Followers

Monday, November 18, 2013

**Love Letter** 02

Assalamualaikum semuaaaaa..... Hmm Hmm... Tak tahu nak cakap apa sebenarnya, otak masih lagi dalam mod zombie sebab terlalu banyak test dan assignment nak kena buat, so memang otak pun jadi tak berapa nak betul.... Penat betul minggu ni... Haihhhh.. Tapi Z curi jugak lah masa untuk mengapdatekan love letter untuk minggu ni... Ceeee... Terharu takkk?? Hahaha, abaikan semua tu... 
Sila enjoyyyyy.... (o^_^o).......                                                                
      
    ~LOVE LETTER ~

                                                                 ~02~
Walaupun duduk di dalam bilik berhawa dingin, peluh tidak berhenti merecik di dahi Nelissa. Walaupun duduk di kerusi yang empuk tetapi terasa seperti panas sahaja punggungnya. Sepanjang mesyuarat bersama wakil daripada AK Group itu berlangsung, Nelissa langsung tidak senang duduk. Matanya hanya difokuskan pada komputer riba dan notanya sahaja, tidak berani dia mahu mengangkat muka, lebih-lebih lagi dengan kehadiran lelaki itu di situ.


Tetapi apabila terlalu lama dia menunduk, terasa lenguh pula tengkuknya. Nelissa mengerling sekilas Hadif yang duduk di hujung meja, nampaknya lelaki itu sedang khusyuk mendengar penerangan yang dibuat oleh Encik Zaid. Mukanya nampak serius, matanya langsung tidak lepas daripada memandang slaid di hadapan. Jadi ini lah masanya untuk Nelissa mengangkat kepalanya tanpa disedari Hadif.

Namun begitu, baru sahaja Nelissa mengangkat kepalanya, matanya bertembung dengan mata Hadif. Nelissa terkaku di situ. Erkk.. Rasa seperti tercekik tulang ikan sahaja apabila tiba-tiba Hadif menayangkan senyuman sengetnya. Lantas Nelissa menunduk kembali walaupun tengkuknya sudah lenguh selenguhnya. Seram melihat senyuman Hadif yang seakan memberikan amaran itu.

 Hadif
Hadif pula sudah terasa seperti mahu gelak guling-guling melihat rupa Nelissa. Tadi sewaktu Nelissa memarahinya di lobi tadi bukan main lagi garangnya. Hampir sahaja ketawanya mahu terlepas, tetapi Hadif mengawalnya dengan bijak. Tidak sopan lah nanti, orang di hadapan beria-ria membentangkan kertas kerjanya, Hadif pula selamba sahaja ketawa kuat-kuat. Dan yang paling penting, hancur lah imejnya sebagai CEO AK Group yang berwibawa.

Hadif simpan senyum, dia kembali memikirkan bila dan di manakah dia pernah terjumpa dengan Nelissa sebelum ini. Walaupun masih samar-samar tetapi dia pasti yang mereka pernah berjumpa. Buat seketika fokus Hadif teralih daripada slaid yang dibentangkan kepada Nelissa yang masih menunduk itu. Memang buang tebiat betul Hadif hari ini, selama ini mana pernah dia berkhayal semasa mesyuarat berlangsung.

Lama Hadif memerhatikan Nelissa, entah mengapa baginya wajah itu amat menenangkannya jadi dia tertarik untuk selalu menatap wajah itu. Selama ini Hadif selalu sahaja sibuk dengan kerjanya di pejabat, mana pernah dia keluar berfoya-foya dengan mana-mana perempuan. Hendak mencari teman wanita, lagi lah awal-awal dia sudah letak perkara itu ke tepi. Menyesakkan kepala otaknya sahaja, sudah lah dia dibebani dengan longgokan kerja yang bertimbun-timbun sejak dia mengambil alih AK Group. Tetapi hari ini hatinya seakan-akan sudah terpaut dengan Nelissa walaupun baru sahaja dia bertemu dengan gadis itu. Sebelum ini dia memang gelak ajelah bila orang sebut ‘aku-jatuh-cinta-pandang-pertama-lah.’, tapi hari ini terkena batang hidung sendiri nampaknya.

Eh, wait-wait… Kan ke dia rasa macam pernah jumpa Nelissa sebelum ini, so tak kira lah kan pandang pertama bagai ni? Ego Hadif menyangkal kenyataan otaknya.

            Encik Zaid yang sudah selesai memberikan penerangan di hadapan menumpukan pandangan matanya kepada Hadif, menunggu riaksi bos AK Group itu. Dalam hatinya cuak juga takut proposalnya ditolak mentah-mentah. Hadif memang agak terkenal dengan sikapnya yang cerewet dan memilih. Agak sukar untuk memuaskan hati lelaki itu.

            Dua minit berlalu dan Hadif masih tidak memberikan apa-apa kata putus lagi, dia hanya seperti tadi. Berkhayal dalam dunianya sendiri. Kini semua mata tertumpu kepadanya tetapi matanya tertumpu pada Nelissa dan pandangan Nelissa menunduk memandang meja.

            “Err.. So macam mana Encik Hadif..? Okey ke proposal saya tadi?” Encik Zaid memberanikan diri untuk bertanya apabila dilihatnya Hadif masih lagi diam dengan riak serius terpamer di wajahnya.

            Diam.

            Tiada jawapan yang diberikan. Encik Zaid dan kakitangan Teguh Corporation sudah merecik peluh dingin di dahi. Kalau Hadif menolak kertas kerja mereka dan tidak memilih syarikat mereka untuk projek besar milik syarikatnya, memang Dato Karim boleh mengamuk. Habis lah bonus mereka untuk tahun ini kerana terlepas satu projek besar. Nelissa pula sudah semakin tidak senang duduk, jangan-jangan Hadif tidak mahu menerima kertas kerja mereka kerana kejadian tadi? Arghhhhh…. Macam mana niiiii…..?

            Azmeer juga memandang bosnya di sebelah, dahinya sudah berkerut. Apa yang sudah jadi dengan bosnya yang seorang ini? Selalunya mana pernah dia tidak serius dengan kerja, setiap satu perincian daripada sebesar-besar sehinggalah sekecil-kecil perincian pun ditelitinya sehingga pekerja di syarikat mereka sangat-sangat jarang melakukan kesalahan kerana takut disembur oleh Hadif. Tetapi hari ini dia sendiri pula yang main-main? Sejak tadi dia sudah perasan yang bosnya itu tidak menumpukan perhatian dengan pembentangan di hadapan. Dia menghampiri Hadif dan berbisik perlahan.

            “Tuan, dah selesai presentation tu…”

            Ya Allah, hampir sahaja Hadif mahu melatah apabila Azmeer berbisik dekat di telinganya. Hadif beristighfar perlahan, jauh sungguh dia mengelamun. Dia berdehem sedikit mahu menutup malu dan membetulkan kedudukannya.

            “Okey, saya setuju… Nanti saya akan arahkan pekerja saya siapkan agreement.” Hadif memberi kata putus.

            Sebenarnya dia tidak berapa nak dengar pun apa yang dibentangkan. Boleh ajelah, lagipun sebelum ini dia memang sudah meneliti profil syarikat Teguh Corporation ini. Dia agak berpuas hati, cuma dia masih mahu melihat bagaimana cara kerja kakitangan syarikat ini. Tetapi apa yang penting, jika dia memilih Teguh Corporation untuk projek terbaru syarikatnya, boleh lah dia berjumpa dengan Nelissa selalu selepas ini… Buat kali pertama Hadif bersikap kurang profesional dalam kerjanya.

            Akhirnya, baru lah boleh semua kakitangan Teguh Corporation yang terlibat menarik nafas lega apabila mendengar kata putus daripada bos AK Group itu. Nelissa pula tidak putus-putus mengucapkan kata syukur. Boleh lah dia lupakan perancangannya untuk membeli surat khabar dan pen marker petang nanti.
                                                                           *~*~*~*
Nelissa

            Nelissa menuang air masak ke dalam cawan, lalu dengan sekali teguk sahaja habis air di dalam cawan itu. Baru lah lega sedikit hatinya yang bagai dilanda tsunami tadi. Entah apa malang nasibnya hari ini, sejak pagi tadi lagi bermacam-macam dugaan yang datang kepadanya. Mula-mula dia terlepas bas untuk ke pejabat dan akhirnya dia terpaksa menahan teksi untuk sampai tepat pada waktunya. Memang dia tidak boleh lambat kerana mereka ada mesyuarat penting. Selepas itu bosnya pula buat hal, lambat sampai ke pejabat sehingga dia juga mendapat tempiasnya apabila Dato Karim memberikan amaran akan memecatnya juga jika bosnya tidak sampai tepat pada masanya. Dan yang paling malang sekali apabila dia boleh mengamuk dengan Hadif tanpa mengetahui lelaki itu lah pelanggan penting syarikat mereka rupanya.

            Sumpah lah dia malu apabila wajah Hadif yang muncul di bilik mesyuarat tadi. Hadif pula seolah-olah sengaja mendera perasaannya dengan menunjukkan riak nakal dan Nelissa menafsirkan riak itu sebagai ‘siaplah-kau-Nelissa-berani-kau-mengamuk-dengan-bos-AK Group’. Adui la, mana lah dia tahu yang Hadif itu bos AK group yang dicanang-canangkan sebagai seorang lelaki yang cerewet itu. Kalau dari awal dia tahu tidak lah dia nak mengamuk sesuka hati.

            “Lis, kenapa ada dekat sini? Tak ikut sekali dia orang keluar makan?” Suara Kak Tina menyedarkan Nelissa.

            “Eh akak.. Malas lah kak, Lis diet ni.” Nelissa memberikan alasan. Sebenarnya mana lah dia ada selera untuk makan selepas semua yang terjadi tadi. Habis sahaja mesyuarat, Dato Karim begitu gembira dengan kejayaan mereka untuk mendapatkan projek kali ini, dan Dato mahu belanja semua staf untuk makan tengahari. Pada mulanya memang Nelissa mahu turut serta tetapi tidak jadi kerana rupa-rupanya Dato Karim juga menjemput Hadif untuk makan bersama-sama mereka. Terus terbantut nafsu makannya.

            “Diet? Dah hari yang bos besar nak belanja pulak kau diet ye Lis…” Ada tawa dalam hujung ayat Kak Tina itu.

            “Dah tu akak ni pun ada kat sini kenapa? Akak tak ikut dia orang ke?” Kali ini giliran Nelissa pula bertanya soalan yang lebih kurang sama dengan soalan Kak Tina tadi.

            “Akak puasa, tak pe lah tak ikut.. Yang kau tu, hari-hari lain je lah diet.. Rugi tak pergi, bos belanja tempat mahal tau..”

            “Mana boleh macam tu kak, macam mana nak berhasil kalau saya aci cancel-cancel diet saya. Hari ni kata nak diet, lepas tu bila nampak makanan sedap mula cakap esok masih ada. Kalau macam tu sampai kesudah pun tak mendatangkan hasil…” Nelissa pantas membantah kata Kak Tina.

            Lumrahnya memang ramai yang begitu, mulanya bersungguh-sungguh berkata mahu diet. Tetapi apabila jumpa makanan sedap sikit sudah tidak dapat menahan nafsu, kononnya esok masih ada dan esok-esok lah baru mula berdiet, hari ni biar makan sepuas hati dulu. Lepas itu bila langsung tiada perubahan pada tubuh badan, mula lah merungut dietnya tidak berkesan. Alah, tapi Nelissa bukan diet betul pun, itu semua hanya alasan sahaja.

            “Macam-macam lah kau ni Lis…” Kak Tina mengalah. Malas mahu berdebat dengan Nelissa yang petah berbicara itu.

            Tiba-tiba mereka disapa pula oleh Jaja yang baru sahaja masuk ke dalam pantri ini.

            “Kak Tinaaa… Lisss…” Ceria suara Jaja menegur kedua-dua mereka.

            “Amboi, seronok nampak. Suka dapat makan makanan mahal lah tu.” Kak Tina berkata sambil ketawa. Nelissa juga tergelak mendengar kata Kak Tina itu.

            “Eh, mesti lah… Amat lah jarang dapat makan restoran mahal gitu u olss…”

            “Makin kau seronok lah bila Encik Hadif tu ada makan sekali dengan kau orang ye…” Kak Tina masak benar dengan perangai Jaja yang pantang nampak lelaki kacak. Selama ini pun mereka banyak mendapat informasi berkenaan Hadif daripada mulut Jaja lah.

            Wajah Jaja tiba-tiba berubah muncung apabila nama Hadif disebut Kak Tina.

            “Itu lah yang spoilednya kak… Last minute dia tak jadi pula makan dengan kami semua. Ada temujanji lain katanya. Terlepas peluang nak makan sambil menatap rupa dia yang super kacak tu.” Sampai terpejam-pejam mata Jaja apabila menyebut tentang kekacakan Hadif, dah habis feeling lah tu…
            “Gatal betul kau ni kan…” Kak Tina menolak lembut bahu Jaja.

            Nelissa pula hanya mendengar perbualan mereka tanpa ada niat mahu menyampuk. Kalau bab Hadif yang dibicarakan, minta maaf memang awal-awal dia sudah hilang minat.

            “Tapi kan kak… Jaja rasa lah kan, Encik Hadif mesti tak jadi sebab si Lis ni tak ada sekali tadi.” Ulas Jaja sambil matanya tertumpu pada Nelissa yang sedang meneguk air suam itu. Seraya itu mata Kak Tina juga menyorot ke arah Nelissa.

            Terbatuk-batuk kecil Nelissa dibuatnya apabila namanya dan nama Hadif diletakkan dalam satu ayat, saling berkaitan pula tu. Tunak matanya memandang Jaja.

            “Apesal nama aku pula yang naik ni?” Soal Nelissa tidak berpuas hati. Kak Tina juga kembali memandang Jaja, ingin meminta penjelasan.

            “Masa kita orang dah sampai ke restoran tu, Encik Hadif macam tercari-cari seseorang. Lepas tu tiba-tiba aje dia cakap dia terpaksa pergi sebab ada temujanji lain. Antara semua staf, kau dengan Kak Tina aje yang tak ada. Kalau dia tak cari kau tak kan lah dia cari Kak Tina yang dah beranak tiga ni?” Selamba Jaja bersuara sekaligus mengenakan Kak Tina.

            “Oii, Kak Tina kau ni walaupun mak kepada tiga orang anak tetapi badan tetap maintain meletop hokayyy…” Kak Tina memuji dirinya sambil bercekak pinggang. Menunjukkan pinggangnya yang ramping itu.

            “Ye lah saya tahu akak hot, tapi maksud saya tak kan lah dia cari bini orang kot? Lagi pun based on my observation, sejak dalam bilik mesyuarat tadi lagi Encik Hadif tu asyik tenung Lis ni haa.. Lepas tu masa Dato ajak dia join sekali, dia ada tanya semua pergi ke? Dalam ayat dia tu dia maksudkan Lis pun pergi sekali ke sebenarnya? Bila dah sampai dia tengok Lis tak ada dia blahh gitu aje lah…” Amboi, dah macam penyiasat CSI dah Jaja ni. Hampir semua details dia tahu. Memang gelaran Jaja Melodi tu tepat diberikan kepadanya.

            “Amboi engkau Jaja, sampai apa yang dia tanya dekat Dato pun kau dengar ye. Tapi part yang Encik Hadif tenung Lis masa mesyuarat tadi tu akak boleh jadi saksi jugak, akak perasan memang dari mula sampai habis mesyuarat dia tenung Lis ni.” Bukan sahaja Jaja dan Kak Tina, malah hampir ke seluruh isi bilik mesyuarat itu perasan akan renungan Hadif pada Nelissa.

            “Iye ke? Bila masa pula? Kau orang ni salah tengok ni.” Nelissa sudah gelabah. Hmm memang pun Hadif tenung dia, tapi bukan sebab macam yang Jaja dan Kak Tina fikirkan tu. Tapi mesti sebab dia mengamuk dengan Hadif dekat lobi tadi.

            “Orang yang ditenung tu memang lah tak perasan, orang yang kat tepi-tepi ni yang perasannya. Lagi satu.. Tadi kan ke masa dia baru sampai dia cakap kau orang pernah jumpa, siap senyum sampai telinga aku tengok..” Jaja teringat sewaktu Hadif masuk ke bilik mesyuarat tadi bukan main lebar lagi senyumannya apabila melihat wajah Nelissa. Bukan sahaja mereka terkejut dengan kenyataan Hadif yang dia pernah berjumpa Nelissa malah Dato Karim juga nyata terkejut.

            “Entah lah, aku pun tak ingat bila masa aku terjumpa dia. Macam mana entah dia boleh ingat…” Selamba Nelissa menjawab. Tidak mahu dia bercerita tentang kejadian di lobi tadi.

            “Uishh… Tu maknanya dia syok dekat kau lah Lis, kalau tidak mana dia nak ingat kau..” Ujar Kak Tina sambil tersengih-sengih.

            “Tak de maknanya kak… Mengarut je kau orang ni.. Dah lah Lis nak keluar sambung kerja, melayan kau orang bergosip sampai esok pun tak habis.” Terus kaki Nelissa melangkah keluar daripada pantri, meninggalkan Kak Tina dan Jaja di situ. Sungguh lah dia rasa macam mahu gelak guling-guling, memang tak logik langsung lah huraian mereka berdua tu.

            “Hmm.. Iye lah tu Lis, karang nanti kalau kahwin jangan lupa jemput kita orang pula.” Kuat suara Kak Tina menjerit pada Nelissa sambil ketawa.

            “Hailaa kak, melepas lah eden nampaknya haa..” Jaja pula bersuara.

            “Sabar je lah ye dik, kau cari lah jerung lain kat luar sana ye..” Kata Kak Tina sambil menepuk-nepuk bahu Jaja. Mukanya mempamerkan riak simpati. Tetapi tidak sampai tiga saat, kedua-dua mereka tertawa.

                                                                        *~*~*~*
                                       ~BERSAMBUNG~
Macam mana entri kali ni?? Maaf lah sebab macam pendek sikit... Kindly leave your comment untuk penambahbaikan masa hadapan... ^.^ Thank you so much...!
        XoXo,
        Z

8 comments:

  1. i want to see more tuan hadif - nelissa interaction!! hahaha
    yg tu yg paling best tu. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. next-next entri nanti makin banyak lah ye... XDDD

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks baby mio... \(^ ^)/ Tunggu next entri minggu depan yaa....

      Delete
  3. Amboiiii... Hadif sempat lagi main mata ya... Lis lepas ni nasib awak lah kena dgn si Hadif tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... lepas ni memang Lis takkan senang duduk dengan kemunculan Hadif...

      Delete
  4. Comelnya hadif ok tak sabar nak tunggu nxt entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel ea?? Handsome bergaya lagi sesuai kot?? Hahahaha... Tunggu minggu depan ya, jangan lupa pulak... Hehehe

      Delete