Followers

Tuesday, December 17, 2013

**Love Letter** 08

Salam semua p(*-*)q
Hari tu sempat lah Z dgn kakak pergi pesta buku 1 malaysia, 
borong novel banyak..... Muahaha.... 
Lepas tu dapat jumpa penulis-penulis kesayangan, 
kak Farah Husain, Kak Anna Lee, etc2.. 
Haha.. They are really niceeee... mesra alam sangat.. O(≧∇≦)O
Tapiiiii... Yang sedihnya.. 
(Dah banyak kali mengadu dalam FB, tapi nak cakap jugak kat sini ) 
Tak dapat sentuh satu pun lagi, nak balut pun tak sempat…TToTT 
Terlalu banyak kerjaaaa… ζ~(∂_∂)~ζ
Jealous sangat bila nampak mereka mereka
 itu up status kat FB dah baca YLB lah, romeo juliet lah.... 
Huaaaa sumpah jealous…!!! Nak baca jugakkkkk…..
Tak pe lah, siapkan kerja, habiskan exam, 
nanti cuti boleh baca plus sambung tulis Love Letter kannn....
Tak pe tak pe..
So, nah hadiah untuk korang semua.... 
         Baca jangan tak baca…(^∀^)



           
                                                   ~LOVE LETTER ~
~08~

            
               Hari ini mood Hadif tidak baik, sepanjang perjalanannya naik ke pejabat tiada seorang staf pun yang ditegurnya. Mukanya serius sahaja, staf yang mengucapkan selamat pagi padanya pun hanya dibalasnya dengan anggukan sahaja. Moodnya hilang disebabkan pergaduhan kecil dengan Nelissa semalam. Geram betul dia dengan Nelissa yang beriya-iya mahu memulangkan dompet yang dihadiahkannya itu. Sudah orang beri tu ambil sahaja lah…


            Masuk sahaja ke dalam biliknya, Hadif terus membelek fail-fail yang sudah berlonggok di atas mejanya. Perangai Hadif memang pelik begini, apabila moodnya tidak elok dia akan fokuskan seluruh tumpuannya pada kerja. Dengan ini dia dapat membuang rasa tidak sedap dalam hatinya sedikit demi sedikit.

            Tumpuan Hadif pada fail yang sedang dibacanya sedikit terganggu apabila pintu biliknya diketuk perlahan. Pastinya Mia, setiausahanya. Terus Hadif memberikan arahan menyuruh orang di luar masuk.

            “Selamat pagi Tuan, ni air Tuan.” Mia meletakkan secawan kopi panas di hadapan Hadif. Mia sudah masak dengan kebiasaan Hadif setiap pagi yang mesti dimulakan dengan secawan kopi panas. Setelah itu baru lah Mia mula menerangkan jadual Hadif untuk sepanjang hari. Lima tahun bekerja dengan Hadif, begitu lah rutin kerja Mia setiap hari.

            “Itu saja Tuan untuk hari ini.”

            Hadif hanya mengangguk-angguk tanda faham. Untuk dua-tiga hari ini dia tidak lah terlalu sibuk untuk berkejar ke sana-sini, dia cuma perlu duduk di pejabat untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh sebelum outstation ke Sabah.

            “Ada apa-apa lagi Mia?” Soal Hadif apabila setiausahanya itu masih tidak berganjak.

            “Err.. Semalam ibu Tuan ada tinggalkan pesanan untuk Tuan.” Beritahu Mia ragu-ragu, tangannya sudah menghulurkan sekeping nota buat Hadif. Mia memang faham benar dengan mood bosnya yang cepat berubah apabila berbicara tentang ibunya itu. Setahu Mia hubungan Hadif dan ibunya memang renggang dan ibu Hadif itu tinggal di luar negara, jarang-jarang sekali dia pulang ke Malaysia. Tetapi setiap kali dia pulang ke Malaysia pasti dia akan ke pejabat untuk mencari Hadif tetapi selalunya tidak akan dilayan oleh Hadif. Mia sendiri tidak tahu apa perselisihan faham dua beranak itu dan sememangnya dia tidak akan berani bertanya dengan Hadif sendiri.

            Mia melihat Hadif hanya meletakkan nota yang baru diserahnya itu di tepi, dan kembali menyambung kerjanya semula. Tidak berminat langsung untuk membuka dan membacanya. Hadif pula sudah mengangkat mukanya apabila Mia masih berada di situ, masih tidak berganjak lagi. Pandangan tajam Hadif membuatkan Mia telan liur, cepat-cepat dia meminta diri sebelum Hadif mengamuk. Hadif hanya menghantar kelibat Mia dengan pandangan tajam tadi, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam masa lima tahun ni Mia tidak berubah-ubah, walaupun sudah tahu yang Hadif tidak suka jika Mia menyibuk dalam urusannya tetapi perangai busy body dia tu memang susah nak dihakiskan.

            Nota tadi hanya dipandang sekilas oleh Hadif sebelum dia kembali menyambung kerjanya. Dia tidak ada hati langsung mahu membaca nota tulisan mamanya itu. Tengok lah nanti-nanti kalau dia rajin dia baca lah, kalau tidak nanti dia buang dalam tong sampah aje lah jawabnya…

                                                                           *~*~*
            Sampai sahaja di pejabat, perkara pertama yang Nelissa capai adalah organizernya yang mencatatkan segala jadual bosnya, Encik Zaid. Nelissa ingin menyemak bila lagi mereka akan ada perjumpaan dengan pihak AK Group. Di dalam hati Nelissa berdoa agar dalam waktu terdekat ini pihak mereka tidak akan berjumpa dengan pihak AK Group. Dia tidak ada hati mahu menghadap Hadif buat masa ini. Sakit hatinya masih berbuku. Tidak kira lah Hadif itu siapa pun, tapi mana boleh dia bertindak sesuka hati ikut kepala dia sahaja. Memikirkan perkara itu, Nelissa rasa macam nak meletup sebab terlalu geram.

            Tekun mata Nelissa menyemak organizer, berharap-harap dalam minggu ini pihak mereka tidak akan bertemu pihak AK Group. Tetapi hampa, dalam masa tiga hari lagi mereka akan bertemu pihak AK, dan kalau bosnya berjumpa dengan pihak AK mestilah dia perlu turut serta dan pastinya dia perlu berjumpa Hadif lagi.

Nelissa mengeluh, dia tak nakkkkk!!!!

            “Aik Lis, pagi-pagi dah mengeluh?” Tegur satu suara, Nelissa lantas mengangkat kepalanya daripada organizer di atas meja. Oh, Encik Zaid rupanya. Nelissa memberikan segaris senyuman buat bosnya itu.

            “Morning boss..”

            “Selamat pagi. Awak okey ke tak ni Lis? Nampak sugul aje?” Encik Zaid memang seorang majikan yang prihatin dengan staf-stafnya. Walaupun berpangkat tinggi tetapi Encik Zaid tidak pernah menyombong dengan orang bawahannya. Oleh sebab itu lah semua pekerja bawahan Encik Zaid amat menyenanginya dan selesa bekerja di bawahnya.

            “Saya okey je bos, tak ada apa-apa lah.” Nelissa memberikan jawapan standard. Tidak mungkin lah dia mahu menceritakan perkara peribadinya pada bos pula.

            “Iye lah. Nanti masuk bilik saya kejap.” Arah Encik Zaid sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

            “Baik bos…” Nelissa menurut perintah. Sebelum dia masuk ke dalam bilik Encik Zaid, kakinya terlebih dahulu dihalakan ke arah pantri untuk membancuh air buat bosnya itu. Setelah itu barulah dia mengetuk bilik bosnya.

            “Ni air bos.” Nelissa menghulurkan secawan nescafe buat Encik Zaid. Manis sahaja riak wajahnya ditambah pula dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya membuatkan Nelissa tampak lebih manis.

            “Terima kasih Lis. Hah, ni nanti awak bagi dekat Ahmad. Suruh dia hantar ke AK Group, urgent tau.” Arah Encik Zaid Sambil menghulurkan satu sampul surat besar pada Nelissa.

            “Baik bos. Hari ni bos ada temujanji dengan pihak JT Corporation pukul 10 pagi nanti, lepas tu ada meeting dengan staf pukul 3 petang. Itu sahaja untuk hari ini.” Nelissa melakukan rutinnya seperti biasa, mengingatkan bosnya tentang jadual sehariannya.

            “Okey, later please remind me again ya Lis.” Mata Encik Zaid sudah tertumpu pada fail di atas meja.

            “Baik bos. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu.” Nampak anggukan Encik Zaid, Nelissa terus mengatur langkah keluar daripada bilik Encik Zaid dan kembali ke tempatnya.

            Nelissa membelek-belek sampul surat yang baru diberi oleh Encik Zaid tadi. Pastinya dokumen penting. Tiba-tiba Nelissa terfikirkan sesuatu. Nanti budak ofis akan menghantar surat ini ke AK Group, jadi bolehlah dia kirim sekali dompet itu untuk dipulangkan kepada Hadif semula. Hmm.. bagus, bagus. Tak payah dia simpan lama-lama, Nelissa pun memang tiada niat untuk menerima pemberian Hadif itu.

            Terus Nelissa mencapai beg tangannya di dalam laci dan mengeluarkan semua barang-barangnya di dalam dompet tersebut. Selepas itu Nelissa memasukkan dompet itu ke dalam beg kertas kecil dan menulis nota kecil untuk Hadif.

            Selesai sahaja kerjanya, kebetulan pula Ahmad si budak pejabat lalu di hadapan mejanya. Terus dia memanggil Ahmad menghampiri mejanya.

            “Ye kak Lis?”

            “Encik Zaid minta awak hantarkan dokumen ni ke AK Group, urgent katanya. Dengan yang lain-lain ni juga ye.” Nelissa menyerahkan sampul surat besar tadi bersama beberapa lagi surat-surat penting untuk dihantar ke tempat lain.

            “Baik kak. Ada apa-apa lagi?” Tanya Ahmad sopan.

            “Err.. Ahmad, akak nak minta tolong awak boleh tak?” Teragak-agak Nelissa bertanya.

            “Apa dia kak?”

            Nelissa mengeluarkan beg kertas kecil tadi dan diletakkan di hadapan Ahmad.

            “Awak tolong hantarkan yang ni ke AK Group juga boleh? Untuk CEO dia, Encik Amirul Hadif. Nanti awak bagi, dia orang tahu lah. Tolong ea Ahmad…”  Rayu Nelissa.

            “Apa ni kak?” Ahmad sudah membelek-belek beg kertas itu. Namun tangannya sudah ditampar lembut oleh Nelissa.

            “Barang Encik Hadif tu lah. Awak bagi aje lah, boleh kan?”

            “Hmm.. Boleh je kak.” Walaupun Ahmad tertanya-tanya barang apa yang ada dalam beg itu, tetapi memandangkan itu barang CEO AK Group dia terus tidak jadi untuk melihat.

            “Terima kasih Ahmad..”

                                                                          *~*~*








            Tok.. Tok.. Tok..

            Ketukan di pintu mengganggu konsentrasi Hadif, lantas dia mengangkat kepalanya daripada fail di hadapan. Sambil menyuruh orang di luar masuk, Hadif meregangkan badannya yang terasa lenguh. Dah bergerak macam ni baru lah dia terasa sengal-sengal badan, masa tengah khusyuk buat kerja tadi memang dia dah tak tahu apa dah. Kelihatan Mia berjalan perlahan menuju ke arahnya, di tangannya membawa satu beg kertas kecil dan juga beberapa fail penting.

            “Tuan, ni ada beberapa fail untuk Tuan tandatangan.” Mia menyerahkan fail-fail yang berada di tangannya. Hadif hanya menggangguk sahaja tanda faham, tidak ada tenaga mahu membalas.

            “Lepas tu ni ada dokumen yang baru dihantar daripada Teguh Corporation.”

            Hadif terus mengambil dokumen itu daripada tangan Mia, memang dia tengah menunggu dokumen itu sampai ke sini. Tanpa menunggu, dia terus meneliti dokumen itu.

             “Terima kasih Mia.” Ucap Hadif tetapi matanya setia tertumpu pada dokumen di tangannya.

            “Err.. Lagi satu Tuan, ni ada barang untuk Tuan.” Beg kertas kecil tadi diletakkan di hadapan Hadif.

            Berkerut kening Hadif. Dia memandang Mia, lama…

            “Apa ni?”

            “Saya kurang pasti lah Tuan, tapi ni office boy dari Teguh tu yang hantar.”

            Mendidih darah Hadif apabila melihat barang di dalam beg kertas itu. Heyyy, Nelissa ni saja je nak menaikkan darah dia. Mia yang berdiri di hadapan Hadif itu sudah cuak, takut pula dia melihat rupa bosnya yang tiba-tiba berubah garang. Jangan dia disembur tanpa sebab sudah…

            “Mia, saya nak keluar ni.” Ujar Hadif, tangannya sudah mencapai blazer dan menyarungkannya ke badan sendiri. Siap, dia terus mencapai beg tadi dan berlalu ke pintu tanpa memperdulikan Mia yang sedang tercengang-cengang.

            “Nanti tolong kemaskan meja saya.” Arah Hadif lagi sebelum dia melangkah keluar.


            “Ba..ik.. Tuan…” Lambat-lambat Mia menjawab. Dia terkejut sebenarnya dengan perubahan tiba-tiba Hadif, tidak pernah-pernah dia melihat Hadif menjadi begitu. Pelik betul Hadif hari ini, sungguh lah Mia tidak faham. Akhirnya Mia hanya mengangkat bahu tanda tidak memahami situasi yang berlaku dan meneruskan kerjanya mengemas meja yang ditinggalkan Hadif tadi.
                                                                            
                                                                            *~*~*


Nelissa berjalan bersama-sama teman sekerjanya Jaja, mereka baru sahaja pulang daripada makan tengahari. Riuh sungguh mulut Jaja menyampaikan gosip ini dan itu, Nelissa hanya tergelak sahaja apabila melihat rupa Jaja yang bersungguh-sungguh menyampaikan berita. Kelakar sungguh.

“Eh Lis, bos kau ada tetamu ke? Tu siapa tu?” Lurus telunjuk Jaja dihalakan ke meja Nelissa, seorang jejaka yang segak bergaya duduk tenang di situ. Hmmm gaya tu dah mantap, berkarisma pula tu... Tetapi entah mengapa auranya terasa amat menyeramkan.

“Siapa pula tu? Seingat aku Encik Zaid tak ada appointment dengan siapa-siapa.” Dahi Nelissa sudah berkerut, dia juga turut mengintai-intai siapa kah gerangan lelaki itu. Tetapi mereka hanya nampak belakang badannya sahaja.

“Kau pergi lah cepat, nampak macam VVIP mana je tu.” Lihat pada penampilan lelaki itu, Jaja pasti dia bukanlah calang-calang tetamu. Pasti bos dari syarikat besar mana-mana.

“Jaaa.. Macam mana ni.. Kau lah punya pasal ajak aku pergi tengok barang kat kedai tu tadi, kan kita dah masuk lambat ni… Kalau aku kena dengan Encik Zaid nanti aku cari kau…” Nelissa sudah gelabah. Tadi selepas makan, sempat lagi Jaja menariknya untuk melihat-lihat barang di kedai berdekatan. Lihat punya lihat mereka terleka dan terlambat sedikit pulang ke pejabat.

“Aku pulak? Eh, kau yang leka sangat tadi. Lis, kau cepat lah pergi sana. Sempat lagi kita nak bersembang dekat sini. Dah pergi sana cepat, pergi…” Jaja sudah menolak tubuh Nelissa supaya bergerak ke hadapan.

Kalut-kalut Nelissa membawa langkah ke arah meja sendiri. Semakin dia menghampiri mejanya, semakin pelik pula rasa di hati. Melihatkan belakang tubuh ‘tetamu’ itu dia terasa seperti mengenali lelaki itu. Nelissa berdehem sedikit sebelum bersuara.

“Maaf encik, boleh saya bantu?”

Lelaki itu masih keras di kerusinya, tiada tanda-tanda mahu memberikan sebarang respon dengan pertanyaan Nelissa tadi. Nelissa sudah angkat kening. ‘Tetamu’ ini sudah kenapa?

“Encik..?”

Diam.

Kerana masih tiada jawapan daripada mulut lelaki itu, akhirnya Nelissa melangkah ke tempat duduknya supaya dia boleh melihat wajah ‘tetamu’ misteri itu dengan lebih jelas. Terlopong mulut Nelissa apabila wajah Hadif yang menerpa pandangannya. Terkaku Nelissa di situ, tidak menyangka sama-sekali lelaki ini akan muncul di sini pada waktu ini. Makin Nelissa cuak apabila melihat wajah Hadif yang tegang dan langsung tiada senyuman menghiasi wajah kacak itu seperti selalu. Menakutkan!!

“Duduk.” Akhirnya Hadif membuka mulut dan memberikan arahan tegas kepada Nelissa yang masih terkaku di situ.

Tidak banyak soal, Nelissa menurut sahaja walaupun situasi itu amat pelik sebenarnya. Itu kan meja dia, sepatutnya dia boleh buat sesuka hatinya tetapi entah mengapa dia seperti dipukau dan mengikut sahaja kata-kata Hadif tanpa bantahan.

“Encik Hadif nak jumpa Encik Zaid ke? Encik Zaid tak ada dekat pejabat, dia turun ke site petang ni.” Perlahan suara Nelissa bertanya pada Hadif. Matanya hanya ditundukkan ke bawah, tidak berani melawan pandangan mata Hadif yang tampak garang itu.

"Saya nak jumpa awak.” Nada Hadif masih tegang.

‘Hah jumpa aku? Jumpa aku buat apa? Waktu pejabat ni? Ngeeeee…’ Nelissa sudah menggelabah. Sudah lah Hadif datang dan menayangkan muka garangnya, mahu berjumpa dengannya pula tu. Mana lah Nelissa tidak cuak.

Mata Nelissa yang tadinya memandang ke bawah dihalakan ke hadapan pula apabila terdengar bunyi sesuatu diletakkan di atas mejanya. Oh tidak!! Beg kertas tadi..!! Sama seperti jangkaan Nelissa, melihatkan muka ketat Hadif dia sudah tahu pastinya Hadif tidak puas hati kerana dia memulangkan semula dompet yang diberikan Hadif semalam.

“Ni apa Nelissa?”

“Encik tak tengok ke apa yang ada dekat dalam tu?” Nelissa boleh pula main loyar buruk waktu-waktu Hadif tengah tidak ada mood begitu.

Hadif mendengus keras, geram pula dia mendengar jawapan begitu yang keluar daripada bibir gadis itu.

“ Saya cakap apa semalam Nelissa? Yang awak pulangkan balik tu kenapa?”

Nelissa hanya menunduk dan menerima sahaja kemarahan yang Hadif lontarkan kepadanya. Tidak berani mahu melawan walaupun semalam berbakul-bakul kata-kata marah yang dia sediakan, jika berjumpa Hadif nanti akan dia lontarkan. Tetapi sekarang dia hanya diam menunduk, sepatah kata pun dia tidak keluarkan.

“Awak ambil balik Lis.” Tegas Hadif mengeluarkan kata-kata apabila melihat gadis itu hanya menunduk sahaja. Bukan niatnya mahu datang ke sini dan marah-marah begini, tetapi Nelissa benar-benar mencabar kesabarannya.

“Encik ni… Kan saya cakap saya tak nak..” Nelissa menolak kembali beg kertas yang mengandungi dompet itu ke arah Hadif semula.

Tangan Hadif dikepal sekuat hati, ingin mencari sedikit kesabaran dalam diri yang entah masih bersisa atau tidak dengan kerenah Nelissa ini. Kalau diikutkan hatinya, kemarahannya sudah sampai kemuncak. Sebelum ini tiada siapa pun yang berani membantah katanya, tapi hari ini dalam sejarah. Nasib baik dia sedar lagi yang mereka sekarang ini berada di pejabat Nelissa, kalau tidak sudah lama suara petir dia keluar.

“Saya dah cakap dengan awak semalam, saya dah bagi saya tak akan ambil balik. Kalau awak nak awak simpan, kalau awak tak nak sila buang atau buat apa-apa sahaja yang awak suka. Bukan kembalikan pada saya!”

“Tapi Encik…” Nelissa baru sahaja membuka mulut ingin membantah kata-kata Hadif tetapi terlebih dahulu dipotong katanya.

Enough Nelissa. Sekarang ni awak nak ambil ke tidak?” Tajam mata Hadif memandang Nelissa di hadapannya. Egonya sedikit tercalar, sebelum ini tidak pernah-pernah dia memberikan hadiah kepada mana-mana perempuan. Jangan kata yang mahal sebegini, yang murah pun langsung tidak pernah. Baru pertama kali dia memberi hadiah kepada seorang perempuan, alih-alih hadiahnya dipulangkan semula, mana lah dia tidak mengamuk!

Melihat Nelissa menggeleng perlahan, perasaan Hadif yang membara makin terbakar. Terus dia mencapai kasar beg kertas di atas meja itu dan berlalu pergi. Hatinya yang panas perlu disejukkan.

Terpinga-pinga Nelissa dibuatnya dengan kejadian sepantas kilat itu. Tidak sempat dia mencerna apa yang terjadi kelibat Hadif sudah hilang daripada pandangan matanya. Tetapi entah mengapa Nelissa turut bangun untuk mengejar langkah Hadif. Hatinya kurang enak melihat perubahan sikap Hadif yang seolah-olah mahu mengamuk itu.

Hadif melangkah laju menuju ke arah pintu keluar, ingin cepat-cepat beredar. Moodnya benar-benar tidak baik dibuat Nelissa. Setengah jalan, dia berhenti pada seorang mak cik tukang cuci yang kebetulan sedang mengutip sampah di kubikel-kubikel pekerja di situ.

“Mak cik, tolong buang kan ni.” Hadif menyerahkan beg tadi kepada mak cik itu.

Biar lah, sudah Nelissa tidak mahu terima sangat dan tidak mahu buang sendiri juga. Biar dia yang buang senang cerita. Hadif benar-benar sudah tawar hati.

Setelah Hadif berlalu, Nelissa cepat-cepat menghampiri mak cik tadi. Baru sahaja mak cik itu mahu membuang beg yang diserahkan oleh Hadif tadi, Nelissa terlebih dahulu menghalangnya.

“Mak cik! Jangan buang. Ni kawan saya punya, saya ambil balik ye.” Tangan Nelissa terus mengambil semula beg itu daripada tangan mak cik tukang cuci dan berlari untuk mengejar langkah Hadif. Tetapi apabila Nelissa sampai di bawah, kereta Hadif sudah bergerak meninggalkan perkarangan bangunan pejabatnya. Nelissa hanya mampu melihat sahaja kereta Hadif yang makin menjauh. Kemudian, dompet di tangan pula dipandangnya, perlahan-lahan satu keluhan berat terluah daripada bibir Nelissa. Alamak, Hadif dah mengamuk lah pula!!

Eh? Bukan sepatutnya Nelissa ke yang marah? Tapi sebaliknya yang berlaku, Nelissa rasa serba-salah pula apabila melihat rupa Hadif yang amat marah itu. Kena pujuk ke ni? Aduhaiii… Ni yang lemah ni!! Nelissa sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.  Buntu, tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang ini. Tiba-tiba dia teringat yang lagi tiga  hari pihak mereka akan mengadakan perjumpaan dengan pihak AK Group.

“Hmm.. Nanti lah baru pujuk dia.” Nelissa membuat keputusan dan berpaling untuk kembali ke pejabatnya semula.


   ..BERSAMBUNG.

     So, macam manaaa entri kali ni??

                 hookayy ke idokk???

Anything just leave your comment below.. 

and jangan lupa click-click reaction box 

            dan fb di bawah juga yaa...

           Love youuu alll much muchh... 

                       <3  mwahh mwahhh <3

         Much Love
             XoXo
          ..Zhee..





6 comments:

  1. Qminz..let Lis keep d wallet. Kalo x nak, give it to me. Heh heh.
    Lis ))) pujuklah Hadiff tu. Tak baik tau tolak rezki cam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahaha... hmmm... hmmm... of coz lah macam mana pun nanti Hadif akan paksa jugak Lis simpan purse tuu... hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Thank you baby miooo... <3 <3
      (o^___^0)

      Delete
  3. apalah Hadif ni patutnya pujuk.. bukan naik angin...
    buat Nisa lagi takut adalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Hadif tak biasa lagi nak memujuk mujuk ni... Last2 nanti Lis yang pujuk dia... Kahkahkah.. Tunggu next2 entri tau kak sue... ^__^

      Delete