Followers

Monday, November 11, 2013

**Love Letter** 01

Assalamualaikum dan heloooooooooo............ ^.^ 

Hoho, amat lah lama blog kami ni berhabuk, bersawang dan tak tahu lah ber apa lagi kan.... 

Berkurun tiada apa-apa entri. 

Hmm Hmm... Kali ni dengan sukacitanya Z nak introduce karya baru Z... Oh Maiiii, I'm so excited

 yet sooooo nervous... Sebab dah lama sangat tinggal blog ni, so I'm sooooooo soooo soooo 

nervous... Don't know why, tapi ini lah yang berlaku... Kui kui kuiii... Macam laka lakaa jer...

Cehh, ignore that... And here I present to all beloved readers... 




 ~LOVE LETTER ~

Dan sini wataknya yaa...


Mr. Amirul Hadif

Miss Airis Nelissa

~01~
Nelissa termundar mandir di hadapan pintu pejabat, resah menunggu bosnya yang tidak muncul tiba. Sebentar lagi satu mesyuarat bersama pelanggan terpenting syarikat mereka akan berlangsung namun kelibat Encik Zaid langsung tidak muncul-muncul lagi. Bos besar mereka Dato Karim sudah berkali-kali bertanyakan Encik Zaid, Nelissa sendiri sudah naik buntu entah mahu menjawab apa lagi. Semalam, Encik Zaid sendiri telah mengingatkan dia tentang betapa pentingnya mesyuarat hari ini tetapi dia pula yang tidak muncul lagi walhal sekejap sahaja lagi pelanggan penting mereka akan tiba dan mesyuarat itu bakal bermula.


Melihat jarum jam di tangannya berdetik laju begitu juga lah hatinya yang berdetak cuak. Sepanjang jabatan mereka sibuk menyiapkan kertas kerja untuk mesyuarat hari ini, dia ada mendengar gosip staf-staf di situ yang mengatakan pelanggan mereka kali ini amat penting. Dan pelanggan mereka ini memang susah untuk dilayan, banyak kerenah kata mereka. Manakala Dato Karim pula amat mementingkan projek kali ini, banyak kali dia berpesan kepada semua yang terlibat dengan projek ini untuk memberikan seratus-peratus komitmen mereka. Hari ini boleh pula Encik Zaid pula buat hal. Tadi Dato Karim sudah memberikan amaran keras yang membuatkan batang leher Nelissa rasa mahu tercekik. Katanya jika dalam masa sepuluh minit lagi Encik Zaid tidak munculkan diri, bukan sahaja Encik Zaid bakal dipecat malah Nelissa juga. Mengingatkan itu, matanya kembali menatap jam tangan yang tergantung di pergelangan tangan. Lagi tiga minit… Alahai, Encik Zaid cepat lah muncul!! Aku tak nak kena pecat!! Nelissa terasa semacam mahu menangis sahaja, bukan salahnya pun jika Encik Zaid tidak muncul-muncul.

Bunyi pintu ditolak menyentakkan Nelissa, terus kepalanya dipalingkan ke arah pintu. Dalam hati tidak putus-putus dia berdoa yang muncul di sebalik pintu itu adalah Encik Zaid. Sungguh lah dia tidak sanggup jika dibuang kerja disebabkan atas kesalahan orang lain. Melihat kelibat yang melangkah dengan tergesa-gesa, Nelissa memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.

“Encik Zaid, kenapa lambat sangat? Dato dah bising dah tu.” Belum sempat Encik Zaid menghampiri Nelissa, Nelissa sudah terlebih dahulu melangkah ke arah bosnya itu.

“Maaf, maaf. Saya ada kes kecemasan tadi. Bos AK Group tu dah sampai ke?” Kalut Encik Zaid bertanya. Memang dia juga cemas kerana projek kali ini bukan calang-calang projek, nilainya berjuta-juta.

“Tak lagi lah, tapi mesti dia dah nak sampai dah tu. Dengar kata bos AK Group tu very punctual.” Nelissa baru terdengar tentang bos AK Group yang sedang hangat diperkatakan di sana-sini oleh pekerja-pekerja syarikat mereka. Buat masa sekarang, topik yang paling hangat di kalangan pekerja mereka adalah tidak lain dan tidak bukan adalah bos AK Group itu. Yang paling teruja sekali rata-ratanya adalah pekerja perempuan. Jejaka idaman Malaya kata mereka! Tetapi, ada Nelissa kisah? Disebabkan lelaki yang cerewet yang susah dilayan itu lah dia hampir sahaja kehilangan kerjanya.

“Er, jom lah kita masuk bilik mesyuarat sebelum dia sampai.” Encik Zaid mengatur langkah laju menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di hujung sekali. Nelissa juga mengikut ketuanya daripada belakang.

Sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat, beberapa pasang mata yang telah berada di situ tertumpu pada mereka. Nelissa tidak mengendah kan mata yang memandang, dia terus berlalu ke tempat duduknya. Manakala Encik Zaid pula menuju ke arah Dato Karim. Mungkin ingin menjelaskan sebab dia terlewat agaknya. Nelissa meneruskan tugasnya, bersedia di hadapan komputer riba.

Setelah selesai dengan Dato Karim, Encik Zaid mengambil tempat di sebelah Nelissa, dia juga menyemak dokumen-dokumen penting buat kali terakhir, bersedia untuk mesyurat sebentar lagi.

“Lis, mana dokumen yang saya suruh awak buat semalam?” Encik Zaid bertanya dengan kerutan di dahinya.

“Semalam kan saya dah bagi pada bos, bos bawa balik rumah kan?”

Lantas Encik Zaid menepuk dahinya apabila mendengar bicara setiausahanya itu.

“Alamak Lisss… Saya tertinggal dalam kereta, tolong pergi ambil kejap. Quick!” Arah Encik Zaid tanpa menunggu lagi. Tanggannya sudah menghulurkan kunci keretanya kepada Nelissa.

Hailaa.. Bos dia ni dah kenapa hari ni? Sudah lah tadi terlambat, ni boleh main tertinggal dokumen penting dalam kereta pula… Kalau Encik Zaid stress, Nelissa lagi sepuluh kali ganda stress hendak melayan kerenah bosnya itu.

“Haa.. Iyelah.” Nelissa mencapai juga kunci kereta bosnya itu walaupun tadi hatinya mengomel. Dah nama pun bos, layankan aje lah.

Nelissa melangkah laju menuju ke aras bawah. Berdetak-detak bunyi kasut tumit tingginya dek derapan langkahnya yang laju. Dia perlu cepat, nanti sampai bos AK Group yang banyak songeh itu dia masih di bawah, okey confirm Dato Karim akan pecat dia. Huaa, bila fikir pun sudah seram… Sumpah lah dia tak nak!!

Nelissa yang sudah mengambil dokumen di dalam kereta bosnya ingin kembali ke pejabatnya di tingkat 11 secepat mungkin, tetapi dalam kekalutannya itu dia terlepas pula dokumen tebal itu jatuh ke lantai. Nelissa mengeluh, banyak betul dugaannya hari ini. Perlahan-lahan dia menunduk untuk mengutip dokumen yang jatuh itu.

Belum sempat dia bangun semula, tiba-tiba sahaja dia jatuh terjelepok apabila dia dirempuh seseorang dari arah belakang. Dokumen yang baru dikutipnya tadi tercampak kembali ke lantai. Muka Nelissa menekur lantai, hatinya menyumpah gerangan yang telah merempuhnya itu. Apa malang lah nasibnya hari ini?? Selepas satu, satu lagi dugaan yang datang.

Dengan pantas Nelissa mengutip kembali dokumen yang jatuh dan dia kembali berdiri. Malu sahaja terduduk di tengah-tengah lobi bangunan pejabat yang luas ini. Nelissa menunggu gerangan yang melanggarnya itu menuturkan kata maaf, tetapi….

Langsung tiada apa-apa!!

Dengan perasaan tidak puas hati yang menebal, Nelissa mendongak ke atas. Ingin mencari orang tidak bertamadun itu. Dia ternampak sesusuk tubuh tegap berada semeter dari tempat dia berdiri. Lelaki itu sedang sibuk bercakap di telefon bimbitnya, langsung tidak sedar yang dia telah terlanggar Nelissa.

Nelissa pula sudah makin berasap. Sudah lah langgar orang sampai jatuh terduduk, langsung tak minta maaf pun! Harap gaya aje segak! Nelissa mengutuk di dalam hati. Dengan perasaan marah yang tertahan-tahan, Nelissa memanggil lelaki itu. Sambil itu kakinya juga melangkah mengekori langkah lelaki itu. Beberapa kali dia memanggil tetapi lelaki itu masih setia dengan telefonnya dan langsung tidak mengendahkan panggilan Nelissa. Dengan perasaan marah bercampur geram yang sudah naik ke tahap maksima, Nelissa mencampak kuat dokumen di tangan ke lantai. Berdentum bunyinya apabila dokumen tebal itu mencecah lantai.

“Encik…!!!” Kuat suara Nelissa memanggil.

Kali ini dia sudah tidak mengawal suaranya lagi, hampir satu lobi bergema dek suaranya yang lantang itu. Tidak sia-sia Nelissa mengamuk, kali ini lelaki itu berpaling ke belakang. Dahinya berkerut apabila sesusuk tubuh Nelissa menjamah matanya. Dia memandang ke sekeliling, tiada sesiapa di situ. Hanya dia dan gadis yang menayang muka cemberut itu sahaja.

Me?” Hadif menyoal sambil jarinya menunding ke arah diri sendiri.

Menyirap darah Nelissa apabila hanya itu respon lelaki yang tidak dikenalinya itu. Langsung tiada riak bersalah di mukanya. Selepas mengutip kembali dokumen di lantai pantas dia menghampiri lelaki itu dengan muka garang.

“Ada orang lain ke dekat sini?” Sinis Nelissa bertanya.

“Err.. Tak, tak ada.. Kenapa ye cik? Ada apa-apa boleh saya bantu?” Sumpah lah Hadif pelik dengan kelakuan gadis manis di hadapannya itu. Sekali pandang memang hatinya terusik dengan wajah gadis itu, comel gila!! Bila dua kali pandang seram pula dengan muka garangnya itu. Tetapi apa-apa pun kecomelannya tetap tidak dapat ditutupi dengan wajah garangnya. Eh, Hadif sempat lagi kau ye… Dengan pantas dia memfokuskan kembali otaknya pada apa yang ingin diperkatakan oleh gadis ini dan bukannya sibuk menelek wajah gadis comel ini.

Amboi.. Bukan main bersopan! Tadi selamba badak aje langgar aku sampai jatuh tergolek. Nelissa yang sememangnya stress hari ini makin bertambah stress dibuatnya.

“Memang ada!! Boleh tak sekurang-kurangnya encik minta maaf lepas encik langgar saya sampai jatuh tergolek?” Marah Nelissa. Tahap kepanasan lahar gunung berapi dalam badannya memang sudah sampai ke tahap maksima.

Pardon me?” Terangkat kening Hadif. Bila masa pula dia terlanggar gadis comel ni?

“Ehhh… Boleh buat tak tahu pula? Awak tahu tak tadi awak langgar saya sampai saya jatuh? Lepas tu boleh awak blah macam gitu aje??!!” Suara Nelissa sudah naik beroktaf-oktaf. Memang hari ini dalam sejarah, Nelissa yang selama ini jarang naik angin boleh mengamuk begini. Dengan orang yang tidak dikenali pula tu!

Hadif menggigit bibir. Riak serba salah jelas terbias di wajah kacaknya. Sungguh lah dia tidak perasan langsung yang dia telah terlanggar gadis ini.

“Maaf kan saya cik, saya memang betul-betul tak perasan. Tadi tu saya tengah on the phone dengan pelanggan penting saya. Maafkan saya ye cik.” Seikhlas hati Hadif memohon maaf.

Nelissa pula merengus geram dengan jawapan lelaki itu. Huh! Tak kisah lah on the  phone dengan siapa, yang penting jalan tu pandang depan!

“Lain kali jalan tu pandang depan, jangan pakai redah aje!” Marah Nelissa lagi sebelum dia mengutip semula dokumen di lantai yang dihempasnya tadi dan melangkah pergi meninggalkan Hadif di situ.

Hadif pula termanggu-manggu apabila Nelissa dengan selamba melangkah pergi. Matanya masih tidak lepas daripada memandang tubuh Nelissa yang sudah menjauh. Hadif terkaku di situ. Sebagaimana kaki Nelissa yang sudah melangkah pergi, begitu juga hati Hadif yang seolah-olah turut terbang mengikuti langkah gadis itu. Tidak semena-mena terbit sebuah senyuman di bibir Hadif, gadis itu benar-benar menarik perhatiannya.

Tetapi apa yang bermain di fikirannya sekarang ini adalah dia terasa seperti pernah melihat gadis itu sebelum ini. Namun begitu, dia tidak dapat mengingati bila dan di mana mereka pernah berjumpa. Wajah gadis itu seperti dikenalinya.

“Tuan Hadif…” Azmeer yang baru keluar daripada tandas menegur bosnya yang seolah-olah tidak berada di alam nyata itu.

Hadif tidak memberikan apa-apa respon. Dia masih dihantui dengan bayang gadis comel tadi.

“Tuan Hadiff..!!” Kali ini Azmeer memanggil dengan lebih kuat sedikit. Pelik, tidak pernah-pernah melihat Tuan Hadif yang sebegini. Selama 5 tahun dia bekerja dan mengikut bosnya itu, ini lah dia melihat Tuan Hadif menjadi begini.

Kali ini panggilannya berhasil menyedarkan Hadif daripada khayalannya.

“Hmm.. Apa yang awak terjerit-jerit ni? Saya tak pekak lagi.” Hadif kembali pada perwatakannya yang serius. Ishh, macam mana lah dia boleh tertangkap berkhayal di hadapan pekerjanya. Habis rosak imej serius dan macho yang dibawanya selama ini.

Azmeer hanya terkulat-kulat apabila mendengar suara dingin majikannya itu. Hmm memang pun tuan tak pekak, aku panggil sekali tak respon pun! Lepas tu aku pula yang kena marah… Azmeer mengutuk bosnya di dalam hati.

“Maafkan saya tuan..” Kalau dah namanya pekerja sahaja, ikutkan aje lah rentak bosnya itu walaupun terang-terang bosnya yang salah. Ciss…

“Jom lah, dah nak lambat dah ni.” Hadif bersuara tegas. Kakinya pula sudah dihayunkan dengan penuh berkarisma menuju ke arah tempat yang ingin dituju. Azmeer pula hanya mengikuti langkah bosnya tanpa banyak soal.

Sampai di pintu masuk syarikat Teguh Corporation mereka disambut oleh seorang gadis manis si penyambut tetamu. Mereka kemudiannya di bawa pula ke sebuah bilik mesyurat di syarikat itu. Kehadiran mereka disambut hormat oleh pemilik syarikat Dato Karim dan para pekerja yang turut berada di dalam bilik mesyuarat itu.

Hadif memandang satu persatu pekerja yang menunduk hormat kepadanya. Apabila pandangan matanya jatuh pada seorang pekerja wanita bergaya yang memakai sepasang sut pejabat, dia tersenyum senget.

Uhuh.. Kalau dah berjodoh tu memang asyik berjumpa sahaja kerjanya.. Hadif masih dengan sengihan di bibir. Tidak sangka akan berjumpa lagi dengan gadis ini dalam masa kurang daripada 15 minit.

Nelissa yang terasa dirinya lama diperhatikan lantas mengangkat kepalanya daripada tertunduk. Apabila terpandang wajah Hadif yang tersenyum senget, Nelissa terasa seperti dirinya terkena renjatan elektrik. Senyuman manis yang terukir di bibir munggilnya mati serta-merta. Liurnya terasa sukar untuk ditelan. Nelissa semakin cuak apabila Hadif semakin menghampirinya.

We met again…” Suara Hadif separuh menggoda dengan senyuman nakalnya masih tersungging di bibir. Dia seronok melihat keadaan gadis itu yang serba tidak kena. Mungkin cuak barangkali.

“Eh, awak pernah jumpa dengan Hadif, Lis?” Suara Dato Karim yang terkejut pula mencecah pendengaran Nelissa.


Nelissa terasa mahu pitam. Nampak gayanya selepas ini dia perlu membeli surat khabar dan pen marker lah, lepas tu luangkan masa di ruangan iklan kerja kosong… Mati lah dia kena buang kerja lepas ni…
                                             
                                          *~*~*~* 
                                ~BERSAMBUNG~

Okay, itu lah dia ... So, how???? Okay tak?? Do comment pleaseeeeee, I am really 

appreciate it if you do... Thank you so much and sehingga berjumpa lagi untuk next entri yaaaa... ^.^

XoXo,
Z

11 comments:

  1. thx kerana masih menyokong kami walaupun dah berbulan2 tak ada update apa2. nantikan next chapter next week, hari yang sama ya~ ^^

    - Q

    ps: korang memang awesome!!

    ReplyDelete
  2. Oh maiii, i appreciate those yang bagi komen and sentiasa menyokong kami... Luv korang much... <3 <3 Nantikan next entri, macam biasa insyaallah seminggu sekali okay... Thank you so much!!!!

    Xoxo,
    Z

    ReplyDelete
  3. Best2.. ;) cepatlah next week. X sabar nk baca next n3..

    ReplyDelete
  4. Best2.. ;) cepatlah next week. X sabar nk baca next n3..

    ReplyDelete
  5. Best2.. ;) cepatlah next week. X sabar nk baca next n3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan... ^.^ Sabar yaa, next week dah tak lama dah... hehehe

      Delete