Followers

Sunday, January 5, 2014

**Love Letter** 13

Hauuulaaa haulaaa... Apa khabar semuaa?? Uishh kali ni lama tunggu yaa.. Sorry-sorry.. Hehehe...
Di kesempatan ini saya nak ucapkan congratz buat my sis Q.. Novel keduanya bakal diterbitkan
 pada bulan 2 nanti... Wohooooooooooo excitednyaaaa... Huahahahaa...
 \(^ ^)/
Cover dia super duper cute!!! Sangat sukaaa... 
Korang-korang jangan lupa sokong my sis yaaa... :-* <3 <3 (*^^)^*) ☆Chu!!
Okay, now here bab 13.. Enjoyyy... !!! (^_-)☆wink



~LOVE LETTER ~
~13~

Terasa telefon bimbitnya di atas meja bergetar, Nelissa lantas mengangkat kepalanya dan skrin telefon bimbit dipandang sekilas. Namun, nampak sahaja nama yang tidak diingininya di skrin, terus fokusnya kembali pada kerja di hadapan. Telefon bimbit yang masih bergetar langsung tidak dihiraukan, tiada tanda mahu menjawab panggilan si dia. Selepas itu, Nelissa perasan telefon bimbitnya bergetar beberapa kali lagi, tetapi seperti tadi dia tetap tidak menghiraukan si pemanggil.


Bukan sahaja hari ini si pemanggil itu mengganggu Nelissa, malah sejak daripada hari dia membuat- drama- air- mata- di- kedai- kasut itu lagi tidak putus-putus ada panggilan dan mesej pesanan ringkas yang datang daripada Hadif. Tetapi Nelissa tetap dengan pendirian dia yang mahu menjauhkan diri daripada lelaki itu jadi seboleh-bolehnya Nelissa tidak mahu melayan semua panggilan mahupun mesej Hadif.

Tapi Hadif juga hebat, dia langsung tidak pernah mahu berputus asa. Setiap hari pasti ada sahaja panggilan daripadanya, dan apabila Nelissa tidak menjawab dia menghantar pesanan ringkas pula. Kadang-kadang Nelissa perasan ada masanya Hadif hanya menghantar satu atau dua pesanan ringkas buatnya dan Nelissa menganggarkan lelaki itu sibuk pada hari berkenaan. Tetapi yang pasti dalam sehari pasti akan ada pesanan ringkas daripada lelaki itu. Ikutkan hati, cair lah juga… Memang dia cair lah juga bila orang sesibuk Hadif tu sanggup luangkan masa telefon dia bagai tapi dia tak boleh layankan sangat cair dia tu. Dia masih sedar diri lagi, pipit mana boleh terbang sama-sama dengan enggang kan?? Daripada kecewa di kemudian hari baik dia ambil langkah berjaga-jaga.

“Lis, jom lunch.” Tiba-tiba suara Jaja terasa begitu hampir dengan Nelissa. Entah bila Jaja sudah berada di hadapan meja Nelissa pun langsung dia tidak perasan.

Nelissa lihat sekilas jam yang tergantung kemas di pergelangan tangan, sudah pukul satu rupanya. Patut lah perutnya sudah  berkeroncong.

“Ja.. Tolong tapau kan boleh? Aku nak siapkan kerja ni, malas pulak nak turun.” Pinta Nelissa sambil tayang gigi.

“Alah, kau tak nak turun ke? Kerja tu nanti-nanti pun boleh siapkan.” Jaja tarik muncung.

“Kau turun dengan Kak Tina aje lah. Aku nak siapkan ni sikit je ni haa… Tolong ea???” Nelissa sudah tayang signature look nya, muka- kucing- minta- makanan.

“Hmm… Yelah-yelah. Kau nak makan apa?” Jaja akur sahaja lah. Nelissa ni memang pemalas nak turun makan.

Lebar senyuman Nelissa apabila Jaja cair dengan pujukannya.

“Nasi ayam satu.. Terima kasih Jaja, sayang kau…”

Sayang lah sangat kan.. Jaja hanya membalas dengan jeliran lidah sebelum berlalu. Nelissa ketawa besar dengan rakannya yang seorang itu, kepala kurang betul.

Kemudiannya Nelissa meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi. Begitu khusyuk Nelissa membuat kerjanya sehingga tidak pandang kiri kanan dah. Dengan keadaan pejabat yang sunyi tanpa pekerja itu, Nelissa tiba-tiba terasa bulu romanya meremang. Dia terasa dirinya seperti lama diperhatikan. Setelah mengumpul sedikit keberanian baru lah perlahan-lahan Nelissa mengangkat kepala.

Alangkah terkejutnya Nelissa apabila Hadif sudah cantik duduk di hadapannya. Entah bila Hadif menarik kerusi dan duduk di situ pun Nelissa tidak tahu, tengok-tengok sudah ada cantik duduk di hadapannya. Hampir sahaja mahu luruh jantungnya, sudah lah dengan pejabat yang kosong tiada orang. Ingatkan hantu mana lah tadi. Tapi yang menjadi persoalannya…

“Macam mana awak boleh masuk sini?” Sekarang kan waktu rehat, mana boleh orang luar masuk sesuka hati!

“Hmm.. saya adalah cara saya, tak payah tanya lah.”

Okey, kalau dengan Hadif memang tak payah buang masa tanya lah. Orang berpengaruh macam dia ni memang senang aje nak buat apa-apa pun.

Terus pandangan Nelissa ditunduk memandang komputer, tidak berani mahu menatap mata Hadif yang sejak dari tadi asyik galak memandangnya. Tiba-tiba Nelissa rasa macam dejavu pun ada, hari yang Hadif datang mengamuk dengan dia sebab pulangkan dompet yang diberinya hari itu. Huhh… Feeling memang sama, seram!!

“Sibuk sangat ke sampai tak keluar makan?” Hadif akhirnya bersuara setelah lama diam.

Walaupun Hadif geram sebenarnya dengan Nelissa yang langsung tidak pernah mahu menjawab panggilan telefon mahupun mesejnya, tetapi sikap ambil beratnya pada Nelissa melebihi perasaan tidak puas hatinya. Akhirnya soalan berkenan telefon sudah dilupakan dan soalan pasal makan keluar dahulu.

“Pesan dengan kawan tadi, malas nak turun.” Mahu tidak mahu sahaja Nelissa menjawab soalan Hadif, matanya masih setia di skrin komputer. Buat-buat malas nak layan Hadif supaya dia faham-faham sendiri. Ehh, tapi dia ni reti ke faham sendiri? Kalau faham tak ada maknanya dia datang sini!!!

“Jom pergi lunch dengan saya.” Enggan hiraukan kedinginan Nelissa, Hadif buat muka tidak bersalah dia selamba mengajak gadis itu keluar makan. Hadif ingin lihat dengan matanya sendiri Nelissa makan di hadapannya, baru dia puas hati.

Sepantas kilat kepala Nelissa diangkat dan memandang Hadif di hadapan, terkejut sebenarnya. Tiba-tiba sahaja dia ni…..

“Err.. Tapi kan saya dah pesan dengan kawan saya.” Nelissa cuba memberi alasan untuk menolak.

“Okey, kalau awak tak nak pergi saya duduk sini teman awak buat kerja ajelah.” Tutur Hadif selamba sambil menyilangkan tangan memeluk tubuh. Matanya liar memandang seluruh pejabat yang kosong. Saja buat-buat tak nampak mata Nelissa yang dah terjegil besar tu.

“Eeee…. Awak nak makan pergi aje lah.” Terasa mahu hilang sabar sahaja dengan perangai Hadif. Dia memang sengaja mahu buat Nelissa serba-salah, dan dia juga sengaja buat begitu kerana tahu yang macam mana pun pastinya Nelissa akan ikut juga sebab tak mahu dilihat bersama-samanya di situ kerana tidak mahu menimbulkan apa-apa gosip.

“TAK. NAK.” Sepatah-sepatah Hadif sebut tambah dengan muka dia yang minta penampar tu, memang Nelissa juling mata ke atas aje dengan tingkah lelaki itu.

“Suka hati awak lah.” Nelissa meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Hadif di hadapannya itu. Lantak lah, nanti kalau budak-budak pejabat balik dan pelik kenapa Hadif ada dekat situ, pandai-pandai lah dia kelentong.

Hadif pula; tangan dia mula bergerak tidak tahu duduk diam. Habis barang-barang di atas meja Nelissa dibeleknya. Sengaja mahu menarik perhatian Nelissa sebenarnya. Tapi, Nelissa sedikit pun tidak tercuit dengan taktik Hadif itu. Akhirnya Hadif putus asa dan duduk diam-diam depan Nelissa. Lagipun perutnya sudah mula berkeroncong kerana sejak pagi lagi dia tidak sempat menjamah apa-apa kerana terlalu sibuk.

Sekarang ini pun dia ada di sini kerana kebetulan tadi dia ada mesyuarat dengan salah sebuah syarikat yang berhampiran dengan Teguh Corporation, dah alang-alang dekat dengan Teguh Corporation jadi dia terus datang ke sini. Ingin meminta penjelasan Nelissa satu hal, mahu menatap muka Nelissa satu hal, sudah lama benar dia tidak berjumpa dengan Nelissa. Telefon pun bukan Nelissa nak layan…

Sampai di perenggan terakhir kerjanya ditaip, Nelissa mengangkat kepalanya memandang sekilas wajah Hadif. Kelihatan dia memegang perutnya dan wajahnya sedikit berkerut. Aikk, dia ni dah kenapa? Sesudah butang save ditekan, baru lah Nelissa menumpukan perhatiannya pada lelaki di hadapannya itu.

“Orang suruh pergi makan tak nak. Degil.” Bebel Nelissa, dia sudah tidak kisah lagi siapa Hadif dan apa pangkatnya. Hadif sendiri pun suka ikut sedap kepala dia sahaja. Malas dia nak ingat sebenarnya Hadif tu klien syarikat mereka. Tak payah nak hormat dia sangat, dia sendiri pun buat bodoh aje…

Hadif tidak menjawab, peritnya perut dia kalau tidak makan… Sudah lah dia ada penyakit gastrik, boleh pula buat perangai sebab sengaja nak protes depan Nelissa. Hmm sendiri tanggung lah nanti. Eh tak pe Hadif, teruskan kerutan kat dahi tu.. Kalau boleh kerut dasyat-dasyat sikit barulah Nelissa kasihan.

Nelissa yang melihat dahi Hadif makin berkerut-kerut mula rasa tidak sedap hati, Hadif ni sakit ke?

“Okey lah, saya mengalah. Jom saya teman awak makan.” Nelissa mengalah sahaja lah, nanti sakit anak orang dia juga yang susah.

Hahaha... Totally Nelissa. Senang rasa bersalah dan cepat mengalah. Lebih-lebih lagi dengan orang yang pandai buat dia rasa bersalah macam Hadif ni.

Manakala Hadif sudah senyum senget meraikan kemenangannya, dan yang paling penting tidak perlu lah perutnya terseksa sebab tidak makan. Laju aje dia bangun, senyum kat bibir dia tu pula tak menahan, lebar semacam…!!

Nelissa capai dompet dan telefon bimbit dalam laci dan terus menuju ke arah Hadif yang sedang tersengih lebar dari tadi. Tangannya kalut menaip mesej untuk memberitahu Jaja supaya tidak perlu membelikan makanan untuknya. Nanti mahu meletup perutnya kalau Jaja pun beli makanan. Lepas tu dia angkat kepala dan pandang Hadif, wajah dikerutkan bila lihat pandangan semacam Hadif dan sengihan pelik di bibirnya itu.

“Jom lah, dok tersengih apa lagi??” Mata Nelissa tajam sahaja menjeling Hadif.

“Tak ada lah, cantik purse…” Usik Hadif sambil mengangkat-angkat keningnya nakal. Suka bila tengok Nelissa pakai hadiah yang dia bagi. Terasa dihargai…!! (Cehh poyo, itu pun lepas merajuk bagai… Hmmm nasib kau lah Hadif..)

“Diam lah.. Hurghhh…” Jelingan maut dihadiahkan Nelissa sebelum menarik pintu dan keluar meninggalkan Hadif yang masih tersengih seperti kerang busuk itu. Bengang aje dia dengan Hadif ni…

                                                               *~*~*


“Lis, kenapa awak ignored all my phone calls and message?” Sudahnya Hadif tetap juga tidak dapat menahan diri daripada bertanya soal itu. Geram juga dia kerana langsung tidak dihiraukan sepanjang minggu ini.

“Maaf saya sibuk.” Hanya itu sahaja alasan yang dirasakan sesuai diberikan buat Hadif.

“Awak ni buat saya risau tahu tak.. Satu pun awak tak jawab, saya ingat dah apa jadi dekat awak.” Memang Hadif sangat-sangat risaukan Nelissa, ingin terus mencari Nelissa Hadif tidak bisa kerana memang dia terlalu sibuk. Hanya hari ini dia sempat luangkan sedikit masa bertemu Nelissa.

Makanan di dalam pinggan Nelissa masih tidak luak, manakan tidak kalau sejak dari tadi dia asyik menguis-nguis makanannya sahaja. Nelissa mula rasa serba-salah, rupa-rupanya Hadif asyik menelefonnya kerana bimbang apa-apa terjadi kepadanya. Walaupun begitu sibuk dengan kerjanya sebagai CEO AK Group, Hadif tetap meluangkan masa untuk ambil berat pasal dia. Jika awal-awal dia memberi respon kepada Hadif, mesti masa lelaki itu tidak akan terbuang begitu sahaja. Arghhh, rasa bersalah sangat niiii…

“Lega saya tengok awak okey aje, lain kali kalau awak sibuk sangat pun at least respon mesej saya, satu pun jadi lah. Okey?”

Anggukan kecil diberikan sebagai ganti jawapannya. Hadif memang pandai buat Nelissa rasa serba salah.

“Hmm.. Lis, tadi saya ada nampak satu wedding invitation card atas meja awak. Awak pun kenal Zariel dan Sofea?” Enggan terus membuat Nelissa rasa bersalah, Hadif lantas mengubah topik. Baru dia teringat kad kahwin Zariel dan Sofea yang dia jumpa atas meja Nelissa tadi.

“Eh, awak kenal dia orang ke?” Terkejut Nelissa. Setahu dia, Hadif memang tidak kenal rakan baiknya Sofea. Dia dengan Sofea yang terlebih- lebih kenal Hadif.. Tapi tu masa sekolah dulu lah..

“Zariel tu classmate saya masa di UK dulu. My buddy actually.”

Tergelak sedikit Hadif apabila bercakap tentang Zariel, rakannya yang seorang itu memang nakal masa zaman belajar dulu. Lelaki yang cukup pakej seperti Zariel memang dikejar ramai gadis dan ditambah dengan sikap nakalnya dan akhirnya Zariel menjadi ‘buaya’ yang berjaya. Seperti rasa tidak percaya pun ada yang Zariel akan berkahwin tidak lama lagi. Lagi cepat daripada dia yang bukan buaya ni pulak tu. Hmm aturan Allah, tiada siapa boleh tolak, sudah ditakdirkan sampai jodoh Zariel. Yang dia ni pula, nak kan orang tu… Orang tu pula jual mahal.. Nak kahwin macam mana kann… Desis Hadif sendiri.

“Hurmm.. Dunia memang kecil kan. Sofea tu kawan baik saya masa sekolah. Haa.. Dia pun sama sekolah dengan kita lah dulu.”

“Oh yeke? Wow tak sangka si Zariel tu bakal kahwin dengan junior saya.” Hadif tersenyum apabila memikirkan kebetulan yang tidak disangka ini. Nelissa juga turut tersenyum.

So nanti awak pergi sana macam mana? Kenduri buat di Penang kan?” Soal Hadif lagi.

“Emm, tak tahu lagi macam mana.” Memang Nelissa belum terfikir lagi pasal perkara itu. Mungkin dia akan mengajak adiknya untuk menemaninya ke sana nanti.

“Pergi sekali nak? Lagi pun memang saya akan ke sana jugak, alang-alang tu kita pergi lah sekali.”

Dahi Nelissa sudah berkerut mendengar cadangan Hadif itu. Hesy, tak mahu lah dia pergi sekali dengan Hadif. Jauh pula tu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang itu, mahunya dia kebosanan dek kejanggalan antara mereka nanti.

“Tak pe lah, tak kot. Fea minta saya jadi pengapit dia, so saya kena pergi sana awal. Awak mesti sibuk kan? Mana nak ada masa pergi sana awal-awal.” Nelissa cuba memberikan alasan yang dirasakan sesuai untuk menolak cadangan Hadif tadi.

“Oh awak jadi pengapit Sofea? Hmm saya okey aje, I will ask my secretary about my schedule later, I think there should be no problem.” Bagi Hadif, kalau berkenan Nelissa semuanya bisa diatur. Benda yang tidak boleh pun boleh jadi boleh.

Eyy.. Hadif ni memang, suka paksa orang. Ni dah macam mana Nelissa nak tolak? Tak faham ke yang sebenarnya Nelissa itu tidak mahu pergi bersama-samanya?

No but no thanks. Sebenarnya saya dah ajak kawan saya pergi sama-sama nanti, so you know… Tak kan tiba-tiba nak cakap tak jadi pula kan??” Nelissa senyum kelat. Ishh tak pasal-pasal kena menipu lagi..

“Kalau macam tu ajak dia pergi sekali dengan kita. Naik satu kereta, jimat segala-galanya.”

Hah, ini lah Hadif. Dia mana tahu erti perkataan putus asa.

Nelissa sudah rasa macam nak tampar dahi sendiri, penat cakap dengan Hadif yang tidak tahu putus asa ini. Speechless Nelissa dibuatnya.

“Okey lah, nanti lambat pula awak masuk pejabat. Pasal perkara ni nanti kita bincang lain.” Hadif terus buat keputusan sendiri apabila melihat tiada tanda-tanda Nelissa mahu bersetuju dengan cadangannya tadi. Nanti-nanti lah dia akan pujuk juga Nelissa sampai dia setuju!! Tangannya sudah memanggil pelayan kedai untuk melunaskan bil.

Sesudah menghantar Nelissa kembali ke pejabatnya, Hadif mencapai telefon bimbit dan Zariel dihubunginya.

“Assalamualaikum broWhats up?” Zariel memulakan mukadimahnya terlebih dahulu.

“Waalaikumusalam. Eh aku nak tanya kau pasal offer jadi pengapit kau hari tu, still on?” Sekarang baru terbuka sikit hati Hadif dengan tawaran Zariel, kalau tidak sebelum ini memang ditolaknya mentah-mentah.

“Woahhh… Apa mimpi kau tiba-tiba aje tanya pasal pengapit ni? Amboi, sebelum ni bukan main lagi kau tolak permintaan aku.” Bukannya Zariel tidak ingat bukan main beria lagi Hadif menolak walaupun dia sudah merayu pada Hadif, entah apa mimpi rakan baiknya yang seorang ini hari ini.

“Eh kau ni banyak soal pulak, kau nak ke tak nak?” Hadif sudah keluar aura bossy nya.

“Eiyy, emo pulak kawan aku ni.” Zariel di hujung talian sudah berdekah-dekah gelakkan Hadif.

“Okey lah kalau kau tak nak. Aku letak ni..” Baru sahaja Hadif ingin mematikan talian dia terdengar Zariel menjerit di sebelah sana.

“Weii, weii, weii…. Nanti lah…”

Hadif tersenyum senget. Huh, tahu takut…!! Pantas dia melekapkan kembali telefon ke telinga.

“Okey, okey. Of course lah tawaran tu still open untuk kau. Aku memang tunggu kau confirm dengan aku pun.” Zariel akhirnya mengalah dan berhenti ketawa. Kalau boleh memang dia inginkan Hadif menjadi pengapitnya, Hadif lah rakan dunia akhiratnya.

“Hmm.. Kalau macam tu aku on.” Suara Hadif sambil tersenyum lebar.

“Okey terima kasih banyak-banyak kawanku. Huh, tapi aku pelik jugak. Kenapa tiba-tiba aje kau setuju ni? Selalu aku baru buka mulut aje terus kau mengelak.” Perasaan ingin tahu Zariel sudah membuak-buak. Bukannya dia tidak kenal Hadif, kalau sudah dia buat keputusan susah mahu mengubah keputusannya. Putih katanya putih lah jadinya, tak kan mahu dia tukar hitam.

“Sebab aku sayang kau lah aku setuju, lagi mau tanya.”

Zariel di hujung sana sudah buat bunyi mahu termuntah apabila mendengar kata-kata Hadif itu.

“Banyak lah kau punya sayang. Suka hati kau lah kalau tak nak cakap, asal kan kau setuju sudah.” Malas Zariel mahu mengorek cerita sebenar. Kalau Hadif bagi jawapan merepek-repek begitu dah tahu dah mesti dia tak nak cerita punya.

“Okey lah, aku tengah drive ni nanti aku call kau lain.” Suara Hadif sebelum memberi salam dan mematikan talian.

Hadif sudah tersenyum lebar, nanti dia akan jadi pengapit Zariel dan Nelissa menjadi pengapit Sofea. Membayangkannya sahaja sudah teruja… Tidak sabar pula rasanya, macam dia pula yang nak kahwin dengan Nelissa. Tiba-tiba Hadif tergelak dengan apa yang difikirkannya itu.


..BERSAMBUNG..

Macam mana entri kali ni?? Okayyy tak??

Leave some comment beloww yaa... (o^_^o)

And jangan lupa click click click...

Jumpa lagi minggu depan... <3 <3 Mwahhhhhh.... 

    Much Love
        XoXo
      ..Zhee..

4 comments:

  1. Replies
    1. Thank you so much for liking this story baby mioooo... Love you moreeeeeeeeeeeeeeee!!! <3 <3 <3

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks sis...!!!! mwahhh mwahhh... <3 <3 <3

      Delete