Followers

Tuesday, December 24, 2013

**Love Letter** 10


Heloo semua... Firstly Zhee nak minta maaf, Zhee skip bab 09 and straightly jump ke bab 10 tauuu... Sebab dia.. Hmm jangan tanya lah kenapa.. Hahahaha... Tapi tak effect banyak pun.. Lepas tu sekali lagi nak minta maaf, bab kali ni macam pendek sikit.. Zhee tak tahu nak tambah tang mana lagi dah.. Lagipun bila bukak word nak menaip tu rasa macam bersalah pulak, sebab Mama Zhee dah bagi perintah berhenti tulis mss and focus for my final exam dulu.. So Zhee tak tambah banyak, just touch up sikit-skit je.. Walaupun pendek tapi harapnya memuaskan hati ye.. Dan sekali lagi maaf, bab ni tak ada abang Hadif.. Sorryyyyy......



~LOVE LETTER ~

  ~10~

Penantian itu satu penyeksaan. Penantian untuk benda yang ditunggu-tunggu itu menyeksa jiwa, tapi penantian untuk benda yang kita tidak mahu lebih menyakitkan. Tiga hari berlalu, dan tiga hari ini merupakan satu penyeksaan buat Nelissa. Sebelah hatinya menanti-nantikan ketibaan hari ini, tetapi sebelah lagi seakan-akan tidah mahu hari ini tiba, dia takut!!


Dalam tiga hari ini memang tiada langsung sebarang berita tentang Hadif yang diterimanya. Jangan cakap nak nampak batang hidung Hadif, satu SMS pun dia tidak dapat daripada si tuan badan yang merajuk itu. Eh tapi dia ni siapa sampai Hadif nak SMS bagai kan?? Hmmm... 

Kalau difikir-fikirkan balik, memang tidak perlu pun Nelissa bersusah hati memikirkan Hadif yang merajuk tidak bertempat itu. Tetapi kerana sikap Nelissa yang mudah mengalah itu lah yang menyebabkan dia dihantui perasaan bersalah kerana dia merasakan yang dia telah melukai hati Hadif. Macam mana pun rasakan yang dia perlu untuk meminta maaf kepada lelaki itu.

Dalam tiga hari ini, memang jangan tanya lah perasaan Nelissa macam mana. Memang dia tidak tenang sama sekali. Terasa mahu sahaja dia terus menelefon Hadif semalam tetapi memikirkan yang hari ini mereka akan bersua muka, dia membatalkan sahaja lah niatnya. Nelissa pun ada egonya sendiri juga. Lagipun fikir Nelissa berhadapan dengan Hadif sendiri lebih bagus untuk dia meminta maaf daripada hanya melalui telefon, lebih ikhlas kata orang.

Tok. Tok.

            Ketukan dua kali di mejanya menyentakkan Nelissa daripada lamunan, wajah Encik Zaid menerpa pandangannya. Nelissa lantas memberikan segaris senyuman. Tetapi senyumannya tidak semanis selalu, nampak hambar sahaja.

            “Are you okay Lis?” Prihatin Encik Zaid bertanya.

            “Saya okey bos. Bos nak apa-apa ke?” Nelissa sedaya upaya memaniskan wajahnya. Tidak mahu nampak tidak professional di hadapan Encik Zaid, membawa masalah peribadi ke pejabat pula.

            “Nak apa pulak cik adik? Kita kan ada meeting kejap lagi. Dah pukul dua empat puluh lima minit ni haa…” Ujar Encik Zaid sambil menunjukkan jam tangannya pada Nelissa.

            Terasa wajahnya seperti disimbah dengan sebotol minyak cap kapak. Macam mana lah dia boleh leka sangat sampai tak perasaan waktu hampir berganjak ke pukul tiga petang. Mahu sahaja dia menampar-nampar wajah sendiri, malu yang amat!

            “Maaf bos, saya tak perasan pulak.” Nelissa sudah tersengih kelat.

            “Awak ni dua tiga hari ni saya tengok macam ada yang tak kena je? Gaduh dengan boyfriend ke?”

            Hakikatnya, walaupEncik Zaid memang bos di sini, tetapi cara dia bercakap dengan pekerjanya seperti dia sedang bersembang dengan kawan-kawan sahaja. Orangnya baik sangat.

            “Eh apa pula bos, mana ada!” Nafi Nelissa. Memang dia gaduh, dan dia gaduh dengan Hadif. Tapi bila masa Hadif jadi teman lelakinya? 

              Erkkk... Tak nak aku...!!! Ni belum ada apa-apa dah kena pening kepala bagai nak fikirkan cara pujuk dia. Nanti kalau dah sah ada hubungan mahunya Nelissa pitam terus sebab tak tahan asyik kena cari cara pujuk dia tu!! Herghhh... Tak nak tak nak!!
            
            Encik Zaid tergelak dengan reaksi kalut setiausahanya itu. Bukan dia tidak tahu yang Nelissa masih single mingle lagi. Ramai yang mahu masuk jarum ingin memikat setiausahanya yang comel ni tapi Nelissa macam langsung tak layan aje. Yang datang pula bukannya calang-calang orang, semuanya hebat-hebat tapi Nelissa buat bolayan.

            Lepas tu tak kurang juga klien mereka yang merisik Nelissa melaluinya, tapi memang Encik Zaid tidak layan lah kan, muka seorang-seorang semuanya pun macam buaya darat. Nelissa sudah dianggapnya seperti adik sendiri, memang tak lah Encik Zaid mahu kenalkan Nelissa pada mereka. Lagipun kalau Nelissa sendiri tak nak layan tak kan dia pula nak melebih-lebih??

            “Hmm.. Jom lah kita ke bilik meeting.” Ajak Encik Zaid lagi. Kasihan pula dia melihat wajah Nelissa yang sudah berubah merah akibat disakatnya tadi.

            Dengan pantas, Nelissa mencapai apa yang patut dan mengikut langkah ketuanya ke bilik mesyuarat. Sepanjang perjalanan ke bilik mesyuarat, dada Nelissa tidak berhenti-henti berdegup kencang. Agaknya macam mana lah reaksi Hadif nanti? Marah lagi kah lelaki itu? Dalam hati dia berdoa agar kemarahan Hadif sudah surut dan jangan lah lelaki itu buat bodoh sahaja dengannya nanti. Masak dia nak cari cara pujuk tu...

            Masuk sahaja dalam bilik mesyuarat, Nelissa dan Encik Zaid mengambil tempat masing-masing. Ramai juga kakitangan yang sudah sampai di bilik mesyuarat itu. Nelissa melakukan rutin biasanya, hatinya yang berdegup kencang cuba ditenangkan. Tidak mahu pula membuat kesilapan dalam kerjanya nanti.

            Sepuluh minit kemudian satu persatu wakil daripada AK Group masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kepala Nelissa menjengah-jengah mahu mencari Hadif, tetapi hampa. Sehingga lah orang yang terakhir masuk, kelibat Hadif tidak muncul-muncul juga. Dalam hati Nelissa mula timbul pelbagai andaian sendiri. Marah sangat kah Hadif sampai tidak mahu menghadirkan diri dalam mesyuarat ini? Tetapi Nelissa cepat-cepat membuang semua tanggapan itu, siapa lah dia ini sampai Hadif nak bertindak macam tu sekali? Dia bukan lah sesiapa pun! Tak payah nak perasan sangat dia tu merajuk sebab kau Lis.. Hadif tu banyak lagi kerja nak buat, tak ada makna dia nak merajuk dengan kau!!

Nelissa kembali menumpukan perhatiannya pada mesyuarat yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi, perkara itu dia letakkan di tepi buat sementara waktu. Kerjanya memerlukan Nelissa fokus sepenuhnya, nanti ada yang tertinggal mana-mana minit mesyuarat dia juga yang susah!

                                                                        *~*~*~*


            Nelissa melepaskan sebuah keluhan, dia berjalan perlahan-lahan keluar daripada tandas. Memang Nelissa tiada mood hari ini. Dia fikir boleh lah dia menyelesaikan segala masalahnya dengan Hadif hari ini tetapi nampaknya terpaksa lah dia tangguhkan lagi. Hadif memang tidak menghadirkan diri langsung ke mesyuarat kali ini. Merajuk lagi kah lelaki itu?? Memikirkan itu, lagi lah perasaan bersalah dalam diri Nelissa semakin menebal. Disebabkan dia Hadif marah sampai begitu sekali? Nelissa menggigit bibir sendiri, perasaan bersalah makin menimpa-nimpa dirinya. Nampaknya dia perlu memikirkan cara untuk melenyapkan amarah Hadif, kalau tidak sampai bila dia nak hidup tidak tenang begitu? Oh tidak...!! Dia tidak sanggup!! Dalam tiga hari ini saja pun hidupnya sudah tunggang langgang.

            “Woah… Cik Nelissa!! Look out!” Tiba-tiba satu suara mengejutkan Nelissa. Tersentak dia, lantas Nelissa mengangkat kepala melihat ke hadapan. Wakil daripada AK Group, Encik Azmeer berada betul-betul di hadapannya.

            “Maaf, maaf. Saya tak perasankan Encik Azmeer tadi.” Hampir-hampir sahaja Nelissa berlanggar dengan wakil daripada AK Group itu tadi. Alahaiii malunyaaa…!! Itu lah siapa suruh jalan pandang bawah? Lain kali pandang depan bukan bawah.

            “Eh, tak pe.” Azmeer melemparkan sebuah senyuman buat Nelissa. Sementara itu sempat lagi dia meneliti wajah gadis di hadapannya itu, comel! Patut lah bosnya selalu sahaja pandang tidak lepas-lepas! Azmeer sudah tergelak dalam hati. Obvious sangat lah pun Tuan Hadif dia tu.

            “Saya gerak dulu ye Cik Nelissa, jalan pandang depan tau lepas ni.” Sempat lagi Azmeer mengenakan setiausaha Encik Zaid yang comel itu. Sebelum berlalu matanya dapat menangkap wajah Nelissa sudah kemerah-merahan, menambahkan kecomelannya.

            Nelissa yang ditinggalkan di situ mengetap bibir, malu kot!! Tiba-tiba Nelissa teringat pasal Hadif, mungkin dia boleh bertanya kan Encik Azmeer. Tapi sebelah hatinya menegah dia daripada bertanya, nanti tidak pelik kah kalau dia tiba-tiba buka mulut bertanya pasal bos lelaki itu? Kalau dia tidak tanya pula sampai bila dia nak rasa bersalah macam tu? Ah, tidak kisah lah!!

            “Encik Azmeer..” Akhirnya Nelissa membuat keputusan untuk bertanya jua. Hatinya sudah semakin terseksa.

            Azmeer yang baru mahu melangkah masuk ke dalam tandas berpaling semula ke belakang. Dia melihat Nelissa sudah berlari anak menghampirinya.

            “Ya Cik Nelissa?” Azmeer bertanya dahulu. Pelik juga dia tiba-tiba Nelissa memanggilnya, wajahnya pula seperti keruh semacam sahaja.

            “Err.. Uhmm..” Serba salah Nelissa mahu bertanya soal Hadif.

            “Apa dia Cik Nelissa?” Kening Azmeer sudah terangkat sebelah. Pelik benar dengan kekalutan Nelissa itu.

            “Err.. Saya nak tanya sesuatu dengan Encik ni.” Nelissa akhirnya membuka mulut juga. Tetapi hatinya sudah berdebar-debar, takut Encik Azmeer membuat tanggapan aneh-aneh dengan soalannya nanti.

            Azmeer lantas memberikan isyarat mata untuk Nelissa meneruskan soalannya. Nelissa menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan soalannya.

            “Hmm… Tu.. Emm.. Kenapa bos Encik Azmeer tak datang mesyuarat hari ni?” Terluah juga akhirnya soalan yang ingin ditanyanya.

            Azmeer sudah mahu tergelak dengan soalan Nelissa itu. Ohh, patut lah gelabah semacam. Rupanya nak tanya pasal Tuan Hadif mereka tu. Nelissa yang melihat rupa Encik Azmeer seperti sedang menahan gelak pantas menyambung lagi ayatnya.

            “Iye lah saya saja tanya sebab dalam senarai nama tadi sepatutnya ada nama Encik Hadif kan? Hmm sebab tu lah..”

            Eyyy.. Nelissa ni, tak payah nak cover-cover sangat lah. Azmeer faham sangat!! Dia sudah mahu gelak guling-guling dah ni.

            “Oh, pasal Tuan Hadif…” Azmeer sengaja membalas satu-satu, saja mahu mengenakan Nelissa. Dia nampak rupa Nelissa yang makin merah dan sudah menunduk itu.

            “Tuan Hadif ada di pejabat. Katanya dia sibuk sangat hari ini, memang tak sempat langsung nak keluar ke mana-mana. Dia kena siapkan banyak kerja di pejabat, sebab itu lah dia arahkan saya sahaja yang hadir ke mesyuarat hari ni.” Memang Tuan Hadif sibuk benar hari ini, dia perlu menyiapkan segala kerjanya sebelum berangkat ke Sabah esok.

             Hmmm, dia orang ni bergaduh ke apa? Azmeer perasan juga mood Tuan Hadif dia tu boleh tahan tak menentu dua tiga hari ni. Pantang silap sikit, satu pejabat boleh dengar suara petir dia tu. Selalu pun memang lah Tuan Hadif mereka tu garang, tapi dua tiga hari ni makin dasyat. Lepas tu masa nak datang mesyuarat hari ni dia dengan dinginnya suruh Azmeer datang seorang, sibuk sangat katanya. Selalunya dia yang beria sangat! 

            Mulut Nelissa membentuk huruf ‘O’, tetapi tiada sebarang bunyi yang keluar. Sebenarnya dia agak tidak senang dengan jawapan yang Encik Azmeer berikan itu, entah-entah Hadif sengaja memberikan alasan begitu supaya tidak hadirkan diri ke mesyuarat ini. Entah- entah Hadif masih lagi marahkannya, jadi dia tidak mahu datang ke mesyuarat supaya tidak perlu bertemu dengan Nelissa.

            “Cik Nelissa?” Azmeer cuba menyedarkan Nelissa yang entah sudah terbang ke mana itu. Wajahnya nampak sugul sahaja.


            “Oh, maaf, maaf. Err.. Okey lah Encik Azmeer, saya minta diri dulu.” Terus Nelissa bergerak meninggalkan Encik Azmeer di situ. Dia berjalan lemah untuk kembali ke tempatnya. Kepalanya semakin memberat memikirkan bagaimana mahu menamatkan semua ini. Dia benar-benar rasa bersalah!

                                                  ..BERSAMBUNG..
                        Much Love
          XoXo
                             ..Zhee..

2 comments: