Followers

Sunday, December 8, 2013

**Love Letter** 06


Hello semuaaa... Hahaha.. Hari ni tak tahu nak membebel apa...

Hmmm tak payah cakap apa-apa lah.. 

Sila lah baca... Hahaha.. Enjoyyyyyy.... (^_-)☆wink



~LOVE LETTER ~
~06~



              Keluar sahaja daripada bangunan pejabat, Nelissa sudah nampak Porsche Cayenne hitam yang dikenalinya tersadai indah di hadapan bangunan pejabat. Laju-laju dia melangkah menuju ke arah kereta itu.


            Nelissa cuba menjenguk ke dalam kereta tetapi apa pun dia tidak nampak kerana tingkap kereta Hadif gelap. Tetapi dia terasa seperti mahu luruh jantungnya apabila tingkap diturunkan secara tiba-tiba, muncul wajah Hadif. Gayanya lebih santai berbanding tadi, tali lehernya sudah dileraikan, dua butang atas dibuka dan lengan baju pula dilipat paras lengan. Makin kacak Hadif dengan gaya santai begitu.

            “Nelissa, get in the car. I’ll send you home.” Hadif sudah mengeluarkan aura bosnya dan selamba dia memberi arahan.

            “Eh, tak payah lah Encik Hadif. Saya nak ambil beg saya aje. Tak nak lah saya menyusahkan Encik lagi.” Nelissa cepat-cepat menolak, walaupun susah untuk bersesak-sesak pulang menaiki kenderaan awam tetapi dia lagi tidak suka menyusahkan orang. Nelissa lebih rela pulang sendiri daripada menyusahkan orang, ini pun dia sudah rasa serba-salah kerana kecuaiannya Hadif terpaksa berpatah balik untuk menghantar beg tangannya. Lagipun kalau boleh memang dia nak mengelak daripada menjadi rapat dengan Hadif, huhh.. nanti mesti Hadif tanya macam-macam kalau dia balik sekali dan Nelissa tidak ada hati langsung mahu menjawab. Jadi penyelesaian terbaik, lebih elok dia mengelak daripada pulang dengan Hadif.

            “No, I said get in. Kalau tak saya tak nak pulangkan beg awak.” Hadif menegaskan suaranya.

            Nelissa tiada pilihan, terpaksa lah dia menurut kata-kata Hadif. Dengan separuh rela pintu kereta dibuka dan dia meloloskan diri ke dalam kereta. Hadif sudah tersenyum kemenangan, oh jadi dengan Nelissa dia perlu menggunakan cara paksaan begini….. Baru jalan!

            Hadif terus memasukkan gear dan menggerakkan kereta. Lima minit berlalu dan kedua-dua mereka hanya membisu, Nelissa mengerling Hadif di sebelah, nampaknya tiada tanda-tanda lelaki itu mahu membuka mulut. Dahi Nelissa berkerut, Hadif seperti tidak terfikir mahu bertanya di mana rumahnya, Hadif tahu kah di mana Nelissa tinggal?

            “Err… Encik. Encik tahu ke rumah saya dekat mana?” Teragak-agak Nelissa bertanya. Dan soalan Nelissa hanya dibalas dengan tawa kuat Hadif.

            “Kalau awak tak cakap mana saya nak tahu?” Selamba Hadif membalas.

            “Habis tu Encik jalan macam confident je nak menuju ke mana? Ingat kan dah tahu tadi.”

            “Memang lah confident sebab sekarang ni saya bukannya nak menuju ke rumah awak.” Tenang Hadif menjawab persoalan Nelissa. Dari hujung matanya dia nampak rupa cuak Nelissa, dalam hati dia sudah mahu tertawa tetapi ditahannya. Masih tidak puas mengenakan Nelissa. Dia suka melihat reaksi Nelissa, kalut sangat! Walaupun nampak clumsy tetapi sangat comel!! Itu yang membuatkan Hadif semakin tertarik hati pada Nelissa. Hailaa… Kali ini memang Hadif fell head over heels for this girl.

            “Encik cakap tadi nak hantar saya balik?!! Ehhh, Encik nak bawa saya ke mana ni??” Soal Nelissa sedikit cemas. Sekarang baru dia terasa menyesal kerana mengikut buta-buta cakap Hadif. Dia kenal Hadif sebagai salah seorang klien penting syarikat sahaja, dia mana kenal rapat dengan Hadif pun. Entah-entah Hadif nak jual dia?? Uihh, minta simpang!!!

            “Hmm.. Saya nak jual awak!!” Hadif sengaja menakut-nakutkan Nelissa, dia bagaikan dapat membaca fikiran gadis itu. Makin seronok Hadif mengenakan Nelissa.

            “Apa Encik tak cukup kaya ke sampai nak jual saya bagai? Tamak betul..!!” Otak Nelissa sudah tidak dapat berfungsi dengan rasional, boleh dia percaya cakap Hadif macam tu sahaja. Mengarut-ngarut sahaja imaginasi Nelissa ini.

            Hadif sudah ketawa kuat. Apa benda lah yang Nelissa merepek ni??

            “Daripada saya jual awak, baik saya hantar rombongan meminang je.” Ucap Hadif  selamba dengan sisa tawa yang masih belum bisa berhenti. Nelissa terlalu berharga, mana mungkin dia nak buat macam tu..!! Baik Hadif nikah dengan Nelissa terus, boleh simpan dekat rumah.

            Hah? Meminang pulak? Sumpah lah Nelissa tidak faham sepatah haram apa yang Hadif cakap.

            “Encik ni nak bawa saya pergi mana sebenarnya?” Nelissa memandang Hadif di sebelah dengan pandangan tajam. Geram dengan lelaki ini yang suka sangat mengenakan dia.

            “Lis.. Lis.. Macam mana lah awak terfikir sampai saya nak jual awak? Kelakar lah awak ni. Saya nak bawa awak pergi makan aje lah. Saya lapar, awak teman saya makan ea.?” Pinta Hadif Sambil tayang senyum seksinya.

            Mulut Nelissa sudah herot. Heeeeeeeeee….. Suka hati dia aje main-mainkan aku. Kurang asam betul lah Hadif ni. Kecil besar kecil besar sahaja Hadif pada mata Nelissa sekarang ini.

            “Encik ni…!! Bila masa saya cakap nak teman Encik makan pulak? Tadi Encik cakap nak hantar saya balik, tak cakap pun nak kena teman Encik makan?” Nelissa bersuara dengan suara yang tertahan-tahan. Geram kerana dipermainkan Hadif satu hal, lepas tu geram dengan Hadif yang sesuka hati membuat keputusan sendiri itu lagi satu hal. Sumpah lah Nelissa berasap dengan Hadif sekarang ni.

            “Oh, jadi awak ni seorang yang tak mengenang budi lah ye?” Lain yang ditanya Nelissa, lain pula yang dijawab Hadif.

            “Apa yang tak mengenang budinya pulak?” Nelissa makin tidak puas hati, suka hati nak tuduh dia bukan-bukan.

            “Ye lah, tadi saya tak jadi masuk pejabat semata-mata nak hantar beg awak tepat pada masanya. Saya cuma minta awak teman saya makan aje sebagai balasan, tapi tu pun awak tolak.” Hadif bersuara lirih, sengaja mahu membuatkan Nelissa serba salah.

            Nelissa menggigit bibir, erkkk… Betul lah pula apa yang Hadif cakap tu. Nelissa… Nelissa… Senang betul dia ni masuk perangkap Hadif…

            “Bukan saya nak menolak, cuma bagi lah tahu awal-awal.” Nelissa menggumam perlahan.

            “Okey lah, ni saya bagitahu awak ye.. Saya Amirul Hadif Amran Khalid ingin meminta Cik Airis Nelissa untuk teman saya makan, boleh?” Hadif mengeluarkan ayat macam nak melamar Nelissa sahaja.

            Waktu itu kereta Hadif sudah membelok masuk ke perkarangan sebuah hotel, Nelissa tercengang seketika. Maknanya malam ni dia makan malam di hotel lah? Hmm.. orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, ikutkan aje lah…

            “Hmm.. Dah sampai dah pun, boleh ke saya cakap tak boleh?”

            “Ehh… Ni ikhlas ke tak ni? Nampak macam tak ikhlas je..?” Baru Hadif ingin membuka pintu kereta, dia mengerling Nelissa di sebelah, sengaja mahu mengenakan gadis itu lagi.

            “Ye, ikhlas.. Ikhlass..!!” Balas Nelissa sebelum membuka pintu untuk turun. Malas nak berbalas kata dengan Hadif, ada sahaja jawapan dia untuk mencantas kata kita. Buat sakit hati sahaja melayannya.

                                                                            *~*~*



            “Lis, awak nak makan apa?” Soal Hadif sambil mengangkat wajahnya daripada menu ditangan dan mengubah pandangan pada Nelissa di hadapan.

            “Hmm.. Bukan Encik suruh saya temankan aje ke tadi? Encik aje lah makan seorang.” Kata Nelissa perlahan. Telan liur dia apabila melihat harga makanan yang tertera pada buku menu, kalau ikut bajet dia memang dia tak mampu pun nak makan semewah ini. Tadi Hadif pun hanya cakap temankan dia sahaja, tapi dia tak ada sebut nak belanja pun. Karang dia order Hadif tak nak bayarkan mana dia nak cekau duit??? Dia dah cukup penat dah dengan kerja di pejabat hari ini, memang dia tak nak lah buat kerja part –time basuh pinggan mangkuk dekat hotel ni pulak..!!

                “Okay, it’s up to you…”

            Hadif terus memesan makanan untuk diri sendiri, sudah orang tu tak sudi apa dia boleh buat?? Macam-macam Hadif pesan, dan Nelissa pula hanya boleh telan air liur ajelah. Dengan perasaan berat hati Nelissa menutup kembali buku menu dan kembalikan pada pelayan yang setia menunggu di tepi meja. Nelissa memang dah rasa sebak dah, kalau ikut hati dia memang dia teringin tapi dah Hadif buat bodoh aje tak kan dia nak terhegeh-hegeh pula? Nelissa hanya mampu menyabarkan hatinya sahaja lah.

            “Lis.. Awak okey tak ni?” Hadif bertanya apabila melihat Nelissa hanya menunduk memandang meja.
               “Okey..” Lemah sahaja jawapan Nelissa.

            Hadif tahu je kenapa Nelissa jadi macam itu tapi dia saja nak buat-buat tak tahu. Dia sudah tergelak dalam hati. Itu lah orang tanya dia tadi boleh buat jual mahal. Biar padan muka dia.       
 
            “Dah lama ke awak kerja dengan Teguh, Nelissa?” Hadif cuba mengubah topik. 

            “Lama tak lama adalah nak dekat dua tahun dah Encik.” Nelissa jawab lah juga walaupun dia terasa hati dengan Hadif. Harta bukan main banyak tapi tak nak pun buat amal jariah belanja aku ni makan. Huhuuu…

            “Awak ni dari tadi asyik panggil saya Encik aje, boleh tak kalau awak buang Encik tu? Panggil Hadif sudah lah.” Hadif kurang senang dengan cara panggilan Nelissa kepadanya. Apabila Nelissa memanggilnya begitu, dia terasa seperti ada jurang besar antara mereka.

            Nelissa mengangkat mukanya dan memandang Hadif di hadapan. Macam tak percaya pula apa yang dia dengar tadi.

            “Eh, mana boleh. Encik kan klien syarikat kami…” Dah memang itu kenyataan, mana boleh dia suka-suka hati panggil nama sahaja. Biadab tuuu….

            “Sekarang waktu kerja ke? Kita ada dekat pejabat ke sekarang?” Soal Hadif Sambil tayang muka serius.

            Nelissa sudah terkulat-kulat, betul apa yang Hadif cakap tu tapi macam pelik aje kalau nak buang Encik pada pangkal nama Hadif. Nelissa sudah terbiasa begitu.

            “Hmm.. Yelah, yelah.” Nelissa angkat bendera putih.

            “Macam tu lah.. Lagipun saya kan senior awak dulu, jangan lah rasa janggal sangat dengan saya.”

            Huhhh… Cakap pasal senior, muka Nelissa mula membahang. Malu kot!! Bila dia fikir semula, macam bodoh aje dia masa zaman-zaman tidak matang tu. Sepuluh kali fikir pun dia tak dapat jawapan macam mana lah dia siap boleh menangis bagai semata-mata pasal Hadif ni. Memang tidak berbaloi langsung!!

Tapi kalau diikutkan, nampak sangat suka dia pada Hadif memang suka main-main sahaja, ala-ala cinta monyet kata orang. Sekarang ni Hadif ada di hadapan mata dia, siap boleh makan satu meja lagi tapi Nelissa tak ada rasa apa-apa pun? Hati dia dah tak berdetak pun? Yang paling hebat, masa pertama kali jumpa Hadif di mesyuarat syarikat mereka dulu dia langsung tak ingat Hadif. Ye lah, masa itu dia sibuk kira peratusan dia nak kena buang kerja kalau Hadif bocorkan rahsia yang dia marah-marah Hadif masa dekat lobi hari tu. Mana lah sempat nak teliti muka Hadif ni, kalau Hadif tak cakap memang sampai sekarang dia tidak tahu.

            Bila dia perhati balik Hadif, banyak lah juga perubahannya. Muka; dulu Hadif ni boleh dikategorikan dalam geng-geng mat jambu. Sekarang ni pula rupa dia dah bertambah macho dan matang, mana ada dah rupa jambu dia. Badan; hmmm lebih kurang lah sebab dulu pun Hadif memang berbadan tegap, al maklum lah atlit ragbi. Sekarang ni badan dia semakin kurus tapi masih tegap. Tinggi; nampaknya macam makin meninggi aje mamat ni. Tumbesaran dia tak berhenti-henti ke apa? Kesimpulannya, memang nampak lah perbezaan Hadif dulu dengan Hadif yang ada depan mata dia ni. Mungkin sebab tu kot dia tak perasan langsung.

            “Lis, awak dah terbang ke mana? Saya bercakap sorang-sorang rupanya.” Hadif cuba menyedarkan Nelissa yang entah melayang ke mana.

            “Hah? Oh, maaf, maaf… Saya kalau penat memang jadi kurang betul sikit, abaikan. Awak cakap apa tadi?” Nelissa cuba beralasan. Malunya dia kalau Hadif nampak yang dia leka tenung setiap inci yang berkenaan dengan Hadif tadi. Malu tujuh keturunan kott!!!

            “Hmm.. Saya tahu saya kacak tapi jangan lah tenung sampai macam tu Lis, boleh gugur jantung saya ni…” Ujar Hadif selamba sambil tangannya dilekapkan di dada, konon-kononnya jantungnya nak meletup lah tu.

            Ngeeeeeeee…. Hadif jahat!!!!! Kalau pun perasan aku tenung dia, buat bodoh je dah lah. Tak payah lah cakap! Nelissa mengomel-ngomel di dalam hati. Pada waktu yang sama dia sudah memalingkan wajahnya ke arah lain, tidak sanggup nak menatap wajah Hadif yang sedang menayang sengih lebar. Sah-sah tengah gelakkan dia!! Hadif hanya mampu tahan gelak melihat muka Nelissa sudah berubah merah. Comel gilaaaaaaa!!! Itu lah.. Ralit sangat pandang muka dia, kan dah terkantoi!!!

            Apabila pelayan menghampiri meja mereka untuk menghantar pesanan Hadif tadi, baru lah Hadif kembali menayangkan muka seriusnya. Nelissa pula masih merah mukanya menahan malu, tetapi matanya mengerling juga satu persatu hidangan yang sudah dihidangkan di atas meja. Terasa macam nak meleleh air liurnya melihat pelbagai hidangan terhidang di hadapan mata, tapi apa boleh buat? Dia hanya boleh pandang sahaja lah Hadif yang sudah mengangkat sepinggan stik daging yang menyelerakan ke hadapannya.

            Akhirnya Nelissa mengalihkan pandangannya daripada terus melihat stik dalam pinggan Hadif. Makin dia tengok, makin berkeroncong perutnya. Mana dia boleh tahan bila tengok daging stik yang menggiurkan dibasahi pula dengan sos lada hitam di atasnya!!! Mengancam gila tu!!

            “Lis…” Suara Hadif lembut memanggil Nelissa, dan apabila dia memalingkan mukanya ke depan, pinggan stik tadi sudah berada di hadapannya dengan daging stik yang sudah dipotong kecil-kecil oleh Hadif. Nelissa tercengang-cengang.

           “Makan lah. Mesti awak lapar kan.” Ujar Hadif Sambil tersenyum manis. Tadi tu saja aje dia nak usik Nelissa, dia pun tidak lah kejam sangat nak makan depan orang tapi langsung tak ajak makan sekali kan…

Lagipun dia nampak mata Nelissa lama berhenti di muka surat yang memaparkan menu stik daging tadi, fikirnya pasti Nelissa teringin sangat nak makan stik. Tapi bila dia tanya Nelissa jual mahal, jadi dia buat lah keputusan sendiri macam tu.

            Nelissa pula sudah tidak tahu nak cakap apa, sungguh lah dia terharu!! Hadif ni saja aje nak bagi hati dia jatuh tergolek lagi ke apa? Romantic much!! Siap potongkan stik tu kecil-kecil lagi.

            “Err… Thanks Hadif..” Ucap Nelissa malu-malu. Tapi tak tunggu lama, terus pisau dan garfu dicapainya. Memang dari tadi dia teringin sangat nak merasa stik daging ni, nampak sangat- sangat menyelerakan !!! Tapi bila tengok balik harga yang tertera, terus dia lupakan niat untuk menjamah stik ini. Dan memandangkan Hadif dan pesankan untuk dia, Nelissa apa lagi, makan sahaja lah…!! Tunggu apa lagi kan?

            Hadif tersengih melihat Nelissa yang seronok menikmati makanan yang dipilihnya itu, harap-harap lepas ni Nelissa terharu lah dengan sikap romantik yang baru pertama kali dia praktikkan ini.

                                                           ~BERSAMBUNG~

Thanks for reading....

Click the reaction box and facebook tu... 

And kindly leave your comment below.. 

Hahaha demand pulak.. 

Takde lah, kalau rajin komen-komen lah... 

Lepas tu kalau sesiapa nak saya tag di 

Facebook tiap-tiap minggu nanti boleh lah 

tinggal komen kat Facebook saya,

 nanti saya tag.... 

Much love...

(*^^)^*) ☆Chu!!

XoXo
Z
                                                                      

4 comments:

  1. haha..romantic much!! Lis kelakar kan suke dekat orang tapi orang tu xtau pon..haha..memang monyet betol..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana... masa Lis suka giler2 kat orang tu, orang tu tak pernah nak perasan... Huhuhu...

      Delete
  2. Ala sedapnya stik tu...nak jugak.
    Hadif dah jatuh hati kat Lis eh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahaha... Dia memang awal2 dah jatuh cintan sama Lis... LOL...

      Delete