Followers

Friday, January 10, 2014

**Love Letter** 14

Heloooooooooooooooooooooo semua... 

Muahahahaha I'm soooooooo in mood today!!! 

I'm done with my finals!!!! Feeling so damn good!! Hahahaha...

Okay, entri kali ni i would like to introduce satu watak baru 

iaitu Mohd Adryan Nezim or dikenali sebagai 

Ean yang comel kiut miut tu!! (Tak leh blah puji watak sendiri... Muahaha)


Btw ni lah Ean nya... 

Zhee lagi suka Ean kot daripada Hadif.. Kahkahkah... 

So here Love Letter 14 for you guys... Enjoy reading.... \(^∀^)メ(^∀^)ノ


 ~14~
Aduhhh…. Resah!!

Sumpah Nelissa resah!!

Pandang kanan nampak Hadif sedang bersandar segak di kereta mewahnya sambil menekan telefon bimbit, pandang kiri nampak pula Ean yang sedang tersenyum lebar sambil melambai-lambai kepadanya.


Tanpa berfikir dua kali, cepat-cepat Nelissa melangkah ke arah Ean dan tidak menghiraukan kehadiran Hadif di situ. Penat betul dia bila berhadapan dengan lagi seorang manusia yang tidak faham bahasa. Sudah terang-terang dia cakap yang dia tidak mahu pergi kenduri tu dengan Hadif, boleh lagi Hadif bising-bising cakap nak bincang bagai. Mungkin bengangkan Nelissa sewaktu mereka bertekak di dalam telefon tadi, Hadif akhirnya menghantar mesej mengatakan yang dia akan menunggu Nelissa selepas tamat waktu kerjanya nanti. Nelissa pula, kalau boleh memang tidak mahu bincang langsung. Sudahnya, ini lah jadinya.

“Assala…” Baru sahaja Ean mahu memberi salam, lengannya sudah disauk oleh Nelissa dan tubuhnya dipusing ke belakang, tidak sempat habis salamnya.

“Oiii Along, kau ni dah kenapa? Salam pun adik tak sempat nak habiskan.” Ean sudah mula membebeli kakak sulungnya yang tiba-tiba bersikap aneh-aneh. Sudah lah tiba-tiba main peluk lengan orang lepas tu terus jalan menonong aje ni dah kenapa? Memang Ean tidak faham lah dengan kakaknya yang seorang ini.

“Kau simpan aje salam tu dulu, selamatkan Along kau ni dulu yang penting.” Kalut Nelissa menarik lengan adiknya supaya berjalan seiring dengannya. Sempat lagi dia menggunakan tubuh adik lelakinya yang agak sasa itu untuk menyembunyikan diri daripada Hadif.

“Hah? Along kena kejar dengan siapa? Kau tu dah ‘Along’, patutnya kau lah kejar orang kutip hutang.” Selamba Ean loyar buruk di depan Nelissa. Dan hasilnya…

Tangan Nelissa naik ke kepala Ean dan menyekehnya kuat. Waktu orang tengah panas hati ni juga dia nak main loyar buruk, kan dah padan muka…

“Aduii, sakit lah Along oii…” Rengek Ean manja. Dia memuncung dan tangan naik mengosok-gosok kepalanya.


Ean lagi... Wohooooooo

Don’t be a baby boy please..” Nelissa sudah juling mata ke atas, tidak ada masa dia hendak melayan perangai mengada-ada adik bongsunya itu. Kayuhan langkah dipercepatkan lagi kerana selagi mereka masih di kawasan pejabatnya, masih juga tidak selamat lagi.

Sedang Nelissa kalut untuk melarikan diri, kebetulan Hadif mengangkat kepalanya daripada telefon di tangan. Nampak sahaja Nelissa laju dia berlari untuk mengejar.

“Lis, wait… Nelissa…!!” Nelissa yang menyorok di sebalik badan Ean tu memang dah tak tengok kiri kanan dah, tiba-tiba sahaja dia terdengar kuat namanya dilaungkan oleh…. Siapa lagi kalau bukan Hadif!

‘Aduh, nampak juga rupanya! Ingatkan dah selamat dah…’

Tidak memperdulikan jeritan Hadif, Nelissa buat-buat tidak dengar dan terus melangkah laju.

“Oii, Along.. Tu brother belakang tu panggil kau kan? Bos kau ke tu?” Kepala Ean sudah tertoleh-toleh ke belakang mahu melihat gerangan yang memanggil nama Nelissa itu. Tetapi sudah semestinya tidak berjaya, dengan kasar kepala Ean ditolak kembali supaya memandang ke hadapan. Siap pakej dengan cubitan di pinggang lagi.

“Jangan pandang!! Biar kan. Jalan aje.” Tangan Nelissa sudah naik ke pinggang Ean. Memaksanya supaya berjalan dengan lebih pantas lagi.

Walaupun pelik dengan tingkah Nelissa, tetapi Ean hanya mengikut sahaja lah drama yang kakaknya mahu dia lakonkan itu. Tidak tahu hujung pangkal cerita pun rasanya Ean boleh mengagak. Mahu menyedapkan jalan cerita Ean selamba memaut bahu Nelissa dan bersikap semesra yang mungkin dengan Along kesayangannya itu. Dalam hati terbit juga rasa simpati pada lelaki itu kerana suka dengan Alongnya yang hati kering ini. Apa boleh buat, kasihan….

                                                            *~*~*

Hadif menyumpah sendiri apabila matanya melihat kemesraan Nelissa dan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Sudah lah ditinggalkan Nelissa begitu sahaja, mata dihidangkan pula dengan drama intim Nelissa dengan lelaki entah mana-mana. Panas hatinya hanya Tuhan yang tahu, terasa mahu meletop sahaja dirinya saat ini. Matanya masih lagi tidak lepas daripada memerhati Nelissa dan lelaki itu yang sedang berbual mesra. Matanya yang memandang ke arah mereka sudah seperti mata helang, tajam! Dan kalau dia ini mempunyai kuasa, sudah pasti matanya sudah mengeluarkan laser kerana terlalu marah.

Oh, sebelum ini Hadif tidak sengaja tersentuh Nelissa sedikit dia sudah dimarahi gadis itu. Malah di hadapan orang ramai lagi di dalam kedai kasut hari itu. Hari ini, boleh pula Nelissa yang main sandiwara cinta pegang sana pegang sini dengan lelaki itu? Eyyy, ini yang mendatangkan kemarahan!!!

Nampak sahaja Nelissa bangun menuju ke tandas, Hadif terus bangun daripada tempat duduknya dan melangkah garang ke arah meja Nelissa dan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Hadif ingin membuat perhitungan, sekiranya lelaki itu memang teman istimewa Nelissa selepas ini dia tidak akan mengganggu Nelissa lagi. Buat apa dia bazirkan masa lagi jika memang Nelissa sudah berpunya? Tetapi apabila memikirkan kenyataan itu hatinya pedih sekali. Ini baru pertama kali hatinya betul-betul terpaut pada seseorang dan belum sempat apa-apa dia sudah perlu berundur. Arghhh… Realiti memang kejam!

Tanpa mukadimah, Hadif terus menarik kerusi yang diduduki Nelissa tadi dan melabuhkan punggungnya di situ. Ean yang sedang menelek telefon bimbitnya pula sudah tercengang-cengang apabila dia mengangkat kepalanya, bukan kakaknya yang duduk di situ sebaliknya seorang lelaki. Bila masa pula kakaknya bertukar jadi ‘abang’????

“Aku nak tanya kau satu soalan.” Biasa lah Hadif, bicaranya disusuli dengan suara dingin garang dia tu kalau tengah marah.

“O-k-e-y… Apa?” Lambat-lambat Ean membalas. Memang dia terkejut dengan kemunculan tiba-tiba lelaki di hadapannya ini, dengan muka garang dan suara dingin beku macam tu lagi.

“Apa hubungan kau dengan Nelissa?” Soalan ditanya dan pada waktu yang sama Hadif mengambil peluang untuk meneliti lelaki di hadapannya itu. Hmm.. Nampak macam muda aje, macam budak-budak pun ada. Biar betul Nelissa ni ada hubungan dengan budak ni? Tetapi bila difikirkan balik, dalam dunia zaman sekarang apa pun boleh jadi. Memang sudah ramai pun pasangan dimana perempuan lebih berusia daripada lelaki. Tiada salahnya dan tidak menjadi satu masalah pun sebenarnya.

Jika nak dibandingkan Hadif dengan lelaki ini memang dia berani jamin lah yang dia akan menang tak kira lah dari sudut mana pun yang nak dibandingkan itu. Hmmm.. Tapi menang pun apa gunanya kalau Nelissa sudah memilih lelaki ini? Tak payah banding yang lain-lain pun dia sudah lama kalah. Memikirkan itu hati Hadif mula menggelegak panas.

Then apa hubungan kau dengan Nelissa?” Tidak menjawab soalan sebaliknya Ean pula yang bertanya. Terbit juga perasaan tidak puas hati di dalam hatinya. Lelaki ini sudah lah datang macam penyamun, boleh tanya soalan macam dia tu ada hubungan rapat dengan kakaknya pula.

You should answer my question and not questioning me!” Marah Hadif, terasa seperti dipermain-mainkan pula apabila Ean menyoalnya kembali begitu.

“Iyelah, apa hubungan kau dengan Nelissa sampai nak tanya aku soalan macam tu? Kau abang dia ke? Ke saudara dia?” Tidak mahu kalah, Ean juga membina benteng egonya menentang Hadif. Sengaja dia menggunakan ‘abang’ dan ‘saudara’, dia ingin menguji lelaki di hadapannya ini padahal dia pasti lelaki ini bukan saudara mereka.

“Itu bukan persoalannya sekarang ni. Aku cuma tanya kau apa hubungan kau dengan Nelissa? Kau boyfriend dia ke?” Makin Hadif tidak sabar melayan kerenah lelaki di hadapannya ini, takut nanti lama-lama dia mengamuk pula. Baik cepat-cepat dia dapatkan jawapan yang dikehendakinya.

“Kalau ya… so what?” Sengaja Ean ingin mempermain-mainkan Hadif. Ingin juga dia tahu kenapa beria sangat lelaki ni nak tahu sangat hubungan dia dengan Nelissa.

Terasa kecil besar kecil besar sahaja Hadif pandang Ean sekarang ini. Menyirap darahnya dengan jawapan sinikal yang diberikan Ean itu. Penumbuk sudah dikepal kuat, cuba mencari kesabaran dengan kerenah Ean.

Fine then… Itu aje yang aku nak tahu.” Hadif sudah menolak kerusi dan segera dia bangun. Sakit hatinya perlu dirawat, tidak betah dia terus berlama-lama di sini setelah mengetahui kebenaran yang menyakitkan ini.

Tetapi sebelum bergerak, Hadif teringatkan sesuatu. Lantas dia tidak jadi bergerak dan statik di situ.

“Lagi satu aku nak cakap. Nelissa tu bukan sembarangan perempuan, kalau pun kau tu boyfriend dia, you are just not more than a boyfriend. Kau bukan suami dia, so please jaga tingkah laku kau dengan dia. No harm intended bro, tapi aku rasa Nelissa pun mesti tak suka kalau kau lepas laku dengan dia. Maaf lah kalau mengganggu. Aku harap kau jaga lah dia baik-baik. Ciao dulu, assalamualaikum.” Senafas Hadif bersuara.

Ean yang tadinya jengkel dengan Hadif tiba-tiba terus berubah persepsinya pada lelaki itu. Tersentak dia dengan kata-kata Hadif, dalam waktu yang sama dia juga agak terharu dengan sikap Hadif yang begitu melindungi kakaknya. Tidak pernah lagi dia jumpa dengan lelaki seperti Hadif.

“Memang lah aku boleh sentuh-sentuh Nelissa, dah dia kakak aku… Tak dosa pun..” Dengan selamba Ean bersuara tiba-tiba.

Baginya Hadif ini memang boleh dipertimbangkan untuk dijadikan calon abang ipar. Memang dia jatuh respect lah dengan Hadif. Dan macam tiada apa yang kurang pun dengan lelaki ini, kacak, smart, bergaya, matang… Eh macam over lah pula baru pertama kali jumpa Ean dah puji macam-macam, tapi yang dia tahu dia suka dengan lelaki ini.

Hadif yang baru ingin memulakan langkah meninggalkan meja Ean, terus jatuh rahang dibuatnya dengan pengakuan Ean tadi. Terkaku dia di situ tidak bergerak.

Pardon me??? What did you said just now?”

Yup, I’m her brother.” Ean sudah senyum senget melihat rupa Hadif yang memerah. Pastinya dia rasa seperti disimbah dengan sepuluh tong minyak cap kapak. Ean rasa macam mahu gelak guling-guling. Huh, itu lah siapa suruh serang tanpa usul periksa. Kan dah malu…

Pada waktu yang sama, Nelissa yang ke tandas tadi sudah kembali dan dia juga sudah jatuh rahang melihat Hadif berdiri di hadapan Ean. Dan apabila Ean melihat kelibat Nelissa berada tidak jauh daripada situ, dengan kuat dia melaung.

“Hah, Along.. Sini cepat…”

Nelissa sudah tepuk dahi. Memang dia rasa nak hempuk aje Ean kuat-kuat. Holy crap!!! Biadab punya adik!! Dia pecah rahsia aku!!! 

           ..BERSAMBUNG..


Last baru dapat gambar abang Hadif.. Kekeke


I'm so so so sorry sebab pendek kan entri kali ni... 
Tapi lepas ni punya will be much longer than this... 
Thanks for reading.. Jangan lupa click buttons di bawah yaa.. Mwahhh Mwahhh
      Much Love
          XoXo
       ..Zhee..

5 comments: