Followers

Thursday, November 28, 2013

**Love Letter** 04

Hello Hello... Hahaha.. Kali ini entri awal??? 

Hmmm Hmm.. Sebenarnya awal-awal tadi Z macam masih 

berfikir-fikir nak ke tak nak, nak ke tak nak... 

Tapi tiba-tiba ada someone request so Z decided to update 

bab 04 ni... Hehehe.. Thanks to her yaa.. O(≧∇≦)O

Awal-awal tu saja terfikir nak update awal sebab I'll be away

 for three days.. TToTT So sad.... 

Ada program anak angkat dekat kampung which I don't know whether 

dapat ke tak internet connection dekat 

sana... And I was thinking nak bagi entri sebagai penganti?? 

*apakah itu?? ignore please... haha*

So kalau Z tak balas komen di sini ataupun di facebook, tu Z still dekat

 kampung tu lah... Nanti Z balik Z akan balas semuanya... 

(Tu pun kalau ada lah, sbb usually tak banyak pun.. muahahaha)... 

Okay, so here.... Enjoy Reading.. \(^ ^)/


~LOVE LETTER ~
   ~04~


Serius wajah Hadif menatap longgokan fail-fail di atas mejanya. Dalam dua tiga hari ini dia memang betul-betul sibuk menyiapkan kerja-kerjanya yang semakin menimbun. Sesekali dia menekan-nekan pelipis, penat kerana terlalu lama menatap fail dan komputer. Hadif mengangkat kepalanya daripada fail di hadapan apabila interkomnya berbunyi.


“Ada apa Mia, kan saya cakap kalau tak penting jangan ganggu saya…” Serius suara Hadif.

“Maaf Tuan Hadif. Encik Azmeer ada di luar ni, tadi Tuan panggil dia kan?” Takut-takut setiausaha Hadif bersuara. Bosnya ini bukannya boleh dibuat main, angin kus-kusnya datang tidak kira masa. Bila datang anginnya, memang semua staf nak angkat kepala pun tidak berani.

Pen di tangan dilepaskan. Badannya disandarkan ke kerusi empuknya, ingin merehatkan badan yang mula terasa lenguh. Timbunan fail di hadapannya memang membuatkan kepalanya kurang betul sedikit. Memang dia yang panggil Azmeer masuk ke biliknya tetapi boleh pula dia lupa. Tidak pasal-pasal setiausahanya yang kena sembur.

“Hmm.. Panggil dia masuk.” Nada Hadif masih serius seperti tadi.

“Baik Tuan.”

Tidak sampai seminit, pintu biliknya sudah diketuk.

“Masuk..” Tegas suara Hadif.

“Tuan panggil saya?” Azmeer berdiri betul-betul di hadapan Hadif. Selagi Hadif tidak suruh, jangan lah berani-berani cuba duduk. Kalau tidak mahunya kena sembur percuma dengan bos yang garang ini.

“Duduk lah..” Arah Hadif.

Tanpa banyak soal, Azmeer menarik kerusi di hadapan Hadif dan melabuhkan punggungnya di situ.

“Macam mana progres projek dengan Teguh tu?” Soal Hadif, Sambil itu tangannya sudah kembali mencapai pen dan menyambung kerjanya tadi.

“Semuanya berjalan dengan lancar Tuan. Petang ni saya akan berjumpa dengan pihak mereka untuk perbincangan lanjut.” Azmeer melaporkan satu persatu proges projek di bawah seliaannya itu.

“Petang ni? Siapa yang mewakili pihak Teguh? Encik Zaid ke?” Soal Hadif lagi. Dia tiba-tiba teringatkan Nelissa. Sudah lebih seminggu dia tidak menemui gadis itu, jauh di sudut hatinya ada rindu yang datang bertandang.

“Ya, Encik Zaid. Kenapa Tuan?”

Tidak memperdulikan soalan Azmeer tadi, tangan Hadif menekan interkom dan menyuruh setiausahanya masuk. Azmeer pula sudah tercengang-cengang dengan kelakuan bosnya.

“Ya Tuan Hadif?” Kelibat Mia muncul di dalam bilik setelah suara Hadif bergema menyuruhnya masuk.

“Petang ni saya ada apa-apa appointment penting tak?” Tanya Hadif.

Mia yang sememangnya bersedia dengan Ipad di tangannya mula menyemak jadual bosnya itu. Setiausaha Hadif tidak menggunakan buku nota seperti setiausaha lain sebaliknya menggunakan Ipad. Itu pun atas arahan Hadif. Katanya sudah ada teknologi yang maju, rugi sahaja jika tidak memanfaatkannya.

“Pukul 2 Tuan ada appointment dengan Encik Firdaus. Lepas tu Tuan free.”

Hadif kembali menyandar ke kerusinya sambil mendengar dengan teliti. Otaknya masih berfikir tentang keputusan yang patut dipilihnya. Temujanji dengan Encik Firdaus tu bukan penting mana pun, kalau dia suruh Azmeer yang pergi pun boleh..

“Azmeer, awak gantikan saya jumpa Encik Firdaus.” Akhirnya Hadif memberikan kata putus.

“Habis tu, temujanji saya dengan Encik Zaid macam mana?” Azmeer sudah berkerut dahinya.

“Saya akan pergi.” Pendek jawapan Hadif. Kemudian dia kembali pada kerjanya, tanda dia tidak mahu memberikan penjelasan lanjut dengan tindakannya. Tidak mahu bersoal jawab panjang-panjang dengan perkerjanya, nanti kalau bocor rahsia sebenarnya mana dia mahu letak muka.

“Baik lah Tuan. Nanti saya akan serahkan fail Teguh tu pada Tuan.” Azmeer akur sahaja dengan arahan bosnya. Dengan Tuan Hadif, satu sahaja pantang larangnya; jangan banyak soal dengan arahannya, ikutkan sahaja.

“Kalau tak ada apa-apa lagi kami keluar dulu Tuan.” Azmeer meminta diri. Melihat anggukan Hadif, Azmeer dan Mia terus berlalu keluar daripada bilik Hadif.

Di luar, Azmeer tidak terus kembali ke biliknya sebaliknya dia singgah sebentar di meja Mia.

“Mia, bos kau tu dah kenapa?” Azmeer bertanya pelik.

“Bos aku? Bukan bos kau jugak ke?” Mia tidak memberikan jawapan yang sepatutnya, sebaliknya dia bertanya soalan yang tidak releven pula.

“Ishh kau ni, aku tanya lain kau jawab lain. Tapi aku tengok bos tu nampak macam pelik giler kau tahu. Selalunya first meeting aje dia akan tunjuk muka, lepas tu aku yang akan follow up projek, bukan dia. Lagipun dia kan selalu pergi mesyuarat yang penting aje.” Makin difikir, makin tidak tercapai dek akalnya dengan kelakuan bosnya baru-baru ini. Mesyuarat dengan Teguh Corporation itu boleh dikategorikan sebagai kurang penting bagi syarikat mereka, rajin pula bos mereka itu turun padang sendiri.

“Entah lah dengan orang tua tu. Kau macam tak kenal dia, angin dia bukan menentu.” Selamba Mia mengutuk majikannya.

“Suka hati engkau aje panggil Tuan tu orang tua, dengar dek dia karang mahunya kau kena pecat. Muda lagi apa bos kita tu, tak Sampai 30 lagi okey.” Azmeer membela bosnya.

“Dari segi umur memang muda, tapi dari segi angin kus-kus dia tu… Hailaa.. Mengalahkan orang tua nak menopause…”

Kali ini bicara Mia itu disambut dengan ketawa Azmeer. Memang selamba badak sahaja Mia mengutuk bos di belakangnya, jika di hadapan Tuan Hadif bukan main lagi dia menikus.

“Kau ni, ayat agak-agak lah.. Hahaha… Dah lah aku nak check fail tu lagi sekali sebelum bagi dekat Tuan Hadif, karang ada silap mahunya dia mengamuk.” Azmeer berlalu dengan sisa tawa yang masih belum reda.

                                                             *~*~*



Nelissa dan bosnya Encik Zaid sudah setia menunggu wakil daripada AK Group. Hari ini mereka ada temujanji untuk berbincang tentang perkembangan projek antara kedua-dua syarikat. Pada mulanya, Nelissa agak keberatan untuk mengikut bosnya ke temujanji ini kerana takut berjumpa dengan Hadif lagi, tetapi setelah pihak AK Group mengesahkan yang mereka akan berurusan dengan Encik Azmeer, baru lah Nelissa terasa lega sedikit.

“Assalamualaikum..” Kedengaran satu suara memberikan salam. Nelissa yang sedang menatap buku notanya lantas mengangkat kepala, berderau darahnya apabila melihat kelibat lelaki yang dia langsung tidak ingin jumpa berada di hadapan mereka saat ini. Ketika itu, Encik Zaid sudah bangun dan bersalaman dengan Hadif.

Walaupun agak terkejut dengan kemunculan Hadif dan bukannya Azmeer, tetapi Encik Zaid tetap memberikan senyuman menyambut kedatangan Hadif. Nelissa yang masih terkejut hanya kaku di tempat duduknya. Dia hanya tersedar apabila Encik Zaid memanggilnya. Seraya itu dia bangun dan menunduk hormat pada Hadif. Hatinya seribu kali memberontak, tetapi apakan daya… Hadif itu klien penting syarikat mereka kot…!!

“Jemput lah duduk Encik Hadif. Sepatutnya Encik Azmeer yang datang kan? Terkejut saya tiba-tiba Encik Hadif sendiri yang datang.” Ujar Encik Zaid Sambil ketawa kecil.

“Azmeer terpaksa hadir ke mesyuarat lain, jadi saya sendiri yang datang hari ini.” Hadif berbohong. Padahal dia sendiri yang mengarahkan Azmeer menggantikan tempatnya dan dia menggantikan tempat Azmeer.

“Oh, begitu. Jadi boleh kita mulakan?” Encik Zaid sudah mengeluarkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk perbincangan mereka hari ini.

Perbincangan berjalan dengan lancar, Encik Zaid bersungguh-sungguh menerangkan tentang projek mereka. Mahunya tidak bersungguh-sungguh, kalau Azmeer yang datang boleh lah santai sedikit. Ini yang datangnya bos besar, kena lah dia buat betul-betul. Nelissa hanya mendiamkan diri dengan tangan ligat mencatat apa yang patut, dah memang kerjanya perlu menulis sahaja, tidak perlu langsung pun dia mengeluarkan suaranya. Hadif pula mendengar setiap patah kata Encik Zaid dengan teliti, tetapi sekali-sekala mata nakalnya melirik juga pada Nelissa yang manis berbaju kurung di hadapannya itu. Bertambah comel Nelissa dengan mengenakan baju kurung begitu, mukanya hanya dicalit dengan mekap nipis tetapi sudah cukup untuk menaikkan seri di wajahnya. Hadif makin tertarik dibuatnya.

“Macam mana Encik Hadif, okey ke?” Soal Encik Zaid setelah selesai dia menerangkan semuanya pada Hadif.

Hadif tidak terus menjawab, matanya meneliti dokumen di tangan sekali lagi. Ingin memastikan isi kandungannya, siapa suruh dia berangan tadi….!!

“Semua okey, saya setuju. Awak boleh terus proceed.” Putus Hadif Sambil menutup dokumen. Memang dia berpuas hati dengan kerja staf Teguh Corporation, tidak salah keputusannya untuk memberikan projek ini kepada mereka.

Encik Zaid tersenyum lebar mendengar kata Hadif itu, mujurlah dia mampu memuaskan hati Hadif yang cerewet itu. Kalau tidak bersengkang mata lagi lah mahu betulkan mana yang Hadif tidak puas hati.

Setelah perbincangan mereka selesai, ketiga-tiga mereka melangkah ke arah tempat parkir kereta. Encik Zaid masih galak berbual dengan Hadif tentang perniagaan, Nelissa mampu buat apa? Jadi bisu lagi lah dia.

“Lis, saya tak masuk pejabat petang ni. Saya kena balik, ada emergency. Awak boleh balik sendiri tak?” Tiba-tiba suara Encik Zaid mencecah pendengarannya. Di tangannya memegang telefon bimbit, mungkin baru selesai berbicara di talian. Entah bila Encik Zaid menjawab telefon, Nelissa tidak perasan langsung.

“Oh, tak pe. Saya okey aje. Bos jangan risaukan saya.” Nelissa tayang senyuman, tidak mahu Encik Zaid rasa serba salah.

“Awak boleh telefon teksi ea, nanti claim.”

Belum sempat Nelissa bersuara lagi, tiba-tiba Hadif tiba-tiba mencelah perbualan mereka.

“Err.. Encik Zaid, kalau tak keberatan biar lah saya hantar Lis balik ke pejabat.” Hadif menghulurkan tawaran.

“Eh, tak pe Encik Hadif. Menyusahkan Encik aje, saya boleh balik sendiri.” Nelissa pantas menolak. Gila apa, mahu sesak nafas dia kalau naik satu kereta dengan Hadif.

“Tak menyusahkan pun, sehala kan kita.” Hadif mencuba lagi, kalau boleh dia mahu Encik Zaid campur tangan supaya Nelissa bersetuju. Ini lah peluangnya untuk mendekatkan diri dengan Nelissa.

“Saya rasa better awak balik dengan Encik Hadif lah Lis.” Akhirnya Encik Zaid bersuara. Sebenarnya dia rasa bersalah juga jika mahu membiarkan Nelissa pulang ke pejabat dengan menaiki teksi, tetapi dia memang betul-betul ada kes kecemasan. Sudah Hadif sendiri yang menawarkan untuk menghantar Nelissa, itu lebih baik daripada membiarkan Nelissa pulang sendiri.

“Tapi…” Nelissa mahu membantah lagi.

“Tak payah tapi-tapi lagi, biar saya yang hantar awak.” Hadif sekali lagi menegaskan dan disokong dengan anggukan Encik Zaid. Memang Nelissa tidak boleh membantah lagi lah nampaknya.

“Kalau macam tu, terima kasih banyak-banyak lah Encik Hadif. Saya minta diri dulu.” Encik Zaid pantas berlalu selepas mengucapkan salam.

Setelah kelibat Encik Zaid hilang, Hadif pandang Nelissa di sebelah. Wajahnya nampak macam takut-takut sahaja. Hadif tersenyum, suka kerana diberikan peluang untuk menghantar gadis ini.

Come on, this way…” Tunjuk Hadif dan kakinya mula mengorak langkah. Nelissa hanya mengikut tanpa sepatah kata. Dalam hatinya tidak usah cerita lah, berdebar-debar!! Takut dengan Hadif.

Kaki Hadif berhenti di sebuah kereta Porsche Cayenne berwarna hitam. Alarm kereta ditekan, lalu Hadif berjalan ke arah sebelah penumpang dan membukakan pintu untuk Nelissa. Nelissa sudah termanggu-manggu, tidak perlu lah sampai buka kan pintu bagai… Kalut dia menghampiri Hadif.

“Eh, tak pe saya boleh buka sendiri.” Nelissa sudah serba salah. Sudah lah dia menumpang Hadif, boleh pula siap pakej dengan buka kan pintu. Dia bukannya tuan puteri pun.

It’s my pleasure lady.” Ujar Hadif Sambil mengenyitkan matanya pada Nelissa.

Oh My God, kenapa dengan mata dia??? Sakit ke? Nelissa tidak selesa dengan Hadif yang begitu. Nampak pelik dan menyeramkann!!!

Di dalam kereta, Nelissa menjadi bisu lagi. Sumpah lah dia kekok sekarang ini. Keadaan antara mereka amat lah canggung.

Melihatkan Nelissa yang hanya membisu, Hadif memulakan bicara. Bukan kebisuan yang dia mahu menemani mereka sepanjang perjalanan.

Lis, I called you Lis because I heard Encik Zaid called you so. Boleh saya tahu nama penuh awak?” Walaupun sudah tahu, tetapi Hadif mahu mendengar daripada mulut Nelissa sendiri. Nanti kantoi lah dia stalk Nelissa kalau tiba-tiba dia terpanggil Nelissa dengan nama penuh…!!

Nelissa telan liur. Alamak, macam-macam lah pulak Encik Hadif ni…

“Airis Nelissa.” Pendek jawapan Nelissa, kalau boleh memang dia tidak mahu jawab dan tidak wajib pun untuk dia jawab. Tetapi sebab hormatkan Hadif, Nelissa jawab lah jugak. Sudah lah orang tumpangkan dia, tak kan nak jadi biadab kot!!

Nice name. Macam tuannya juga.” Hadif tersenyum Sambil pandang Nelissa di sebelah. Nelissa pun balas lah balik senyuman Hadif, tapi senyumannya nampak macam kaku sahaja.

“Awak tahu tak Lis, saya rasa saya macam pernah jumpa awak sebelum ni. Tapi saya tak ingat, mungkin awak boleh ingatkan saya?” Hadif cuba menduga Nelissa.

Berkerut dahi Nelissa. Eyy.. Hadif ni dah kenapa? Rupa dia nampak macam buaya tembaga aje ni, takut Nelissa dibuatnya. Lepas tu tanya soalan pelik-pelik, dia syok dekat aku ke? Huh, jangan perasan Lis!! Nelissa cepat-cepat menyangkal kata hatinya itu.

“Saya tak rasa saya pernah jumpa Encik dekat mana-mana sebelum ni.” Ringkas Nelissa membalas.

Really? But you look very familiar.” Hadif bersuara lagi, tetapi matanya tetap ditumpukan pada jalanraya di hadapan.

“Muka macam saya bersepah dekat luar sana, sebab itu lah kot Encik rasa macam pernah jumpa saya.” Nelissa rasa muka dia memang biasa-biasa sahaja, tidak ada apa yang istimewa.

Hell no, you have no idea how special you are...” Hadif menggumam perlahan.

“Apa dia Encik?” Nelissa kurang dengar, perlahan giler suara Hadif ni.

No, nothing.” Balas Hadif. Kemudian kedua-dua mereka terus diam, tiada lagi bicara yang keluar. Nelissa memandang ke luar tingkap, melihat permandangan di sepanjang jalan. Dia masih terasa kekok duduk berdua dengan Hadif begini, Hadif pula klien penting syarikat mereka, kalau staf pejabat nampak ni sah dia kena gosip nanti…

“Nelissa.. Awak dulu pernah sekolah dekat Penang kan?” Soal Hadif lagi setelah berdiam seketika, terasa rugi lah pula jika mereka terus berdiam sahaja. Seraya itu kepala Nelissa terus berpusing pada Hadif di sebelah, terkejut dengan soalan yang tidak disangka-sangka keluar daripada bibir itu.

“Ehh.. Mana Encik tahu.?” Tanya Nelissa sedikit ragu-ragu.

So it’s really you…” Suara Hadif bertukar ceria. Eleh, Hadif berlakon aje ni. Dari awal dia memang sudah tahu yang Nelissa ni junior dia di sekolah dulu.

“Apa maksud Encik?” Nelissa tidak faham langsung dengan kata-kata Hadif itu.

“Saya pun pernah sekolah dekat sekolah yang sama, so in short I’m your senior back then…” Ujar Hadif Sambil tertawa. Dahi Nelissa makin berkerut, dia mula memikirkan sesuatu.

“Err.. Boleh saya tahu nama penuh Encik?” Di dalam kepala Nelissa sudah muncul satu nama yang sudah lama dia lupakan. Baru Nelissa perasan, jika diteliti betul-betul apa yang dia lihat dalam diri Hadif, memang ada persamaan dengan si ‘dia’.Tetapi dia tidak pasti, sudah berapa tahun dia tidak melihat si ‘dia’.

Waktu itu, kereta Hadif sudah Sampai di hadapan bangunan pejabat Nelissa. Setelah memberhentikan kereta, Hadif mengubah kedudukannya supaya menghadap Nelissa. Dia tersenyum.

“Nama saya Amirul Hadif Bin Amran Khalid.” Sepatah-patah Hadif menyatakan nama penuhnya, bibir masih dihiasi dengan senyuman seksinya.

Nelissa jatuh rahang. Bull’s-eye!!! Memang betul si ‘dia’. 

                                                 ~BERSAMBUNG~
So, so, so.... How entri kali ni?? Memuaskan hati tak???

Do comment please...... (^_-)☆wink

Thank you so muchhhh.. Mwahh... Mwah

XoXo

 


7 comments:

  1. yes2.. lepas ni banyak interaction lis-hadif.. i tak sabar okey!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAKAK!!! kenapa hg yang excited???

      Z

      Delete
    2. xtau... just excited dowh... hahahhaha... padahal aku dah baca dah... bc lg skali.. tp speed reading lah.. just nk tgk if hg tukaq ap2.

      -kakak

      Delete
  2. waa...my crushh..haha..dunia kecikkan lis..pusing2 jmpe blik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dalam dunia ni banyak benda unexpected terjadi... so.. jeng.. jeng.. jeng... XDD

      Delete
  3. cerita ni semangkin menarik.... pergilah jauh mana pun .... pasti 1 hari akan bertemu jua si 'Dia'...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana enjoy dengan kisah hadif dan nelissa... ^_^
      itu betul.... hahaha kalau dah namanya jodoh tak ke mana kannn.....
      ^_-)☆wink

      Delete