Followers

Tuesday, December 3, 2013

**Love Letter** 05

Salam semua... Update awal again this time... ^_______^

Kali ni Z bagi entri awal cuz ramai complaint entri lepas pendek... 

Maaf lah sebab ramai jugak yang tak puas hati bab 04 tu 

macam pendek sikit but sorry again today's entry pun tak berapa nak panjang jugak..... 

Dan bab-bab seterusnya pun bila Z check balik memang tak berapa nak panjang pun, 

emmm and i was thinking macam mana nak buat ni??? 

So, untuk beberapa bab yang pendek tu Z akan update awal, tak ikut 

jadual asal seminggu satu bab... Okay tak??? 

Hehehe jangan marah dah naa kalau lepas ni entri pendek sikit..... 

Enjoy........... (^_-)☆wink


 ~LOVE LETTER ~

                                                              ~05~



Permainan ragbi yang sengit itu Nelissa tonton dengan rasa teruja. Walaupun di padang yang luas itu terdapat ramai pemain yang sedang berlari ke sana–sini, tetapi pandangannya hanya tertumpu kepada seorang manusia sahaja. Sesekali cermin mata yang ingin melurut jatuh dibetulkan. Nelissa betul-betul fokus dengan permainan di hadapan sampai tidak pandang kiri-kanan dah.


Nanti selesai sahaja permainan ini, Nelissa akan memberanikan diri untuk berjumpa dengan Amirul, senior yang sudah lama diminatinya. Nelissa sudah menyediakan sepucuk surat untuk Amirul. Sekarang memang sudah tiba masa untuk Nelissa menghulurkan salam perkenalan setelah sekian lama dia meminati Amirul secara senyap-senyap.

Wisel ditiup menandakan permainan telah tamat, sekali lagi pasukan ragbi sekolah mereka berjaya mengharumkan nama sekolah. Nelissa tersenyum bangga melihat lelaki idamannya bersorak girang atas kemenangan pasukan pimpinannya. Botol air dan tuala bersih di atas beg sandangnya dicapai, bersedia untuk melangkah menghampiri Amirul yang baru keluar daripada padang itu. Tetapi langkah Nelissa terhenti apabila tiba-tiba tangannya dipegang oleh seseorang. Nelissa mengalih pandangan ke arah gerangan yang memegang tangannya. Wajah tegang sahabat baiknya menerpa pandangan. Dahi Nelissa berkerut, keningnya dijongketkan tanda tidak mengerti.

“Kau pasti ke dengan apa yang kau buat ni Lis?” Tegang suara Sofea menerjah pendengaran Nelissa.

100 percent sure okay… Kau jangan risau lah.” Nelissa menenangkan rakannya yang nampak gelisah itu.

“Lis…. Fikir baik-baik sebelum bertindak..” Riak wajah Sofea masih seperti tadi, dia sebenarnya sangat risaukan Nelissa. Nanti kalau Amirul tidak menerima cintanya bagaimana? Dia tidak mahu melihat rakan baiknya itu bersedih dan patah hati. Sebelum ini mana pernah Nelissa bercinta dengan mana-mana lelaki, hatinya masih suci lagi. Nelissa tidak pernah ambil peduli jika orang lain mahu bercinta sakan atau mahu berkasih-kasihan, apa yang penting padanya hanyalah pelajaran semata-mata. Tetapi apabila terjumpa dengan lelaki bernama Amirul Hadif ini, hati Nelissa jatuh tergolek...!! Terus dia jatuh cinta! Amirul Hadif lah satu-satu lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenal apa itu cinta. Dan sejak itu lah dia meminati dan mengikut setiap perkembangan Amirul.

“Jangan risau lah Fea…” Nelissa sudah nekad dengan keputusannya, dia tetap akan menyerahkan surat pada Amirul walaupun Sofea banyak kali mempersoalkan tindakan gilanya itu. Perlahan-lahan pegangan Sofea pada pergelangan tangannya dileraikan dan Nelissa mula mengorak langkah menghampiri Amirul.

“Tapi Lissss….” Belum sempat Sofea menghabiskan katanya, langkah Nelissa sudah menjauh. Apa yang boleh Sofea buat lagi? Dia hanya mampu berdoa sahaja lah, supaya hati rakannya itu tidak terguris.

Debaran di hati Nelissa semakin menggila. Semakin hampir kakinya dengan tempat di mana Amirul berdiri, makin sesak nafasnya. Namun begitu, hayunan langkahnya masih diteruskan. Nelissa menggenggam kuat botal air mineral yang dipegangnya, cuba mencari sedikit kekuatan untuk disalurkan ke jantungnya supaya tidak meletup gara-gara berdegup terlalu kencang. Hari ini memang hari bersejarah, Nelissa bertekad memberanikan diri untuk pergi sendiri berkenalan dengan Amirul. Sebelum ini, jangan kan kata mahu meluahkan rasa cinta pada mana-mana lelaki, mahu lihat Nelissa bercakap dengan lelaki pun adalah perkara yang amat jarang sekali berlaku.

Nelissa cuba mengawal riaknya apabila dia makin menghampiri Amirul yang sedang duduk berehat berSama-Sama dengan rakan sepasukannya. Rambut tocang duanya dibetul-betulkan sedikit, tidak mahu penampilannya nampak comot depan lelaki idamannya. Nelissa menarik nafas sedalam mungkin dan meneruskan langkah dengan yakin. Tiba-tiba, bahu Nelissa dilanggar oleh seseorang, habis botol air di tangannya jatuh bergolek ke tanah. Perempuan yang melanggar Nelissa itu hanya buat bodoh dan meneruskan langkahnya, tidak ada langsung niat mahu meminta maaf. Nelissa sedikit bengang, perempuan itu nampak sahaja cantik tetapi perangai buruk!! Siapa tidak kenal dengan Tengku Awina yang angkuh dan berlagak itu, dia selalu membangga-bangga diri kerana pangkal namanya ada pangkat Tengku dan berasal daripada keluarga yang berada. 

Cehh...!!! Kalau setakat datang daripada keluarga berada dan berpangkat Tengku, apa lah yang nak dibanggakan sangat? Bukannya dia tu ada memberi apa-apa sumbangan pada negara pun!! Kalau yang memberi sumbangan pada negara tu baru lah layak bangga! Puii... Nelissa mencebik! Sudah lah berlagak nak mampus, suka pula membuli dan menghina pelajar yang lemah dan kurang berkemampuan. Dalam sekolah ni memang ramai yang tidak berkenan dengan perangai 'hantu' Tengku Awina itu. Hanya segelintir 'tukang-tukang kipas' dan lelaki-lelaki yang buta mata sahaja jatuh tersungkur dengan Tengku Awina. 

Nelissa menunduk dan mengutip kembali botol air yang jatuh. Apabila dia mengangkat kepalanya kembali, Nelissa terkejut apabila melihat perempuan yang melanggarnya tadi sudah berdiri di hadapan Amirul. Kelihatan senyuman lebar Amirul menyambut kedatangan perempuan cantik tersebut. Dengan selamba, perempuan itu melabuhkan punggung di sebelah Amirul. Terserlah sifat manjanya apabila bersama Amirul. Dia menghulurkan air kepada Amirul dan tanpa segan silu mengambil tuala kecil lalu mengelap peluh di dahi Amirul. Mereka berbual dan bergelak ketawa, perlakuan mereka amat intim. Nelissa yang melihat sudah tidak dapat menahan perasaannya, matanya sudah berkaca-kaca. Hatinya sakit bagai dirobek dan disiat-siat.

Nelissa tidak jadi untuk meneruskan niatnya, melihatkan kemesraan Amirul dan perempuan cantik itu, sesiapa pun boleh menggagak perhubungan antara mereka. Terus dia berpaling ke belakang, dan entah bila kelibat Sofea sudah berada di belakangnya. Apabila dia melihat wajah Sofea, terus air mata yang bertakung di tubir mata mengalir perlahan-lahan.

                                                                   *~*~*




“Lis, awak okey tak ni?” Hadif sudah naik risau melihat riak Nelissa yang berubah pucat tiba-tiba. Apabila dia menyebut nama penuhnya, Nelissa terus berubah riak. Dia sedikit menggigil seolah-olah telah ternampak hantu. Pelik sangat kah nama Hadif?

            Sekali memanggil, Nelissa tidak memberikan sebarang respon. Dia masih kaku seperti tadi. Hadif mencuba sekali lagi.

            “Lis..”               
                                                          
            “Hah??!!” Nelissa nyata terkejut dengan panggilan Hadif itu. Sedikit menjerit dia dibuatnya. Wajahnya sudah pucat seperti tiada darah yang dipam ke bahagian mukanya.

            “Lis awak okey ke tak ni? Awak nampak pucat semacam. Nak saya hantar pergi klinik ke?” Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Hadif. Risau sungguh dia melihat Nelissa yang seakan-akan serba tidak kena itu.

            “Tak payah. Terima kasih sebab hantar saya Encik Hadif. Saya minta diri dulu.” Cepat-cepat Nelissa melompat turun daripada kereta sebelum sempat Hadif berkata apa-apa. Hadif terpinga-pinga apabila semuanya berlaku dengan terlalu cepat. Kalut dia juga turun daripada kereta dan ingin mengejar Nelissa. Dia tidak akan berpuas hati sebelum memastikan keadaan Nelissa yang sebenar.

            “Nanti dulu Nelissa…” Kuat suara Hadif menjerit memanggil Nelissa. Tetapi Nelissa makin melajukan kayuhan langkahnya apabila suara Hadif mencecah pendengarannya.

            Hadif ingin terus mengejar Nelissa tetapi tidak jadi apabila kereta di belakang sudah membunyikan hon. Pada awalnya dia hanya ingin berhenti sebentar untuk menurunkan Nelissa dan terus berlalu pergi, jadi dia hanya berhenti di hadapan bangunan pejabat sahaja. Sudah tentunya keretanya menghalang laluan kereta di belakang.  Hadif mengeluh, hampa kerana tidak dapat bertanya lanjut tentang keadaan Nelissa. Perlahan-lahan Hadif kembali ke keretanya, sementara itu sempat dia mengangkat tangan pada pemilik kereta di belakang tanda memohon maaf.

Hadif mula menggerakkan kereta, tetapi dia masih memikirkan perubahan drastik Nelissa tadi. Mengapa Nelissa perlu terkejut sehingga ke tahap begitu? Nelissa takutkan dia seolah-olah dia adalah pembunuh bersiri pula… Apa salah Hadif??? Tadi sungguh lah dia risau apabila melihat wajah Nelissa sudah berubah pucat. Usai sahaja Hadif menyebut nama penuhnya, wajah Nelissa terus berubah! Badannya juga sedikit menggigil seperti orang trauma dan ketakutan. Tapi kenapa??? Kenapa?? Apa yang dasyat sangat dengan namanya sampai Nelissa beriaksi se-extream macam itu? Sumpah lah Hadif tidak faham... 

Rasanya baru kali ini mereka berjumpa kembali dan sebelum ini langsung tidak pernah dia rapat dengan Nelissa. Masa sekolah lagilah, dia tidak pernah kenal pun siapa Nelissa. Kalau nak kata dia ada mengguriskan hati Nelissa macam tak mungkin aje? Jadi apa sebabnya Nelissa jadi begitu?

Pening memikirkan soalan yang tidak mungkin dia peroleh jawapan itu, Hadif mencapai handsfree dan menyumbatnya ke lubang telinga. Dia tidak ada mood mahu pulang semula ke pejabat. Baru dia hendak mencapai telefon bimbitnya, dia ternampak beg tangan wanita berada di kerusi sebelah penumpang. Sah Nelissa yang punya ni fikir Hadif. Tadi pun dia keluar dengan keadaan tergesa-gesa, Sampai handbag pun tertinggal.

Telefon bimbit dicapai jua, ingin memaklumkan setiausahanya yang tidak mahu masuk ke pejabat petang ini. Tetapi belum sempat dia mendail nombor setiausahanya, telefon sudah terlebih dahulu berdering.

“Helo.. Yes Mia?” Suara Hadif tegas seperti biasa.

“Helo Tuan, Tuan ada dekat mana ni?” Kedengaran suara Mia seakan-akan cemas semacam.

I’m somewhere outside, saya tak masuk pejabat petang ni.”

“Err Tuan, boleh tak Tuan balik juga ke pejabat? Ada tetamu tengah tunggu Tuan.” Takut-takut Mia bercakap dengan bosnya.

Berkerut dahi Hadif apabila mendengar kenyataan setiausahanya.

“Siapa pulak dah? You know that I only meet people who make their appointment first? Dah berapa lama awak kerja dengan saya Mia?” Hadif sudah mengeluarkan aura singanya. Sudah lah mood dia tengah tidak baik, boleh pula setiausahanya buat hal lagi.

Mia sudah kecut perut mendengar suara Hadif yang garang begitu. Memang lah dia tahu semua tu, tetapi yang datang tu memang dia tak boleh halau begitu sahaja.

“Saya tahu Tuan, tapi yang datang ni mama Tuan. Tak kan saya nak cakap sila buat appointment dulu dan datang hari lain kot?”

Berubah terus wajah Hadif apabila mendengar mamanya yang datang. Hadif mendengus, marahnya terasa membuak-buak.

“Awak suruh je dia balik dulu, saya ada hal penting nak diuruskan ni.” Hadif mengeluarkan arahan dan terus mematikan talian.

Makin bertambah buruk mood Hadif apabila mendengar mamanya yang datang. Hadif memang pantang kalau mendengar apa-apa yang berkaitan dengan mamanya, pasti dia akan berubah mood. Setelah bertahun-tahun baru nak menjejakkan kaki ke sini, baru  sekarang mahu kalut-kalut datang berjumpa dengannya? Maaf, memang Hadif tak akan layan lah..!! Hatinya yang terluka tidak mungkin akan sembuh dalam masa yang singkat. Dan Hadif sendiri pun tidak tahu berapa lama masa yang dia perlukan untuk melupakan apa yang telah terjadi. Kalau lah dulu mamanya tidak pergi di saat dia betul-betul memerlukan sokongan seorang yang bernama Mama, pasti dia tidak akan bersikap begini. Memang orang kata berdendam itu tidak elok lebih-lebih lagi dengan ibu sendiri, tetapi keperitan yang dirasainya siapa yang tahu? Siapa yang dapat merasainya? Hanya Hadif seorang yang tahu!! Lantak lah dengan kata orang! Hatinya lebih penting.

            Beberapa minit berlalu, telefon bimbit Hadif berdering lagi.

“Mia, kan saya dah cakap suruh aje dia balik? Awak tak faham Bahasa Melayu ke?” Jerkah Hadif sebelum sempat setiausahanya itu berkata apa-apa.

Mia yang berada di hujung talian lantas menjarakkan telefon daripada telinganya. Apa lah nasib dia mendapat bos panas baran macam Tuan Hadif, lama-lama boleh pekak telinga dia macam ni.

“Saya dah buat macam yang Tuan arahkan. Mama Tuan dah balik dah. Saya call Tuan kali ini pasal hal lain.” Mia mengusap-usap dadanya, menahan diri supaya bersabar. Migrain jugak aku kalau tiap-tiap hari kena dengar suara petir dia tu!! Mia merungut-rungut di dalam hati.

“Apa lagi ni Mia?” Hadif sudah naik rimas. Kalau dia cakap dia tidak mahu diganggu, maknanya dia tidak mahu langsung sebarang bentuk gangguan, tidak kira lah daripada siapa pun. Mia ni pun satu! Kerja dengan dia sudah lama tapi masih lagi buat perangai macam ni, mahu menaikkan darahnya sahaja!!

“Tadi ada seorang perempuan ni call pejabat, dia cakap dia tertinggal beg tangan dalam kereta Tuan dan dia minta nak berjumpa Tuan. Urgent katanya. Jadi saya telefon Tuan untuk minta kepastian. Nama dia Airis Nelissa, dia cakap Tuan kenal dia.” Mia menyampaikan pesanan Nelissa satu persatu tanpa ada satu pun yang tertinggal. Pada mulanya dia cuak juga mahu menelefon bosnya sekali lagi, tetapi gadis itu merayu-rayu padanya. Sebabkan kasihankan gadis itu, Mia pun redah sahaja lah. Macam tidak biasa dengar suara guruh Tuan Hadif dia tu.

Hadif mengerling sekilas beg tangan Nelissa di kerusi sebelah penumpang. Memang tadi dia tidak jadi masuk ke pejabat kerana ingin kembali ke Teguh Corporation untuk mengembalikan beg tangan gadis itu. Tetapi dia makin hilang mood pula apabila mamanya tiba-tiba muncul.

Hmm.. Please send me Teguh's office number. I mean Encik Zaid's office phone number.” Hadif sudah mengendurkan suaranya. Kasihan dengan Mia yang selalu menjadi mangsa kemarahannya. Dia pun satu, marah kan orang lain tapi habis semua orang jadi mangsa dia melepaskan kemarahannya. 

“Ye baik lah, nanti saya SMS kan nombornya.”

“Okey lah, cepat sikit hantar nombor tu.” Perintah Hadif.

“Baik Tuan.”

Mia melihat telefon di tangan dengan rasa tidak percaya, wahhhhhh Tuan Hadif boleh berubah mood hanya sebab dia cakap pasal perempuan tu? Siapa Airis Nelissa tu? Teman wanita Tuan Hadif ke? Setahu Mia sebelum ini mana ada perempuan yang pernah naik kereta Hadif. Woahhh, Airis Nelissa itu lah gadis pertama, bertuah gila siapa yang bernama Airis Nelissa itu. 

Tapi bagus juga, jika bosnya sedang dilamun cinta, harap-harap lah panas baran bosnya itu berkurang sedikit. Dan paling seronok, bertambah koleksi untuk dia bergosip nanti. Mia sudah tergelak dalam hati. Tanpa berlengah dia terus menghantar nombor Nelissa kepada bosnya sebelum bosnya mengamuk lagi.

Dapat sahaja nombor pejabat Nelissa, Hadif terus mendail nombor tersebut. Tidak lama, talian sudah bersambung.

Hello Mr Zaid’s office here.” Lembut suara Nelissa menjawab telefon.

Hello Lis, Hadif here.”

Nelissa telan liur, cepatnya Hadif menelefon dia. Rasanya baru sahaja dia bercakap dengan setiausaha Hadif tadi, tidak sampai 10 minit Hadif sudah menelefonnya kembali. Tetapi suara Hadif kedengaran seperti sedikit, tegang...! 

Oh My… Hadif bengang dengannya ke? Debaran jantung Nelissa kembali menggila.

“Maafkan saya Encik Hadif, saya rasa beg saya tertinggal dalam kereta Encik.” Takut-takut Nelissa bersuara.

Yup, your bag is here with me. Awak habis kerja pukul berapa?”

Nelissa tersentak dengan soalan Hadif itu tetapi dia menjawab juga.

“Pukul enam.”

Hadif mengerling jam tangan Rolex yang tergantung elok di pergelangan tangan, 4.30 p.m. Bermaksud lagi satu jam setengah daripada sekarang waktu kerja Nelissa akan berakhir. Kemudian dia bersuara lagi.

Good, nanti awak tunggu saya dekat bawah bangunan pejabat awak. I’ll be right there exactly at six.”

“Err…” Nelissa teragak-agak, dia serba-salah sebenarnya. Hari ini dia sudah banyak menyusahkan lelaki itu, tak kan lah mahu menyusahkan dia untuk datang ke sini semata-mata mahu menghantar beg tangannya. Dan yang paling penting, kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan Hadif lagi hari ini. Lebih-lebih lagi adalah kerana Hadif itu adalah Amirul Hadif. Cukup lah dengan trauma dia tadi. Sampai sekarang pun hati Nelissa masih menggila sebab trauma lagi. 

Err, sebab dia trauma tu.... Bukan seratus peratus pasal Hadif pun, tapi berkaitan dengan Hadif juga. Perkara yang telah merubah diri seorang Nelissa. Jadi, sebab itu lah kalau boleh lepas ini memang dia tidak mahu ada apa-apa kaita dengan Hadif lagi. Cukup lah dia pernah kena teruk dulu hanya disebabkan lelaki yang bernama Amirul Hadif ini. Nelissa tidak kuat untuk menghadapinya sekali lagi. Jadi, langkah selamat, jauhi Hadif seboleh-bolehnya. 

Okay then, I’ll see you later.” Putus Hadif sebelum Nelissa sempat berkata apa-apa. Dia terus mematikan talian, bukannya Hadif tidak tahu kalau dibiarkan mesti Nelissa akan mencari alasan untuk tidak berjumpanya.

Nampak sahaja pusingan U, Hadif terus membelokkan keretanya untuk berpatah balik ke pejabat Nelissa. Hatinya yang sakit tadi sedikit terubat apabila memikirkan sekejap lagi dia bakal bertemu Nelissa lagi…. 

                                                   ~BERSAMBUNG~

Okey, bersambung.... Huhuhu.. Macam mana entri kali ni? 

Maaflah sebab again.. Entri pendek.. tapi tu pun Z dah 

tambah-tambah cuba jugak bagi jadi panjang sikit... 

Please leave your comment below.. I really appreciate that if 

you do... Thank you so much!!! Mwahh Mwahhh.... 

XoXo
Z




5 comments:

  1. panjang!!

    hahaha... tengku awina XDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
    bab lepas ni very2 interesting... trust me!! hahaha
    - kakak

    ReplyDelete
  2. mana adif nak tau kalau lis nak jumpa pun xsempat!ahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. itu la pasal.. tapi amazing kan, walaupun dulu Lis tak sempat pun nak cakap apa2 kat Hadif, last2 Hadif yang jatuh cintan bergolek-golek dengan Lis... hahaha

      Delete