Followers

Monday, December 30, 2013

**Love Letter** 12

Holaaaa.... Here bab 12.... Enjoyyy reading... and i'll 'enjoy' reading all my notes dengan buku tebal-tebal tu yee... Korang enjoy dengan abang Hadif... Kekekeke...

~LOVE LETTER ~
~12~
Langkah Nelissa dibawa perlahan-lahan. Dia melangkah tanpa arah tuju, fikirannya menerawang entah ke mana. Hatinya benar-benar resah! Dia teringat kembali kejadian di pejabat tadi.


Nelissa sibuk menaip di komputer ribanya, dan apabila terdengar pintu bilik mesyuarat dibuka, kepalanya diangkat sekilas. Sebaik sahaja Nelissa mengangkat muka daripada komputer riba, wajah tegang Hadif menerpa pandangannya. Nelissa benar-benar terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Hadif dalam mesyuarat kali ini. Sangka Nelissa Hadif tidak akan memunculkan diri dalam beberapa mesyuarat yang akan diadakan dengan pihak mereka.

Matanya setia terpaku pada wajah Hadif, riaknya masih tegang dan serius. Tiada senyuman yang dihadiahkan seperti biasa. Hati Nelissa kembali berdegup tidak mengikut rentak, entah mengapa wajah Hadif yang sebegitu amat menakutkan bagi Nelissa. Tahu yang mesyuarat mereka bakal bermula, Nelissa hanya mampu menenangkan hatinya dan menjalankan tugasnya seperti biasa. Nanti selepas mesyuarat tamat pasti dia akan mencari Hadif dan memohon maaf.

Dan seperti yang dirancangnya, Nelissa mengikut langkah Hadif yang sedang menuju ke tandas selepas mesyuarat tamat. Dia ingin bersemuka dengan Hadif, ingin menyelesaikan semuanya supaya hatinya tenang semula. Lama Nelissa menunggu Hadif di luar tandas, sementara menunggu otaknya ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk dituturkan pada Hadif nanti. Setelah seketika baru lah kelibat Hadif keluar daripada tandas dan badan Nelissa terus menegak akibat terkejut. Nelissa berdiri tegak di hadapan Hadif. Kedua-dua mereka hanya merenung sesama sendiri, kedua-duanya jeda tanpa kata. Ayat-ayat yang disusunnya tadi terus terbang hilang entah ke mana apabila anak mata Hadif memanah tepat pada matanya.

Setelah seketika bertatapan mata tanpa kata, Hadif akhirnya bergerak ke tepi untuk melangkah tetapi tindakan refleks Nelissa membuatkan tubuhnya juga bergerak ke tepi mengikuti langkah Hadif. Hadif ke kiri Nelissa menurut ke kiri, Hadif ke kanan Nelissa menurut ke kanan. Kerana tiada kesudahan, Hadif akhirnya memegang kejap pinggang Nelissa, terus tubuh itu diangkatnya ke tepi untuk memberikan sedikit ruang dia melangkah.

Melopong mulut Nelissa apabila kakinya tidak menjejah tanah akibat diangkat oleh Hadif. Terkejut dia sehingga terkaku lima saat. Apabila dia sudah sedar semula, kelibat Hadif sudah berlalu pergi meninggalkan dia di situ. Dengan pantas Nelissa berlari mengejar langkah lelaki itu.

“Hadif!! Tunggu…” Sedikit terjerit Nelissa memanggil Hadif, namun begitu Hadif masih meneruskan langkahnya seolah-olah tidak mendengari panggilan Nelissa.

Nelissa menggigit bibirnya, geram! Hadif ini tidak dengar atau buat-buat tidak dengar? Kalut dia mempercepatkan lagi langkahnya untuk menyaingi langkah Hadif.

“Hadif, nanti lah!!” Tanpa sedar tangan Nelissa sudah mencapai lengan Hadif dan spontan itu langkah Hadif terhenti. Lantas dia menoleh ke belakang, Nelissa yang sedikit tercungap-cungap dipandangnya tanpa perasaan. Hadif hanya diam menanti Nelissa membuka mulut. Sebenarnya Hadif sengaja mahu menguji Nelissa, mahu melihat sejauh mana kesungguhan Nelissa memujuknya.

“Hadif, awak marah lagi ke? Saya minta maaf okey. Saya tak berniat pun nak buat awak marah, saya rasa bersalah sangat ni… Awak jangan lah marah saya lagi, pleaseeeee??” Senafas Nelissa menuturkan kata maafnya. Tangannya yang memegang lengan Hadif tanpa sedar digoyang-goyangnya perlahan.

Hadif pula masih beriak seperti tadi, langsung tiada tanda-tanda ekpresi yang diingini Nelissa. Makin gelabah Nelissa dibuatnya. Akhirnya Hadif hanya berdehem sedikit dan tangannya mengalihkan tangan Nelissa yang memegang kejap lengannya itu. Selepas itu dia terus berpaling dan meninggalkan Nelissa tanpa jawapan yang pasti.
                                                            *~*~*~*

Satu keluhan berat dilepaskan Nelissa, minta maaf sudah tetapi entah bagaimana lah baru Hadif mahu memaafkannya. Nelissa benar-benar sudah buntu, tidak tahu apa lagi yang patut dilakukannya.

“Adoiii…” Tanpa sedar kaki Nelissa terpijak penutup longkang dan malang sekali nasib Nelissa apabila kasut tumit tingginya tersangkut pada penutup longkang itu.

“Ishhh!!! Time macam ni lah pun nak tersangkut bagai.” Nelissa sudah menyumpah-nyumpah pada kasutnya yang tersangkut itu. Kasutnya pantas dibuka dan sedaya upaya Nelissa menarik kasutnya keluar daripada penutup longkang itu. Setelah beberapa kali percubaan, baru lah Nelissa mencabut kasutnya keluar. Tetapi malang betul nasib Nelissa hari ini, tumit kasutnya patah pula!!

Bahagian tumit yang sudah patah dan bahagian kasut itu dipandang Nelissa dengan pandangan tidak percaya. Terasa panas sahaja tubir matanya saat ini. Macam mana lah nasibnya boleh malang sebegini?? Sudah lah kasut patah, kasut yang dia paling sayang pula tu…

“Nelissa, kenapa ni?” Teguran seseorang dibelakang membuatkan Nelissa melepaskan pandangannya pada tumit kasut dan beralih kepada gerangan yang memanggilnya. Terlihat kelibat Hadif makin menghampirinya.

What happened Nelissa?” Sekali lagi Hadif bertanya apabila Nelissa tidak menjawab soalannya tadi.  Tetapi kali ini Nelissa masih lagi membisu, soalan kedua Hadif juga tidak dijawabnya. Mata Nelissa masih setia terpaku pada wajah Hadif.

“Kasut patah? Boleh jalan tak ni?” Soal Hadif lagi apabila melihat di tangan Nelissa memegang kasut dan tumitnya. Tapi bila lihat pada keadaan Nelissa memang Hadif rasa Nelissa tidak boleh berjalan. Sebelah kaki masih menyarung kasut setinggi 4 inci, manakala sebelah lagi hanya berkaki ayam kerana kasutnya sudah berada di tangan. Kalau nak jalan pun kena berkaki ayam lah jawabnya.

Hadif yang menunggu tidak juga mendapat sebarang balasan daripada Nelissa. Hanya mata gadis itu terkebil-kebil memandangnya tidak lepas. Nelissa rasa tidak percaya sebenarnya, Hadif kini berada di hadapannya dan cara Hadif bercakap dengannya seolah-olah kejadian di pejabat tadi tidak pernah berlaku. Adakah Nelissa bermimpi ataupun otak Hadif yang tidak betul? Belum sempat Nelissa mencari jawapan buat persoalannya tadi, tiba-tiba dia terasa tubuhnya melayang. Kakinya sudah tidak mencecah bumi.

Rupa-rupanya tubuh Nelissa sudah berada dalam dakapan Hadif. Akibat daripada tindakan tiba-tiba Hadif itu, tangan Nelissa spontan memaut leher Hadif untuk mengelakkan dirinya terjatuh. Nelissa tercengang dan terkejut, tetapi lidahnya kelu untuk berkata-kata. Hanya matanya yang terbeliak besar menandakan betapa terkejutnya dia. Entah bila kaki Hadif sudah melangkah masuk ke dalam sebuah kedai kasut berhampiran. Tubuh Nelissa diletakkan perlahan-lahan di atas sofa kecil yang disediakan. Hadif terus memberikan arahan pada pekerja kedai supaya mencarikan kasut yang sesuai buat Nelissa.

Nelissa hanya terkaku di sofa itu tanpa sebarang suara. Otaknya masih tidak dapat mencerna apa yang berlaku sebentar tadi. Apabila terasa kakinya disentuh perlahan, barulah Nelissa memberikan reaksi dan menarik kakinya daripada terus disentuh Hadif.

“Kenapa? Saya nak bagi awak cuba kasut ni, nak tengok sesuai ke tidak.” Hadif menunjukkan sepasang kasut yang berada di tangannya.

Tiada angin tiada ribut, Nelissa tiba-tiba mengalirkan air mata. Makin lama makin kuat pula tangisan Nelissa. Hadif yang melutut di hadapan Nelissa itu sudah gelabah dengan tangisan Nelissa yang semakin kuat itu. Manakala pekerja-pekerja kedai juga sudah terjengah-jengah mahu melihat drama sebabak di hadapan mereka itu.

“Okey, okey. Saya tak pegang awak, awak try sendiri okey?” Hadif cuba menenangkan Nelissa. Tetapi entah mengapa selepas habis bicara Hadif itu, makin kuat pula Nelissa menangis. Hadif makin buntu.
“Jangan lah menangis macam ni Lis, malu orang tengok. Nanti orang ingat saya buli awak pulak.” Sekali lagi Hadif cuba untuk memujuk Nelissa.

“Memang awak buli saya pun!!” Akhirnya Nelissa bersuara diselangi dengan esak tangisannya.

“Bila masa pulak saya buli awak?” Sungguh lah Hadif tidak faham apa yang Nelissa cakap tu. Rasanya dah lebih seminggu dia tidak berjumpa dengan Nelissa, macam mana pula dia boleh buli Nelissa??

“Tadi kenapa awak tak pedulikan saya? Kenapa awak pergi macam tu aje?” Suara Nelissa sudah serak akibat menangis.

Nelissa betul-betul rasa dirinya dipermainkan oleh Hadif. Kenapa sekarang Hadif begitu prihatin dengannya? Sedangkan tadi Hadif sangat dingin dan langsung tidak pedulikan dia. Kata-kata maafnya juga hanya dipandang sepi oleh Hadif. Mati-mati Nelissa fikir yang Hadif masih marah padanya, tetapi rupanya tidak pun. Sumpah lah dia rasa tertipu dan terpedaya sekarang ini!

Buat penat sahaja dia menyerabutkan otaknya memikirkan bagaimana mahu menghilangkan amarah Hadif, tapi rupa-rupanya Hadif tak marah pun!! Lepas tu sampai seminggu lebih dia hidup dengan hati tak tenang sebab fikir pasal Hadif, tengok-tengok Hadif okey je sebenarnya. Itu sebab lah dia menangis kuat-kuat, geram dalam hati dia tu dah seminggu lebih dia tanggung!!

Sorry, tadi saya ada mesyuarat penting. Saya kena cepat, sebab tu lah saya pergi macam tu aje.” Nampaknya percaturan Hadif tidak menjadi dan terkena kembali pada batang hidungnya. Tidak pasal-pasal kena fireback balik. Memang padan muka dengannya lah kan, Nelissa buat drama air mata tengah-tengah kedai kasut ni.

Memang rancangan Hadif sengaja nak buat-buat tak peduli dengan Nelissa tadi, nak tengok apa Nelissa nak buat bila dia tayang muka dingin macam tu. Konon-kononnya nak buat-buat marah sangat sampai nanti Nelissa rasa bersalah dan cari dia untuk pujuk dia, tapi dia juga yang terkena balik bila Nelissa buat drama air mata depan orang ramai macam ni!! Padan muka kau Hadif!! Buat lagi rancangan pelik-pelik!

“Habis tu kenapa saya called awak banyak kali sebelum ni awak tak jawab? Awak saja tak nak datang meeting sebab marahkan saya kan??” Esakan Nelissa sudah reda sedikit tetapi masih bersisa juga. Sambil dia marahkan Hadif sempat lagi dia mengelap air mata, Hadif yang melihat sudah tersenyum sedikit, comelnya Nelissa ni….!

“Mana ada.. Saya pergi outstation lah Lis, dekat sana memang phone connection wonky sikit. Sorry ya..” Hadif memujuk Nelissa seperti sedang memujuk kanak-kanak. Walaupun tadi Hadif gelabah kerana Nelissa tiba-tiba sahaja menangis, tetapi kini dia hanya tersenyum melihat kecomelan Nelissa. Tercuit hatinya dengan keletah Nelissa.

Memang lah sepanjang dia pergi outstation tu dia tak dapat nak berikan perhatian untuk Nelissa. Kerjanya berlambak-lambak kot, phone connection pun alahaaiiii… Nak buat panggilan penting-penting pun susah, ini pula nak bergayut bagai, memang tak dapat lah kan.. Lepas tu dia memang saja pun nak tenangkan fikiran dan menjarakkan diri kejap, nak pujuk hati yang terluka lah kononnya sebab hari tu punyalah penat dia tunggu Nelissa pujuk tapi harammm, tak ada pun!! Lepas bergaduh hari tu punya lah dia tunggu Nelissa telefon untuk pujuk dia tapi apa pun tak ada! Last-last staf-staf dekat pejabat tu yang jadi mangsa amukan dia.

“Jadi awak dah tak marahkan saya?” Nelissa meminta kepastian. Seminggu lebih hatinya tidak tenang semata-mata sebab ingatkan Hadif marahkannya, memang patut lah dia meletup dan menangis hari ini.

“Mana ada saya marahkan awak Lis…” Tutur Hadif lembut. Tangannya sudah naik mahu mengelap air mata Nelissa yang jatuh ke pipi mulus gadis itu. Namun begitu, Hadif tersentak apabila tangannya ditepis kuat oleh Nelissa.

Don’t touch me!! Awak ingat awak tu siapa? Suami saya?” Jerit Nelissa geram, air matanya diseka kasar. Salah satu sebab dia menangis tadi adalah kerana geram dengan Hadif yang sungguh lepas laku. Sesuka hatinya sahaja nak sentuh sana-sini. Sakit betul hati dia!! Hadif ingat dia ni apa??

Merah muka Hadif apabila diherdik begitu oleh Nelissa. Terus dia menjatuhkan tangannya kembali. Dia mengaku salahnya, tetapi apabila berhadapan dengan Nelissa dia seperti tidak boleh mengawal tangannya sendiri, asyik mahu berjalan sahaja kerjanya. Itu lah masalahnya, Nelissa ni comel sangat! Tak boleh jadi ni, nampaknya dia kena advance kan usaha memikat lepas tu boleh terus nikah! Lepas tu nak buat apa pun boleh!! Haha.. Hadif tersenyum gatal dalam hati. Ishh.. Ishh.. Ishhh….

I’m sorry okay... I just can’t control myself.” Dengan rendah diri Hadif memohon maaf pada Nelissa.

“Dah lah, saya minta maaf okey. Saya janji saya tak buat lagi.” Hadif sudah mengangkat tangan seperti orang ingin mengangkat sumpah apabila melihat Nelissa hanya menunduk tanpa balasan.

Nelissa yang masih bersisa tangisannya itu lantas mengelap air matanya yang masih bersisa. Dia cuba menenangkan diri daripada terus menangis.

“Awak try dulu kasut ni, kalau tak sesuai tukar.” Suruh Hadif apabila Nelissa sudah reda tangisannya. Nelissa pula hanya menurut kata Hadif. Sekarang bila otaknya sudah berfungsi dengan normal baru lah dia terasa merah muka kerana buat drama air mata di tengah-tengah kedai kasut ini.

“Macam mana okey?” Soal Hadif apabila Nelissa sudah menyarungkan kedua-dua belah kasut ala-ala kasut ballerina itu ke kakinya. Soalan Hadif itu hanya dibalas dengan anggukan sahaja. Malunya masih bersisa sehingga tiada kata-kata mampu dikeluarkan saat ini. Melihat anggukan Nelissa, Hadif memetik jarinya memanggil pekerja kedai.

“I ambil yang ini, pakai terus. Kasut dia yang lama tu you tolong bungkuskan.” Arah Hadif pada pekerja kedai lalu langkahnya diatur ke arah kaunter untuk melunaskan bayaran kasut itu.

“Ini kasut Cik tu tadi. Terima kasih encik. Sila datang lagi.” Pekerja kedai menyerahkan sebuah beg kertas ke tangan Hadif. Hadif hanya membalas dengan anggukan sahaja. Selepas itu terus dia melangkah ke arah Nelissa semula, dia melihat seorang pekerja kedai berdiri di sebelah Nelissa sambil menghulurkan tisu buat gadis itu. Melihat kedatangan Hadif, pekerja kedai tersebut menunduk hormat dan berlalu meninggalkan Hadif bersama Nelissa.

“Jom saya hantar awak balik.” Ajak Hadif dan mula mengatur langkah ke luar. Dengan pantas Nelissa mencapai beg tangannya dan mengikut langkah Hadif.

Sepanjang perjalanan pulang, tidak banyak bicara yang keluar daripada mulut Hadif dan Nelissa. Sehingga lah sampai di flat tempat tinggal Nelissa, baru lah Hadif membuka mulut.

“Kasut tu saya ikhlas hadiahkan untuk awak. Jangan nak pulangkan balik ye.”

Nelissa hanya mengangguk perlahan.

“Lagi satu lain kali jangan lah asyik pakai kasut tumit tinggi aje, tak baik untuk tulang belakang awak.” Sempat lagi Hadif memberikan ceramah kesihatan percuma sebelum Nelissa turun daripada kereta.

Anggukan kecil diberikan buat Hadif sebelum Nelissa melompat keluar daripada kereta Hadif. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke rumahnya, kepalanya menunduk ke bawah, masih memikirkan kejadian tadi.


Aduh, makin difikirkan makin berbahang mukanya. Macam mana lah dia sampai tidak boleh mengawal diri dan menangis di hadapan lelaki itu? Dan yang paling teruk, boleh dia menangis di tengah-tengah kedai kasut tu? Buat malu sungguh!! Lepas ini sumpah lah Nelissa akan cuba mengelakkan diri daripada Hadif…. Malunya bertingkat- tingkat!!! 


 ..BERSAMBUNG..
         Okay boleh tahan panjang kan bab ni?? 

(Maksud saya panjang lah jugak daripada yang sebelum ni... hahahaha) 

So next entri lambat sikit eaaaa...

Hahahaa....
P/S:Rajin rajinkan lah diri anda click apa yang patut kat bawah tu...
Thanksssssss... Mwahhhhh mWaaahhhh
Much Love
          XoXo
   ..Zhee..

4 comments:

  1. Replies
    1. thanks for enjoying... ^_^ hehehe hati kurang stabil dibuat abang Hadif...

      Delete
  2. best.......nak lagi dan selamat tahun baru ya semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww.. Thanks baby mio... ^____^
      Selamat Tahun Baru jugakk... O(≧∇≦)O

      Delete