Followers

Thursday, December 4, 2014

[NADIANA] 19 & 20 (Entry terakhir di blog)



::19::
“Bos.” Nadia menegur bila Tuan Khalid munculkan diri. Akhirnya, semalam satu hari dia tak masuk pejabat, kalau dia ada datang petang pun memang tak bertembung sebab Nadia semalam terpaksa stay di hospital sementara menunggu suami Ema sampai, agak lewat juga dia masuk pejabat balik, dah hampir habis waktu pejabat waktu tu. 

Thursday, November 27, 2014

[NADIANA] 17 & 18



::17::
 “Seumur hidup aku, aku dah pergi interview lebih kurang berbelas kali jugaklah tapi ini kali pertama aku pergi interview ayat aku cakap boleh kira dengan jari.” Semangat Diana bercerita kepada Nadia. Nadia tertawa mendengar cerita Diana datang temuduga hari ini. Tangannya yang memegang sudu sedari tadi hanya menguis-nguis sahaja nasi di dalam pinggannya, tak boleh nak makan sebab terlalu asyik ketawa dengan cerita temuduga si Diana ni. 

Wednesday, November 19, 2014

[NADIANA] 16


::16::

Pagi Isnin yang nyaman, Nadia membawa Diana bersamanya untuk sesi temuduga di tempat dia bekerja, Brilliance K Properties (BKP) Sdn. Bhd. 

Si Diana senyap sejak dari rumah lagi, sewaktu Nadia tolong mengenakan mekap pada wajah Diana untuk menaikkan seri wajah lagi. Mujur sempat dia berguru dengan Clara secara virtual melalui channel youtube Clara, banyak tutorial solekan yang Clara sudah muat naik Nadia hanya memilih yang mana sesuai untuk Diana. 

Mujurlah Nadia sudah mulai mengenali diri Diana, dia mengenakan mekap nipis tetapi cukup untuk menonjolkan keayuan semula jadi wajah Diana. Kalau ditanya pendapat Diana dia mahu yang macam mana sampai esok pun belum tentu dapat jawapan, dia langsung tidak bercakap, bila ditanya kenapa dia hanya menjawab dengan gerakan bibir sahaja ‘nervous’.

Monday, November 10, 2014

[NADIANA] 15



::15::
“Banyak-banyak tempat kau boleh lepak, kat sini jugak kau lepak?” 

Nashrul menarik kerusi di hadapan sahabatnya Rizman yang sedang leka dengan ipadnya. Entah apa yang dibacanya pun Nashrul tak tahu, kusyuk semacam sampai sahabat bertahun sudah tak berjumpa pun tak pandang. Ni mesti ada kaitan dengan perempuan. 

“Apa salahnya lepak kat sini?” Rizman membalas tanpa mengangkat kepala. 

Friday, October 31, 2014

[NADIANA] 14



::14::
Mata Diana terkebil-kebil melihat Nadia memakir kereta Kelisa merah berbumbung hitam di anjung rumah. Nadia berlagak bersahaja sebaik sahaja keluar dari kereta ‘baharu’ yang tak berapa nak baharu tu. Terus dia menutup pagar.

“Eh, kau tak pernah nampak Kelisa ke?” Tanya Nadia kepada Diana yang masih ternganga di muka pintu. 

Tuesday, October 28, 2014

[NADIANA] 13

::13::

“Ha…. Penat.” Keluh Nadia, masa tengah membeli-belah tidak terasa penat, tapi bila dapat bangku duduk berehat barulah terasa semua sendi-sendi badan sudah terasa lenguh. Tangannya sudah penuh dengan pelbagai beg plastik dan beg kertas berisi pakaian dan kasut dari yang berjenama sehingga yang tak ada jenama. Berat sampai rasa tangan macam nak tercabut. Kaki pun sudah lembik untuk berjalan lagi. Seronok sangat membeli-belah sampai makan pun lupa, mujur solat tak lupa, sempatlah Nadia solat magrib dulu tadi di surau sebelum mereka mula menjelajah pusat membeli-belah ini. Nasib baik Clara mahu tunggu Nadia solat sebentar, memahami orangnya Clara ni. 

Wednesday, October 22, 2014

[NADIANA] 12



::12::


What happened to you?” Tanya Anna, salah seorang pekerja di salun Speshow. Matanya terbeliak melihat keadaan Nadia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam salun itu. 


“Ada orang gila tuang kopi atas kepala I.” Jawab Nadia dengan suara malas. Mendengar suara Nadia membalas pertanyaan itu Alan terus tertoleh ke arahnya. 

Thursday, October 16, 2014

[NADIANA] 11


::11::


"Ini misi balas dendam Ez ke apa ni?" Nadia gumam sendiri, matanya menyoroti langkah Iryana dan Ezuan yang sama-sama beriringan masuk ke dalam bilik Ezuan. Mereka baru lepas makan tengah hari bersama, Iryana pula menawarkan diri mengemas bilik Ezuan untuk bersedia berpindah ke bangunan pejabat baharu. Ezuan masih terlalu sibuk dengan urusan kerja untuk berkemas. 


“Dalam sebulan dua ni, akak selalu nampak anak bos besar tu bawa perempuan tu datang ofis dia.” Suara Suria, kerani akaun yang duduk di sebelah Nadia. Nadia tertoleh bila mendengar ada suara bercakap.

Saturday, October 11, 2014

[NADIANA] 10



::10::

Nadia melangkah keluar dari surau kecil pejabat, sekarang Nadia cuba membiasakan diri untuk kembali ke rutin wajib setiap umat islam. Kaki baru sahaja hendak melangkah, terasa lengannya direntap kasar oleh seseorang.

Ouch… sakitlah.” Marah Nadia kasar, hilang rasa tenang yang dia rasakan sebentar tadi. Tak payah pandang pun dia tahu siapa yang merentap lengannya, dah buat hobi baharu agaknya, ‘rentap lengan orang dengan kasar’.

Thursday, October 2, 2014

[NADIANA] 09





::09::

“Nadia, aku nak tanya sikit boleh?” Diana membuka bicara. 

“Tanyalah.” Balas Nadia walaupun matanya masih lagi terpaku di kaca televisyen, maklumlah sudah kekenyangan dengan makan malam. Sambil berehat sebelum masuk tidur, melepaklah di depan tv. Kalau hendak melayari internet, dia tak ada komputer, dulu di rumah Ezuan adalah. Telefon pintar hadiah dari Ezuan juga sudah pun ditinggalkan di rumah lama itu, Nadia belum lagi berkesempatan membeli telefon bimbit baharu. 

Monday, September 29, 2014

[NADIANA] 08






::08::

Ouchh

Nadia mengaduh bila lengannya direntap kasar. Nadia terus tertoleh.

‘Ah, aku dah agak dah. Siapa lagi nak rentap-rentap tangan aku kalau bukan Ez.’ Rungut Nadia di dalam hati, wajahnya jelas menunjukkan riak kurang senang. Apa lagilah Ezuan mahu darinya.
“You nak balik mana?”

Tuesday, September 23, 2014

[NADIANA] 07


::07::

Hari isnin yang mendebarkan menjelma, buat pertama kalinya Nadia datang ke tempat kerja menaiki kenderaan awam. Dia bangun lebih awal semata-mata untuk menunggu bas, maklumlah ini kali pertama buat Nadia, dia masih belum kenal bas yang mana lalu di kawasan tempat kerjanya dan berapa minit perjalanan ke sana. Mujur Diana sudi menemaninya di hentian bas sambil memberi tahu nombor-nombor bas dan ke mana bas-bas itu menuuju. Di mana lagi dia boleh bertemu manusia sebaik Diana? Nadia bersyukur dia ditakdirkan bertemu dengan Diana, walaupun segalanya bermula dengan satu kemalangan yang tidak disengajakan. 

Sunday, September 14, 2014

[NADIANA] 06



::06::

“Kak long.” 


“Yep.”


“Ganggu ke?” Soal Diana serba salah, melihat kak longnya yang langsung tidak mengangkat kepala membuatkan dia berasa tidak selesa.


Nope. Studi ni. Apa hal?” Balas si kak long tanpa melihat wajah Diana yang berkerut.


“Hm… rumah ni, ada kawan nak sewa biliklah kak long. Boleh tak kak long? Kalau tak boleh lama, sekejap sementara dia cari rumah lain pun tak apalah. Boleh tak?” Tanya Diana tanpa berselindung. Apa guna nak berselindung, berterus terang adalah salah satu jalan yang memudahkan menyelesaikan masalah. Akhirnya kak long Diana mengangkat kepalanya dan memandang adiknya di skrin computer ribanya.


“Apasal dengan muka kau?”


Thursday, September 11, 2014

[NADIANA] 05



::05::

“Kejap kejap, ulang balik apa kau cakap tadi?” Diana meminta Nadia mengulangi apa yang dia katakan tadi, Diana langsung tidak faham apa yang Nadia sampaikan sejak lima minit lalu yang Diana rasa Nadia merapu sahaja. Otaknya sudah pening.


Wednesday, September 3, 2014

[NADIANA] 04



::04::


‘Menangis pun dah tak guna. Aku dah kena pecat.’ Diana mengingatkan diri yang dia sekarang bukan lagi salah seorang staf di bank JNBC ini. Matanya sayu memandang pintu bank, walaupun hari ini hari terakhirnya namun tak ada seorang pun rakan sekerjanya yang datang bersalaman dengannya. Semua rakan sekerjanya pulang begitu sahaja, seperti hari-hari yang lain, bila Diana menegur mereka hanya melambai tanpa kata selamat tinggal. Buat Diana yang berdiri di hadapan bank itu seolah-olah orang yang mereka tidak kenal, bukan rakan sekerja. Mungkin kerana mereka rasa bersalah…

Monday, August 25, 2014

[NADIANA] 03



::03::


Nadia memandang refleksi dirinya pada dinding pintu lif yang berkilat. Memang lain benar dari yang dia lihat di dalam refleksi cermin di dalam bilik air salun Alan beberapa jam lalu. Tubuhnya dibaluti one piece dress berwarna krim dan bercorak bunga bunga kecil di bahagian atas dan berlengan panjang, manakala dari bahagian pinggang sehingga ke hujung skirt yang separas lutut itu berwarna hitam kosong tanpa corak. Rambut yang dipotong pendek separas bahunya memberikan satu imej baharu kepada Nadia yang selama ini hanya menyimpan rambut panjang lurus sehingga ke paras pinggang. Kakinya dihiasi kasut tumit tinggi hitam yang cantik, bertapak merah. Wajahnya yang pucat dan berlingkaran gelap sekeliling mata berubah menjadi lebih menarik dan cantik dengan solekan.


“Inilah wajah baru aku.” Suara Nadia kepada diri sendiri. Ini hadiah Alan berikan kepada Nadia sempena perkenalan mereka hari ini. 


Nadia tidak akan lupa saat tadi sampai bila-bila…

Saturday, August 16, 2014

[NADIANA] 02



::02::
Nadia merenung ke wajah diri sendiri di dalam cermin. Matanya merah kerana menangis, ada lingkaran gelap sekeliling matanya akibat tidak dapat melelapkan mata untuk beberapa hari. Nadia perhatikan keningnya yang berkerut, untuk beberapa minggu ini itulah ekspresi wajah yang selalu tertayang di mukanya. 

Tuesday, August 12, 2014

[NADIANA] Prolog & 01

NADIANA

::PROLOG::

“Nadiana aku punya!!”
“Tak aku punya.”

Dua lelaki a.k.a si suami-suami untuk dua bakal ibu yang sedang bergaduh berebut nama anak itu hanya duduk menongkat kepala melihat isteri masing-masing bergaduh. Hmmm… mereka sendiri pun tak faham, pasal nama pun boleh bergaduh. 

Thursday, April 10, 2014

[Helo Suami, Hai Isteri! SP] Dear Diary

Assalamualaikum~~

Setelah lama saya menyepi, hari ni saya post something sempena ulang tahun pertama novel HSHI diterbitkan. Setahun yang dulu, HSHI telah diterbitkan pada tarikh April10. hari ni lah tu... jadi saya ada cerpen pendek untuk pengikut HSHI.. saya ingat lagi, dulu agak ramai yang datang baca walaupun saya tak tahu siapa awak, tapi.. saya berterima kasih sebab sudi baca.. dan akhirnya HSHI berjaya diterbitkan. Siapa yang mendapatkan HSHI, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Walaupun HSHI menerima mix reaction tapi saya percaya ramai yang boleh terima... kut. ^^ anyway terima kasih sekali lagi.

btw, saya nak beritahu yang saya mungkin akan tutup blog ni sebab saya dah tak ada benda nak post. adik saya pun cakap dia mungkin tak dapat post bab loveletter yang dia janji tu, tapi akan ganti dengan yang lain.. tp tak janji tau.. dia sendiri pun tengah berusaha tulis. harap2 adalah. Kalau ada kami akan post, kalau tak ada.. minggu depan kami tutup blog ni. 
seriously rasa sayang pulak nk tutup blog ni

REMINDER : FORMAT/MAIN IDEA CERPEN INI ADALAH DARI KARYA FANFICTION "DEAR STUPID BOOK" BY 'VIET (@soompi) SAYA SUDAH DAPATKAN PERMISSION DIA UNTUK GUNA FORMAT FANFIC DIA. HOPE TAK JADI ISU LAH YER~~~~ 






Dear Diary

Dear diary *eh ce ceh..konon macam vampire diaries la kan..(//u//)
Hari ni Lin jumpa dia. Dia..Airyl Zainal yang Lin cerita kali lepas. He unexpectedly hensem gilaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Kyaaaaaa..!! Ho my god…masa dia datang makan kat rumah tak perasan pun dia hensem macam ni, (O.o) kan? tapi bila jumpa dia berdepan, kami DUA je. (O.O) Hensem gila baq hang…mata dia coklat weh, style boleh tahan la..kakkoii!! tapi kan…perangai hampeh. TETAPI walaupun begitu kami telah bersetuju untuk mengikut perancangan keluarga yang nak kahwinkan kami. Boleh percaya tak? AKU SENDIRI TAK PERCAYA!!! (O___O)
::::::::::

Wednesday, March 5, 2014

**Love Letter** 22

Salam semua... Apa khabaq?? 

Hmmm maaf lah ye sebab macam lambat gila-gila aje bagi entri ni. 

Sorry naaaaa..... 

Emm sebenarnya Z ada benda nak habaq ni.. 

Bab 22 ni maybe 2nd last chapter yang Z akan update kat blog.. 

Maknanya mungkin lah.. mungkin.. Mungkin Z akan stop pada bab 23...

Terima kasih sangat sangat kat sapa-sapa yang sokong Z dan suka cerita ni... 

Sebenarnya memang tak sangka pun kata LoveLetter 

ni akan ada pengikut setia yang akan ikut cerita ni setiap minggu... 

Walaupun tak dak lah ramai sangat tapi ada jugak 

orang yang sudi baca cerita Z ni.. 

Sunguh.. Sangat-sangat berterima kasih.. 

Z tak boleh nak janji apa-apa lah.. 

Sebab cerita ni pun belum siap 100%. 

Z pun tak tau bila boleh siap. 

Tapi apa-apa pun doakan yang terbaik untuk Z dan juga LoveLetter ni naa... 

XOXO <3



~LOVE LETTER ~
~22~
Nelissa mengalihkan perhatiannya daripada kaca televisyen apabila terdengar pintu rumah dibuka. Pastinya Hani yang pulang ke rumah. Semenjak dua menjak ini Hani selalu juga pulang agak lewat gara-gara perlu bekerja lebih masa.

Friday, February 21, 2014

**Love Letter** 21

Salam semua.. XDD

 Sila lah enjoy bab 21 ni.. 

*entah tak tahu nak cakap apa..hehehe*

Haa baru teringat.. 

Novel kedua kakak saya 'Miss Butter Cookies = Cik Danisa' sudah berada di pasaran.. 

Beli online kat website Adiwarna dah boleh dah, 

kat kedai tu tak sure mana yang dah masuk..

Hehehe.. Siapa yang pernah ikut cerita ni dekat blog dulu, 

boleh lah p beli naa.. ^__^

Yang tak pernah ikut pun of course lah boleh beli jugak.. Muehehehe

(^_-)☆wink


~LOVE LETTER ~
 ~21~

“Lis.. Lis… Bangun…” Hadif mengejutkan Nelissa setelah tayangan tamat. Mahu tergelak dia melihat Nelissa yang terpisat-pisat itu. Tadi masuk sahaja setengah cerita, tiba-tiba Hadif terasa bahunya berat ditimpa sesuatu. Kalih-kalih rupanya kepala Nelissa sudah selamat mendarat di bahunya. Tersentak tak payah cakap, jantung pula berdegup laju, tapi tak kan lah dia nak tolak kepala Nelissa pula. Jadi akhirnya dia biarkan sahaja sampai cerita habis.

Thursday, February 13, 2014

**Love Letter** 20

Haiiiiii semuaaa... Terlebih dahulu Z nak say sorry sebab punya lah l

ama menghilang dan menyepi dan tiada 

entri kan... Sebenarnya Z terkena penyakit writer block dan 

sampai sekarang bab 18, 19 tersangkut... So Z 

decide nak letak je lah entri 20 dan skip 18, 19 sebab kalau 

nak tunggu ada idea entah bila baru ada entri 

baru kan.. Tapi tak menjejaskan perjalanan cerita, you all won't get konfiuss okey... 

Bab 18, 19 tu bab yg 

dorang g kenduri kawen tu je.. Takde pun tak kacau... Okay??  

(^_-)☆wink


~LOVE LETTER ~
~20~
Dengan perasaan malas, Nelissa bergerak juga ke bilik mandi untuk mandi dan bersiap ala kadar. Nelissa hanya mencapai blaus bercorak tribal dan sepasang jeans, mukanya hanya dirias ringkas. Kalau ikutkan hati, memang dia tidak mahu keluar dan ingin bermalas-malasan di rumah sahaja waktu-waktu cuti begini. Tetapi bila adik manja dia datang buat drama apa entah pujuk dia teman pergi tengok wayang, terus dia lemah. Ean memang pun, pandai buat-buat kasihan. Katanya bosan sangat, lagipun dia baru sahaja habis segala test bagai dan mahu keluar berfoya-foya pula.

Saturday, February 1, 2014

**Love Letter** 17



~LOVE LETTER ~
 ~17~
Apabila kereta berhenti bergerak, Hadif memusingkan tubuhnya supaya menghadap Nelissa di sebelah. Nelissa yang pulas tidur direnung lama.

Patut lah sejak tadi diam saja, sedapnya dia tidur kan…

Friday, January 24, 2014

**Love Letter** 16

Hey Hey Hey... Hmmm tak tahu nak cakap apa... 

Cuti ni bosannnnn.. Hehehe

Nah lah bab 16... Enjoy... Mwahhh mwahhh... 



~LOVE LETTER ~

 ~16~

Terkesima, terkejut, dan rasa tidak percaya masih membelenggu Nelissa sejak bergerak daripada rumahnya tadi. Sekarang ini kereta sudah pun melepasi Tol Jalan Duta dan meluncur laju membelah lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Pulau Pinang, tetapi Nelissa masih kaku dan beku di tempat penumpang gara-gara tiga rasa yang disebut tadi tu lah.

Saturday, January 18, 2014

**Love Letter** 15

Annyonggg!!! 

Sorry sangat sangat sepanjang minggu ni 

Zhee diam langsung takde khabar berita... 

Entri kali ni pun lambat skit kan.. 

Soooo Sorry.. 

Zhee balik rumah memang dah tak ingat apa dah... 

Seronok sangat.. XDD kekekeke... 

Okay lah, nahhh abang Hadif semuaaaa... 

Enjoyyyy... (^_-)☆wink


~LOVE LETTER ~
~15~
Hadif di depan dipandang sejenak, lepas tu Nelissa terus tunduk balik. Haihh, sungguh lah dia kesal sebab plan ‘baik’ dia untuk menjauhkan diri daripada Hadif tak menjadi. Bila cakap pasal plan tak jadi dia tu terus ‘adik kesayangan’ di sebelah dijeling pula. Rasa macam nak je dia cekik-cekik Ean sampai dia puas hati. Geram betul!!

Friday, January 10, 2014

**Love Letter** 14

Heloooooooooooooooooooooo semua... 

Muahahahaha I'm soooooooo in mood today!!! 

I'm done with my finals!!!! Feeling so damn good!! Hahahaha...

Okay, entri kali ni i would like to introduce satu watak baru 

iaitu Mohd Adryan Nezim or dikenali sebagai 

Ean yang comel kiut miut tu!! (Tak leh blah puji watak sendiri... Muahaha)


Btw ni lah Ean nya... 

Zhee lagi suka Ean kot daripada Hadif.. Kahkahkah... 

So here Love Letter 14 for you guys... Enjoy reading.... \(^∀^)メ(^∀^)ノ


 ~14~
Aduhhh…. Resah!!

Sumpah Nelissa resah!!

Pandang kanan nampak Hadif sedang bersandar segak di kereta mewahnya sambil menekan telefon bimbit, pandang kiri nampak pula Ean yang sedang tersenyum lebar sambil melambai-lambai kepadanya.

Sunday, January 5, 2014

**Love Letter** 13

Hauuulaaa haulaaa... Apa khabar semuaa?? Uishh kali ni lama tunggu yaa.. Sorry-sorry.. Hehehe...
Di kesempatan ini saya nak ucapkan congratz buat my sis Q.. Novel keduanya bakal diterbitkan
 pada bulan 2 nanti... Wohooooooooooo excitednyaaaa... Huahahahaa...
 \(^ ^)/
Cover dia super duper cute!!! Sangat sukaaa... 
Korang-korang jangan lupa sokong my sis yaaa... :-* <3 <3 (*^^)^*) ☆Chu!!
Okay, now here bab 13.. Enjoyyy... !!! (^_-)☆wink



~LOVE LETTER ~
~13~

Terasa telefon bimbitnya di atas meja bergetar, Nelissa lantas mengangkat kepalanya dan skrin telefon bimbit dipandang sekilas. Namun, nampak sahaja nama yang tidak diingininya di skrin, terus fokusnya kembali pada kerja di hadapan. Telefon bimbit yang masih bergetar langsung tidak dihiraukan, tiada tanda mahu menjawab panggilan si dia. Selepas itu, Nelissa perasan telefon bimbitnya bergetar beberapa kali lagi, tetapi seperti tadi dia tetap tidak menghiraukan si pemanggil.

Friday, January 3, 2014

[NEWS] Temui Abang Faez dan Cik Danisa (Sampai Bila pun Sayang) februari ini \(*0*)/

Assalamualaikum, 

Hari ni saya ada berita gembira kepada pengikut-pengikut Sampai Bila pun Sayang. SBPS bakal diterbitkan pada bulan hadapan, dan hari ini Kak Su sudahpun release cover SBPS, sama-sama kita tengok bawah yer..