga riban-riban…!! Z mula cakap dekat kakak Q, gila apa.. Seriously ada orang ini wujud di Msia?? Dia pun setuju dan cakap ada ke?? Sampai Z cakap, if Z ni lah tahap dah jutawan dah ni, tapi Z tak akan pakai t-shirt kosong yang harga beribu.. Kalau beratus pun Z rasa mahal, inikan pulak t-shirt biasa yang harga beribu.. Sorry.. Tidak akan…!! Tapi Z fikir lagi, Z ni orang biasa je, dari perspektif Z memang lah Z cakap tak mungkin… Sebab Z orang biasa yang tengah berangan-angan, mesti lah cakap macam tu.. Tapi cuba kalau budak tu memang dah sah-sah anak jutawan daripada kecik… Daripada dalam perut mak dia dah jejak gedung LV, kecik-kecik dah ikut mak masuk gedung Salvatore Ferragamo.. Of course lah dia rasa gedung-gedung mahal tu macam Tesco aje bagi dia.. Dia dah biasa semua tu.. Dah sebati dengan darah dia lah katakan.. So benda tu tak mustahil… Akhirnya Z rasa benda tu wujud cuma Z yang tak boleh bayangkan sebab Z rasa itu satu dunia yang Z tak akan masuk… Yes I will buy jenama-jenama tu kalau ada rezeki lebih, kot lah kahwin dengan orang kaya kan? (Cewahh berangan…!!) That’s my dream too untuk ada beg monogram LV, tapi Z tak akan pakai jam tangan ratus ribu… Kalau setakat beribu tu Z akan pakai… Tapi untuk Jasmeen yang sedia anak jutawan, so memang tak mustahil kalau dari kecik dia memang dihidangkan dengan barang-barang mewah.. Dia tak rasa apa-apa sebab dia mampu…!! Masa ni Z mula lah terbayang, adakah kak Rin pun memang sedia kaya yang jenis pakai scarf pun daripada gedung Gucci jugak? Hehehehe, jangan marah.. Gurau aje, tapi kalau betul wow you are so lucky…

Lepas tu, Z nak cakap pasal Diya yang tergedik-gedik dan terhegeh-hegeh dekat Fareez tu.. Iya, Fareez tu jutawan, siapa tak nak kan? Tapi sedarlah diri wahai cik kak… Berpijak pada bumi yang nyata boleh? Semua orang pun teringin nak berlaki kan jutawan muda ni,Z pun nak, tapi pada-pada lah…. Memang lah ada effort kau nak pikat dia, tapi kalau dah kena reject beberapa kali secara obvios… Tak payah lah nak terhegeh-hegeh lagi… Itu sangat memalukan kerana anda telah menjatuhkan maruah anda sebagai seorang perempuan.. Dekat sini Z nak buat satu confession, kalau yang pernah membaca karya Z, ICK… Z pernah tulis kenapa Izleen marah sangat dengan Daniel kan? Dia marah sebab dia suka Daniel tapi Daniel tak pernah layan dia masa zaman kecik-kecik dulu yakni zaman matrik dia… Izleen pernah IM Daniel di Facebook tapi Daniel tak pernah layan.. Sebab tu dia marah sangat dan bersumpah tidak akan melayan Daniel if let say dorang jumpa balik satu hari nanti. Tell you what, ini kisah benar Z… I did like a guy before, dan Z tak kenal dia dan dia tak kenal Z… Cuma jatuh cinta pandang pertama gitu dan dia jadi crush Z selama.. entah lah tak ingat.. Tapi Z ada effort untuk kenal dia… I did add him dekat FB and setelah lama menunggu, he approved me.. Z pun dengan happynya IM dia untuk mengucapkan terima kasih lah, (alasan je ni padahal nak cari peluang sembang ngan dia.. dan untuk jadi rapat…) Tapi sekali pun dia tak pernah layan Z.. Z kecewa gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. Tapi nak buat macam mana? Dah orang tak nak layan kita, siap beberapa bulan lepas tu Z tahu dia dah ada GF, so Z terus melupakan dia dan moves forward.. Tipu lah kalau cakap tak rasa apa-apa, Z frust menonggeng jugaklah tapi kejap je and Z terus lupakan dia dan alhamdullilah berjaya… Z tak de pun lah nak terfikir nak cari jalan rosakkan hubungan dorang dan cuba untuk merampas dia.. Sebab dia memang bukan hak Z pun in the first place.. Buat apa nak emo lebih kan?? Lagipun Z rasa sangat merendah kan pride perempuan kalau Z terus terhegeh-hegeh kat dia… Sekarang Z just go with the flow, the right one will come naturally to you when the right time comes… Prinsip Z satu aje, crush banyak tak apa… Tapi once crush Z dah dimiliki yakni dah diangkat tittle menjadi BF orang, Z akan terus lupakan dia.. Buat apa nak terhegeh-hegeh kat hak orang kan?? Cuba up kan sikit diri tu…. Jangan jadi cheap sangat… Z suka prinsip Gina jugak, dia steady jugak bila Diya perli-perli dia pasal Fareez.. Dia mahalkan diri dan bukan murahkan diri dengan bergaduh dengan Diya yang tak matang dan kurang cerdik tu… Tapi part yang dia curang tu memang $#@%#$^ lah kan….

Secara keseluruhan, Z memang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat GET ni.. Terasa lah macam hidup anak Tan Sri kejap bila baca part yang Jasmeen ni shopping.. Owhh macam ni gaya hidup orang kaya yang Z tak pernah tahu… Memang best…!! Dan Z suka part Fareez nasihat Jasmeen masa dorang dah kahwin… Dia mampu tapi dia nasihat supaya berjimat tu best.. Tapi satu aje yang tak best, Z tak suka ayat Fareez… Dia cakap my dream car is custom made Bentley… But…..I don’t need a fancy car.. I pakai BMW X5 tu sejak dari I langgar pasu bunga you sampai lah I ke masjid nak kahwin dengan you… Lebih kurang macam ni lah ayat dia… Tak sama sangat tu maaf lah.. Tapiiiiii… yang Z tak puas hati.. Dia cakap rupa BMW X5 tu kancil… Perghhhh Fareez ni sangat Hi-So bak kata orang siam… Boleh perumpamaan dia macam tuu.. Tapi standard lah kan, dia memang jutawan sejak kecik.. Perumpamaan tu dah kira paling murah lah kot dalam otak dia.. Memang lah kalau BMW nak compare dengan Bentley custome made memang lah jauh murah BMW X5… Betul lah apa dia cakap tu… Cumanya.. Wahhh… dia cakap dia don’t need a fancy car but he is using a BMW X5…. Walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….. Maaflah otak orang biasa macam saya memang tak dapat terima dia cakap BMW X5 itu bukan a fancy car…

Sudah lah kot, panjang berjela dah ni… Maafkan Z sebab membebel panjang-panjang begini… Banyak Z bagi pandangan Z pasal dunia berdasarkan apa yang Z baca dalam GET compare to betul-betul komen pasal GET ni… Siap bagi tahu pengalaman lampau yang tak berapa nak indah tuu.. Isyhh malu pulak.. Sorry sangat-sangat… Tapi Z nak ucapkan tahniah dekat kak Rin sebab berjaya tulis GET dengan super duper excellentnya… Yooooooooooo… Sangat kagum dengan kak Rin, sama jugak dalam USD, tetap banyak pengisiannya.. Contohnya pasal horticulture lah, pasal arkitek lah, pasal jenama-jenama yang mahal yang memang tak terjangkau dek akal fikiran orang biasa macam Z ni, dan macam-macam lagi.. Serious kagum… Kak Rin ni bukan kerja bidang horticulture kan? Hahahaha… Fikir lagi macam tu.. Sebab apa yang Kak Rin tulis macam lengkap je maklumat pasal tu.. Hebat.. Tahniah kak.. Terima kasih sebab menghasilkan karya yang best macam ni untuk tatapan saya dan semua orang… Hehehehe… Okay lah done.. Setakat ini sahaja review daripada saya… Maafkan saya jika saya secara langsung atau tidak langsung menyakitkan hati sesiapa.. Ayat biasa, no harm intended.. Peace.. :DD

p/s: saya ada baca dalam GET yang bidang horticulture ni tadak dekat mana-mana Uni dekat msia… Tapi bukan UPM ada ke course ni? Ke saya salah info? Maafkan saya kalau salah..
Love,
Z.. <3

2 comments:

  1. As-salam :)

    Cool & interesting review - i can see tat u really enjoy reading GET hehehe but i am more interested the last part p/s tu: dalam GET yang bidang horticulture ni tadak dekat mana-mana Uni dekat msia

    if u reread lagi sentences/paragraph dlm novel GET (bab 57):
    Selama seminggu di sini, Jasmeen menyibukkan diri dengan menguruskan hal – hal perpindahan kredit dan semua urusan kemasukannya di Bronx. Letih juga nak meyakinkan Director agar kesemua course yang pernah diambilnya di Malaysia dulu tidak perlu diulang lagi. Kalau tak sampai dua tahun kena bertapa di sini. Tak mahulah Jasmeen. Niat hatinya sewaktu memohon belajar di sini setahun yang lalu cuma mahu mendalam ilmu Horticulture yang tidak termasuk dalam mana – mana kursus yang ditawarkan di kesemua universiti di Malaysia. * tak sure page berapa but in Bab 57.

    it means tat bukan course Horticulture tu x ade at local U - but Jasmeen meant -- certain topics or parts of Horticulture yg tidak ade termasuk dlm module kursus Horticulture di Malaysia --- we know tat every course - bidang nye sgt luas --- so it's common in any U in the world tidak menawarkan kesemua topik in each course.
    sbb tu dlm GET Jasmeen try to negotiate ngan Director tu utk memindahkn credit & meyakinkan supaya dia x perlu ambik yg dia dh penah buat kat Malaysia - so instead of 2 yrs - course dpt di pendik to 1 yr only. Remember Jasmeen wants to study 'in-depth' tang Horticulture yg x trdpt kat U di M'sia.
    Infact Horticulture course ade jugak offer kat UIA but not in detail.

    however, may be tat statement/para boleh di rephrase lagi oleh penulis so tat x de confusion.

    sorry if my view ni kurang meyakin kan. *peace ye! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sebab sudi membaca saya membebel panjang-panjang kat sini.. Oh my god, sorry.. Sumpah saya tak perasan ayat tu macam tu.. Excited sangat nak baca lelaju GET ni sampai baca pun dah rupa keretapi lajuu je jalan.. Hehehehe
      Maaf maaf.. Saya tersalah pandang dekat situ.. Btw, thanks lagi sekali... :DDD
      -Z

      Delete