Followers

Friday, December 6, 2013

[CERPEN] Aidilfitri bersama kamu…cowok perasan bagus!!

Author note:  Salam, lama dah tak post apa2. Disebabkan saya tiba2 dapat idea untuk cerpen ni jadi saya cuba tulis juga. Hadiah ramadhan+aidilfitri; Aidilfitri bersama kamu...cowok perasan bagus!! Selamat membaca, semoga terhibur.




Aidilfitri bersama kamucowok perasan bagus!!

            “Lo ada mata nggak? Abis basah baju gue…gara-gara lo.”

        “Eh…eh…indon rupanya,” Arman membalas bentakan gadis di hadapannya ini dengan suara seolah-olah menyindir. Gadis itu merengus, sambil menjeling tajam ke arah lelaki di depannya ini. Geram! Sakit hati!


           Sudahlah bajunya kotor, orang di hadapannya ini langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepadanya, mohon maaf pun tidak.

            “Sendy, are you okay?” Syifa yang baru muncul bertanya kepada kawannya itu, riak risau jelas terlihat di wajahnya, dahinya berkerut melihat wajah Sendy yang masam mencuka. Sendy cuba tersenyum tapi gagal, pipinya terasa keras, tidak boleh dimaniskan lagi.

           “La…maid you ke Syifa? Sorry la aku tertumpahkan air kat baju bibik kau ni.” Dengan selamba Arman berkata begitu. Pandai-pandai buat andaian sendiri, dengan tuan punya badan yang sudah kotor bajunya tidak pula Arman nak minta maaf. Hmmmm…rajin juga si Syifa ni bawak orang gaji datang shopping, buat tukang angkat barang kot. Muda-muda dah kerja jadi orang gaji…kesian. Arman terus dengan andaiannya.

            Terlopong besar Sendy dibuatnya, baru sahaja Syifa mahu mengeluarkan kata-kata membela untuk rakan baiknya itu, Sendy terlebih dahulu membuka mulut.

            “Kurang ajar… lo sangka semua orang Indonesia datang ke Malaysia untuk bekerja jadi orang gaji ya,” keras suara Sendy memarahi Arman. Terkebil-kebil Arman mendengar jerkahan gadis ini, kuat betul. Buat malu je..

            Habis, kalau bukan orang gaji..siapa?

       Perkenalkan Sendy Ariani, gadis berusia 17 tahun dari Indonesia yang terbang ke Australia untuk menuntut ilmu. Rakan sekelas Syifa yang paling rapat ketika belajar di Australia. Walaupun datang dari negara yang berbeza tetapi mereka cepat menjadi akrab kerana datang dari benua yang sama, dan kerana saling memahami bahasa masing-masing menjadikan mereka mesra sewaktu sama-sama baru masuk kelas dulu.

            Tinggalkan kisah lama, kenapa Sendy di sini? Di bumi Malaysia? Sendy datang ke Malaysia kerana mahu menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dua hari lagi. Beraya bersama Syifa dan keluarga.

            Sudah kenal dengan Sendy, siapa pula mamat sengal yang suka buat andaian sendiri tadi?

            Dialah Ungku Arman, atau dikenali juga sebagai R. Jiran Syifa. Walaupun rumah mereka agak jauh jaraknya, tetapi masih boleh sampai kalau menapak dan mereka pergi ke sekolah yang sama setelah Syifa mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Sebab itulah Syifa dan Arman saling mengenali.

            “Suka-suka aja bilang gue orang gaji. Orang gaji dengan gadis biasa juga nggak tahu beda. Kalau bukan gila, buta.” Sendy memulangkan paku buah keras, membuat kenyataan berbaur sindiran dan ‘andaian’ tidak berasas. Suaranya yang kuat lagi pekat dengan telor Indonesia itu menarik perhatian orang yang lalu lalang di situ, tertoleh-toleh mereka melihat Sendy dan Arman bergaduh. Arman memandang Sendy dari atas ke bawah, dan ke atas semula.

            Ya… Arman sudah tersilap. Dari pemakaian Sendy, dia langsung tidak nampak seperti orang gaji, sebaliknya dia kelihatan seperti seorang gadis yang pandai bergaya. Sendy menyarungkan blaus bercorak tribal bersama jeans, kasut tinggi yang tersarung di kakinya kecilnya menambahkan lagi beberapa inci ketinggiannya yang tidak berapa tinggi tu. Mana mungkin orang gaji bergaya seperti ini semata-mata menemani tuan keluar membeli-belah.

            “Apa yang lo liat? Gara-gara lo, baju gue sudah kotor.” Jerkah Sendy lagi. harap badan saja kecil, tapi garang.

           “Jangan jerit boleh tak? Aku tak pekak lagilah.” Balas Arman dengan suara mendesak. Rimas dengan pandangan mata orang yang duk sibuk mahu mengambil tahu hal orang, apa tak pernah tengok orang bergaduh?

          “Dah tertumpah nak buat macam mana, bukannya aku sengaja. Basuh jelah.” Sambung Arman sambil melirikkan mata ke tempat lain. Makin mendidih darah gadis yang kecil molek ini, laju sahaja tangan gadis itu naik dan menuding telunjuk ke arah wajah Arman menunjukkan dia marah sangat.

            “Sendy, jom baliklah. Lagipun you dah habis beli kan? Jangan gaduh-gaduh macam ni please, kat public lagi. Semua orang tengok.” Syifa memujuk, dia serba tak kena jadinya. Malu orang tengok mereka bertengkar di tengah-tengah pusat membeli belah ini, baru tinggalkan sekejap Sendy sudah jadi begini.  

            “Iya-iya, mari pulang. Aku benci liat muka cowok perasan bagus ini.” Bentak Sendy lalu dia melangkah.

*~*~*~*

            “Sendy, you serius ke nak beraya di rumah Syifa?” Syifa bertanya lagi soalan yang sama, ini sudah masuk empat kali Syifa bertanya sepanjang 3 hari Sendy di sini.

            “Apa kamu nggak suka aku menyambut Aidilfitri di sini?” Soal Sendy dengan suara lemah. Kaki yang melangkah keluar masjid memperlahankan ayunan langkah, terasa sedih, seolah-olah dia tidak dialu-alukan pula.

            “No, bukan macam tu. Sendy, Syifa suka you ada di sini, Syifa rindu sangat dengan Sendy sebab kita dah lama tak jumpa. But…this isn’t right. You dah macam lari daripada rumah.” Syifa menjelaskan, dia memang gembira menerima kunjungan Sendy ke Malaysia untuk sama-sama menyambut Aidilfitri kali ini di rumahnya tetapi dia serba salah bila Sendy datang ke sini kerana merajuk dengan ibu bapanya.

           “Lari dari rumah yang kosong. Nggak ada gunanya gue berada di rumah gue sekarang, siapa-siapa juga nggak ada. Bokap nggak ada, nyokap juga nggak ada, sibuk dengan kerja aja.” Luah Sendy dalam nada marah. Matanya terpaku di jalan tar, panas matanya menandakan ada air mata yang akan menitis. Tangan Syifa memegang bahu Sendy, dia tahu sahabatnya itu sedih.

            “Sendy, sekurang-kurangnya call lah ibu ayah you. Nanti mereka risau, anak yang sepatutnya sampai tiga hari lalu tak ada di rumah, pasti mereka risau.” Suara Syifa memujuk, mereka sama-sama berhenti melangkah bila sampai ke kereta.

            “Lusa dah nak raya, tak elok  merajuk dengan parent, aidilfitri sepatutnya kita saling bermaafan, bukan saling putuskan silaturahim. Nanti sampai rumah you telefon ya.” Pesan Syifa kepada Sendy, Sendy mengangguk lemah.

            “Eh… Syifa jumpa lagi kita kan.” Tegur Arman yang kebetulan hendak melintasi mereka. Arman yang sedang menunggang motosikalnya berhenti betul-betul di hadapan Syifa dan Sendy yang berdiri di sisi sebuah kereta.

            “You pun datang terawih, R? ingatkan budak nakal macam you tak datang terawih.” Balas Syifa, dia tidak sangka boleh terjumpa dengan Arman di sini. Baru saja semalam mereka terserempak di pusat membeli-belah semasa keluar shopping raya.

            “Amboi mulut… ingat I ni jahat sangat ke? I pun ada good qualities dalam diri tau, lagipun hari ni kan terawih terakhir nanti setahun pulak baru kita jumpa balik Ramadhan, itu kalau sempat jumpa.” Arman membela diri, mereka tertawa kecil. Mata Arman sempat melirik ke arah Sendy, dalam kesamaran cahaya lampu jalan dia nampak ada mutiara jernih yang di seka dari pipi mulus Sendy. Hati Arman terusik, alahai…kenapa dia yang menangis aku yang terasa sedih? Dadanya terasa sesak, otaknya tertanya-tanya kenapa Sendy menangis.

            “R..?” Panggil Syifa bila Arman terdiam terlalu lama, terpaku memandang ke arah Sendy yang cuba menyembunyikan wajahnya itu.

            “Erm… Syifa…I…balik dululah. Assalamualaikum.” Arman memilih untuk pulang sahaja, malu pulak rasanya bila dia Syifa ‘menangkap’ dirinya sedang merenung Sendy. Walaupun hati membuak-buak rasa ingin tahu tetapi Arman tidak mahu menyibuk, dia bukan siapa-siapa dengan gadis itu untuk ambil tahu hal orang. Siapa gadis yang bernama Sendy ini pun dia tak kenal, yang dia tahu namanya Sendy sebab pernah dengar Syifa menyebut nama Sendy semalam. Niat hendak menyambung perbalahan dengan Sendy dibatalkan sahaja.

            Arman pulang dengan hati yang galau, teringatkan Sendy. Sepanjang malam matanya tak boleh lelap teringatkan mata Sendy yang berkaca dek air mata. Perasaan resah yang sukar digambarkan itu berterusan sehinggalah terdengar ibunya memanggil namanya untuk bersahur.

*~*~*~*

            “Bik…tolong angkatin plastik ini ya…” Suara Arman di telinga Sendy, aneh bunyinya bila dia cuba meniru gaya percakapan orang Indonesia. Sendy tertoleh ke kanan bila suara Arman yang menjengkelkan itu menembusi telinganya.

       Kurang ajar, aku lagi dikatakannya bibik. Dasar cowok perasan bagus. Sendy membentak di dalam hati, bengkak hatinya melihat Arman yang tersengih memandang wajahnya yang merah menahan marah. Sendy malas hendak bertikam lidah dengan jejaka sengal ini, dia terus menoleh ke arah lain, mencari kelibat Syifa.

            Eh…di mana ya Syifa? Aduh… aku ketinggalan lagi ni. Bisik hati Sendy resah, matanya melilau melihat sana sini mencari batang tubuh Syifa. Terjengket-jengket dia mencari, niat hendak membeli kebab buat snek makan tengah malam dibatalkan sahaja. Kakinya mulai bergerak, membelah lautan manusia yang ramai berkunjung ke bazaar ramadhan ini.

            “Eh, nak ke mana?” Tanya Arman serentak tangannya dengan selamba memaut lengan Sendy.

            “Cari Syifa.”

        “Kamu datang dengan dia? Jangan jalan sendiri nanti sesat, saya temankan kamu.” Kata Arman, bazaar ramadhan ini sangat besar dan sangat ramai orang. Walaupun jumlah pengunjung dan peniaga sudah berkurangan kerana ramai sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, tetapi masih ramai juga yang beraya di Kuala Lumpur sahaja.

            “Okay, tapi lepaskan tangan aku dulu.” Sendy bersetuju dengan syarat, selamba ja Arman menyentuh tangannya, habis kurang pahala puasanya. Biarpun Sendy merasa kurang senang dan menyampah dengan Arman tetapi dia takut hendak meredah bazaar yang ramai orang ni sendirian. Mereka sama-sama melangkah perlahan-lahan. Sendy menghantar mesej kepada Syifa menanyakan di mana dia sekarang.

            “Nama kau Sendy kan?” Arman bertanya, mahu berkenal-kenal dengan gadis ini.

       “Iya.” Pendek jawapan Sendy, dia malas hendak melayan Arman sebenarnya. Dalam keadaan riuh ini juga dia hendak mengajaknya berbual, tak kena tempat, tak kena masa. Sudahlah dia masih terasa dengan Arman yang memanggilnya bibik sejak kali pertama mereka bertemu.

            “Muslim?”

            “Iyalah, kalau tidak kenapa aku ke masjid tadi malam?” Balas Sendy. Sudah jelas dia liat aku bersama Syifa pulang dari terawih lagi mahu disoal.

            “Saudara Syifa?”

            “Nggak, aku cuma sahabatnya aja. Sama-sama belajar di Australia.”

            “Kamu datang dari mana?”

            “Dari rumahlah.” Balas Sendy bernada rimas. Malas hendak melayan Arman.

            “I mean, where are you from? Jakarta?”

            “Iya. Jakarta.” 

            “Jadi, buat apa kat sini?”

            “Aku lari dari rumah.”

       “Lari dari rumah, kenapa?” Arman masih bertanya walaupun suara Sendy ternyata menunjukkan yang dia tidak suka disoal begitu.

            “Kamu emangnya banyak tanya ya?” Balas Sendy di iringi jelingan tajam.

         “I nak tahu je. Salah ke?” Arman membalas dengan pertanyaan, ishh…sombongnya cewek Jakarta ni, orang nak kenal-kenal pun tak nak layan. Dia patut rasa bertuah ada lelaki handsome macam aku yang..

            “Ah…”

       Monolog Arman terhenti bila seorang lelaki bertubuh besar merempuh Sendy dari hadapan, kalot benar lelaki itu, hendak cepat pulang ke rumah agaknya sehinggakan siapa sahaja dilanggarnya. Mujur tangan Arman sempat memaut lengan Sendy, menahan tubuh kecil itu dari terlayang ke belakang atau lebih teruk terjatuh.

            “Are you okay?” Tanya Arman kepada Sendy yang terdiam, pucat wajahnya kerana terkejut.

            “Im good, thanks.” Jawab Sendy sambil dia menarik tangannya dari pegangan Arman. Suaranya perlahan sahaja, hanya sayup-sayup kedengaran di telinga Arman. Tambahan pula suara kecil itu ditenggelami bunyi riuh di sekitar mereka.

            “Aku mahu tunggu Syifa di mobil aja.” Kata Sendy lalu dia bergerak menuju ke jalan keluar dari bazaar itu. Sambil tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari poket untuk mendail nombor telefon Syifa, untuk memaklumkan yang dia akan menunggu di kereta.

            Arman pula, senyap-senyap mengikuti langkah Sendy untuk memastikan keselamatan gadis itu, menunggu dan memerhatikan Sendy dari jauh sehinggalah Sendy hilang dari pandangan mata, pulang bersama Syifa.

*~*~*~*

            “Apa hal kau datang rumah aku malam-malam ni R?” Tanya Syifa sebaik sahaja dia keluar dari pagar rumahnya. Tiba-tiba sahaja tadi Arman menelefon Syifa katanya hendak berjumpa sekejap di depan rumah. Pelik…padahal mereka bukanlah rapat mana, sebab Syifa baru sahaja masuk ke sekolah mereka dua bulan lepas.

            “Nah, aku hantar ni. Untuk kau, dengan kawan kau.” Kata Arman sambil tangannya menyuakan beg plastik. Syifa menerima dengan kerutan di dahi.

            “Apa ni?”

            “Kebab. Tadi masa kat bazaar sebelum kau hilang, budak tu tengah nak beli benda ni. Lepas sedar kau tak ada, dia terus tak jadi beli.” Jelas Arman, terus sahaja Syifa tersenyum.

            “Oh….jadi sebenarnya bukan untuk akulah. Untuk Sendy rupanya, hmmm…” perli Syifa, dia tidak dapat menyembunyikan lagi senyuman yang semakin melebar. Arman menggaru kepalanya yang tidak gatal, segan pulak.

            Ar ni dah jatuh hati dengan kawan aku tu ke? Hati Syifa berbisik.

            “Aku beli dua kot. Anyway, kalau tak beli hari ni esok dah tak ada. So…aku balik dululah,” balas Arman, dia hendak cepat-cepat lari dari situ kerana malu.

            “Eh, kau tak nak masuk dulu? Minum-minum, boleh jumpa Sendy.” Kata Syifa lalu melirikkan senyuman penuh makna. Arman terus sahaja menyarungkan helmet ke kepalanya kembali, memang malu untuk singgah. Ini kan pula Syifa sudah mula bersangka bukan-bukan, nanti panas telinga mendengar usikan Syifa.

            “Tak naklah, dah malam. Lagipun kat rumah sibuklah, nak raya kan.” Arman beralasan, Syifa tersenyum melebar lagi.

         “Kau raya sini? Nanti jangan lupa datang rumah aku tau, tapi jangan datang raya ketiga, sebab hari tu Sendy dah nak balik.” Kata Syifa lagi, Arman sekadar mengangguk.

            “Jangan tak datang tau, aku dah belikan dia kurung yang pa…ling cute tau. Tak nak tengok ke?” Umpan Syifa lagi sebelum tertawa nakal. Arman hanya menahan hati yang berdebar bila membayangkan sahaja Sendy berbaju kurung, cantik.

            Tidak mahu diusik lagi Arman cepat-cepat menghidupkan enjin motosikal dan bergegas pulang ke rumah.  

            *~*~*~*

            Mata Sendy terpaku pada Arman yang berbaju melayu berwarna hitam. Arman yang baru sahaja duduk di depannya nampak lain dari hari-hari yang sebelum ini. Sebelum ini Sendy tidak pernah perasan akan ketampanan Arman tetapi hari ini lain, lain sangat. Sendy terus merenung tidak berkedip.

            Tak sangka cowok kayak dia handsome juga ya…hati kecilnya berbisik. 

            “Apa pandang-pandang? I handsome sangat sampai tak berkedip mata tengok?” Arman membuka mulut, baru saja buka mulut sudah hendak menyakitkan hati orang.

            Mata Sendy mencerlung, mulutnya tersenget-senget kerana menahan geram. Hilang segala perasaan yang baik-baik dan indah tadi, semuanya dibawa dihembus pergi oleh kata-kata Arman tadi.

      “Lo cuma nampak kacak kalau lo tutup mulut lo. Dibuka aja keluar kata-kata menyakitkan orang.” Sendy menjawab, Syifa yang mendengar terus sahaja ketawa kuat, namun tawanya itu tidak berpanjangan kerana jari Sendy laju mencubit paha gadis itu.

            “Jadi you admit lah I handsome sebenarnya.” Tanya Arman.

          “Huh?” Sendy merengus lalu dia bangun dan melangkah keluar rumah banglo itu. Mata Arman tidak lepas memandang Sendy diluar rumah melalui pintu kaca, matanya menyoroti langkah gadis itu walau kemana sahaja gadis itu melangkah.

            “Oh oh..dia marahlah. You ni R, mulut tak reti nak jaga kan? You pun pandang dia tak lepas.” Sindir Syifa kepada Arman, dek termalu Arman terus sahaja melarikan pandangan matanya, dia terus sahaja memandang Syifa yang bersimpuh di hadapannya. Kemudian dia menunduk malu.  

            “Tak payah nak sembunyi-sembunyi mukalah. Aku dah nampak segala jenis blushing kat muka kau tu. Sebelum mama aku panggil makan, baik kau pujuk dia. Bila lagi kau nak bercakap dengan dia, esok dia dah nak balik. Ingat, cakap yang baik-baik je.” Pesan Syifa sebelum dia bergerak ke dapur membantu mamanya menyiapkan apa yang patut.

            Arman terus sahaja ke pintu gelangsar, kakinya dengan selamba menyarungkan selipar milik entah siapa-siapa. Arman menyeluk tangannya ke dalam poket baju melayunya, dia menarik nafas panjang-panjang dan berdoa di dalam hati sebelum menghampiri Sendy perlahan-lahan.

            “Marah lagi?” Suara Arman, terus sahaja Sendy berpaling kebelakang. Mukanya masam mencuka.

            “Janganlah marah, nanti cepat tua,” kata Arman,makin mencuka Sendy jadinya.

            “Im sorry okay, aku minta maaf. Tadi I berguraulah.”

         “Bercanda? senang-senang aja lo bilang bercanda, yang malu itu aku.” Balas Sendy cepat, geram. Dia tidak mahu berdiam sahaja, dia mahu membela dirinya. Jangan biarkan Arman terus dengan perangai ‘perasan bagus’ tu.

            “Okey, maaf, maaf, maaf. Jangan marah okey. I tak ada niat nak malukan you, maaf ya.” Ucap Arman lalu dia menghadiahkan senyuman paling manisnya buat Sendy.

           “Hari raya macam ni tak kan nak bergaduh, kita patut saling bermaafan, jadi maaf ya.” Sambung Arman lagi dan sekali lagi dia cuba untuk mencairkan Sendy dengan senyuman manisnya. Sendy menelan liur, kalau orang minta maaf sampai lima kali tak akan hendak dimarahi lagi? Sedangkan kesalahannya bukanlah besar mana. Cowok ‘perasan bagus’ ini sudah merendahkan dirinya untuk meminta maaf, apa hak dia sebagai manusia biasa untuk berdendam?

            “I minta maaf sebab pernah panggil you bibik, I tak berniat nak hina you ke apa. Di bazaar hari tu pun, i cuma gurau waktu tu. You terlalu cantik untuk bergelar orang gaji, apatah lagi nak dipanggil bibik.” Arman meneruskan kata-kata maafnya, iyalah kalau sudah melukakan hati seseorang mestilah kena mohon maaf. Kata-katanya memang tulus, terus dari hati. Sendy yang mendengar mengigit bibir.

           “You extra cantik hari ni, dengan baju kurung cotton krim, bunga merah ni. Dengan riben kat kepala, comel je. Jadi…wahai puteri yang cantik rupawan, sudi tak awak maafkan saya?” Sekali lagi Arman memohon maaf, tangannya dihulurkan. Sendy sudah tersipu-sipu kerana dipuji melambung-lambung.

            “Ya udahlah. Berapa kali mau bilang maaf.” Jawab Sendy sambil menyembunyikan perasaan sebenarnya yang sedang berbunga bila dipuji.

            Tangan Arman hanya disalam dengan dua jari, namun Arman pantas mencapai tangan Sendy dan bersalaman dengan sempurna. Kejap dan penuh.

            “Lo ini orangnya memang yang suka ambil kesempatan ya? Berdosa tahu nggak?” Marah Sendy lalu dia menarik tangannya dari jabat tangan Arman dengan kuat. Arman hanya tersengih, walaupun garang tapi comel. Wajah garang tetapi comel  itulah yang dia suka. Sendy tersipu-sipu lagi bila Arman memandang ke wajahnya penuh perasaan, perlahan-lahan wajah gadis itu berona merah.

            Mereka sama-sama tersenyum.

            Dan Syifa pun tersenyum bersama dari dalam rumah, melihat mereka berdua.

     “Aku ni asyik jadi telangkai je. Telangkai bertauliah, boleh buat khidmat cupid professional ni.” Syifa bercakap sendirian dan tertawa kecil.

            “Syifa apa yang gelak sorang-sorang tu, panggil Sendy dan R makan.” Mama Syifa menegur. Syifa melangkah ke arah pintu gelangsar dengan senyuman penuh makna di bibir.

         “Sudah-sudahlah tu. Please…stop flirting to each other.” Tegur Syifa sewaktu dia menghampiri Arman dan Sendy.

            Terus Arman dan Sendy berpaling ke arah lain. Malu……

*~*~*~*
TAMAT

an: Dah lama sangat saya tak cuba tulis cerpen. Kalau ada yang kurang maaflah ya.. terutama dari segi bahasa, maklumlah saya dah lama tak menulis, dan bahasa indonesia bukan saya pandai sangat pun, main taram ja. Dan saya cuma italik kan perkataan BI sahaja, sebab saya malas nak check kamus dewan perkataan indonesia yg mana ada. 

nak share sedikit trivia mengenai cerpen ni. 
 trivia: 
1} Sendy adalah nama salah seorang ahli JKT48, saya pinjam nama dia. Kerana baru2 ni saya terlalu obses dengan JKT48 maka muncullah idea untuk cerpen ini. 
2} Syifa adalah salah satu watak dalam enovel yang ada di blog saya; Sampai Bila pun Sayang. so... kira macam sidestory SBPS lah ni ^^
3} saya tukar nama que >>>> jadi R, Arman !! 


jangan lupa tinggalkan komen dan klik reaction ya~~~~ ^^

6 comments:

  1. cute la...even just cerpen je..but interesting..nnti da lps SPM..sy pun nk jd mcm akak..novelist kat blogger...anyway...cerita kat blog nie absolutely best..DAEBAKK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aqilah,

      tak pernah terlintas di fikiran akak akan ada seorang dalam dunia ini inspired by my blog n novels+cerpen.. Ya Allah, i felt so bless.

      terima kasih banyak2.

      ps: good luck with your SPM..semoga berjaya.

      Delete
    2. hehe..lame lagi sy nak amek SPM..lagi 3 taun.sekarang baru 14..anyway..thanks..=)

      Delete