Followers

Tuesday, August 13, 2013

Review Teduhan Kasih by Marissa- Z

Assalamualaikum semua... Okay ni Z yaa.. Bukan kak Q.. Hehehe.. Sebelum apa-apa, Z nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa readers yang kami sayang... <3 <3 

So, after soooooo longgggg... Finally, i'm back.. with a review... Miahahahaha... Sebenarnya review ni Z tulis masa awal bulan puasa hari tu kalau tak silap tapi tak sempat nak post... N sebab utamanya adalah sebab takde internet connection sebenarnya.. Hmmm kesian kannn... 


Okay lah... So.. Shall we?? Hahaha...
Tuu diaaa, rasanya lama gila dah Z tak tulis apa apa review novel kan. Bacanya banyak, nak tulisnya malas. Hehehehe…

Baru-baru ni Z dah beli novel Teduhan Kasih karya Marissa. Okay novel ni pun dah masuk dalam list novel yang mempandakan mata Z sebab baca sekali harung daripada tengah malam sampai pagi. Hahahaha Sebabnya cerita ni membuatkan Z tertanya-tanya, lepas satu bab satu bab lagi apa yang jadi, so last-last tak boleh berhenti membaca dan sampai lah ke pagi… :DD

Basically cerita ni pasal wanita malang yang bernama Iffa, suami dia curang dengan kawan baik dia sendiri. Lepas tu, dia kena cerai pulak walaupun masa tu dia tengah mengandung. Masa dia nak bersalin tu, langsung tak ada sesiapa nak tolong dia even family dia pun tak. Dan di takdirkan waktu tu dia terjumpa dengan seorang lelaki yang mulia hati, lelaki ni pun tolong lah dia. J Tak payah nak cerita banyak-banyak lah kot? Rasanya semua orang pun dah tahu.. Dah tayang kat tv kan… :DDD

Okay, cerita pasal Iffa.. Uishh dia ni memang kesian gila, malang betul hidup dia…. Dah lah family sendiri treated her like a trash, then kena tikam belakang by kawan baik and suami sendiri pulak tu. Paling kesian, punyalah lama dorang laki bini tunggu nak dapat anak, tunggu sampai 6 tahun baru mengandung, tapi tak pasal-pasal kena cerai masa tengah mengandung pulak dah... SUMPAH KESIAN WEIIII…. TToTT

Tapi, semua yang jadi tu memang ada hikmah di sebaliknya… J Kalau dia tak diceraikan waktu tu, dia tak kan jumpa dengan Ehsan yang gentleman dan hidup bahagia lepas tu kan.. Hehehe… So kalau Z jadi dia pun Z akan ucapkan terima kasih dekat Kak Long dia yang evil tak tahu tahap apa, kedengki rupa apa lagi, plan bawak satu family pergi bercuti masa dia dah nak bersalin. Kejam pompuan ni.. Grrrr…. Tapi sebab plan evil Kak Long dia tu lah dia jumpa dengan Ehsan.. :D muahahaha… Itulah orang teraniya akan ditolong tuhan…

Let we talk about our mr gentleman, Ehsan J. Dia ni baik tahap tak tahu Z nak cakap macam mana. Gilosssssssssssss… Bagi Z lah, dia ni memang the best husband in the world lah… huaaaa dia layan Iffa dengan Adam tu memang the best!!!!!!!! Kalau Aaron Aziz pernah cakap lelaki macam Seth Tan tu tak akan pernah wujud, perghhhhhhh lelaki macam Ehsan ni lagilah… Mana nak cari??? Bagi Z, Ehsan ni 100 kali ganda lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii baik daripada Seth…!! Betul!!! Kalau dapat suami macam Ehsan ni… (*O)Perghhhhhhhhhhh bahagia hidup.

Yang pasal kawan Iffan tu, si Ayu… Dalam novel tak banyak sangat cerita kenapa, apa sebab yang si Ayu tu macam kedengki sangat dengan Iffa tu.. Kalau diceritakan dengan lebih details lagi mesti best… Then si Ryzal tu, macam tutttt ajelah dia tu… Melalui cerita Iffa kat Ehsan, macam dah lama je si Ryzal tu hidup tak bahagia dengan Iffa, tapi kenapa tunggu punyalah lama baru nak berterus terang dengan Iffa. Z tak rasa dari awal dia bahagia dengan Iffa, and what the point dia kahwin dengan Iffa in the first place.?? Tapi bila fikir balik, ni mesti kerja jahat si Ayu. Mesti dia yang cucuk Ryzal, cerita macam-macam sampai Ryzal hilang sayang dekat Iffa. Ni Z punya pandangan lah sebab dalam novel pun tak cerita sangat.

Hmm, lepas habis baca novel ni. Salah satu pengajaran yang Z dapat adalah kejujuran dalam perhubungan. Tengok betapa pentingnya kejujuran dalam perhubungan macam dalam hubungan Ehsan dengan Iffa. Kalau Iffa nak pergi mana-mana, nak buat apa-apa, mesti dia akan cerita and minta izin Ehsan, okay ni memang lah dah mesti kena buat kan sebab dia isteri Ehsan. And Iffa sangat-sangat straight forward dengan Ehsan, kalau ada je benda dia rasa cam plek-plek, aneh-aneh sikit, mesti dia straight tanya Ehsan. Bagus gila, ye lah tak de lah nak pendam-pendam masalah tu, then peram lama-lama kan… Lepas tu bila sekali meletup.. haaa memang pun macam bom atom!! See, perangai Iffa ni sebenarnya banyak kali menyelamatkan rumah tangga dorang. 

Contohnya macam masa Ayu nak buat evil plan dia lagi, sebab Ehsan dah tahu sebab dan kenapa Iffa pergi jumpa Ayu, bila Ayu tabur fitnah pasal Iffa dekat Ehsan, Ehsan langsung tak percaya sebab dia dah tahu pasal benda yang sebenar. Cuba kalau Ehsan tak tahu, mahunya berperang besar pulak, Ehsan balik perangai lama dia, Iffa mula lah bersedih sana bersedih sini, masalahnya cuma sebab salah faham je. Dah jadi panjang cerita dia kan… Cewahh pandai-pandai sambung cerita orang.. Hahaha.. Tak de lah, sebab tu lah Z cakap kejujuran dalam perhubungan tu penting. Z bukan je cakap dari segi konteks hubungan percintaan je, even dalam family ke, friendship ke… Sama jugak… Kalau ada yang tak puas hati cakap je direct, tak payah nak peram lama-lama. Makin lama simpan dalam hati, makin banyak yang tak puas hati, last-last bila bergaduh, dah tak tahu macam mana nak selamatkan perhubungan tu kan… ?? Betul tak?? Betul tak??

Z rasa, novel ni memang best… Tak rugi beli, sumpah…!! Z tak pernah tengok lagi drama dia, tu yang beli novel nak baca tu. Tapi memang best lah!! Cumanya, kalau adik-adik yang tak cukup umur lagi tu, macam tak berapa nak sesuai kot baca novel ni?? Hmmm… Kurang sesuai bagi bacaan adik-adik.. Hehehe… Tapi apa-apa pun novel ni memang best sebab dah berjaya buat Z tak tidur malam dan baca sekali harung je… J Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang best macam ni….(o^___^o)

Okay lah, setakat ni sahaja. Z nak minta maaf jika Z ada menyinggung perasaan sesiapa secara langsung ataupun tidak langsung. Z hanya meluahkan pendapat Z setelah membaca novel ni, tiada niat langsung nak menyinggung sesiapa… J No harm intended. Peace.. <3

P/S: Huahahahaha, Z tak leh blahh lah bila baca part yang strip dance tu… Oh my goodness, kalau Z jadi Iffa, Z suruh Ehsan tidur luar. Geli sehhhh… Hahahahaha tapi apa-apa pun dia memang the best husband lah… Kalau dapat suami macam dia… Homaigadddddddd, bahagia..!!!! (*≧∀≦* Hehehe J


Love,
Z, <3


2 comments:

  1. BUAT SAYA X SABAR NAK BELI AJE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli cecepat baby mio... memang best...!!! citer dia pun Z dah tengok.. Best giler... :DD nak nak adi putra yang berlakon... handsomeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

      Delete