Followers

Saturday, November 23, 2013

**Love Letter** 03

Salam semua readers yang dikasihi..... O(≧∇≦)OSo how was your week?? Mine, huuhhh tak tahu nak 

cakap lah, hectic sangat...!! Tapi hahaha saya sangat gumbiraaa kerana hectic week itu sudah berlalu... 

Muahahahahaha... 

Tapi bila dah free macam ni mula bosan, so saya decide nak bagi entri awal.... 

Ceeeeeeee... hahaha suka takkkk??? 

Okay lah, here.........Sila Enjoyyyy...\(^ ^)/



You all punya Hadif...^.^

~LOVE LETTER ~

                                                                           ~03~
            Selesai mengelap badan, tuala di tangan dicampak ke dalam bakul baju. Hadif hanya mengenakan seluar bermuda dan membiarkan badannya terdedah tanpa baju. Kakinya melangkah ke balkoni, ingin menikmati angin malam yang sudah lama dia tidak nikmati. Sudah lama Hadif tidak buat begini, selalunya siap sahaja mandi dia akan terus duduk di hadapan komputer untuk menyambung kerja yang tergendala. Tetapi hari ini dia terasa malas mahu menyiapkan kerjanya dan ingin bermalas-malasan begini sahaja. Hadif sebenarnya penat dengan kerjanya yang tidak pernah surut-surut, malah semakin hari semakin bertimbun kerja yang perlu diselesaikannya.


Angin malam yang berpuput lembut menampar tubuhnya yang tidak berbaju itu, Hadif sedikit menggigil tetapi dia tetap di situ dan membiarkannya sahaja. Sambil dia merenung permandangan indah panorama Kuala Lumpur daripada tingkat 20 kondominium miliknya, Hadif kembali teringatkan Nelissa yang dijumpainya tadi. Hadif agak kecewa apabila kelibat Nelissa tidak dijumpainya semasa mereka ingin makan tengahari tadi, lantas itu terus dia membatalkan niatnya untuk makan bersama-sama staf Dato Karim itu. Sangkanya jika dia ikut sekali, ada lah peluang dia berbual panjang dengan gadis itu semasa mereka sedang menjamu selera. Nelissa juga mungkin akan lebih selesa berbicara dengannya dalam keadaan yang santai itu. Hadif juga ingin bertanyakan pada Nelissa yang mungkin sebelum ini pernah berjumpa di mana-mana, tetapi semuanya hampa apabila Nelissa tidak turut serta.

Hadif tersenyum kecil, lucu pula apabila memikirkan keadaannya yang seakan-akan sudah angau itu. Nelissa, hanya itu yang dia tahu pasal gadis itu. Nama penuhnya juga dia tidak tahu lagi. Tetapi hati Hadif memang sudah terpaut. Lantas dia teringatkan kejadian siang tadi, sepanjang mesyuarat berlangsung Nelissa betul-betul tidak senang duduk. Setelah mesyuarat selesai baru lah dia nampak gadis itu tersenyum kepada rakan kerjanya yang lain. Senyumannya manis sekali ditambah pula dengan sepasang lesung pipit di kedua-dua belah pipinya menambahkan lagi seri senyumannya. Lamunan Hadif terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Terus tubuhnya dipusing dan dia masuk ke dalam rumah semula, dia menuju ke arah ruang tamu dan mencapai telefon bimbitnya. Melihat nama di skrin, Hadif tersenyum. Zariel rupanya.

Bro, kad aku tak hantar tau. Aku invite kau dalam FB je. Kau jugak yg ckp apa guna teknologi kalau kita tak manfaatkan. *Peace* LOL

Hadif mencebik sahaja apabila selesai membaca mesej rakannya itu. Banyak lah dia pakai quote aku tu, dah malas tu cakap malas. Hadif merungut sendiri di dalam hati.

Telefon bimbit di letak kembali di atas meja kopi dan Hadif terus berlalu ke bilik kerjanya. Komputer riba yang memang sudah terpasang itu dicapainya dan tangannya laju mengakses masuk ke dalam laman Facebook miliknya.

Berapa lama Hadif tidak masuk ke laman Facebook ini, kerjanya yang sentiasa menimbun itu sudah cukup memeningkan kepala, mana ada masa nak main Facebook bagai. Bersawang dah agaknya lama Facebook dia ni. Tidak menunggu lama, notification dibukanya dan mencari invitation yang dihantar oleh Zariel tadi.

Page invitation itu Hadif skrol perlahan-lahan. Tiba-tiba….

‘Macam kenal je.. Siapa ni?’ Hadif bermonolog sendiri.

Minat Hadif kini tertumpu pada satu nama sahaja, kerana wajah gadis itu seperti dikenalinya. Ligat jarinya menekan tetikus untuk masuk ke profil gadis itu. Kurang daripada seminit, kini terpampang gambar Nelissa yang tersenyum manis di skrin komputer Hadif.

Airis Nelissa.

“Ehhhh….” Panjang harkat ‘Eh’ Hadif, terkejut punya pasal!

‘Ni kan.. Nelissa? Cik setiausaha yang marah-marah dekat Teguh tadi?’

Hadif terus meneliti Timeline Facebook Nelissa, dan penemuan status Nelissa berkenaan kejadian siang tadi menguatkan lagi bukti yang Nelissa setiausaha Encik Zaid dan Airis Nelissa ini adalah orang yang sama.

‘Uhuuuiiii malu much!!! Mana aku tahu dia tu klien yang penting sangat tu!!!!!!!!!!!!’

Hadif sudah tersenyum lebar, tangannya pantas melarikan tetikus untuk meneliti profil si gadis, hoho… bertuah betul nasib dia hari ini.

Mereka memang ‘friend’.

Hadif melopong, bila masa?? Kenapa dia terlepas pandang gadis manis ini?? Eyy, rugi-rugi. Kemudian dia skrol lagi untuk meneliti dengan lebih lanjut profil Nelissa.

Sekolah menengah sama dengan dia rupanya!!

Nampak satu gambar yang menarik minatnya, terus gambar itu diklik Hadif.

Di dalam gambar itu, terserlah lesung pipit Nelissa. Bila lihat gambar ini, baru Hadif teringat….

Rupa-rupanya di sini lah di mana Hadif tahu akan kewujudan Nelissa selama ini, dan bukannya mereka pernah terserempak di mana-mana seperti yang difikirkan Hadif sebelum ini.

Hadif masih ingat yang dulu dia selalu memuji Nelissa yang dikenalinya melalui Facebook ini, Hadif tertarik dengan lesung pipit Nelissa yang menambahkan kecomelannya itu. Hadif ingat lagi, semasa zaman dia belajar di UK dulu Facebook baru mula diperkenalkan dan semua orang pun berebut-rebut membuat akaun Facebook mereka sendiri. Hadif juga tidak terkecuali, dan suatu hari Nelissa menghantar permintaan untuk menjadi rakannya. Waktu itu dia tidak mengenali Nelissa tetapi dia tetap menerima Nelissa sebagai rakannya kerana di profil Nelissa tertulis yang dia juga belajar di sekolah menengah yang sama dengan Hadif. Jadi Nelissa adalah juniornya di sekolah menengah rupanya…

Wow.. Sungguh lah ayat dunia itu sangat kecil itu tepat setepatnya. Hadif benar-benar tidak sangka, dia tidak mengenali Nelissa, tetapi dia menerima Nelissa sebagai rakan di Facebook kerana mereka itu belajar di sekolah menengah yang Sama. Walaupun begitu, mereka tidak pernah berbual melalui private message, sekadar menjadi rakan di Facebook sahaja. Selama ini mereka langsung tidak pernah berjumpa tetapi hari ini mereka boleh terjumpa dan paling epik sekali, Hadif boleh jatuh cinta pandang pertama dengan Nelissa.

Hadif melepaskan tetikus, tetapi dia tidak menutup Facebooknya, membiarkan profil Nelissa terpampang di skrin komputer. Hadif bersandar selesa di kerusi empuk miliknya, tangannya naik menggosok-gosok dagu. Seronok memikirkan kebetulan yang baginya indah itu.

Agak-agaknya Nelissa ingat tak dekat dia? Hadif sudah mula tertanya-tanya sendiri.

Airis Nelissa.

Sekali lagi Hadif menyebut nama penuh Nelissa, suka kerana satu lagi maklumat berkenaan gadis itu diketahuinya.
                                                                *~*~* 

Nelissa



Uhuks, uhuks…

Nelissa tersedak, habis dia terbatuk-batuk. Perit dirasakan tekaknya dek tersedak nasi yang dimakannya. Hani, teman serumahnya pantas menghulurkan air masak untuk Nelissa. Kasihan dia melihat dahi Nelissa yang sudah berkerut-kerut menahan perit di tekak, mukanya yang putih melepak itu sudah kemerah-merahan.

“Siapa lah yang menyebut nama kau Sampai tersedak gini…” Hani mengusap-usap perlahan belakang badan Nelissa.

Air dalam cawan diteguk Sampai habis, kemudian mulut dikesat perlahan. Hilang selera makannya apabila sudah tersedak sebegitu. Pinggan di hadapan ditolak ke depan.

“Aik, dah tak nak makan dah?” Hani pelik apabila Nelissa menolak pinggannya ke depan. Selalunya Nelissa yang beriya kalau bab makan ni.

“Hilang selera kau tahu tak…”

Tangan Nelissa menuang secawan lagi air masak, tekaknya masih terasa perit. Huhh betul cakap Hani, entah siapa yang menyebut namanya sehingga menyebabkan tekaknya terseksa begitu.

“Awal pula kau balik hari ni Lis…?” Hani membuka mulutnya untuk bertanya apabila Nelissa sudah tenang sedikit. Sejak tadi dia mahu bertanya tetapi terbantut pula dengan adegan tersedak Nelissa.

“Hmm.. Tadi mesyuarat dengan AK Group tu dah selesai, so kita orang macam dah free sikit lah.”

Sebelum mesyuarat itu berlangsung, boleh dikatakan hampir setiap hari Nelissa pulang lewat ke rumah gara-gara banyak kerja yang perlu diselesaikan. Malah hampir kesemua staf di pejabatnya turut sibuk dalam menyediakan kertas kerja yang penting itu, permintaan Encik Zaid dan Dato Karim pula amat tinggi kerana susah untuk memuaskan hati bos AK Group. Dan syukur lah usaha mereka semua berbaloi kerana bos AK Group menerima kertas kerja yang dibuat mereka.

“Projek besar ea?” Teruja Hani bertanya.

“Hmm iye lah kot, Dato serius giler untuk projek kali ni. Lagipun bos AK tu susah nak dilayan.” Nelissa mencebik. Teringat dengan senyuman senget lelaki itu yang entah kan senyuman mengejek atau sekadar senyuman biasa. Tapi apa yang pasti, senyuman lelaki itu kelihatan pelik pada pandangan mata Nelissa.

“Ooo.. Jenis Dato, Tan Sri ke?” Fikir Hani mesti klien mereka itu jenis Dato atau Tan Sri yang cerewet, tetapi…

“Tak de lahhh… Muda lagi kot, tak kan dah tittle Dato..? Tak lah..”

“Uikk muda?? Handsome lah?” Bersinar mata Hani apabila berbicara tentang lelaki kacak.

Handsome sangat…” Tutur Nelissa dalam nada sinis. Matanya sudah dijulingkan ke atas sambil tangannya diletakkan di bahu. Sebenarnya Nelissa tidak sempat nak meneliti pun wajah lelaki itu, mana lah dia tahu kacak atau tidak. Lagipun dah perangai cerewet, mengada-ada macam itu, muka kacak pun akan jadi tidak kacak pada Nelissa.

Terhambur gelak Hani apabila melihat muka Nelissa begitu. Dengan mulut senget-senget begitu, rupa cantiknya dah bertukar macam orang cacat dah pun.

“Sengal lah kau ni. Alah aku tahu, kau bukannya teliti muka dia pun kan… Mana kau nak tahu handsome ke tak.. Si Khai tu pun kau buat tak tahu je, padahal orang tu beriya nak ngorat kau.”

Khai tinggal di tingkat bawah rumah flat ini, lelaki itu sudah lama menunjukkan minat terhadap Nelissa tetapi Nelissa tidak pernah melayan. Setiap kali lelaki itu memberikan bunga atau hadiah kepadanya, dia hanya memandang sepi pemberian lelaki itu.

“Eleh dia tu bukan suka aku betul-betul tu, saja je suka mengacau orang.”

Khai itu nampak seperti mahu main-main sahaja dengan Nelissa, sedikit pun dia tidak percaya lelaki kacak macam Khai akan menyukainya, jadi dia ambil cara selamat dengan tidak melayan Khai agar hatinya tidak terluka.

“Engkau ni.. Agak-agak lah, kalau dia nak mainkan kau tak ada maknanya dia nak ngorat kau Sampai setahun lebih dah ni…”

Bagi Hani, Nelissa memang agak paranoid. Jika ada lelaki yang ingin mendekatinya, dia selalu mengelak. Baginya semua lelaki hanya mahu mempermain-mainkannya sahaja dan membuatkan dia tidak percaya langsung pada lelaki. Walaupun Nelissa tidak pernah bercerita tentang kisah silamnya, Hani mengaggak yang mungkin dia pernah kecewa teruk sehingga menyebabkan dia hilang kepercayaan pada lelaki.

Nelissa tidak memberikan sebarang komen, malas dia mahu bertekak dengan rakan serumahnya itu. Makin dijawab nanti makin berpanjangan pula perbahasan mereka, jadi dia ambil jalan untuk mendiamkan diri sahaja. Dan bila dia sudah diam begitu, Hani faham lah yang dia tidak ingin lagi berbicara tentang topik itu. Hani hanya bisa menggeleng sahaja, Nelissa memang selalu mengelak jika dia membuka tentang topik pasal Khai.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk perlahan. Nelissa dan Hani masing-masing memandang sesama sendiri. Entah siapa pula yang mengetuk pintu rumah mereka malam-malam begini. Nelissa memberi isyarat mata pada Hani supaya membuka pintu, dan Hani juga menyuruh Nelissa membuka pintu. Kedua-duanya tidak mahu mengalah.

“Kau lah pergi…” Hani menyuruh dengan nada separuh berbisik. Takut didengari oleh orang diluar barangkali.

“Kau lah… Nanti karang si Khai tu yang datang mampus aku nak lari mana…” Nelissa juga membalas dengan nada yang sama.

“Hisyhh kau ni… Yelah-yelah..” Hani menurut juga walaupun mulutnya mengherot-herot tanda protes tidak puas hati.

Pintu dibuka dan memang benar seperti telahan Nelissa, muka Khai terpacul di muka pintu. Hani melayangkan segaris senyuman.

“Ye Khai..? Ada apa datang rumah kita orang malam-malam gini?” Soal Hani, sambil itu matanya dapat menangkap ada sejambak kecil bunga di tangan Khai. Haii.. Untung lah kau Lis.. Selalu dapat bunga.

“Err.. Maaf lah mengganggu kau aje. Lis ada?” Terus Khai bertanyakan Nelissa yang dicari-carinya. Riaknya nampak teruja apabila menyebut nama gadis pujaannya.

Nelissa yang berada beberapa meter di belakang Hani sudah cuak apabila mendengar namanya meniti di bibir Khai. Eyy, lelaki ni memang tak faham bahasa agaknya. Dah dia tak layan tu dah sah-sah lah dia tak nak dengan Khai ni. Nelissa pantas melangkah menghampiri Hani.

“Ooo.. Lis.. Dia a…” Baru sahaja Hani mahu menyebut perkataan ada, pinggangnya sudah dicuit oleh Nelissa yang menyorok di sebalik pintu. Tanda menyuruh Hani menukar perkataannya.

“Err.. Tak ada..” Terus Hani tidak jadi meneruskan ayat yang sebelum itu. Sakit pinggangnya apabila dicucuk Nelissa. Hatinya mendengus geram. Nelissa ni memang tauuu…!!

“Oh ye ke? Dah lambat ni, dia tak balik lagi?” Soal Khai sedikit ragu-ragu dengan kenyataan Hani, jam tangan di pergelangan tangan di jeling sekilas.

Sekali lagi pinggang Hani dicuit oleh Nelissa, memberi amaran pada Hani supaya jangan bocorkan rahsia.
“Ha’ah, sekarang ni dia sibuk sikit. Company dia dapat projek besar, biasa lah secretary ni kena ikut jadual bos.” Hani memberikan alasan yang sama seperti seminggu ini. Sebelum ini memang betul Nelissa tiada di rumah, tetapi malam ini terpaksa lah bohong sunat. Sayang kawan punya pasal…

“Oh, kalau macam tu tak apa lah… You tolong bagi ni dekat dia ya..” Pinta Khai sambil menghulur sejambak bunga yang dipegangnya kepada Hani.

“Haa.. Okey, boleh.. boleh..” Hani menyambut dengan senyuman lebar di bibir. Sebenarnya Hani agak bersimpati dengan Khai, Hani nampak kesungguhan Khai tetapi Nelissa langsung tidak pernah mahu ambil peduli.

“I balik dulu. Nanti kirim salam dekat Lis ye.”

Khai terus berlalu meninggalkan rumah Nelissa dan Hani, melepas lagi dia hari ini. Dia akui memang payah untuk mendekati Nelissa, tetapi dia tidak akan berputus asa. Selagi Nelissa masih belum menjadi isteri orang, peluangnya sentiasa ada.

Setelah kelibat Khai hilang daripada pandangan mata, barulah Hani menutup pintu rumah. Dia memandang Nelissa yang berada betul-betul di belakangnya itu.

“Nah, bunga kau. Dia kirim salam, kau dengar kan?” Hani meletakkan jambangan bunga ke tangan Nelissa.

Nelissa sekadar menjawab salam Khai di dalam hati. Bunga di tangan dipandang kosong. Setelah itu dia meletakkan jambangan bunga ke atas meja kopi di ruang tamu. Nelissa tidak ada apa-apa perasaan walaupun dihadiahkan dengan jambangan bunga yang cantik berhias itu. Kakinya dihalakan ke arah meja makan dan mula mengemas meja yang ditinggalkan tadi, Sambil itu sempat dia menjerit kecil pada Hani yang duduk di sofa.

“Hani, kalau kau nak bunga tu ambil lah. Kalau tak nak buang je ea…”

            Hani hanya mampu menggeleng. Entah apa lah yang dilalui oleh temannya pada masa lalu sehingga membuat hatinya keras begitu.

                                                                

                                                        ~BERSAMBUNG~

Did you enjoy?? Hehe kindly leave some comment....(^_-)☆wink

Thank you soooooooooo much!!!!

XoXo

Z

5 comments:

  1. hahaha.... lis.. tgk gmbaq aom sushar xda lesung pipit.. nak buat macam mana dah dia lawa.. anggap ja dia ad lesung pipit. hahaha...

    cepat hang tukaq noh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang cepat tukaq?? kurang faham...? Nak buat mcm mana.. dah dia lawa sangat, pilih ja dia.. hahaha

      Delete
    2. yalah.. cepat la hang tulih balik.. kan ka baru tdi bg idea tukaq.

      - kakak

      Delete
  2. Suka! Hihi bila nak ada part Hadif dengan Lis. Cant wait for the next entry :) Keep it up kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanksss!!! O(≧∇≦)O
      Z akan terus berusaha lagi yee....
      Part Hadif n Lis? Ada.. Ada.. Next entri mesti ada punyaaa...
      Tunggguuuu... (^_-)☆wink

      Delete