Followers

Thursday, February 28, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 02


Sampai Bila pun Sayang


02
            Sorry, lambat.” Ucap Danisa sebaik melangkah masuk ke dalam bilik untuk kakitangan itu.

Nope, you just in time.” Balas rakan baik Danisa, Aisyah.

“Tapi yang lain semua dah masuk kelas kan?” Danisa berkata-kata sambil tangannya sibuk mengutip barang-barang yang diperlukannya. Pita pelekat, marker pen, diletakkan di atas fail yang mengandungi bahan-bahan untuk modul kenegaraan ini, manakala kertas mahjong dipegang dengan tangan kanannya.

“Relaks, budak-budak baru breakfastlah.” Ujar Aisyah bagi menenangkan Danisa, dia yang sudah masuk kali ke-tiga mengendalikan program modul ini tenang sahaja. Mereka sama-sama beriringan ke bilik kuliah masing-masing, sebaik sahaja Danisa melangkah masuk ke bilik kuliah yang telah ditetapkan padanya, dia melemparkan senyuman kepada pelajar-pelajar yang berada di situ.

“Okey, relaks. Makan sampai habis dulu, saya nak pergi ladies kejap.” Ucap Danisa bila memandang pelajar-pelajar itu kalut menelan makanan mereka. Ai..kalau tercekik dia jugak yang susah. Danisa meletakkan semua barang-barang tadi di atas meja lalu dia melangkah keluar semula dari bilik tersebut. Dia bergegas ke tandas bagi membetulkan tudung, sebaik sahaja meletakkan beg tangan di hadapan cermin kedengaran musik rancak dari telefon bimbitnya. Lekas tangan Danisa menyeluk ke dalam beg tangannya dan mencapai telefon bimbit yang bernyanyi riang.

You left the gate open.” Kedengaran suara Danish dihujung talian, laju sahaja menyapa telinga Danisa sebaik sahaja telefon Samsung Galaxy SII itu melekap pada telinga.

“Oh. Yeke?” Balas Danisa spontan. Mungkin betullah kot, tadi dia ingat dia sudah check kasut dan pintu rumah tetapi pagar rumah dilupakan begitu sahaja, iyelah pagar rumah mereka bukan pagar otomatik yang boleh tertutup dengan hanya menekan butang pada alat kawalan jauh. Kena turun kereta dan tutup pintu pagar secara manual, leceh dan membuang masa. Oleh kerana Danisa sudah terlambat tadi dia terlupa terus untuk menutup pintu pagar.

Danisa menyeluk semula tangannya ke dalam beg tangannya, mencari pin tudung yang sudah dicampakkan ke dalamnya.

“Kereta macam mana?” Terkeluar juga tujuan utama Danish menelefonnya, mahu bertanya khabar mengenai Neo kesayangannya. Baru berpisah untuk empat puluh lima minit tapi hatinya sudah gundah, risau akan keadaaan Satria Neonya.

“Hey, jangan sesekali memandang rendah pada skil memandu kakak tau. Walaupun tak reti drift macam Danish, tapi akak belum pernah langgar apa-apa okey.” Tegas Danisa kepada adiknya, dia bukan jenis ‘typical lady driver’. Cekap dan berani, itu memang moto yang Danisa pegang sebaik sahaja tanganya melekap pada stereng kereta.

“Akak, jangan dating dengan Neo lama sangat tau. Dia gay.” Ucap Danish sebelum mematikan talian. Danisa menyumbat semula telefon pintar itu ke dalam beg tangannya kembali sambil menggeleng-geleng kepalanya. Ada-ada saja Danish ni, boleh dia katakan Neo gay hanya kerana tidak mahu kakaknya meminjam kereta kesayangannya terlalu lama. Selalunya lelaki akan melayan kereta kesayangan mereka seperti melayan isteri, tetapi bagi Danish, dia tidak pernah menganggap keretanya sebegitu, dia melayan Satria Neonya seperti seorang adik lelaki baginya, rakan baik yang selalu bersama, a very close buddy.

Danisa kembali fokus melilit tudungnya. Siapa kata tudung bawal tak sesuai dililit? Siapa kata tudung bawal susah untuk dililit? Di tangan Danisa apa jenis tudung pun dia boleh gayakannya, kalau diberikan guni beras pun boleh cantik di kepalanya. Sekejap sahaja tudung itu kemas di kepala Danisa. Setelah berpuas hati barulah Danisa kembali ke kelasnya, hingar-bingar menyapa telinga Danisa sebaik sahaja daun pintu ditolak. Bukan main lagi galak mereka berbual, bosan menunggu pensyarah yang bertugaslah katakan.

Kehadiran Danisa di situ membuatkan mereka semua senyap. Berpasang-pasang mata menyoroti pergerakan Danisa dari muka pintu ke meja yang terletak di tengah-tengah bahagian hadapan kelas itu. Danisa meletakkan beg tangannya di atas kerusi, dia bergerak ke bahagian depan meja lalu punggungnya bersandar pada sisi meja itu. Danisa menyilangkan tangannya memeluk tubuh, matanya merayap memandang ke seluruhan kelas. Ada wajah-wajah yang dikenalinya ada juga wajah-wajah asing, mungkin dari kelas yang dia tidak mengajar. Kemudian dia mengukirkan senyuman nakal di bibir, Danisa memang begitu suka benar mengukirkan senyuman nakal di bibir, mereka yang tidak mengenalinya mula mengeluh di dalam hati membayangkan bagaimana terseksanya mereka untuk sesi ini. Pensyarah-pensyarah muda seusia Danisa ni selalunya ‘pulun’.

“Assalamualaikum, and a very good morning.” Ucap Danisa lalu tersenyum lagi, suara pelajar-pelajar menjawab salamnya kuat menembusi telinganya.

So, hari ni modul kenegaraan. Macam mana ceramah semalam? Best?” Sengaja Danisa bertanyakan soalan yang sudah diketahui jawapannya. Walau sebagus mana penceramah semalam, pasti ada juga yang tidak memberi perhatian, yang terlelap dan terbuai di alam mimpi, yang mendengar lagu, bermain games di dalam telefon bimbit, bersms untuk menghilangkan bosan dan yang tidak lupa juga yang paling femes tahun ini, melayari laman sosial. Sudah pasti wifi yang dipasang oleh pihak universiti akan disalah gunakan untuk melayari internet dari telefon-telefon pintar. Mahasiswa mahasiswi sekarang semakin maju, ramai yang sudah mampu memiliki telefon pintar.

“Bolehlah…”

“Bosan..”

Best…”

Bermacam-macam jawapan diberikan serentak buatkan Danisa tertawa. Ada juga yang kata ‘best’, lawak kot penceramah semalam kalau tak mana nak dapat remaja sekarang yang akan bagi komen sebegitu untuk ceramah kenegaraan.

“Cuba pergi duduk oversea tiga empat tahun or lagi ekstrem tujuh tahun, tak balik-balik. Nanti korang balik, ceramah kenegaraan tu pun korang suka tau.” Selamba sahaja Danisa melontarkan kata-kata itu. Tersengih anak muridnya, yang belum mengenalinya mula tertarik dengan gaya selamba Danisa.

By the way, my name is Sharifah Danisa. You can call me Miss Danisa or Miss Nisa…”

Or butter cookies…” Jerit Rahman, salah seorang pelajar Danisa yang paling nakal di kelasnya. Danisa terus menuding jari tanda amaran kepada Rahman di duduk dibelakang sekali, ramai yang sudah ketawa. Mujurlah dia tidak pernah kisah jika ada yang memanggilnya sebegitu kerana butter cookies adalah salah satu snek kegemarannya. Danisa kemudian menjatuhkan tangannya kembali, Rahman ni memang nakal semula jadi susah untuk ‘dibentuk’ semula. Brand Danisa ada biskut lain jugak tau!! Ah..Biarlah, asalkan dia bahagia…

“Erm….kita nak kenal-kenal ke? Bangun sorang-sorang perkenalkan diri?” Tanya Danisa sambil menghulurkan borang kedatangan untuk ditandatangani. Masing-masing buat muka bosan, perkenalkan diri adalah salah satu aktiviti yang paling tidak mereka gemari.

“Ai…semua pun tak nak ke?” Tiada siapa menjawab pertanya Danisa itu. Danisa kemudian mencapai pita pelekat dan marker pen dari atas meja yang disandarnya tadi.

“Kalau tak nak, kita kena guna ni.” Ujar Danisa sampai menunjukkan pita pelekat dan marker pen itu, seraya mereka sekelas merungut.

“Ha sudah, kalau perkenalkan diri tak nak, buat nametage tak nak, macam mana saya nak panggil awak? Takkan nak oi oi je kot.” Tanpa menunggu persetujuan mereka Danisa menghulurkan marker pen dan pita pelekat itu kepada pelajar yang duduk paling kanan sekali.

Okay listen, instead of writing down your name or your nickname on the masking tape, i want you to write your twitter name, write the ‘at’ symbol and your twitter id. Don’t tell me you don’t have one because i don’t believe it.

Pelajar-pelajar itu semua menurut perintah Danisa, sambil menanti satu persatu pelajar itu menulis dan menampal pita pelekat yang sudah ditulis nama ke atas baju mereka, Danisa membelek telefonnya. Satu mesej baru tidak dibaca, dia langsung tidak perasan kerana telefonnya sudah diletakkan pada mood senyap.

            KAKAK!! Balik awal, or i will go there and hunt you!
            Danish nak Neo balik!!!

Terangkat kening Danisa membacanya, berani adiknya itu mengugut dirinya. Siapa yang lebih tua ni? Tanpa membuang masa Danisa membalas mesej Danish tadi, geram pula dibuatnya dengan perangai Danish ni. Hari cuti, duduk diam-diam jelah di rumah, tak perlu ke mana-mana.

            Siapa yang gay? NEO ke DANISH?

Butang send disentuh, sebaik sahaja SMS berjaya dihantar Danisa melemparkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.

“Hah..kamu semua pun simpan smartphone kamu. Tak perlu nak follow sekarang, balik nanti baru follow.” Tegur Danisa kepada pelajar-pelajar itu bila ada yang sudah mengeluarkan telefon canggih yang bukan main besar saiznya.

“Nanti kamu semua nak sambung terus, without break sampai habis dan kita boleh balik awal sikit atau nak lunch plus zohor break, and after that we’ll continue our module?” Tanya Danisa, dia teringatkan Aisyah yang pernah menceritakan pengalaman mengendalikan modul. Kebanyakan pelajar sanggup berlapar sementara asalkan mereka dapat pulang awal.

“Balik awal.” Cepat sahaja mereka semua menyahut. Danisa terangguk-angguk tanda faham. Terpaksalah dia menahan perutnya dari lapar, sudahlah dia belum bersarapan. Di dalam hati Danisa dia cuma berdoa supaya perutnya tidak mengeluarkan bunyi-bunyian yang memalukan. Mengikat perut adalah perkara biasa baginya, bukan sekali dua dia tahan makan malahan dia sudah biasa sejak muda remaja lagi, tambah-tambah sewaktu dia melanjutkan pelajaran di United Kingdom dulu.

Bila pelajar terakhir memulangkan semula pita pelekat dan marker pen kepada Danisa dia pantas menulis nama di twitternya lalu mengoyakkan pita pelekat itu untuk ditampal pada bahunya.

“Boleh kita start? Let’s finish this quick so that we can finish this before three. Perhaps around two fifteen? Boleh kan?”  
*~*~*
~bersambung~

an: Salam, bab ke-dua untuk SBPS, macam mana okey? Minggu lepas punya update tak ada orang komen pun. (ToT) huhu...mybe sbb pendek sangat korang sendiri pun tak tahu nak komen apa. uhuhu... mian~~~~ So hopefully adalah yang rajin komen post ni+kalau boleh last week punya sekali, boleh? 

Comments+Reactions = love!!! thank you~~~

Thursday, February 21, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 01


Sampai Bila pun Sayang


01
          
Samsung Galaxy SII menyanyi nyaring dari tepi bantal itu, ini sudah kali ke empat dia mengulangi lagu yang sama tetapi pemilik telefon pintar itu tidak juga terjaga. Penat semalam kerana asyik terloncat-loncat sewaktu menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan Harimau Malaya, tamat perlawanan bola dia bersama adiknya pergi mengisi perut pula, sampai di rumah sudah lewat malam. Telefon tangan yang berbunyi tadi senyap kembali tetapi Danisa masih belum ada tanda-tanda mimpinya terusik.

Lima minit berlalu telefon pintar itu berlagu lagi buat kali ke-lima. Dan kali ini alarm telefon itu berjaya menggerakkan Danisa yang tidur mati sejak malam tadi. Dia menggeliat di atas katilnya, setelah puas baru dia mencapai telefon bimbitnya yang sudah hampir tamat memainkan lagu What makes you beautiful dari One Direction. Mata yang masih berat digosok-gosok dengan jari, sementara sebelah lagi tangannya mematikan alarm itu. Bulu matanya seolah-olah digam antara satu sama lain menyukarkan dirinya dari membaca angka pada telefon bimbit itu.

“Tujuh suku dah?” Lemah sahaja suaranya walaupun dia bercakap bersendirian. Dengan malasnya Danisa memaksa tubuh yang berat bangun dari perbaringan, dia bersandar pada kepala katil. Tangan yang memegang telefon bimbit buatan Korea itu kembali terhempas pada katil, lemah betul rasanya bila di pagi ahad. Alangkah indahnya kalau setiap hari pun boleh bermalasan begini. Tugas Danisa sebagai pensyarah membuatkan dia perlu keluar meninggalkan rumah seawal pagi lagi kerana kebanyakkan kelasnya bermula pada pukul lapan pagi. Sambil Danisa bersandar tiba-tiba matanya membulat, baru dia teringat mengapa dia mengunci jam sebegini awal walaupun hari ini hari ahad.

“AKU ADA MODUL!!!!!!!!!!!!!!!” Jeritnya kuat. Kelam kabut Danisa melompat dari katil, tangannya memegang kepala dengan wajah cemasnya, lagaknya seperti orang sedang panik. Tanpa berlengah lebih lama Danisa terus menyambar tuala yang tergantung pada pintu almari lalu berlari menuju ke bilik air. Mandi Danisa pagi itu hanya ala kadar sahaja, dia perlu cepat kerana mengejar masa. Modul yang akan dikelolainya akan bermula pada pukul lapan setengah, dia tidak mahu terlewat tambahan pula ini kali pertama dia akan mengendalikan modul.

Setelah siap membersihkan diri, Danisa cepat mengenakan pakaian. Solekan juga sekadar untuk tidak membuatkan wajah nampak pucat, tudung bawalnya tidak dipinkan. Ah, biarlah. Nanti bila sudah sampai ke universiti barulah dia menggayakan tudungnya itu, sekarang biarkan dahulu dilepaskan. Danisa mencampakkan beberapa pin tudung ke dalam handbag supaya nanti dia boleh mengemaskan tudungnya setelah dia sampai di tempat kerjanya kelak.

Dengan kalut Danisa menarik gugusan kunci dari tempat penyangkut kunci lalu bergegas ke pintu utama. Pintu dibuka kuncinya seraya papan pintu itu ditolak setelah tombol pintu dipulas. Danisa menghirup udara segar, pantas dia bergerak ke arah rak kasut. Kasut tinggi berwarna biru gelap di ambil, cepat sahaja Danisa menyarungkan kasut itu ke kakinya. Terkinja-kinja dia sementara menyarung kasut itu ke kakinya sambil menapak ke kereta Honda Accord yang terpakir kemas di hadapan rumahnya. Dalam kekalutan itu, gugusan kunci yang dipegang Danisa jatuh ke lantai. Dia mengeluh, ada sahaja yang melambatkannya bila dia perlu cepat ke tempat kerja. Danisa mencangkuk bagi mengutip gugusan kunci itu yang jatuh di sebelah tayar keretanya, anak matanya tertancap pada tayar Continental kereta itu kempis tidak berangin. Sudahnya Danisa yang berangin, makin hendak cepat makin banyak halangan.

“Urg…hari jugak nak buat pasal!” Marah Danisa sekeras-kerasnya, kakinya laju menyepak tayar yang pancit itu. Matanya beralih pada kakinya pula, dia mengeluh sekali lagi. Otaknya hanya ligat memikirkan kerja, modul dan masa dia menyarungkan kasut lain sebelah juga dia tidak perasan. Danisa berpatah balik, tidak mungkin dia akan menukar tayar keratanya sekarang, dia hanya ada dua puluh minit untuk sampai ke tempat kerjanya, tiada masa untuk menukar tanya itu. Danisa memboloskan diri disebalik pintu yang terbuka luas kerana Danisa lupa menguncinya, sempat dia menampar dahi sendiri kerana terlupa untuk menutup pintu dan menguncinya ketika dia menanggalkan kasutnya tadi.

“Lambatlah aku, lambatlah aku.” Ucap Danisa ulang kali, sambil dia berlari-lari anak ke bilik adik lelakinya.

“Danish!!!!!!!!” Jerit Danisa kuat bagaikan tarzan perempuan. Terkejut Danish mendengar suara kakaknya itu, suara itu mampu menggegarkan otaknya yang tadi nyenyak di alam mimpi. Danisa menarik selimut yang menutupi Danish lalu melemparkan ia ke atas lantai, ini adalah kes kecemasan.

“Bangun…oiii..tak bangun subuh ke apa?” Tanya Danisa separuh jerit, Danisa kalau dengan Danish memang selalu bercakap kasar kalau tidak adiknya itu tidak takut kepadanya. Danisa duduk di atas katil Danish lalu tangannya memukul punggung adiknya yang sedang tidur meniarap itu. Danish mengaduh sakit.

“Kakak pun tak bangun.” Jawab Danish sambil beralih kedudukan, dia berbaring pula. Berat betul badan untuk bangun pagi ini, tambahan pula penat semalam belum habis lagi. Mujurlah pasukan Harimau Malaya menang malam tadi, penat melompat dan menjerit semalam sedikit sebanyak terhakis dengan kemenangan yang membanggakan seluruh Negara. Tapi itu bukan alasan untuk ponteng solat subuh Danish, sudah tertulis satu dosa di dalam buku catitan milik Danish. 

“Kakak tak bangun sebab kakak cuti. Urg…” Marah Danisa. Dah besar-besar pun nak kena kejutkan ke?

“Nak apa ni?” Danish menukar topik, apa tujuan kakaknya merempuh masuk biliknya pagi-pagi ahad ini. Memang mengganggu ketenteraman pagi ahad yang indah, hari untuk semua bermalasan.

I need your car's key.” Minta Danisa sambil menyuakan tangannya di hadapan wajah Danish yang masih terkatup matanya.

Give me your car's key.” Ulang Danisa lalu bangun mencekak pingang, mendengar kata-kata Danisa Danish terus melompat terkejut, terduduk dia di atas katilnya itu. Matanya merenung wajah kakaknya, membulat matanya meminta penjelasan.

“Kakak nak pinjam. Cepat, kakak dah lambat.” Terkinja-kinja Danisa seperti lantai itu panas dibakar api.  

“Kereta kakak mana?” Tanya Danish, dia memang berat hati jika ia membabitkan keretanya. Sudah banyak yang dia usahakan demi untuk menmodified keretanya Satria Neonya itu. Bukan calang-calang duit yang habis untuk kereta kesayangannya yang dipanggil Neo. Ikat perut sudah sinonim dalam kehidupan sehariannya, sebut sahaja apa-apa pekerjaan separuh masa, semua telah dia cuba untuk mengumpul dana kereta.

“Tayar pancit.” Jawab Danisa pendek. Lagi panjang penjelasan semakin lama masa berjalan. Setiap saat berharga…

“Tapi adik nak guna kereta…”

Shut up and give me that damn car's key.” Jerit Danisa dengan marahnya. Dia sudah tidak boleh bersabar, sebagai pensyarah yang baru dia mahu menunjukkan imej yang baik oleh itu datang lewat tidak berada di dalam buku panduan etika kerjanya. Terdiam Danish mendengar jeritan itu, kakaknya bila datang angin taufan jangan cuba melawan, itu membunuh diri namanya.

“Okey okey.” Danish akur dengan kehendak Danisa. Kunci kereta yang sentiasa di atas bedside table dicapai dan kunci itu beralih tangan. Danisa mencampakkan sahaja kunci keretanya ke atas perut Danish, tanpa mengucapkan selamat tinggal Danisa menghilangkan diri.

Sebelum memboloskan diri ke dalam Neo, Danisa membelek pada diri sendiri memastikan semuanya dalam keadaan baik. Kasut yang lain sebelah tadi juga sudah ditukar. Dia memandang sekilas pintu rumah, tertutup, mangga juga terkunci. Setelah dia berpuas hati barulah dia masuk ke dalam kereta kesayangan adiknya.

Racing with the time.”

Danisa memecut laju meninggalkan perkarangan rumah. Berdicit bunyi tayar kereta dibuatnya, bagai pelumba kereta street racer dia memandu. Ah, dia tidak peduli janji cepat sampai ke tempat yang dituju.

*~*~*
~bersambung~

an: Hello2... seperti yang saya janji saya akan mula update cerita baru bila ICK dihentikan diblog. Saya nak beritahu yang untuk cerita baru ni saya memang buat tiap2 bab pun pendek2 je, dalam 6-8 pages, sebab saya selesa tulis macam tu untuk novel ni. 
Happy Reading yal~ 

ps: sesiapa baca HSHI, scroll bwh sket, cover novel dah keluar, saya dah letak. Nanti bila dah keluar, saya akan buat announcement ~ 

Tuesday, February 5, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 00

Sampai Bila pun Sayang


00
            “Danish tak setuju, kenapa manusia berharta semua perangai macam ni ha? Apa yang jadi pada mak, sebijik-sebijik jadi kat kakak. Kemudian sekarang tiba-tiba datang cari kakak balik.” Bantah Danish keras, dia tidak suka bila mereka tiba-tiba datang meminang kakaknya.
            Dasar manusia tamakkan harta. Dulu tak mahu, sekarang kalut datang merisik meminang, tak ikhlas langsung. Cemuh Danish di dalam hati, tajam matanya memandang marah ke arah tetamu yang datang, wajah cuak mereka dipandang satu persatu. Danish merengus kecil, cepatnya manusia berubah kerana harta. Dia tidak akan membiarkan dirinya dan Danisa terpedaya dengan tipu helah orang kaya ini. 
*~*~*
~bersambung~

an: Hello2. Ini dia bab 00 untuk novel baru saya, Sampai Bila pun Sayang.
Nantikan bab seterusnya, saya akan update seminggu selepas ICK tamat diblog. Macam biasa, setiap hari Jumaat, Insya-Allah. 
ps: poster dan character chart belum buat sebab laptop sy ni rosak sikit, xselesa nak guna photoshop dengan skrin laptop yang berbayang2. urg... sakit mata. sabar sikit ye... 

Sampai bila pun saya sayang anda semua
q

Monday, February 4, 2013

Review Untuk Semua Dosaku - Z

Hello readers... Hehehe kali ni untuk review saya tak letak Kalau saya Jadi.... Sebab kali ni review saya Z, bukan Q.

Okay firstly, ni dah dua kali ada review cerita ni dekat blog kami. Untuk yang first time punya review tu, itu review Q, kakak saya. And this time is my review pulak. Sebelum ni Q ada cakap dah kan yang review saya akan menyusul, tapi sorry lah dah lambat ni baru nak buat review. Actually Z dah lama dah baca novel ni, then Z dah lupa dah apa feeling baca novel tu, that’s why lah Z buat lambat. Baru semalam Z baca balik sebab nak ingat balik apa yang Z rasa masa baca novel ni. And tell you what, novel ni memang berhantu lah. Masuk semalam dah dua kali Z baca that novel sekali harung aje. Masa first time dulu Z baca sampai tak tidur malam sebab nak habiskan dalam masa sehari. Semalam pun I just used a day to finish up the whole novel. Nampak tak betapa berhantunya novel ni. Heehehehehe…. Seingat Z lah kan, sepanjang Z mula baca novel sampai sekarang, ada 3 aje novel yang mampu buat Z tak tidur malam. Firstly Bicara Hati by Damya Hanna. Secondly Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah and thirdly Untuk Semua Dosaku By Rin Ahmad ni. Tapi bukanlah maksud Z tiga ni aje yang Z minat gila2, tapi yang tiga ni lah yang Z nak baca jugak sekali harung dalam masa sehari sampai sanggup tak tidur. Kalau novel tebal2 Z nak baca sekali harung dalam sehari tak ke jadi zombie nanti… Hahahaha..


Ok done with membebel, now to the main topic!! Hurrmmm apa yang Z suka dalam USD ni. Okay yang utama sekali Z suka pengisian dia. Dalam novel ni bukan sahaja dia mengutamakan satu topik aje, macam2 ada dalam novel ni. Maksud Z, emm macam… Alah, tak tahu nak describe pulak. Okay jap, macam ni. Z kagum lah dengan penulis sebab dia dapat masukkan macam2 info dalam ni. Contohnya penulis dapat tulis dengan jelas suasana dekat Jerman tu macam mana. Tulis pasal Octoberfest tu macam mana. She knows about all the wine and beer. Yang pasal ganja minum susu tu. Pasal TUM. Pasal kerja hotel tu macam mana. Pasal Dubai. Tengokkk.. Banyak kann!! Bila Z baca, Z bayangkan yang penulis ni maybe dulu dia belajar kat Jerman ke. Dekat TUM ke. Tapi mana nak tahu kan, ni bayangan Z aje…!! Hehehe… Maksud Z kat sini, entah lah kalau Z sendiri nak tulis dan gambarkan satu benda yang Z tak tahu menahu langsung, huihhh susah oooo… Benda yang Z dah pernah alami aje yang macam senang sikit nak tulis. Ehh, jangan salah faham ye, bukan lah maksud Z penulis tu dah try semua benda tu. Tapi Z nak cakap penulis ni dia punya imaginasi memang tip top. You know, do some research and imagine that thing. Then gambarkan melalui tulisan.. Perghhh hebat2.. Sebab kalau Z sendiri, setakat research je pun still susah nak tulis benda tu.
Lepas tu, Z paling suka this one isu yang diketengahkan penulis. Nak jadi baik susah, nak berubah jadi baik lagi berganda-ganda susah!!! Ini ayat dalam novel tu. Seriouslyyy!! It is so trueee!!! I agree 200%. Cuba bayangkan Nur Lisa tu punyalah berusaha nak berubah, tapi orang sekeliling dia langsung tak support. Semua orang pertikaikan perubahan dia tu bila dah tahu pasal sejarah lama dia yang dasyat tu. Memang so typical of Malaysian kan!! Ini memang benda yang betul, terjadi kat sekeliling kita tiap2 hari pun.. Contohnya laa kan, sorang GRO ni insaf, jadi baik, bertaubat, pakai tudung tutup aurat semua. First korang jumpa dia masa korang tak tahu sejarah lampau dia, korang okay aje lah. Tapi bila kebenaran dah terbongkar, mesti korang fikir macam-macam pasal dia dalam kepala otak korang kan!!! Jangan deny, kalau tak banyak pun sikit mesti ada!!! Pemikiran macam ni memang tak boleh nak ubah dah!! Even family sendiri pun kadang-kadang ragu-ragu dengan perubahan ahli keluarga dia orang, then macam mana orang lain nak percaya. Selalunya lah kan, mesti ayat-ayat macam ni yang keluar bila nampak sorang yang konon-konon dulu jahat berubah. “Ehh, ni … yang aku kenal ke? Dah insaf ea sekarang!!” tak pun macam ni, “ Ehh, …. Dah pakai tudung lah, macam tak percaya pulak..” Puiii… cakap macam tu macam mana orang terus berubah? Kalau yang hati kuat, yang memang nekad nak berubah bolehlah tahan lagi, kalau yang jenis hati tak berapa kuat lagi, masih rapuh, terkena bisikan syaitan sikit aje dah goyah tu mesti berpatah arang balik lah…!! Tercalar bhaii ego kena sound macam tu!! Ego dah tercalar then apa lagi, baik buat jahat aje kalau macam ni. Buat jahat orang dah biasa tengok, sekali sekala buat baik kena pulak macam tu…!! Memang tak laaa kan!! Bye bye ajelah jawapnya. Hurmm, memang ramai lagi yang mulut macam longkang macam Nur Lili and orang2 yang tak menyokong Nur Lisa tu. So tak boleh nak cakap apa..!!

Okay, nak cakap pasal watak-watak dia pulak. Haa..*mata bersinar* … Nur Lisa.. Smart, pretty, tinggi, otak luar alam, huihhh  memang syok ahh jadi Lisa ni. Seriously suka watak dia. Hehehe. Tak banyak komen sangat pasal Lisa ni. Tapi dalam banyak2 pasal Lisa ni, Z paling suka part of her yang pandai gunakan psiko untuk knock down kan ego Syed Azri tu..!! You go girl!! :DDD Syed Azri pulak, * berganda-ganda mata bersinar*, Sexy-Smart-Beard!! Perghhh dapat bayangkan betapa sexy nya mamat ni..!! Okay, sexy is the right word to describe him. Nak tahu kenapa? Baca sendiri okay!! Hahahaha… Sebenarnya Z ni agak anti and tak suka lelaki yang simpan beard and misai segala, nampak semak.!! Tapi entah kenapa still rasa Syed Azri ni handsome tahap oh my godd!! Maybe sebab he is a bad guy?? I love bad guy… Hahahaha cacat kan, orang suka lelaki baik, Z suka bad guy!! For me lelaki yang ego dan a bad guy is a sexy guy!! Muahahhaha *muka gatal*!!! Tak de lah, lupakan pasal apa yang saya merepek tu. Syed Azri ni, lelaki yang memang tinggi ego dia. Kalau korang baca mesti korang akan bengang dengan dia. Z tak faham jugak sikit dengan dia ni. Masa sebelum kahwin, masa tengah couple lagi, elok aje dia percaya dekat Lisa tu. Yang part Lisa keluar dengan Kebar pergi main air tu, boleh pulak dia tengok dulu apa dia orang buat, tak pergi serang terus.!! Tapi bila dah kahwin, dia macam susah pulak nak percaya dekat Lisa ni. Ke sebab Lisa dah berubah dia jadi kurang percaya dekat bini sendiri? Okay part ni Z tak berapa nak berkenan dengan Syed Azri ni!!
Dah banyak membebel ni, cukup lah kot!! Hahaha..

Z mintak maaf kalau apa yang Z tulis ni ada menyakitkan hati sesiapa secara langsung atau tidak langsung!! No harm intended, ini cuma pandangan peribadi Z. Z memang suka novel ni..!! A big clap untuk penulis!! Yeahh!! :DDD Kepada anda-anda yang belum membeli, cepat2 beli okay!! Hehehe buat promo pulak..! Tapi tak jamin lah kena dengan selera anda ke tak, bagi Z memang Z suka lah. Yelah, taste semua orang kan lain-lain. So itu sahaja untuk review ni, Assalamualaikum semua.!! Have a nice day..!! :DD
p/s: Ni first time Z buat review untuk novel kan, yang sebelum ni semua kakak Z punya review..!! Hahaha, kalau Z rajin, I’ll come out with more review okay!! Tungguuuuu…. J

Love, 
Z <3