Followers

Thursday, May 2, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 21


Sampai bila pun sayang






21
Danish memerhati Danisa yang sedang sibuk melipat baju. Sudah lama dia perhatikan Danisa, betul Danisa sudah berubah. Dalam beberapa bulan ini Danisa seperti amat ceria, jarang sekali melihat wajah stress Danisa bila dia berada di rumah atau pulang dari tempat kerja.

Samsung Galaxy SII milik Danisa berbunyi, cepat-cepat Danisa mengambil telefon bimbit yang diletakkan dibawah kaki yang disilanya untuk membaca sms yang baru masuk. Tersenyum-senyum Danisa membaca sms itu, lalu lincah ibu jarinya bergerak sana sini menaip balasan sms itu. Sebaik sms dihantar, telefon bimbitnya itu diletakkan kembali di bawah kakinya. Bertambah curiga Danish dibuatnya, selama ini Danisa tidak pernah meletakkan telefon bimbitnya dekat dengan dirinya, telefon pintar yang mahal itu hanya diletakkan sahaja di mana dia suka. Di dapur, atas tv, di meja makan, Danisa tidak pernah kisah di mana telefon bimbitnya menghilang tetapi sejak dua tiga bulan ini Danisa tidak pernah berenggang dengan telefon bimbit itu. Kalau dia nampak Danish berada di rumah lagi kalut dia menyimpan telefon bimbit itu. Perlakuan Danisa itu sungguh membuatkan Danish mengesyaki Danisa menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Danish tidak mahu serkap jarang, dia tidak suka serkap jarang atau menuduh. Tetapi Danish tidak mahu lagi bertanya kepada Danisa, takut Danisa menyangka dia tidak mempercayai kakaknya itu.

“Daripada Danish dok tenung akak macam tu baiklah Danish tolong akak ni.” Tiba-tiba Danisa bersuara, dia perasan Danish memandangnya sedari tadi kemudian Danish seolah-olah hilang dalam fikiran sendiri, termenung pula dia. Danish turun dari duduk di sofa itu, dengan rela hatinya Danish juga duduk berhadapan dengan kakaknya itu di atas karpet membantu Danisa melipat baju. Danish mengutip bajunya satu persatu dan mula melipat, Danisa pula melipat bajunya sendiri.

Beginilah mereka berdua kalau hujung minggu, duduk di rumah buat kerja rumah, cuci baju, mengemas, baking, kalau nak buat hari bekerja masing-masing sibuk dan penat. Danisa lebih suka keluar bersama Faez di hari bekerja berbanding hari minggu kerana dia mahu menghabiskan masa hujung minggu bersama Danish di rumah. Walaupun saban minggu mereka cuma melakukan aktiviti yang membosankan tetapi Danisa tidak kisah, boleh juga dia tahu perkembangan adiknya kerana hari bekerja masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.

“Sekarang dah habis semester Danish nak buat apa?” Tanya Danisa kepada Danish.

“Macam biasalah, kerja part time. Nak bawak Neo pergi saloon.” Jawab Danish lalu tersenyum. Untuk seketika mereka berdua senyap hanya tangan mereka sahaja yang bekerja melipat pakaian mereka. Danish tiba-tiba teringat, selalunya jika dia memberikan jawapan sebegitu bukan main panjang lagi Danisa akan membebel, kali ini Danisa diam sahaja. Kakaknya tidak kisah atau dia langsung tidak mendengar?

“Erm..kakak, Danish nak tanya something. Boleh?”

“Apa dia?” Sejak bila pula Danish nak bertanya minta kebenaran dulu. Danisa berhenti lantas memandang ke wajah Danish.

“Kakak naik gaji ke? Hari-hari pun bahagia je.” Danish mulakan dengan soalan loyar buruknya dahulu. Danish menanti riaksi kakaknya dengan wajah yang kehairanan, Danisa yang mendengar soalan itu mengerutkan dahinya, lain macam je bunyinya soalan ni.

“Apa jenis soalanlah kau tanya ni Danish?” Tanya Danisa pula, nadanya jelas menunjukkan dia geram dengan adiknya yang loyar buruk tu.

“Yelah, kot la kakak naik gaji. Tak payah Danish susah-susah kerja part time, akak bagi je Neo pinjam duit akak.” Sambung Danish dengan muka tidak bersalah.

“Danish, Neo tu kereta, kereta tak pinjam duit. Orang pinjam duit kat orang. Sudahlah, malas nak melayan Danish ni. Macam-macam benda pelik dari mulut Danish.” Danisa mengutip habis baju-bajunya, meninggalkan baju Danish sahaja di situ. Dia menyusun baju-bajunya supaya mudah untuk dia mengangkat dan menyusun di dalam almari. Telefon bimbit yang diletakkan di bawah pahanya di ambil lalu diletakkan di atas susunan baju yang hendak dibawa masuk bilik.

“Kakak tunggu kejap bukan itu yang Danish nak tanya. Danish tak habis tanya lagi.” Suara Danish sebaik sahaja Danisa sudah mengangkat punggung untuk beredar ke biliknya. Danish memandang kakaknya sambil menggeleng-geleng, wajahnya tertayang riak takut dan serius silih berganti.

Danisa duduk kembali di sisi adiknya, aneh benar Danish hari ini. Kenapa pulak dia jadi begini?

“Kakak, kakak macam lain. Akak ada sembunyikan sesuatu dari Danish ke?” Tanya Danish, dia mahu Danisa membuka mulutnya sendiri. Tidak akan sekali-kali Danish menuduh kakaknya, biar dia sendiri memilih untuk membuka mulut atau mendiamkan diri.

“Tak ada.” Jawab Danisa pendek. Pasti Danish sudah mengesyaki dirinya tetapi Danisa tidak tahu bagaimana hendak berterus terang dengan Danish. Sudah tiga bulan dia menjalinkan hubungan bersama Faez dan selama tiga bulan ini juga Danish tidak tahu apa-apa, bagaimana Danisa hendak berterus terang kepada adiknya yang dia mengetepikan Danish dalam hal ini walaupun dia sudah berjanji untuk tidak berkawan dengan sesiapa tanpa pengetahuan Danish.

“Kalau kakak ada apa-apa nak beritahu Danish, tolonglah beritahu. Danish bukan siapa-siapa, adik kakak jugak.” Kata Danish. Danisa mengangguk lalu melemparkan senyuman palsu kepada Danish.

Ini kali ke-dua Danish bertanyakan hal yang sama, dan kali ini juga Danisa tidak berterus terang kepada Danish. Dia tidak tahu dari mana harus dia mulakan oleh itu dia mendiamkan diri.

Sebenarnya Danisa kecewa dengan diri sendiri.

‘Adik, maafkan kakak.’

Danisa mengangkat semua bajunya dan berlalu, mata Danish menyoroti langkah Danisa sehingga dia menghilang di dalam bilik tidurnya sendiri.

*~*

“Macam bodoh je movie tadi.” Suara Faez, sementara itu tangannya memasukkan kotak popcorn ke dalam tong sampah. Danisa yang berjalan beriringan dengannya langsung tidak memberi perhatian kepada Faez, dia seolah-olah termenung sambil berjalan. Berkerut kening Faez melihat keadaan teman wanitanya, selalunya Danisa tidak akan diam bila dia membuat komen sebegitu bila mereka baru menonton wayang, ada sahaja yang hendak ditambahnya tapi kali ini Danisa benar-benar lost.

“Eh..nak pergi mana?” Faez menarik lengan Danisa. Danisa terus tersedar, terhenti langkahnya di situ. Kalau dia terus melangkah sudah pasti dia akan melanggar pintu kaca di hadapannya tadi. Itulah, jalan tak tengok depan, main jalan je.

“Maaf.” Danisa memohon maaf tanpa sebab. Faez menunjukkan wajah risau, jasad kekasih di depan mata tapi hati dan mindanya entah ke mana, siapa tak risau?

“Awak kenapa Danisa? Lain macam je abang tengok.” Faez menarik lengan Danisa supaya mereka bergerak ke tepi koridor itu, kalau terus berdiri di situ mengganggu laluan orang lain pula.

Danisa diam tidak menjawab, tetapi matanya terpaku pada lengan yang dipegang Faez. Sebaik sedar ke mana anak mata Danisa memandang, Faez terus melepaskan lengan Danisa.

Sorry.” Faez memohon maaf atas ketelanjurannya memegang lengan gadis itu. Walaupun berlapik tetapi Danisa amat mengambil serius perkara-perkara seperti ini, tidak pernah sekali pun Danisa membenarkan Faez menyentuhnya mana-mana bahagian badannya. Danisa mahu menjaga adapnya, tambahan pula dia sebagai seorang pendidik mahu menjadi contoh yang baik untuk generasi muda, kalaulah dia terserempak dengan pelajar-pelajarnya sedang dia berkepit sakan dengan Faez pasti memalukan. Jadi Danisa tidak membenarkan Faez menyentuhnya.  

“Kenapa diam je ni? Ada masalah ke?”

“Tak ada apa-apalah abang, just Danisa tak enjoy movie tadi.” Bohong Danisa. Sebenarnya dia tidak sedap hati kerana berbohong dengan Danish petang tadi. Baru sahaja berbohong dengan Danish sekarang dengan Faez pula. Beria-ia Danisa menyimpan rahsia dari Danish tetapi malam ini dia sudah keluar bersama Faez lagi. Biji matanya memang memandang ke skrin tetapi tiada input yang di daftarkan pada otaknya, fikirannya asyik melayang entah ke mana.

Faez sedar yang Danisa berbohong, bukan susah nak mengesan bila Danisa menipu, kalau Danisa hendak menipu dia sentiasa memberikan jawapan pendek, tak lebih tiga ayat. Tetapi Faez maafkan sahaja di dalam hati. Hal kecil je kot, buat apa nak ungkit? Mesti ada sebab mengapa Danisa keberatan hendak menceritakan kepadanya.

“Kan..?” Faez melayan sahaja kata-kata dusta Danisa. Dia sendiri tidak menyukai filem yang baru ditonton mereka tadi. Tiada pengisian, dan membosankan.

“Jom.” Faez mengajak Danisa keluar dari laluan itu. Sudah lama mereka terpacak di situ. Danisa membalas ajakan Faez itu dengan senyuman, dia lupakan sebentar mengenai Danish dengan harapan tiada apa yang buruk akan berlaku. Sudah tiga bulan dia keluar bersama Faez, tiada apa-apa halangan pun, semuanya berjalan lancar. Buat apa nak takut lagi.

Mereka sama-sama bergerak meninggalkan perkarangan pawagam itu terus ke tingkat bawah. Faez mengajak Danisa ke kedai buku Popular sebentar, dia mahu singgah untuk membeli majalah. Danisa mencapai majalah fesyen dan membacanya sambil mengekori Faez yang bergerak ke bahagian majalah hiasan dalaman.

“Kalau saya pakai macam ni nampak macam budak-budak tak?” Tanya Danisa tiba-tiba kepada Faez, Faez yang sedang memilih majalah yang hendak dibelinya terus mengalihkan tumpuan pada Danisa yang setia berdiri di sebelahnya. Danisa menunjukkan gambar model di dalam majalah di tangannya kepada Faez. Faez tergelak, cepat sahaja dia menukarkan wajah model di dalam majalah itu kepada wajah Danisa di dalam mindanya sendiri.

“Danisa pakai apa pun cantiklah sayang.” Puji Faez.

“Saya tanya nampak macam budak-budak tak? Kebudak-budakkan ke tak, bukan tanya cantik ke tak.” Balas Danisa dengan nada rimas. Faez ni memang mulut semula jadi manis, tak boleh bertapis lagi dah. Sejak Danisa bertukar profession sebagai pensyarah dia amat berhati-hati dalam berfesyen, tak mahu nampak ke budak-budakkan kerana takut dibuli pelajar. Dia selalu bergaya matang dari dulu dia selalunya pakai apa sahaja yang dia selesa, kadang-kadang fesyen boyish menjadi pilihannya kerana keselasaan. Tetapi sekarang baju-baju lamanya sudah di letak tepi, Danisa lebih memilih untuk memakai pakaian yang boleh mengeluarkan aura matangnya.

“Betullah abang cakap, apa salahnya kalau nampak cantik? Kalau kebudak-budakkan pun kenapa? Tak boleh?” Sambung Faez dengan tawa yang sedikit berbaki. Danisa mencebik, malas hendak melayan Faez.

“Wah…mesra nampak. Sharifah Danisa Syed Iskandar, awak buat apa kat sini?”

Danisa kaget, dia kenal suara yang datang dari hadapannya itu, kenal amat. Tetapi Danisa tidak berani untuk berpaling, dia kaku. Wajahnya berubah pucat dan tangannya menjadi lemah lantas majalah ditangan jatuh mencium lantai berkilat di situ.

Danisa menelan liur, cuak!

*~*~*
~bersambung~

an: semalam saya ke pesta buku.. penat dan bermandi peluh yang dasyat. tapi....best~~~~ hehe sape ada nampak saya semalam? hahahahahahhaha... *gelak malu2 nyan* 




3 comments:

  1. wah..danish ka 2 @ ex danisa dlu2?

    ReplyDelete
  2. Ei..tak sabarnya nak baca citer seterusnya...wuhuhu

    ReplyDelete