Followers

Friday, December 27, 2013

**Love Letter** 11

Heloooo.... Hmmm sebab rasa bab sebelum ni macam pendek sangat sangat so Zhee bagi entri hari ni... Muahahaha... Errr but sorry abang Hadif tak muncul dalam bab ni jugak.. Dia akan muncul dalam bab seterusnya yaaa... So enjoyyy... (o^_^o)
p/s: kepala gelong nak masukkan principles of marketing dalam otak!! ζ~(∂_∂)~ζ



~LOVE LETTER ~

 ~11~

           Telefon bimbit di tangan ditenung lama, matanya yang mengeluarkan aura marah itu seolah-olah mahu mengeluarkan laser supaya skrin telefon bimbitnya meletup! Geram di hati sudah tidak dapat ditahan lagi. Masuk kali ini entah sudah kali ke berapa Nelissa cuba mendail nombor telefon Hadif, tetapi setiap kali pun pasti panggilannya dijawab oleh Cik Operator sahaja.


            Selepas puas berfikir dalam masa beberapa hari ini, Nelissa akhirnya memutuskan untuk menelefon sahaja Hadif supaya boleh menyelesaikan masalah antara mereka. Kalau tidak Nelissa masih lagi berharap yang Hadif akan muncul depannya dan masa itu lah baru dia akan meminta maaf pada Hadif. Tetapi hampa, sudah hampir seminggu Nelissa tidak nampak kelibat Hadif, rasa bersalahnya makin menimpa-nimpa. Dan disebabkan perkara ini sudah seminggu lebih Nelissa hidup tidak tenang kerana memikirkan kesalahannya, jadi akhirnya Nelissa memutuskan untuk menelefon sahaja Hadif, tetapi sejak tadi tiada satu panggilan pun yang dijawabnya. Nelissa makin panas hati, tak kan lah marah sampai satu panggilan pun tidak mahu jawab? Nanti kalau Nelissa buat tidak tahu sahaja baru padan muka si Hadif tu!! Elok-elok dah Nelissa ni sedang baik hati nak telefon minta maaf dia boleh buat tidak layan pula, nanti kalau dia bosan nanti ada yang dia buat bodoh juga karang!

            “Hurghhhh…!!!!” Tidak semena-mena Nelissa terjerit kerana terlalu marah.

            Hani yang sedang membuat kerjanya di dalam bilik terus berlari keluar apabila mendengar jeritan rakan serumahnya itu.

            “Lis.. Kau dah kenapa ni??” Risau sungguh rupa Hani, terus dia menerpa ke arah Nelissa yang sedang terbaring di atas sofa itu. Sepanjang mereka berkongsi rumah, dia tidak pernah lagi melihat Nelissa yang sebegini. Ini baru pertama kali!

           “Aku stress lah Hani!!” Nelissa melurut-lurut rambutnya yang panjang mengurai itu, serabai sungguh rupanya.

            “Stress? Stress kenapa? Apa yang dah jadi ni?” 
            
             Mahu juga Hani mengetahui apa yang sudah terjadi dengan Nelissa beberapa hari ini. Dia perasan yang Nelissa seperti bermuram sahaja, hidup sudah serupa zombi. Tetapi tidak pula dia mahu bertanya kerana malas lah dia mahu menyibuk hal Nelissa. Hari ini sudah sampai tahap terjerit-jerit macam ini, ada patutnya lah Hani bertanya dengan Nelissa. Takut nanti mereng pula kawannya yang seorang ini.

            “Dah beratus kali aku call ni, tak satu pun yang berjawab! Geramnya akuuuuuuu!!!!” Nelissa sudah melepaskan geram ke atas telefon bimbit sendiri. Habis telefon itu ditekan-tekannya dek kegeraman.

            “Kau call siapa sebenarnya ni Lis?”

            “Aku telefon si Hadif tu lah.. Dia tu.. Ehhh..” Belum sempat Nelissa menghabiskan ayatnya, Nelissa pantas menekup mulutnya sendiri. Baru dia tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Nelissa memang kalau otak dia tengah tidak betul, dia selalu akan merepek-repek depan orang lain dan tanpa disedari dia akan meluahkan apa yang tersirat di hatinya, padahal dia tidak berniat pun mahu menceritakan semua itu pada Hani.

            Hani sudah mengecilkan matanya, senyum sengetnya sudah tersungging cantik di bibirnya. Keningnya dijongket-jongketkan beberapa kali.

            “Hmm.. Hmmm.. Ni Hadif mana pula ni? Tak pernah cerita pun??” Hani sudah memulakan misi mengorek rahsianya. Ohh, dah pandai main sorok-sorok sekarang ni!! Sungguh lah Hani tidak berpuas hati.

            “Eh..? Aku sebut apa tadi? Kau dengar apa?” Nelissa sudah cuba mengelak. Sengaja dia buat-buat tidak mengerti.

            “Eleh..!! Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pulak. Cehh… terang-terang kau sebut nama Si Hadif tadi. Eyy.. Ada boyfriend tak cakap ea..!! Macam ni lah kawan..” Hani sudah menarik muka, sengaja mengada-ada mahu merajuk dengan Nelissa. Padahal dalam hatinya sudah tersenyum riang, dia sungguh gembira jika benar Nelissa sudah terbuka hati untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.

            “Pandai-pandai kau aje!! Bila masa dia jadi boyfriend aku. Isyhh, tak nak aku!” Nelissa menggeleng-gelengkan kepalanya laju-laju. Tidak dapat dibayangkan jika Hadif menjadi teman lelakinya. Eh, bukan! Patutnya cakap memang tidak terjangkau dek akal lah! Hadif tu bukan setakat senior zaman sekolahnya sahaja, sekarang ni status dan pangkat Hadif sudah meningkat naik bertingkat-tingkat daripada zaman sekolah dulu. Mana lah Nelissa ni layak nak berdampingan dengan lelaki kacak yang berstatus tinggi dan mempunyai apa sahaja seperti Hadif tu.

            “Iyeee ke??? Yolah kau tu!!” Nakal mata Hani merenung Nelissa sambil tersengih-sengih.

            Baru sahaja Nelissa mahu membuka mulut ingin membalas kata-kata nakal Hani itu, tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk. Nelissa dan Hani mula memandang sesama sendiri.

            “Hmm.. Tu scandal kau nombor satu dah sampai.” Hani memuncungkan mulutnya ke arah pintu rumah.

            Keluhan berat dilepaskan Nelissa. Boleh tak lelaki-lelaki sekeliling dia berhenti membuat kepalanya pening sebegini? Dia penat tahu tak? Mana dengan Hadif yang merajuk tak bertempat itu lagi? Mana dengan Khai yang tak faham-faham bahasa itu lagi?

            “Hani.. Tolong aku Hani. Aku dah penat lah dengan dia tu.” Nelissa sudah mahu menangis sahaja rupanya. Dia benar-benar sudah letih dengan Khai yang asyik mengejarnya itu.

            Kesian pula Hani melihat rupa Nelissa yang sebegitu.

            “Hmm.. Ye lah. Kali ini alasan apa?”

            “Macam biasa. Pandai-pandai lah kau kelentong.” Nelissa sudah memicit-micit kepalanya, tiba-tiba sahaja kepalanya terasa berat.

            Hani menggeleng-geleng kepala dan terus bangun menuju ke arah pintu.

            “Hai Khai…” Hani melemparkan segaris senyuman buat lelaki di hadapannya itu.

            “Hai Hani, err Lis ada?”

            “Lis..? Oh Liss.. Dia tengah mandi lah, kalau you nak jumpa dia macam lama lagi je?” Hani sudah memainkan peranannya untuk membantu Nelissa melepaskan diri daripada Khai. Masuk kali ini entah sudah kali ke berapa dia menipu Khai, Ya Allah kau ampun kan lah aku… Hani berdoa di dalam hati.

            Nelissa di atas sofa sudah menepuk dahi sendiri mendengar alasan yang direka Hani kali ini. Tak boleh kah bagi alasan yang lagi baik kah???

            “Ye ke? Hmm.. Tak pe lah. Macam ni Hani, I ada dua tiket wayang. Ingat nak ajak Lis pergi sekali, nanti you boleh tolong tanyakan dia?” Khai menunjukkan dua tiket wayang di tangannya.

            “Wayang? Oh okey, nanti I tanyakan dia. Lis memang suka tengok wayang ni. Aduhhhh…!!” Hani yang sedang tersenyum itu mati terus senyumannya apabila tangan Nelissa sudah menjalar ke pinggangnya dan mencubitnya kuat. Ishh.. Memang dasar tangan ketam betul!

            Tanpa menunggu lama Nelissa terus menarik pintu supaya terbuka lebih luas. Terpampang wajah Khai yang nyata ceria dengan kemunculannya. Nelissa pula hanya menayangkan muka cemberutnya, tidak ada hati mahu membalas senyuman Khai. Dia sudah tidak tahan lagi, biar hari ini dia berterus terang sahaja dengan Khai. Orang yang tak faham-faham bahasa macam ni kena cakap direct aje baru dia faham!

            “Khai, macam ni lah. Saya tak ada masa nak pergi tengok wayang segala ni. Dan kalau saya ada masa pun saya tak berminat nak pergi. Lepas ni tak payahlah awak bazirkan duit dan masa awak untuk saya. Tolong lah, lepas ni jangan kacau saya lagi!” Senafas Nelissa menyudahkan ayatnya. Selepas itu terus dia berlalu masuk ke dalam biliknya.

            Khai dan Hani ditinggalkan tercengang-cengang di hadapan pintu. Hempasan pintu bilik Nelissa akhirnya menyedarkan mereka berdua.

            “Err.. Maaf Khai. Lis tu dia tengah stress dengan kerja dia. Maaf ea?” Kalut Hani memohon maaf atas ketidaksopanan Nelissa tadi.

            “Tak pe lah. I balik dulu lah. Maaf lah mengganggu you all malam-malam macam ni.” Habis berkata Khai terus berlalu meninggalkan Hani dan membawa hatinya yang kecewa itu pergi. 

            Hani nyata serba-salah. Kasihan benar dia melihat keadaan Khai yang patah hati itu. Selesai sahaja menutup pintu Hani terus menerjah masuk ke dalam bilik Nelissa, mahu bertanya lanjut dengan rakan serumahnya itu. Sebelum ini tidak pernah-pernah lagi Nelissa bersikap kurang ajar dan menengking sesiapa. Walaupun kadang-kadang Nelissa ditindas tetapi Nelissa terus dengan sikap lemah lembutnya, tidak pernah pula dia mahu melawan. Tidak disangka- sangka Nelissa akan menengking Khai kerana sudah tidak tahan dengan gangguan lelaki itu. Hani berjalan menghampiri Nelissa yang sedang berbaring terlentang dan menutup matanya menggunakan bantal. Tangannya selamba mengalih bantal yang menutupi muka Nelissa, terus wajah masam Nelissa menerpa pandangannya.

            “Lis, kau dah kenapa hari ni? Kesian dekat Khai kau cakap macam tu dengan dia.”

            “Hani, kalau kau jadi aku kau tak rimas ke dengan dia tu? Boleh dikatakan setiap hari datang kacau aku.” Rungut Nelissa. Pada waktu yang sama, Nelissa sudah bangun dan duduk bersila di sebelah Hani.

            “Hmm.. Kalau pun kau tak suka dia, cakap lah elok-elok dengan dia. Ni tak, siap hempas-hempas pintu lagi. Kesian aku tengok muka dia yang kecewa tu.” Hani memberikan pandangannya. Memang dia jatuh simpati pada Khai yang terang-terang ditolak cintanya oleh Nelissa tadi.

            “Orang yang tak faham bahasa macam dia tu, kita kena cakap direct aje. Kalau dah setiap hari ada je alasan aku tak nak jumpa dia, patutnya dia faham-faham sendiri lah yang aku ni tak minat dengan dia kan??” Nelissa makin meluap dibuatnya, habis bantal di sebelah ditumbuk-ditumbuknya.

            “Iye lah, suka hati kau lah. Tapi kenapa kau marah sangat hari ni? Selalu kau tak macam ni.” Hani masih meneruskan soalannya walaupun dia nampak rupa Nelissa sudah kelat seperti mahu menelan orang sahaja saat itu.

            “Aku geram kau tahu tak! GERAM!! Dia orang tu tak habis-habis nak menyesakkan kepala otak aku, padahal aku tak ada kena mengena pun dengan dia orang. Sepatutnya aku tak payah pun nak memeningkan kepala pasal dia orang tu semua.” Nelissa menghamburkan ketidakpuasan hatinya, lengan Hani ditampar-tamparnya dek kegeraman.

            “Woah.. Cool down babe! Aku bukan dia orang tu!” Lengannya yang sudah merah digosok-gosok perlahan. Kurang asam punya kawan, marahkan orang lain, orang lain yang jadi mangsa.

            “Oh my god! Sorry… Tak sengaja.” Lengan Hani ditarik dan diusap-usapnya.

            “Huh, tak nak maafkan kau!” Sengaja Hani mahu mengenakan Nelissa, padahal bukan dia marahkan Nelissa pun.

            “Alaa.. Jangan lah merajuk… Please..??” Nelissa sudah menayangkan muka kucing minta makanan pada Hani, berharap Hani akan cair.

            “Tak payah lah kau nak tayang muka kucing tak jadi kau tu. Tiada maaf bagimu kali ni. Huhhh!! ” Hani mencebikkan bibirnya.

            “Alolo.. Hani sayang bucuk-bucuk, patik mohon ampun ye..” Kali ini Nelissa merapatkan kedua tangannya ke dada persis dayang zaman dahulu kala.

            “Fine.. Tapi cerita kau pasal siapa nama dia tadi? Hasif? Hanif? Tak habis lagi kan?”

            “Hadif lah.” Tiada nada suara Nelissa membetulkan nama yang disebut Hani.

            “Hah, betul. Hadif. Dia tu lah. Siapa tu??” Hani sudah tersenyum-senyum kambing.

            Mata Nelissa sudah dijuling ke atas. Tidak habis lagi rupa-rupanya soalan Hani pasal Hadif. Masih juga dia mahu menyibuk ingin tahu siapa Hadif itu.

“Tak ada siapa-siapa pun wahai Cik Hani sayang. Dia tu cuma senior masa aku sekolah menengah dulu aje.”  

“Senior aje ke??” Senyuman senget Hani tadi masih tersungging dibibirnya. Seronok apabila mengenakan Nelissa.

“Ye Hani.. SENIOR sahaja!! Eh dah lah, kau keluar sekarang. Aku nak rehat ni, nak tidur.” Tangan Nelissa sudah menolak tubuh Hani supaya keluar daripada biliknya. Berjaya sahaja Nelissa menolak Hani keluar daripada biliknya, terus pintu ditutup dan dikunci. Tidak larat dia mahu menjawab semua soalan nakal Hani itu.


“Senior lah sangat kan Lis!! Pakwe baru lah tuu..” Suara Hani dan bunyi ketawanya yang kuat menerobos masuk ke telinga Nelissa yang berada betul-betul di belakang pintu. Hurmm.. Hani, kalau bab menyakat memang dia nombor satu!!

                                   ..BERSAMBUNG..
Err.. Sorry sorry, baru perasan bab kali ni pun tak panjang mana rupanya.. Hehehe... I'll give an update soon... Tunggu naaaaa... (^_-)☆wink
                  Much Love
        XoXo
          ..Zhee..

No comments:

Post a Comment