Followers

Wednesday, December 11, 2013

**Love Letter** 07

Salam, hai hai hai... Hehehe.. 

Saja gedik nak update entri hari ni sebab hari ni 11.12.13.. Macam excited je.. 

Lately, view review BKATC kami dekat blog naik botingkek-tingkek... 

Tengah hot Abg Jebat dengan Mastura sekarang.... ^___^

Hahaha... Z excited gila dapat tengok cerita BKATC.. 

Nasib baik ternampak link yang boleh tengok online semalam, kalau tak melepas eden... 

 Sumpah lawak gilaaa... Hahahaha gedik kot Mastura dengan Abg Jebat dia..

 Abg Jebat pulak garang nak mampuihhh... 

Tapi sangat-sangat menghiburkan hati.. Korang tengok tak??

Hehe, done excited dengan Abg Jebat, kita excited kan diri dengan Abg Hadif pulak ye???

Here, Abang Hadif u ollss... 

Enjoyyyyy...!!!! (^_-)☆wink


~LOVE LETTER 
~07~

“Berhenti dekat depan ni je..” Suara Nelissa pada Hadif yang sedang memandu.

Perlahan-lahan Hadif memberi signal dan berhenti di tepi. Setelah kereta diberhentikan, Hadif menunduk sedikit untuk mendapat pandangan yang lebih jelas. Ternganga dia sedikit apabila melihat bangunan flat lama di hadapan mata.  ‘Nelissa duduk dekat sini?’ Ya Allah, Hadif rasa macam nak jatuh rahang untuk kali kedua.


Bangunannya sudah agak usang, dan tempatnya nampak seperti agak berselerak pada pandangan Hadif. Lepas tu, ramai orang lepak-lepak di kawasan bawah rumah flat ini. Macam bahaya aje kalau Nelissa terus tinggal dekat sini? Hadif rasa macam nak bawa Nelissa pindah duduk rumah lain hari ini juga. Tapi sah-sah lah Nelissa akan menolak kan… Tak apa, perlahan-lahan Hadif… Desis hatinya.

“Encik.. Terima kasih untuk makan malam tadi. Err, beg saya?” Nelissa menadah kedua belah tangannya meminta semula beg tangannya yang Hadif sorok sejak tadi.

“Haa? Saya kurang dengar lah awak cakap apa tadi. Ulang balik.” Arah Hadif selamba.

“Beg saya? Boleh pulangkan sekarang?” Walaupun Nelissa rasa macam tidak logik aje kalau Hadif tak dengar dengan apa yang dia cakap tadi tapi dia ikutkan sahaja lah.

“Maksud saya ulang ayat tu daripada mula. Every single words.”

Nelissa sudah buat muka toya. Macam-macam lah Hadif ni!! Sudah lah dia penat, campur dengan mengantuk lagi, boleh pula Hadif minta benda bukan-bukan. Dalam hati dia sudah terasa macam nak lempang Hadif laju-laju, tapi dia sedar lagi Hadif tu siapa. Jangan cakap nak lempang, nak jentik pun dia tak berani!!

“Encik… Terima kasih untuk makan malam tadi. Saya nak beg saya semula, bolehhhh….?” Panjang harkat ‘boleh’ Nelissa. Dan kali ini suara Nelissa sengaja dilembutkan sehabis mungkin, berharap Hadif cair lah.

Tapi Hadif tetap tayang muka tidak puas hati, dia siap menggeleng-gelengkan kepalanya tanda Nelissa memberikan jawapan yang salah.

“Selagi awak tak betulkan ayat awak selagi tu saya tak bagi awak keluar.” 

Amboi, dah rupa macam cikgu sekolah aje Hadif malam ini.

“Ishh… Encik ni dah kenapa? Saya penat lah nak melayan Encik.” Nelissa sudah tidak boleh tahan, kemarahan dia terluah jua.

“Okey lah saya bagi hint dekat awak. Ayat awak dah nak betul dah, tapi perkataan mula-mula tu totally wrong!!” Hadif tidak mahu mengaku kalah.

Nelissa mengalah dan mula memerah otaknya. Kalau dia bertekak dengan Hadif pun tidak guna juga, yang penting sekarang dia perlu cari jawapan yang Hadif mahu. Ayat dah betul, perkataan pertama salah… Hmm… Nelissa cuba mengingat semula keseluruhan ayat.

‘Owh, aku tahu apa!!’ Akhirnya Nelissa sudah mendapat jawapannya. Dia mengerling Hadif di sebelah dengan pandangan geram, saja aje dia ni!!!

“Awakkk… Boleh tak pulangkan beg saya, please…?” Nelissa meminta dengan suara sehabis lembut, dia juga tayang muka comel harap hati Hadif terusik.

Oh Tuhan, Nelissa ni jangan lah buat muka macam tu!!! Hadif mana tahan tengok muka super duper comel Nelissa tu… Berdetak-detak hati Hadif dibuatnya. Hadif berdehem sedikit sebelum kembali bersuara.

“Okey lah, kira boleh lah jawapan awak kali ni.” Hadif kemudiannya menarik keluar beg tangan Nelissa yang disoroknya di bawah kerusi kereta lalu diletakkan di atas riba Nelissa.

Fuh.. Lega akhirnya Nelissa dapat juga beg dia.

Thanks for today… Assalamualaikum, bye.” Tidak tunggu lama Nelissa terus melompat turun daripada kereta. Hadif hanya mampu melihat sahaja Nelissa berlalu kerana belum sempat dia membuka mulut lagi Nelissa sudah hilang dari pandangan mata.

                                                           *~*~*


“Lambatnya kau balik hari ni Lis?” Suara Hani mencecah pendengaran Nelissa sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Kelihatan Hani sedang bersantai-santai di hadapan televisyen. Nelissa melangkah perlahan-lahan menghampiri Hani dan melabuhkan punggungnya di situ.

“Hmm..” Itu sahaja yang keluar daripada mulut Nelissa. Dia sudah tidak ada tenaga untuk menjawab panjang-panjang.

“Dah makan dah?” Hani menyoal lagi. Kasihan dia melihat wajah lesu Nelissa, penat sangat lah agaknya tu.

“Dah..”

“Haa Lis baru aku teringat, aku nak minta duit sewa dengan kau. Lusa aku pergi bayar dengan tuan rumah.”

“Kau ambil lah dalam beg ni haa..” Suara Nelissa malas dan menyerahkan beg tangannya kepada Hani. Matanya sudah terpejam, tidak larat mahu membuka mata lagi.

Hani hanya mampu menggeleng melihat Nelissa, bila dah penat macam tu sampai nak buka mata pun dah tak larat. Tapi dia capai lah juga beg Nelissa dan mengeledah beg itu untuk mencari dompet Nelissa.

“Wah tukar purse tak ajak aku… LV pulak tuuu!!” Hani sedikit terjerit apabila melihat dompet Nelissa sudah bertukar. Nelissa yang tadinya terpejam terus terbuka matanya, bila masa pula dia tukar dompet? Seingat dia sudah 1 tahun lebih dia pakai dompet yang sama, dan rasanya siang tadi dia masih pakai dompet lamanya.

Melihat sahaja dompet Louis Vuitton yang berada di tangan Hani itu, mata Nelissa automatik segar dan terbuka luas. Terus diambilnya dompet itu daripada tangan Hani dan membelek-belek barang di dalam dompet tersebut. Memang betul semua barangnya, kad pengenalan, kad bank dan segala macam kad memang dia punya. Duit di dalam dompet itu juga tidak lebih tidak kurang daripada apa yang ditinggalkannya tadi. Tapi yang menjadi persoalan di sini, dompet yang selalu dia pakai tu dompet Guess pasar malam aje kot!! Ni kenapa pula dah bertukar jadi Louis Vuitton versi original pula tu!!!

“Kau dapat bonus ea Lis, LV kot…!!”

Nelissa tidak ada jawapan untuk soalan Hani itu, dia sendiri pun pening mana datang lah dompet LV ni, dan mana pula dompet lamanya menghilang? Sedang Nelissa pening mencerna apa yang terjadi, telefonnya berbunyi. Kalut dia mencari telefon bimbitnya di dalam beg.

Mesej daripada nombor tidak dikenali. Siapa pula ni?? Pantas jari Nelissa menekan skrin telefon untuk membaca mesej itu.

Love the purse? Specially for you dear.

Okey, Nelissa dah dapat jawapan.

Mesti Hadif!!!

Tidak tunggu lama, terus nombor telefon Hadif didail. Nelissa bengang dengan Hadif yang sesuka hati membelek beg tangannya tanpa kebenaran. Lepas tu siap pakej dengan belek telefonnya juga, memang panas lah hati Nelissa. Sambil menunggu talian bersambung, Nelissa berjalan menuju ke dalam biliknya. Tidak mahu Hani mendengar perbualan dia dengan Hadif nanti.

“Hadif!!! What have you done? Awak selongkar beg saya kan??!!” Tanpa mukadimah Nelissa terus menghamburkan kemarahannya.

Chill babe, saya selongkar beg awak tu pun sebab nak cari kot-kot ada nombor telefon awak. Tapi handphone awak pun ada dalam beg, sebab tu lah saya selongkar pula handphone awak untuk cari nombor pejabat awak.” Pandai Hadif beralasan. 

Padahal awal-awal dia sudah dapat nombor telefon pejabat Teguh untuk menghubungi Nelissa. Apabila dia bosan menunggu Nelissa habis kerja tadi, tangannya rasa gatal aje nak tengok apa ada dalam beg Nelissa. Dia macam tertarik-tarik untuk membuka beg Nelissa, dan bila dah buka tu dia nampak telefon bimbit Nelissa tangannya laju sahaja mendail nombor telefonnya sendiri. Sebab dia rasa kalau dia minta dengan Nelissa nanti mesti Nelissa tidak mahu bagi. Jadi jalan selamat, dia main helah keji macam tu, senang cerita. Lepas tu, dia mula membelek-belek barang lain dalam beg Nelissa. Simple sahaja Nelissa ini, cukup dengan telefon bimbit, dompet, bedak kompak dan pelembab bibir sahaja. Tidak seperti perempuan lain yang mencampak segala benda di dalam beg tangan mereka, dengan segala minyak wangi lah, kaca mata hitam lah, losyen lah, Sampai kadang-kadang tisu yang sudah digunakan pun pakai campak sahaja ke dalam beg.

“Habis tu, purse saya mana? Macam mana boleh bertukar jadi yang lain pula ni?” Suara Nelissa masih tegang seperti tadi. Marahnya terasa seperti meluap-luap, kalau Hadif ada di depan matanya sekarang ini tidak tahu lah dia akan buat apa dengan Hadif. Mungkin dia cekik-cekik Hadif sebab terlalu geram.

Pasal dompet tu, Hadif tengok dompet Nelissa macam dah lama dan siap ada bahagian yang terkoyak lagi. Memandang kan kawasan pejabat Nelissa berhampiran dengan KLCC, cepat sahaja dia memecut ke situ dan membelikan dompet baru untuk Nelissa. Hatinya teringin menghadiahkan sesuatu kepada Nelissa dan kebetulan pula dompet gadis itu memang sudah agak usang, jadi dia terus beli tanpa berfikir panjang. Dan sekali lagi dengan alasan yang sama, kalau dia bagi nanti sudah tentu Nelissa tidak akan mahu terima jadi dia tolong lah Nelissa pindahkan terus barang-barang dalam dompet Nelissa ke dalam dompet yang baru dibelinya itu. Salah ke??

“Kenapa? Awak tak suka ke yang saya baru beli tu? Okey tak pe, nanti kita keluar sama-sama then awak pilih sendiri yang mana awak suka.”

Nelissa juling mata ke atas. Pasrah sahaja lah bila bercakap dengan Hadif ni, lain yang orang maksudkan lain yang dia tafsirkan!!

“Itu bukan poinnya, yang saya nak tahu sekarang kenapa awak pandai-pandai sentuh barang-barang saya? Siap tukar purse saya lagi!”

“Saya tengok purse lama awak tu macam dah buruk aje, so I was thinking like nak hadiahkan yang baru untuk awak. Salah ke?” Soal Hadif naïf macam orang tak bersalah.

“Memang lah salah!! Awak tahu tak awak dah menceroboh hak privasi saya?” Marah Nelissa lagi.

“Alah Lis, awak ambil je lah. Tu hadiah saya untuk seorang kawan lama yang saya tak sangka akan berjumpa semula.” Hadif cuba memujuk Nelissa supaya menerima sahaja hadiahnya.

Nelissa mencebik. Sejak bila pula Nelissa berkawan dengan Hadif? Setahu Nelissa, dulu dia yang sangat-sangat mengenali Hadif tapi Hadif langsung tak kenal dia. Macam tu pun boleh dikategorikan sebagai kawan lama ke?? Rasa macam nak aje dia tanya Hadif ‘bila masa kita kawan?’ tapi bila dia fikir balik macam biadab lah pula ayat tu, sudahnya dia diamkan sahaja.

No, saya tak nak. Mahal sangat tu.” Nelissa menolak. Hadif ni suka hati dia aje nak bagi hadiah mahal-mahal macam tu dekat orang yang baru dia kenal, memang tidak lah Nelissa nak terima.

“Awak ni degil lah Lis!!” Hadif juga sudah makin menipis kesabarannya. Niat dia ikhlas nak hadiahkan dompet tu buat Nelissa, apa susah sangat ke nak terima hadiah dia yang tak seberapa tu??

“Awak tu yang degil!!” Nelissa tidak mahu mengaku kalah. Sudah lah sesuka hati selongkar beg orang, lepas tu ada hati nak memaksa-maksa orang terima hadiah dia pula. Sabar aje lah dengan Hadif ni.

“Lis.. Please, jangan buat saya hilang kesabaran.” Hadif sudah mengeluarkan amaran. Nelissa belum pernah lihat rupa dia marah orang dan tolong lah jangan mula kan.

Eyyy, siapa yang hilangkan kesabaran siapa ni???? Nelissa makin tidak puas hati.

“Saya yang patutnya keluarkan ayat tu tau..!! Awak ni biadab lah suka hati nak selongkar beg saya..!!” Marah Nelissa lagi.

Hah? Biadab? Hadif terasa seperti kena lempang sedas di pipinya. Belum pernah lagi sesiapa berani mengatakan dia biadab sebelum ini! Jangan cakap hatinya tercalar dengan perkataan itu, tetapi egonya, maruahnya, kesabarannya semuanya tercalar gara-gara dengan perkataan ‘biadab’ daripada Nelissa itu.

“Kalau awak dah tak nak sangat dengan purse tu, awak buang aje lah senang. ‘Sorry’ sebab bersikap ‘biadab’ dengan awak. Assalamualaikum.” Terus Hadif mematikan talian. Sumpah dia terasa dengan kata-kata Nelissa tadi. Niatnya ikhlas untuk menghadiahkan Nelissa dompet baru itu, tapi sampai hati Nelissa melabelkan dia sebagai biadab!!

Hadif ingat orang perempuan ni akan terharu kalau diberi kejutan sebegitu, tetapi sebaliknya pula yang dia dapat daripada Nelissa. Sungguhlah dia tidak sangka!!! Arghhh, sakitnya hati dia sekarang ini…

Nelissa hanya mampu melihat telefon bimbitnya dengan perasaan marah yang masih berbuku. Dia belum habis cakap lagi Hadif dah letak telefon dulu. Ayat terakhir Hadif nampak macam dia marah, tapi dengan keadaan sekarang ni bukan patutnya Nelissa ke yang lagi marah kan? Kenapa pula Hadif nak mengamuk bagai? Dah memang kenyataan pun apa yang Nelissa cakap tadi. Akhirnya telefon bimbit di tangan dicampak ke atas katil, Nelissa terus mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi, ingin menyejukkan hati yang makin panas dengan sikap Hadif yang suka sangat ikut kepala dia sahaja!!
         
                 ..BERSAMBUNG..

Hohoho, macam mana?? Gaduh lah pulak 
kan Abang Hadif dengan Kak Lis ni. 
Rajin-rajin lah click reaction box dan FB 
di bawah... Hehehe
Dan kalau rajin lebih sikit, komen sekali
 boleh?? (=^・ェ・^=) please.... Hahaha.. 
Jumpa lagi minggu depan ya semuaa... 
Much Love,
XoXo

..Zhee..





8 comments:

  1. Replies
    1. Terima Kasih... ^____^ Teruskan membaca kisah Hadif dan Nelissa yaa...
      <3 <3

      Delete
  2. Wah terasa hati pulak En. Hadif tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha haruslah terasa hati, biadab Lis label dia.... Tapi padan muka dia kan... hehehehe

      Delete
  3. Replies
    1. awww thanks baby mio for your every weeks comment... very very appreciate it... thank you very much... mwah mwah.. hehehehe

      Delete
  4. eh..lelaki kacak..kaya semua jenis perasanker..ego meninggi hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha not sure either... tak semua but mostly i thinkkk... tak kacak tak kaya pun ramai je yg perasaan, ego jugakk.. LOL

      Delete