Followers

Sunday, March 31, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 11


Sampai Bila pun Sayang


11
            Danisa log masuk ke akaun twitternya, hari ini dia tiada kelas pagi oleh itu dia boleh keluar makan lebih awal. Sempatlah dia menjenguk akaun twitternya pada skrin komputer sementara menunggu pukul dua, sudah lama tidak melayari twitter pada komputer selama ini dia selalu menggunakan twitter melalui telefon bimbitnya sahaja.


Sejak dia membongkarkan rahsia twitter i.d.nya pada hari dia mengendalikan modul hari itu ramai pelajar yang meminta untuk mengikuti akuan twitternya itu. Kalau ikutkan hati dia keberatan untuk approve memandangkan ini akaun peribadinya tetapi jika tidak diapprove akan dikata sombong, pelajar-pelajarnya pula tak habis-habis memujuknya di dalam kelas supaya dia mengapprove permintaan mereka, selagi tidak diapprove selagi itu mereka mengungkit. Semakin hari semakin ramai pelajar yang menjadi pengikut akaun twitter Danisa, ada yang langsung tidak dia kenalinya kerana datang dari kelas yang tidak diajarnya. Danisa sebenarnya ramai peminat cuma dia tidak tahu pelajar-pelajar di fakulti itu meminatinya dalam diam.

“MrFaez?” Danisa ragu-ragu untuk approve akaun ini, sudahlah tidak dikenali gambar pun tidak diletakkan gambarnya sendiri tetapi diletakkannya gambar sebuah bangunan lama.

Mister Faiz ke? Tapi takkanlah, aku beritahu dia nama aku Butter Cookies tapi tak pernah pulak aku beritahu akaun twitter aku guna nama yang sama. Bukan dia kot, approve jelah.” Danisa bercakap seorang diri, Aisyah keluar ke klinik kerana dia terasa kurang sihat, tinggalah Danisa berseorangan menghuni bilik pensyarah ini.

            @butter_cookies akhirnya awak approve saya. Dah tiga hari saya tunggu.

Sekejap sahaja selepas Danisa approve ‘MrFaez0927’, dia menerima tweet dari MrFaez0927.

“Hurm….cepat gila. Siapa dia ni ye.” Jari jemari menari-nari di atas mejanya sebelum beralih pada papan kekunci untuk menaip balasan buat MrFaez0927 itu.

            @MrFaez0927 siapa awak ni?
            @butter_cookies eh mana boleh beritahu.

Danisa menarik muka, geram bila mendapat balasan sebegitu. Lincah sahaja jemari Danisa menaip tweet yang seterusnya.

            @MrFaez0927 siapa awak ni, dari kelas mana?

Danisa menanti dengan sabar tweet seterusnya dari Mrfaez.

            @butter_cookies saya tak beritahu pun awak kenal saya. Xnak bgtau.

Danisa terus menaip balasan untuk tweet itu, geram betul. Selepas membalas tweet itu Danisa terus bangun, dia mengangkat beg tangannya dan bukunya. Lebih baik segera ke kelas, dari terus melayan twitter boleh leka jadinya. Kena pulak melayan seseorang yang menyakitkan hati.

Danisa menutup komputernya lalu bergegas ke kelasnya.

*~*

            @MrFaez0927 Uurrrrrrgggggggggggggggg…malas nak layan!!

Faez tergelak-gelak membaca tweet terakhir Danisa.

“Baru dia tahu macam mana aku rasa, ish..perempuan ni la..” Faez juga bercakap sendirian, gembira dia dapat memulangkan paku buah keras kepada Danisa. Sebaik sahaja Danisa pulang hari itu dia terus sahaja menghantar request untuk menjadi follower Danisa, sudah tiga hari dia asyik membelek twitternya namun masih belum ada perubahan dan akhirnya tengah hari ini Danisa sudah menerimanya sebagai follower. Faez sangka Danisa akan terus teringatkan dirinya namun hampa bila Danisa bertanya siapa dia, adakah Danisa sudah lupakan dirinya? 

Tetapi ini memberi peluang kepada Faez untuk membalas dendam pada Danisa yang masih belum berterus terang mengenai nama sebenarnya. Faez akan biarkan Danisa tertanya-tanya selama mana yang boleh, dia ingin menyeksa gadis itu.

Sejak dia menjadi pengikut butter_cookies, hanya tweet dari akaun itu dibacanya. Sepanjang petang itu Faez ‘mencuri tulang’ membaca tweet-tweet lama Danisa, dan mencuri gambar dari akaun twitter Danisa untuk simpanan peribadinya. Antara tweet yang paling menarik perhatiannya adalah gambar sebalang biskut yang terletak di dalam bilik adiknya, Faez tertawa membaca tweet itu.

            ‘Kata tak sedap, tapi dia awal-awal curi sebalang bawa masuk bilik.’

Melihat gambar ini baru Faez mengetahui ‘adik’ yang sering diperkatakan Danisa adalah seorang adik lelaki. Kacak juga orangnya, tinggi dan bergaya. Dari gambar-gambar mereka Faez boleh dapat melihat betapa akrabnya dua beradik ini. Dalam diam banyak perkara mengenai Danisa yang Faez dapat dari hanya membaca tweet-tweet lamanya.

Faez dapat tahu yang Danisa dan adiknya Danish adalah anak yatim piatu dan mereka berdua di dunia ini tiada saudara-mara yang lain. Faez faham betapa mereka amat bergantung antara satu sama lain. Faez akhirnya tahu mengapakah cara percakapan bahasa inggeris Danisa ada berbunyi slang british, rupa-rupanya dia pernah menuntut di UK selama tujuh tahun lebih. Faez tahu setahun yang lalu Danisa pernah kecewa bila dia ditinggalkan kekasihnya yang dia percaya akan sehidup semati bersama, namun hubungan itu putus ditengah jalan bila lelaki itu berkahwin dengan perempuan lain. Faez dapat merasa betapa hancur berkecai hati gadis itu bila kekasihnya itu curang padanya. Faez juga tahu hobi fotografi adalah dimulakan oleh Danish untuk merawat luka di hati Danisa. Faez tahu bagaimana Danisa bangkit dari kekecewaan itu. Faez tahu bagaimana Danisa terasa malu pada pertemuan pertama mereka kerana dia meluahkannya di laman itu.

Pelbagai peristiwa pahit manis Danisa dikutip satu persatu oleh Faez melalui twitter milik Danisa. Faez mengenali kisah hidup Danisa, mengenali Danisa lebih dekat. Dia dapat merasakan dia semakin mengagumi gadis ini. Danisa seorang yang kuat, cepat bangun dari kejatuhan, seorang pendorong yang baik, sangat sayangkan adiknya. Ternyata pilihannya tidak silap, Danisa adalah terlalu sempurna di matanya, di luar dan di dalam.

Petang itu satu tweet ditulis Danisa baru masuk, kalut sahaja Faez menekannya untuk membacanya.

            Ah…my bestfriend @sya_rainbow is pregnant now! Congrat my dear J

Tersenyum Faez membacanya, bila Danisa gembira dia juga turut berasa gembira. Faez baru hendak menaip balasan buat Danisa tetapi ada satu lagi tweet baru dari Danisa. Terus Faez menekan butang backspace, dia mahu membaca dahulu tweet Danisa sebelum membalasnya. 

            Kena cari kawan baru untuk main tenislah. Mama @sya_rainbow xboleh.

Faez mendapat idea bagaimana hendak membalas tweet itu. Laju sahaja dia menaip, takut kalau-kalau ada yang lebih cepat darinya.

            @butter_cookies sy blh main tenis.ps:congrat to ur friend @sya_rainbow

Faez berdoa agar Danisa akan bersetuju, inilah peluang untuk dia lebih rapat dengan Danisa. Kebetulan Faez pandai bermain tenis, sukan tenis adalah antara sukan kegemarannya. Dua minit selepas balasan itu dihantar, Faez menerima balasan dari Danisa.

            @MrFaez0927 dari saya main tenis dgn awak baiklah saya main squash.

Faez sudah mengagak yang dia tidak akan berjaya dengan cubaan pertama, dia tidak akan berputus asa untuk terus memujuk.

            @butter_cookies saya pandai main tenis J squash pun pandai. Hehe

Faez rasa seperti kebudak-budakkan pula menaip dengan emoticon. Ada lagi ke lelaki seusia dia, hampir tiga puluh tahun yang tweet seperti ini. Menghantar tweet berbaur kebudak-budakkan adalah lebih baik, sekurang-kurangnya tidaklah dia nampak seperti terlalu desperate.

            @MrFaez0927 saya tak boleh percaya dgn org saya x kenal
            @butter_cookies awak kenal saya, percayalah.
     @butter_cookies saya tunggu awak kat tempat+masa awak selalu main tenis dgn @sys_rainbow

Faez menghantar tweet terakhir itu sebelum log keluar dari laman sosial itu. Dia tidak mahu kalau-kalau Danisa akan tawar menawar dengannya untuk menolak ajakannya. Kalau dia memberitahu Danisa yang dia akan tunggu pasti Danisa akan datang menjenguknya juga. Dia pasti.

Faez tersenyum puas sebelum menutup komputernya, dia mahu pulang ke rumah mencari di mana dia simpan raket tenisnya. Bukan main bersemangat lagi Faez, walaupun waktu yang dijanjikan jauh lagi. Masih ada tiga hari untuk Faez bersabar sebelum dapat bersua wajah lagi dengan Danisa. 

*~*~*
~bersambung~

an: Salam semua (@_____@) 
Anda beruntung kerana saya tak pengsan setelah sampai rumah, so adalah update ni. Saya buat dua bab sebab bab 10 tu terlalu pendek, masa saya tulis sy pun tak perasan sebenarnya. Jadi saya buat double lah..
*edit*
SAYA UPDATE 2BAB TAU...SCROLL DOWN...SAYA TAKUT ANDA, ANDA DAN ANDA TAK NAMPAK /(^^;;;) OK...^^ JGN LUPA BACA BAB 10 YG PENDEK TU SKALI ^^

Hari ni saya tak buat dialog bersama watak.. tapi kita raikan page view dah masuk tiga ratus. OK2. saya tau mesti ada yang kata "hek eleh..300 je.." view SBPS ni lambat sangat naik terutama update yang saya buat hari ahad, dah 3-4 hari baru nak masuk 200+ jadi bila saya balik hari tengok dah naik sampai tiga ratus lebih dah kira kejayaan besar dah. Harap2 akan naik lagi lah ye...^^

*throw confetti* 300 view passed!!!! YEAH~~!!! 

[Sampai Bila pun Sayang] 10


Sampai Bila pun Sayang



10
           Danisa menutup pagar lalu menguncikannya. Tanpa berlengah Danisa cepat-cepat membuka pintu rumah yang belum dikunci Danish, kesejukan malam yang bakal didatangi titisan hujan bila-bila masa sahaja lagi mencucuk sehingga ke tulang hitam, dia mahu cepat-cepat masuk ke rumah. Sebaik menutup pintu rumah dan menguncinya Danisa terus melabuhkan punggung di sebelah Danish yang leka menonton drama cerekarama di TV3. Sudah pukul sepuluh setengah malam, bermakna sudah tiga puluh minit Danisa terlepas. Beg tangan dan plastik berisi buku yang dibelinya tadi dicampakkan sahaja dilantai.

Skrin televisyen menjadi tumpuan, apakah yang menarik sangat sehinggakan mata Danish terpaku di situ tidak beralih. Danisa mula menonton sambil cuba memahami situasi yang tertera di kaca tv itu. Seorang gadis muda sedang ditarik masuk ke dalam sebuah rumah oleh Fahrin Ahmad. Kehadiran mereka mengejutkan sekumpulan remaja lelaki yang sedang melepak di situ. Ada yang berjudi, ada yang merokok, ada yang sedang lalok berkhayal akibat najis dadah. Danisa menelan liur melihat situasi begitu walaupun hanya di kaca tv, sungguh menakutkan dan menyedihkan. Beginikah realiti sebenar remaja sekarang? Sadis..

“Siapa Zu? Cakap kat abang, siapa?” Fahrin menjerit bertanya kepada gadis itu yang sudah menangis. Jeritan lelaki itu mengejutkan seisi rumah itu, remaja-remaja itu bangun dengan gaya angkuh. Marah agaknya bila ada orang luar yang mencerobohi ‘kawasan’ mereka.

“Siapa?” Tanya si abang itu lagi dengan marahnya, namun adiknya hanya menangis dan menangis.

“Danish, apa jadi ni sebenarnya?” Tanya Danisa kepada adiknya, tidak faham dia apa yang terjadi sebenarnya. Rugi pula kalau tak tengok, nampak macam seronok.

“Fahrin tu abang kepada budak Zu ni...” Danish mula bercerita, tetapi matanya masih di kaca tv.
“Zu ni siapa? Tak pernah tengok pun.” Danisa memintas Danish. Danish geram dengan kakaknya, mahu dia bercerita tetapi dia memotong cakap dengan bertanyakan soalan yang tidak penting.

“Entah tak kenal, pelakon baru kot. Nak dengar cerita jangan menyampuk.” Pesan Danish, Danisa terangguk-angguk. Kemudian Danish menyambung…

“Fahrin tu abang Zu, si Zu ni baru kenal dengan boyfriend dia nama Syafiq. Syafiq tu yang tengah merokok tu. Budak Zu ni memang liarlah, sneak into club, belajar minum, tapi pandai simpan famili dia tak tahu apa-apa. Lepas tu, dia kenal pulak dengan Syafiq yang memang sampah masyarakat ni, memang hancuslah hidup dia. One day dia dengan bodohnya ikut Syafiq ni balik rumah ni, lepas tu benda tu pun jadi. Nasib malang budak Zu yang tak berapa nak cerdik ni, kena kenduri dengan kawan-kawan si Syafiq time Syafiq tu tengah tak sedar sebab dia lalok dengan dadah. Sekarang ni budak Zu ni dah pregnant, rahsia dia terbongkar abang dia heret dia datang sini tanya siapa bapak kandungan dia tu.” Danish bercerita kisah yang Danisa tidak sempat menonton. Danisa terangguk-angguk faham, sadis betul kisahnya. Bagaimana boleh terpesong jauh remaja sekarang. Mujurlah Danish tidak pernah terpengaruh kepada gejala yang tidak sihat begini walaupun bertahun-tahun hidup bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa. Dulu Danisa sering berpesan kepada Danish di dalam email-emailnya supaya Danish tidak mengabaikan perintah Allah, jangan cuba mendekati perkara-perkara tak elok, syukur…Danish mendengar kata.

“Habis tu, kenapa budak tu beria-ria sangat menangis?” Tanya Danisa dengan dungunya. Danish memandang ke arah kakaknya, tak faham mengapa Danisa bertanya begitu.

Apa jenis soalanlah kakak aku tanya ni. Sempat Danish mengutuk kakaknya di dalam hati sebelum dia menjawab.

“Kalau kakak kat tempat dia kakak tak menangis ke? Menangislah dia, dia tak tahu nak cakap apa kat abang dia. Tak tahu siapa bapak budak tu.” Terang Danish kepada kakaknya. Pandangan matanya kembali melekat pada skrin televisyen itu.

“Bukan saya yang paksa, dia sendiri yang rela hati datang sini. Bukan saya yang paksa, dia sendiri yang rela bukak baju dia. Saya tak paksa orang bang. Entah-entah, dengan kawan-kawan saya pun dia sendiri yang rela.” Dengan selamba Syafiq membidas kata-kata Fahrin. Kurang ajar betul, sudah berbuat salah tetapi masih tidak sedar diri. Boleh pula mengumumkannya dengan bangga. Gadis itu tersedu-sedan menangis, Fahrin disebelahnya pula sudah menggigil marah.

Stupid guy, she’s fifteen. Dia rela ke tak, sah-sah kes rogol. Bangang.” Marah Danish penuh emosi.

What? She’s fifteen? Drama apa ni?” Tanya Danisa beremosi. Dua-dua beradik ni kalau sudah beremosi, memang sukar untuk dikawal.

“Kecik-kecik dah pandai ikut lelaki. Laki ni pun satu, sampai hati dia rosakkan budak-budak macam ni.” Marah Danisa lagi. Tak sangka ada orang seperti ini di dunia, janganlah ada antara pelajarnya bersikap seperti Syafiq dan rakan-rakannya, musnah masa hadapan kalau berjinak-jinak dengan dadah dan gejala sosial. Sebaik sahaja drama tadi berganti dengan iklan, Danish terus berpaling ke arah kakaknya.

“Budak-budak, boleh ambik virginity dia orang. Kakak…lelaki memang teruk. Semua sama je, sebab tu Danish pesan don’t come any near to any guy without my permission. Ingat tu. Lelaki tak boleh percaya.” Pesan Danish kepada Danisa, terus sahaja Danisa menjawab.

“Lelaki tak boleh percaya habis tu Danish ni apa?”

“Danish dalam lelaki kelas special, yang boleh percaya. Kalau kakak nak kenal dengan lelaki, mesti beritahu Danish dulu. Mana-mana lelaki nak kenal kakak datang cari Danish dulu, kakak jangan berani nak ada hubungan dengan mana-mana lelaki tanpa pengetahuan Danish lagi. Kakak tak nak kakak kecewa macam tahun lepas dah. So jangan sesekali without my permission get near to any guy.” Keras amaran Danish kepada Danisa, kadang-kadang Danish pun boleh jadi orang yang menakutkan. Danisa menelan liur, kalaulah Danish tahu dia keluar makan dengan lelaki yang dia baru kenali bagaimanalah Danish mengamuk. Danisa tak sanggup hendak membayangkannya, terus dia bangun dari situ dan mengangkat barang-barangnya. Mati niat untuk menonton drama cerekarama tadi.

“Kakak masuk dulu, nak mandi. Good night Danish, jangan tidur atas sofa. Masuk dalam bilik.” Pesan Danisa sebelum berlalu. Danisa mengambil keputusan untuk diamkan sahaja mengenai Faez, dia tidak mungkin bertemu dengan lelaki itu lagi. 
*~*~*
~bersambung~

Thursday, March 28, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 09


Sampai Bila pun Sayang




09
           Satu hari Faez berlegar-legar di pusat membeli belah itu mencuba nasib kalau-kalau dia akan terserempak dengan Danisa. Hari cutinya terbuang begitu sahaja, dia bukan hendak menggunakannya untuk merehatkan badan setelah lima hari penat bekerja tetapi dia membazirkan lagi tenaga merayap di pusat membeli belah ini.


Tetapi siapa sangka pernantiannya berbaloi, kelibat Danisa kelihatan di tempat yang sama dengan minggu yang lalu, di kedai buku Popular. Faez yang sedang lalu di luar kedai itu bergegas masuk ke dalam, Danisa sedang beratur di kaunter bayaran. Mujurlah barisan hari ini panjang, tidak seperti minggu lalu jadi sempatlah Faez mencapai sebuah majalah sebelum dia menghampiri Danisa.

“Hai..jumpa lagi kita kan?” Tanya Faez kepada Danisa. Terpegun Danisa bila dia tiba-tiba disapa oleh seseorang dari belakang, melihat Faez di belakangnya terus Danisa tersenyum. Tak sangka boleh terjumpa orang yang sama untuk tiga minggu berturut-turut, dan dua kali di tempat yang sama. Sungguh tak sangka.

“Awak beli apa kali ni?” Sibuk saja Faez bertanya, teruja sungguh rasanya dapat bertemu gadis yang dirinduinya saban hari. Danisa menunjukkan dua buah buku resipi di dalam tangannya.

“Awak pulak beli apa Mister Faiz? Birthday siapa pulak kali ni?” Soal Danisa kepada Faez pula, jantung Faez rasa seperti hendak melonjak keluar bila Danisa memanggil namanya. Danisa masih mengingati namanya, suka sungguh hati Faez.

“Hai…macam perli je.”

“Tak adalah. Serius ni.”

“Kali ni saya beli untuk diri saya.” Jawab Faez sambil menunjukkan majalah yang di ambilnya tadi. Serta merta mata Danisa seperti bercahaya, dan dia tersenyum.

“Awak beli majalah fotografi? Saya pun minat fotografi jugak.” Kata Danisa ceria. Faez mencuri pandang pada majalah yang di tangannya, dia tidak sedar pun tadi dia terambil majalah Canon PhotoYou, sebuah majalah fotografi.

“Iyeke?”

“Ya, saya dengan adik saya dua-dua minat fotografi.” Tanpa berselindung Danisa berterus-terang, kalau bab fotografi memang bercahaya matanya. Sudah lama rasanya kameranya disimpan di dalam almari tidak digunakan, sekarang hidupnya semakin sibuk tak sempat untuk keluar bergambar.

Popular card, Miss?” Tanya juruwang itu sebaik sahaja sampai ke giliran Danisa. Perbualan mereka terhenti sebentar. Danisa menarik keluar kad keahlian Popular, kemudian menyerahkannya kepada juruwang itu. Tiba-tiba sahaja Faez menghampiri dan meletakkan majalah fotografi yang dipegangnya sedari tadi di atas kaunter dan kemudian menghulurkan tiga keping wang lima puluh ringgit.

“Sekali ye.” Kata Faez sambil menunjuk-nunjuk majalahnya itu dan buku-buku resipi Danisa.

“Oh okey.”

“Eh..jangan, jangan. Saya ada duit.” Bantah Danisa, kalut dia mengeluarkan duit dari dompetnya. Siapa Faez mahu membayar untuknya, dia baru berjumpa Faez tiga kali, dia bukan kawan Danisa dan Danisa tidak mahu menerima duit Faez. Tetapi Faez terus sahaja menyuruh juruwang itu menerima duit ditangannya, cepat sahaja juruwang itu menerima duit dari Faez. Tercengang Danisa melihatnya juruwang itu sudah memasukkan wang dari Faez tadi ke mesin wang.

“Kenapa awak ambil duit dia?” Suara Danisa lemah.

Your popular card miss. Im sorry miss but i don’t think it’s wrong to let your boyfriend pay for you.” Jawab juruwang itu, sedari tadi dia perasan Danisa asyik bersembang dengan Faez dengan cerianya terus sahaja dia menganggap mereka pasangan kekasih. Mendengar jawapan juruwang itu Faez terus tergelak, dia kemudian mengambil kad keahlian Danisa dan baki wangnya dari juruwang itu.

Thank you.” Ucap juruwang itu sambil menghulurkan plastik beg berisi buku dan majalah yang sudah dibeli. Faez menyambut plastik itu kerana Danisa masih lagi kaku tidak percaya apa yang didengarinya, rohnya bagai disedut keluar dari badan.

“Cik, saya rasa cik kena jalan sebab next customer nak bayar.” Bisik Faez dekat dengan telinga Danisa. Terus sahaja Danisa terangguk-angguk dan berjalan keluar dari kedai buku itu. Sebaik sahaja Danisa di luar dia terus ke tempat duduk yang baru dikosongkan seseorang, dia mengambil alih tempat orang itu. Faez turut duduk di tepi Danisa, dia perhatikan wajah Danisa yang tiada ekpresi. Tiba-tiba Danisa berpaling,

“Saya bayar balik duit awak.” Kata Danisa sambil dia menarik keluar not seratus ringgit dari dompet duitnya.

No, saya tak nak terima duit awak. Tadi awak tanya saya kan birthday siapa pulak kali ni, well actually i came to buy you a gift.” Kata Faez selamba, hilang terus gelaran ‘cik’ untuk Danisa. Faez bersaya awak bagaikan mereka sudah berkawan lama pula. Danisa membalas pandangan Faez, Faez mengangguk dengan harapan Danisa akan percaya akan kata-katanya. Faez kemudian menyerahkan plastik beg popular tadi kepada Danisa, Danisa menerimanya dengan berat hati.

Tell me how i can pay you? Since you don’t want to accept my money.” Kata Danisa, Faez tersenyum. Dia kemudian mendongak dengan jari di dagu berlagak seperti sedang berfikir, sebentar kemudian dia memandang Danisa.

“Oleh kerana saya belum makan, awak boleh belanja saya makan.” Cadang Faez, dia merancang idea ini supaya dia ada masa yang lebih lama untuk bersama gadis yang sentiasa dirinduinya. Dia masih mahu mengenali gadis ini. Dalam hati Faez tidak henti-henti berdoa agar Danisa tidak menolak ajakannya kali ini.

“Tolong jangan kata tidak. Please..” Faez mencantas Danisa bila Danisa hendak membuka mulutnya. Danisa tertawa,

“saya belum kata apa-apa lagi. Saya kena telefon adik beritahu saya lambat sikit, so wait up.” Danisa memberitahu Faez seraya dia bangun. Danisa menjauhkan diri dari Faez sambil tangannya menyeluk beg tangannya mengeluarkan telefon bimbitnya, dengan pantas nombor telefon Danish di dail.

“Helo Danish. Kakak nak beritahu kakak balik lambat tau, kakak makan kat luar. Danish pandai-pandai sendiri makan malam ka luar ke apa, nak pesan apa-apa mesej akak okey?” Laju sahaja Danisa bertutur sebaik sahaja talian tersambung.

“Kakak makan dengan siapa?” Tanya Danish dihujung talian. Pelik pula bila kakaknya tiba-tiba nak makan diluar.

“Kawan.”

“Kawan siapa?” Tanya Danish lagi. Dia memang suka menyibuk, demi mengambil berat mengenai kakaknya kononnya.

“Danish, kakak dah lambat. Kawan kakak tunggu. Bye.” Cepat sahaja Danisa memutuskan talian. Dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Danish yang dia keluar makan malam bersama seseorang yang baru dikenali atas tiga perjumpaan yang tidak disengajakan. Dan ‘kawan’ itu adalah seorang lelaki, pasti dia akan marah dan tidak membenarkan kakaknya makan bersama lelaki itu.

Danisa kembali kepada Faez dengan senyuman, dia berdiri dihadapan Faez yang setia menanti Danisa di bangku itu. Faez bangun lalu menghadiahkan senyuman kepada Danisa.

So kita nak makan kat mana?” Tanya Faez kepada Danisa, Danisa mengecilkan matanya berfikir. Faez terus memerhatikan Danisa, sukanya dia bila Danisa bersetuju untuk makan malam bersama hanya tuhan yang tahu.

“Awak yang nak makan awaklah yang pilih.” Balas Danisa, dia juga sudah terikut-ikut gaya Faez bersaya awak dengan jejaka itu.

“Awak yang nak belanja awaklah yang pilih.” Faez pula menyambung. Danisa tersenyum sumbing. Kita suruh dia pilih, dia suruh kita…susah nak dilayan Faez ni.

Secret recipe boleh?”

“Apa sahaja yang awak nak.” Balas Faez kepada Danisa. Mereka bersama-sama beringan menuju ke Restoran Secret Recipe yang berada di tingkat bawah. Setiap langkah membuatkan Faez merasakan dia semakin dekat dengan Danisa, dia membaca bahasa tubuh Danisa. Danisa tersenyum memandang keluarga yang berselisih depannya, Danisa buat tak tahu bila ada lelaki kacak yang melintas. Danisa membetulkan baju, Danisa membetulkan tudung, mata Danisa berkedip, Danisa membasahkan bibirnya, Danisa tersenyum, Danisa menahan tawa, semua perlakuan Danisa tidak terlepas dari mata Faez. Jika Danisa mengetahu bagaimana Faez memandangnya pasti Danisa akan takut pada Faez, pasti Danisa tidak akan berani mendekati Faez. Tetapi Faez tidak berniat jahat, dia cuma suka melihat Danisa, gadis yang telah mencuri hatinya.

“Saya ingat hobi awak memasak, fotografi apa pula bagi awak?” Tanya Faez kepada Danisa sementara menanti pesanan mereka sampai. Dia mahu berbual dengan Danisa, banyak perkara mengenai Danisa yang ingin diketahuinya.

“Memasak bukan hobi saya, saya saja cuba baking untuk mengisi masa lapang saya. Kadang-kadang petang ahad, tak ada buat apa kat rumah saya mencuba sesuatu yang baru, yang saya belum pernah buat. Fotografi pulak, memang minat saya dan adik sejak setahun lalu. Kami ni beginner lagi, banyak lagi perlu belajar. Saya dan adik saya suka buat shoot outdoor, lebih banyak benda menarik yang boleh kami ambil gambar. Kami paling suka ambil gambar keluarga, kadang-kadang pergi taman ada famili berkelah ke, ada yang bawa anak pergi main kami suka curi-curi ambil gambar macam tu mengingatkan kami kepada keluarga kami dulu.” Panjang lebar Danisa bercerita, bagaikan sudah serasi pula Danisa dengan Faez, mudah sahaja dia bercerita mengenai dirinya.

“Tapi adik saya sekarang pun bukan selalu boleh luangkan masa untuk fotografi ini semua sebab dia pun sibuk, sambung belajar. So sekarang dia tak boleh temankan saya keluar shoot, saya nak keluar sendiri dia tak bagi. Saya pernah cakap kan adik saya tu over protective, dia tak bagi saya keluar buat photoshoot sorang-sorang jadi sabtu ahad selalunya saya bertapa dalam rumah aje lah.” Laju sahaja bibir Danisa menutur kata-kata, mungkin kerana hari-hari kerja bercakap sahaja di dalam kuliah jadi sebati pula tabiat bercakap dengan diri Danisa. Tiba-tiba dia terasa malu. Adakah keterlaluan berbual begini dengan seseorang yang baru kenal?

Oh my gosh, Mister Faiz, im so sorry. Dari tadi asyik saya je yang bercakap, mesti awak bosan dengar saya bercakap.” Danisa cepat-cepat memohon maaf bila menyedari hanya dia sahaja yang bercakap sedari tadi dan Faez hanya diam dan mendengar ceritanya.

Nope, actually im enjoying myself.” Kata Faez sambil menongkatkan dagunya sambil matanya masih menatap wajah Danisa, seraya muka Danisa diserbu darah. Malu dia bila Faez memerhatikannya begini, buat jantungnya berdegup laju dengan renungan tajam dari lelaki misteri bernama Faez ini. Pelayan yang menghantar hidangan mereka menyelamatkan keadaan, Danisa menarik nafas lega bila akhirnya Faez tidak hanya memerhatikannya. Danisa kemudian hanya mendiamkan diri dan menikmati makan malamnya tanpa bercakap atau memandang ke arah Faez, kerana malunya masih bersisa lagi.

“Dah tiga kali kita jumpa tapi saya belum lagi tahu nama awak siapa.” Kata Faez tiba-tiba setelah mereka berdiam untuk beberapa ketika. Walaupun Faez sebenarnya sudah tahu nama Danisa tetapi dia tidak pasti, adakah itu nama yang sengaja diletakkan pada laman sosialnya? Faez mahu mendengar sendiri dari mulut Danisa, kalau dia sendiri yang menyebut nama Danisa jika nama itu bukan nama sebenar Danisa dia sendiri yang malu atau jika sebaliknya Danisa pasti tertanya-tanya bagaimana dia tahu nama sebenar Danisa? Pasti Danisa akan mengecop Faez sebagai ‘stalker’, Faez tidak mahu memusnahkan peluangnya untuk memikat Danisa.

Danisa mengelap mulutnya sebelum menjawab soalan Faez. Dia berkira-kira mahu berterus-terang atau tidak? Pertemuan ini mungkin pertemuan terakhir mereka, sekali-sekala mempermainkan orang apa salahnya? 

“Nama saya Butter Cookies.” Jawab Danisa dengan wajah serius seolah-olah itu nama sebenarnya yang tercatat pada kad pengenalan. Faez membuat muka geram, sehingga ke hari ini Danisa masih berkeras tidak mahu memberitahu namanya yang sebenar.

“Jangan la main-main.” Kata Faez. Tapi Danisa tergelak-gelak, dia tidak akan mudah mengalah dengan Faez, “ Kenapa? You think butter cookies is a bad name? Tak kan?”

“Yelah-yelah, Cik Butter Cookies. Kalau awak tak nak beritahu saya nama awak pun tak apa, nama je pun.” Kata Faez seolah-olah merajuk.

“Kalau awak merajuk pun tak ada guna, saya tak kan pujuk Mister Faiz.” Ujar Danisa selamba, semakin seronok dia kenakan lelaki ini. Sepuluh minit yang lalu Danisa mengunci bibir kerana malu pada Faez, dan sekarang dia kembali berbual mesra kembali dengan lelaki yang sedang menjamu selera dihadapannya kini. Walau bagaimana Danisa cuba, dia tetap tidak dapat menahan diri untuk diam sahaja, bagaikan ada magnet pada Faez yang membuatkan Danisa mudah tertarik padanya dan berbual seperti kenalan lama lagi.

“Apa kata awak panggil saya dengan nama saya je, tak perlulah mister mister tu.” Faez merasakan jurang antara mereka tidak dapat dirapatkan jika Danisa masih memanggilnya begitu. Faez mahu Danisa rasa selesa menyebut namanya.

“Awak pun janganlah panggil saya cik lagi. Nama cukup.”

“Nama?”

Butter Cookies.

“Urg….” Geram Faez dipermainkan Danisa. Geram geram sayang, dia tetap suka gadis ini walau apa yang dikatakannya. Lagi dia suka bila Danisa tertawa seperti sekarang,

Butter Cookies, i really want to know you better. How can i contact you again?
 Danisa terdiam, tercengang. Jawapan apakah yang patut dia berikan? 

*~*~*
~bersambung~

an: Helo2. Lagi cerita pasal Faez yang nak takle si Danisa ni tapi tak dapat2. @baby mio thanks sbb tiap2 entry awak merajinkan jari klik untuk komen walaupun sepatah ^^ Ha... dah upload poster.. sorry la kalau tak lawa...sebab ad prob kat laptop..saya klik warna apa pun saya tak sure..huhu..

mari kita berdialog secara syok sendiri dengan watak kita, hari ni: FAEZ!!

me: kesian kau Faez, dah tiga kali jumpa still tak ada progress.
faez: ceh..kesian, kau yang tulis. *bengang*
me: marah writer adalah tindakan tidak bijak Faez, masa depan kau dan danisa kat tangan aku!! ingat tu!!
Faez: fine. tapi danisa ni macam ada letak tembok antara aku dengan dia. walaupun dah dapat makan dengan dia..tp mcm tak ada progress je. 
me: berusaha lagi!!! ganbatte ne o(^0^)o
faez: -_________-lll (bukan aku yang tulis!!!)

Sunday, March 24, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 08


Sampai Bila pun Sayang


08


Try la sedap ke tidak.” Danisa memaksa Danish untuk merasa biskut yang masih panas, teruja betul Danisa selepas makan tengah hari tadi dia terus mencuba resipi pertama yang menjadi pilihannya, biskut mentega. Dari minggu lepas sejak dia membeli buku resipi ini lagi dia sudah teruja untuk mencuba namun kerana kesibukannya sebagai seorang pensyarah cuma hari ini dia sempat untuk ke dapur. Sudah lama dia tidak menggunakan oven di dapur ini walaupun di musim perayaan, semua kuih raya hanya dibeli atau ditempah sahaja.

Danish masih teragak-agak untuk merasainya, tangannya masih kaku memegang sekeping biskut itu. Danish kemudian memandang kakaknya dengan wajah serba salah tetapi Danisa langsung tidak perasan mimik mukanya. Danisa mula berkira-kira apa pulak yang perlu dicubanya.

“Hurm, minggu depan kakak nak pergi beli buku resipi kek dengan roti pulak.” Ujar Danisa semangat, dia sudah memasang azam untuk belajar membakar kek dan roti pula. Banyak lagi jenis makanan dia mahu belajar cara memasaknya, dan dia mulakan dengan pastri. Danisa bukanlah pandai sangat memasak, setakat untuk dia dan Danish dua beradik makan bolehlah.

“Ish kakak ni, buku ni pun tak habis try lagi sibuk nak beli buku resipi baru.” Kutuk Danish, Danisa terus menarik kerusi untuk duduk di hadapan adiknya.

“Ala…apa salahnya, kalau tiap-tiap minggu makan biskut pun bosan jugak. Biarlah tukar-tukar, lagipun nanti perut Danish juga yang kenyang. Apa lagi, makanlah.” Kata Danisa sambil menongkat dagu. Menanti dengan sabarnya Danish memasukkan biskut pertama yang dibakarnya ke dalam mulut. Mata Danisa penuh sinaran teruja, tak sabar untuk mendengar komen dari adiknya. Danish merapatkan biskut itu ke bibirnya namun sebelum memasukkan biskut itu ke mulutnya dia menyua biskut itu ke mulut Danisa.

“Apa kata kakak rasa dulu.”

“Danish.” Tinggi suara Danisa menyebut namanya, terus Danish menyumbat masuk biskut itu ke mulut. Jangan cuba melawan Danisa yang marah, ikut sahaja cakap dia, itu salah satu pegangan Danish. Danish mengunyah biskut itu dengan senyap, boleh tahan rasanya. Mungkin tidak sesedap ‘Danisa’ tetapi sedaplah juga hasil tangan pertama kakaknya ini.

“Macam mana? Okey?” Tanya Danisa. Danish mengangguk-angguk kepalanya. Suka Danisa kerana dia berjaya, berjaya untuk cubaan pertama. Lagi galaklah Danisa ke dapur selepas ini, seronok untuk mencuba resipi baru.

“Minggu depan kakak buat kek pulak, lepas tu roti. Kalau dah pandai buat doh boleh buat pizza. Danish boleh letak apa saja yang Danish nak atas pizza tu.” Bersemangat Danisa bercerita, Danish memandang kakaknya pelik. Dalam pada itu sempat dia mengambil sekeping lagi biskut lalu menggigitnya.

“Kenapa semangat sangat kakak belajar masak? Cookieslah, keklah, pizzalah. Kakak nak kahwin ke apa.” Kata Danish sambil memandang kakaknya yang menyelak-nyelak buku resipinya untuk mencari resipi biskut yang seterusnya untuk dicuba.

“Kalau kakak nak kahwin pun apa salahnya, kakak dah dua puluh lapan dik. Lambat-lambat kahwin nanti tak laku akak kau seorang ni.” Ujar Danisa, tanpa Danisa perasan kata-katanya mengguris hati Danish. Terus dia meletakkan biskut yang sudah digigit separuh tadi di atas dulang pembakar itu kembali.

“Tak sedaplah.” Kata Danish dengan suara merajuk, dia kemudian bangun dan berlalu ke biliknya. Danisa terpinga-pinga melihat adiknya yang merajuk, kenapa dia merajuk?

*~*

“Adik.” Danisa memanggil Danish, tangannya mengetuk pintu bilik Danish lagi. Sejak petang tadi Danish tidak keluar-keluar dari bilik kecuali untuk ke tandas sahaja, Danisa dianggapnya bagai tidak wujud. Danish langsung tidak bercakap dengan kakaknya, teruk juga rajuk Danish kali ini. Danish senyap di dalam bilik tidak menyahut, dia biarkan sahaja kakaknya memanggilnya keluar sedari tadi.

“Danish tak nak keluar kakak masuk.” Danisa memaklumkan sebelum dia memulas tombol pintu bilik adiknya. Danisa bersandar di muka pintu sambil perhatikan adiknya yang berpura-pura sibuk dengan membaca majalah kereta. Danish langsung tidak menghiraukan kakaknya yang terpacak di muka pintu. Lambat-lambat Danisa menutup pintu, dia menghenyakkan punggungnya di atas katil bujang Danish. Danisa menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka kata.

“Kenapa Danish tak keluar makan tadi? banyak kali kakak panggil.” Tanya Danisa, risau jika Danish kelaparan sekarang tetapi persoalan itu dibiar sepi oleh Danish. Yang kedengaran hanya bunyi kipas dan bunyi kertas diselak.

“Biskut tadi memang tak sedap ke? Kakak makan okey je.”

Diam.

“Danish merajuk eh?”

Diam lagi.

“Danish marahkan kakak ke?”

“Bukan.” Akhirnya Danish bersuara, lega sedikit hati Danisa bila adiknya mahu bersuara. Kalau berterusan diam dia tidak tahu bagaimana hendak memujuk, pujuk lelaki bukan semudah pujuk perempuan, bagi bunga dia suka, tidak semudah pujuk kanak-kanak diberi coklat senyum.    

“Habis tu?”

“Danish tak suka kakak cakap kakak nak kahwin. Kakak macam nak tinggal Danish sorang-sorang pulak kat sini.” Terus terang Danish kepada kakaknya. Dia tidak mahu lagi berjauhan dengan kakaknya. Dulu sewaktu emak mereka, satu-satunya orang tua mereka yang tinggal pergi meninggal mereka akibat sakit teruk, kakaknya baru mendapat tawaran belajar diluar negara. Ketika itu…

Danisa lapan belas tahun,

Danish lima belas tahun,

Mereka anak yatim piatu.

Mereka kehilangan ayah mereka dua tahun sebelum itu, ayah mereka meninggal kerana kemalangan jalan raya ketika menjalankan tugas sebagai salah seorang pegawai di sebuah pejabat kerajaan. Berbekalkan duit pencen ayah mereka, Danisa, Danish dan emak mereka hidup bersama, waktu itu wang bukanlah masalah bagi mereka memandangkan emak mereka juga bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan wang pencen yang diterima cukup untuk mereka menanggung perbelanjaan mereka sekeluarga. Namun rindu pada suami memakan diri, emak Danisa dan Danish mengikuti suaminya dua tahun kemudian meninggalkan Danisa dan Danish sebatang kara tanpa tempat bergantung. Mereka tiada ahli keluarga yang lain,

Danisa hanya ada Danish,

dan

Danish hanya ada Danisa.

Danisa berkeras untuk menolak tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Hati mana yang sanggup membiarkan adik yang masih belum habis persekolahan tinggal seorang diri di rumah jauh dari pandangannya. Danisa tidak kisah lagi waktu itu, dia tidak kisah jika dia tidak dapat melanjutkan pelajaran di luar negara seperti yang diimpikan selama ini, universiti tempatan sudah cukup asalkan berilmu, dia sanggup menunggu Danish habis persekolahan barulah dia memohon semula untuk melanjutkan pelajaran.

Tetapi cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Danish. Dia tidak mahu kakaknya mengorbankan cita-citanya demi menemaninya di sini. Bersungguh-sungguh Danish meyakinkan kakaknya yang dia boleh menguruskan diri sendiri, duit pencen emak ayah mereka lebih dari cukup untuk dirinya, dia boleh hidup sendiri, tidak perlu bergantung kepada sesiapa. Tidak putus-putus air mata Danisa mengalir bila Danish memujuknya untuk menerima tawaran itu. Sehinggakan Danish mengugut untuk membuang Danisa dari hidupnya, meraung-raung Danisa meminta Danish supaya pertimbangkan cadangannya. Tetapi Danish sedikit pun tidak berganjak dari keputusannya. Akhirnya Danisa kalah dengan kekerasan Danish, dia akur dengan keputusan Danish untuk meninggalkan adiknya yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun itu sendirian.

Tujuh tahun Danish hidup sendiri di sini, dalam masa tujuh tahun itu hanya sekali Danisa pernah pulang. Dan selainnya mereka hanya berhubung melalui email dan telefon, cukuplah tujuh tahun itu mereka berjauhan. Sekarang Danish belum sedia untuk melepaskan kakaknya pergi, dia masih mahu bermanja dengan Danisa, dia belum puas menjadi adik kepada Danisa.

Danisa meraih tangan Danish, Danish melarikan anak matanya keluar tingkap.

“Kakak tak boleh kahwin lagi. Danish takkan benarkan.” Kata Danish tajam. Danisa menggenggam tangan itu, hampir menitis air matanya terharu.

“Tadi kakak main-main jelah. Kakak nak kahwin dengan siapa boyfriend pun tak ada.” Pujuk Danisa dengan suara serak menahan sebak. Kesian pula dia pada Danish, rupa-rupanya ini yang bermain difikiran adiknya. Kesian Danish dari petang hingga ke malam dia runsing mengenai isu yang tidak mungkin terjadi sekarang.

“Dah, jangan merajuk. Macam perempuan merajuk, lelaki umur dua puluh lima tahun dah tak boleh merajuk tau. Memalukan.” Kutuk Danisa lalu dia mencubit pipi Danish.

“Jom, bangun bangun. Kita keluar makan.” Ajak Danisa, dia tahu mesti adiknya lapar kerana tidak makan tadi. Mesti masuk angin perut Danish nanti, sakit perutlah dia. Danisa bangun dan menarik tangan Danish supaya dia bangun dari perbaringan, Danish memandang kakaknya.

“Kakak, nanti satu hari nanti kalau kakak kahwin macam mana dengan Danish?” Tanya Danish lemah, Danisa merenung tajam ke mata Danish biar Danish betul-betul percaya dengan apa yang bakal keluar dari bibirnya.

“Danish tetap akan tinggal dengan kakak walaupun kakak dah kahwin nanti. Sampailah Danish sendiri kahwin.”

“Kalau suami kakak tak setuju macam mana?”

“Kalau laki tu tak setuju buat apa kakak nak kahwin dengan dia?” Balas Danisa tegas. Dia nak Danish percaya dia tidak akan sesekali membuang Danish dari hidupnya, dia takkan biar Danish keseorangan lagi. Danish kemudian tersenyum nipis, dia puas hati dengan jawapan Danisa.

“Kalau dia tak bagi, jangan kahwin dengan dia. Mana-mana lelaki yang Danish tak approve, kakak tak boleh kawan atau bercinta, tak boleh dekat sekali pun. Danish akan pastikan lelaki yang kahwin dengan kakak lelaki yang terbaik. Kalau tak cukup baik, kakak tak boleh kahwin dengan lelaki tu.” Pesan Danish awal-awal. Walaupun dia tahu kakaknya belum berpunya, tetapi ini sebagai amaran awal untuk kakaknya tidak sewenang-wenangnya berkawan dengan lelaki, kerana Danish tidak mahu kakaknya kecewa lagi seperti tahun lalu. Dia sebagai wali akan memastikan bakal suami kakaknya adalah yang terbaik dari segala segi sebelum mewalikan pernikahan kakaknya nanti.

“Yelah-yelah. Kakak dengar cakap Danish. Danish cepat siap, jom makan kat luar. Kakak laparlah.” Danisa menarik tangan Danish lagi, kali ini baru Danish mahu bangun dari katilnya.

“Kakak tak makan ke tadi.” Tanya Danish dalam nada marah, memanglah dia merajuk tetapi Danisa tidak perlulah berlapar sama dengannya.

“Kakak makan, tapi sikit. Kakak hilang selera tak makan dengan Danish. Siap.” Kata Danisa lantas dia berlari-lari anak ke biliknya untuk bersiap. Perut yang bergendang perlu ditenangkan dengan makanan, Danisa cepat bersiap sambil memikirkan tempat dia dan Danish patut keluar makan malam ini. 

*~*~*
~bersambung~

an: Anda semakin mengenali Danisa dan Danish.. macam mana?? ^^ 
mood: nak baca fanfic Guiyeoni!! Tak ada mood nak menulis.. huhu

*edit*

ps: nak buat komen syok sendiri boleh tak? 
me: urggg.. gegeh la hang ni Danish. Itu pun nak merajuk. Woii.. hang tu dah 25, bukan budak2 lagi dah. MANJA!!!!
Danish: cam **** mulut kau kan writer. Suka hati akulah nak manja dengan kakak aku. Masa aku budak-budak tak sempat nak manja dengan dia!!! 
me: hang mulut jaga sikit. Novel ni aku tak habes karang lagi, naseb masa depan hang kat tangan aku!!!
Danish: ... -___-lll