Followers

Saturday, January 18, 2014

**Love Letter** 15

Annyonggg!!! 

Sorry sangat sangat sepanjang minggu ni 

Zhee diam langsung takde khabar berita... 

Entri kali ni pun lambat skit kan.. 

Soooo Sorry.. 

Zhee balik rumah memang dah tak ingat apa dah... 

Seronok sangat.. XDD kekekeke... 

Okay lah, nahhh abang Hadif semuaaaa... 

Enjoyyyy... (^_-)☆wink


~LOVE LETTER ~
~15~
Hadif di depan dipandang sejenak, lepas tu Nelissa terus tunduk balik. Haihh, sungguh lah dia kesal sebab plan ‘baik’ dia untuk menjauhkan diri daripada Hadif tak menjadi. Bila cakap pasal plan tak jadi dia tu terus ‘adik kesayangan’ di sebelah dijeling pula. Rasa macam nak je dia cekik-cekik Ean sampai dia puas hati. Geram betul!!


Tapi sesi pandang dan jeling Nelissa itu langsung tidak diperdulikan kedua-dua lelaki di hadapan dan di tepi dia itu. Rancak betul mereka berbual, macam dah kenal lama pula. Buat penat sahaja dia pandang dan jeling, tak dapat faedah pun. Dia sekarang ni dah rupa macam tak wujud aje depan dua-dua lelaki ni. Akhirnya Nelissa mengeluh dan kembali pandang kek red velvet di atas meja. Sambil itu sempat lah lagi dia pasang telinga dengar perbualan Hadif dan Ean.

“Ean tinggal berapa semester lagi until grad?” Soal Hadif Sambil tangannya lincah mengacau Americano di dalam cawan.

“Sekarang Ean semester 5, semester depan internship, lepas tu sambung lagi 2 semester baru habis.”

“Oh, lama lagi lah baru habis.?”

“Ha’ah, lama lagi.” Angguk Ean perlahan. Kadang-kala dia fikir kalau dia ada kuasa cepatkan masa, memang rasa macam nak saja cepatkan masa supaya cepat-cepat sikit dia tamat belajar. Pening kepalanya nak mengadap segala assignment, pembentangan, test, kuiz dan segala macam lagi. Tetapi orang kata zaman belajar ni lah masa yang paling berharga, walaupun jalan untuk mencapai segulung ijazah itu sukar tetapi tetap tidak sesukar waktu bekerja nanti. Waktu bekerja nanti mesti lebih stress dan sukar, lalu terus Ean melupakan niat mahu mempercepatkan masa. Biar lah dia enjoy zaman belajar dia puas-puas dulu.

“Ean nanti kalau intern, dah ada terfikir dah nak minta company mana?” Hadif sudah tersenyum jahat di dalam hati, cakap pasal latihan industri mula dia terfikirkan helah baru. Kata orang kalau nak pikat perempuan, pikat lah ibu bapa dan ahli keluarganya dulu. Tak dapat pikat ibu bapa Nelissa, adik beradik dia pun jadi lah dulu kan..?

“Hurmm, ada juga survey-survey beberapa company. Tapi tak sure lagi lah macam mana.” Ean masih lagi tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Hadif.

Hadif pula hanya tersenyum sejenak sebelum kembali mencapai cawan Americano dan menyisipnya perlahan. Tidak mahu terlalu gelojoh, nanti nampak sangat dia beria. Marah pula Nelissa nanti. Ean juga sudah mencapai Iced Cappucino di hadapan untuk membasahkan tekak, haus pula dia apabila bercakap terlalu banyak. Sedang dia sedap menikmati kelazatan air yang menyegarkan anak tekaknya itu, tiba-tiba sahaja dia terfikirkan sesuatu.

“Eh, kejap-kejap. Company abang Hadif ada terima budak intern tak? Hehe, kalau ada Ean masuk situ boleh?” Ean tayang senyum kucing dengan matanya disepetkan sekali. Peluang sudah ada depan mata, buat apa cari jauh-jauh kan…

Hadif sudah sengih lebar apabila jeratnya mengena. Laju sahaja dia membalas.

Yea.. Of course, why not? Boleh je…”

Nelissa yang tadinya tidak berminat langsung mencampuri perbualan kedua lelaki itu terus angkat kepala pandang Ean di sebelah apabila topik ini yang dibicarakan. Eh, Ean ni… Suka hati dia saja, dia sedar tak yang orang depan dia ni baru aje dia jumpa dan kenal lebih kurang sejam tadi? Senang-senang saja minta macam tu, dasar adik muka tak malu!!

“Adryan Nezim!! Suka hati je!! Hadif, awak tak payah pedulikan budak ni, mengada aje lebih.”

“Lah, kakak wujud lagi ke kat sini?” Tidak memperdulikan kata Nelissa, selamba sahaja Ean memerli kakaknya itu. Manakala Nelissa pun tidak mengalah begitu sahaja, terus tangannya naik ke kepala Ean dan mengetuk kepala Ean kerana sedap mulutnya sahaja memerli Nelissa.

“Adoi… Oii Along sakit lah..” Aduh Ean Sambil menggosok-gosok kepalanya. Matanya sudah menjeling kakaknya disebelah, muncung ditarik panjang. Konon-konon merajuk lah tu, tapi buruk kot!!

“Padan muka kau…” Nelissa tidak memperdulikan rajuk adiknya itu sebaliknya dengan nakalnya lidahnya dijelir sambil matanya dijulingkan.

Hadif sudah tergelak melihat kerenah adik beradik di hadapannya ini. Mesti meriahkan hidup mereka, Nelissa nampak macam sangat rapat dengan adiknya. Walaupun nampak mereka macam selalu bergaduh tetapi itulah sebenarnya yang mewarna-warnikan kehidupan adik beradik mereka. Bukan macam Hadif, hidup seorang diri sahaja, langsung tidak pernah dia alami gaduh-gaduh manja dengan adik-beradik ni. Selain daripada Pak Su dan Mak Sunya sahaja yang mampu menceriakan hidupnya, Hadif memang tidak punyai sesiapa lagi di dalam dunia ini.

“Maafkan sikap tidak matang Along ni ye abang Hadif. Dia memang macam ni, nama aje sulung tapi perangai mengalahkan adik-adik.” Selamba sahaja Ean mengutuk Nelissa, di depan-depan Nelissa pula tu. Selepas itu, Ean merapatkan diri dengan Hadif dan meletakkan tangannya rapat di mulut, kemudian dia berbisik perlahan pada Hadif.

“Ermm, jangan pula terus berubah hati lepas tengok dia macam ni.” Perlahan sahaja Ean berbisik dan kemudian tersengih-sengih macam kerang busuk. Konon-kononnya tidak mahu membiarkan Nelissa dengar. Tapi…
Pangg!!

Satu tamparan kuat mengena belakang tubuh Ean. Apabila Ean menoleh, dia sudah melihat wajah merah Nelissa dan giginya diketap kuat tanda geram dengan Ean. Mata Nelissa tajam merenung Ean dan seolah-olah menyampaikan mesej, kurang- ajar- kau- Ean-siaplah-kau-lepas-ni-aku-kerjakan. Terus dia melayangkan senyum kambing pada Nelissa. Alamak, lupa pula Ean yang Nelissa ni telinga lintah.

“Hehe, chill along.. Adik gurau-gurau. You know… Hidup ni kena lah bergurau senda baru lah ceria hari-hari kita.” Ean loyar buruk sambil tayang sengih lebar-lebar.

Tidak mengendahkan Ean, Nelissa terus pandang tempat lain untuk menyejukkan hatinya. Kalau dia terus-terusan memandang Ean takut nanti ada pula yang kena cekik percuma aje nanti.

“Eyy, Along… Jangan lah marah adik. Senyum sikit haa…” Tangan Ean mencuit sedikit dagu Nelissa dan pantas ditepis kasar oleh Nelissa. Hesy, depan orang luar lah pun dia nak main aci cuit-cuit manja ni, tak kena tempat!!

“Alah along ni, merajuk pulak dia. Eh, kita belum cakap pasal motif utama kita jumpa hari ni. Jumpa abang Hadif punya pasal Ean lupa pulak.” Baru Ean teringat tujuan utama dia ingin berjumpa dengan Nelissa kerana ada perkara yang ingin dibincangkan. Tetapi akibat terlalu teruja sangat berbual dengan Hadif, Ean terus lupa.

“Hah, tahu pun! Memang pun along ni invisible dekat sini.” Dengan perasaan tidak puas hati Nelissa memerli adiknya dan sekaligus pakej dengan Hadif sekali.

“Alamak, abang Hadif macam mana ni? Along merajuk… Ean tak pandai pujuk, abang pujukkan boleh?” Soal Ean sambil menjongket-jongketkan keningnya nakal. Tidak serik kena penampar dengan Nelissa tadi, Ean masih lagi dengan perangai nakalnya dan mengenakan Nelissa sekali lagi.

“Ean!!!! Kau ni!!” Mencerlung mata Nelissa memandang Ean di sebelah. Matanya yang sedia bulat dan besar itu semakin bulat apabila sedang marah. Hadif pula sudah tergelak dengan kenakalan Ean dan sungguhlah dia terhibur melihat rupa Nelissa yang super marah itu.

“Kalau tuan punya badan tak kisah abang yang pujukkan, boleh aje abang pujuk…” Suara Hadif dengan nada seksi dia dan sempat lagi dia hantar pandangan menggoda kepada Nelissa.

Cepat-cepat Nelissa pandang tempat lain, huhh tidak sanggup dia menatap pandangan menggoda Hadif itu. Cair satu hal, seram pun ada. Hatinya pula lagilah jangan cakap, berdegup pantas daripada biasa!!

“Dah, dah.. Kau orang tak payah nak melalut sangat! Masuk topik utama, kau nak cakap pasal apa sebenarnya Ean?” Nelissa terus bersuara untuk mengubah topik. Lagi dua tiga kali berulang dia kena sakat, ada yang kena serangan jantung juga nanti sebab tak tahan kena sakat dasyat sangat.

“Hah, betul-betul. Menyimpang jauh lah pula kita ni daripada topik utama. Hmm macam ni, Ean nak bagitahu along pasal kenduri yang along ajak Ean temankan tu Ean tak boleh pergi lah.”

Berubah terus wajah Nelissa apabila mendengar bicara Ean itu. Adoii la adik dia ni.. Yang dia pergi cakap depan Hadif tu kenapa?? Lepas tu kenapa pula dah tak dapat pergi?? Hesy, stress betul dengan adik dia seorang ni.

“Kenapaaa???” Panjang harkat ‘kenapa’ Nelissa, tu dah terkejut sangat lah tu.

“Bila check balik jadual baru adik perasan yang minggu tu adik sangat-sangat busy dengan test, presentation bagai, due date assignment pun dah dekat. So, memang adik tak dapat pergi lah.” Salah Ean juga lah kalau dikira balik, masa setuju tu tak semak jadual betul-betul. Lepas tu baru perasan yang dia terlalu sibuk mengejar tarikh hantar tugasan dengan segala bagai test dan pembentangan, jadi memang tak dapat lah dia temankan Nelissa cerita dia.

“Kau ni macam-macam lah. Awal-awal tak nak cakap..!!” Tertahan-tahan suara Nelissa, nak marah tak guna, tak marah hati dia pula rasa macam nak meletup sebab terlalu geram.

Sorry lah Along, memang Ean tak perasan langsung kot. Along ajak angah lah temankan.” Ean cuba mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah Nelissa. Sekurang-kurangnya dia cuba lah juga bagi idea, tidak lah dia kejam sangat tinggal Nelissa begitu sahaja. Adik mithali ni, mana nak cari?? Sempat lagi Ean puji diri sendiri.

“Kalau angah boleh pergi along tak ajak kau tau! Kan dah cakap hari tu angah ada kerja minggu tu.”   
“Ermmm…” Hadif yang sejak tadi hanya mendengar sahaja perbalahan kedua-dua adik beradik itu tiba-tiba berdehem perlahan. Terus kedua-kedua Nelissa dan Ean memalingkan kepala menghadap Hadif di hadapan. Seorang menayangkan wajah yang penuh tanda tanya dan seorang lagi menayangkan muka cuak; risau kalau Hadif buka mulut pasal usulnya untuk pergi bersama-sama tu.

“Sebenarnya hari tu abang ada ajak along Ean ni pergi sekali dengan abang, tapi dia cakap tak nak…”

Kan dah cakap… Selesai sahaja Hadif berbicara terus Nelissa memalingkan muka ke tepi dan mencebik geram, matanya pula sudah tertutup untuk menahan marahnya yang semakin memuncak. Mahu saja dia debik-debik Hadif sekarang ini. Pandai betul Hadif mengambil peluang yang ada untuk meraih kemenangan kan!!

“Lah, yeke?Abang pun nak pergi ke kenduri tu?” Soal Ean. Bagus juga Hadif pun pergi, tak payah mereka susah-susah memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah Nelissa.

“Tu kawan abang jugak, mesti lah abang pergi. So I was thinking like dah alang-alang abang pun nak pergi, abang ajak lah Lis sekali. Tapi hari tu along Ean cakap dia nak pergi dengan orang lain.”

“Haa, ni dah tak jadi pergi dengan ‘orang lain’ tu. Boleh lah along pergi dengan abang Hadif.” Bicara Ean dan menoleh ke arah Nelissa di sebelahnya untuk meminta pandangannya. Nelissa pula sudah mahu berasap dengan adiknya yang seorang ini, sudah lah Ean tidak dapat menemaninya pergi boleh pula dia main tolak Nelissa untuk pergi dengan orang yang paling dia tidak mahu pergi. Mata Nelissa sudah dibeliak besar kerana terkejut dengan ‘keselambaan’ adiknya menyuruhnya pergi bersama Hadif.

Melihat Nelissa yang masih menghantar panahan maut pada Ean dan tidak memberikan apa-apa kata putus, Hadif lantas bersuara.

“Abang okey je, tak ada lah bosan kalau drive ada orang temankan kat sebelah. Tapi ikut lah, tu pun kalau Lis sudi …” Sengaja Hadif membuat ayat se-kasihan mungkin.

“Eh, dah abang ajak ni pun patutnya along memanjatkan kesyukuran tak terhingga tau! Kalau tak memang dia kena pergi sorang-sorang naik bas. Dia mana reti drive pun, nama aje ada lesen, tapi mana berani nak drive.” Ean tetap Ean, ayatnya kalau tak mengenakan orang tak sah!

Sekali lagi tamparan Nelissa mengenai tubuh Ean, kali ini di lengannya pula. Kalau bercakap tu tak memalukan aku tak boleh agaknya! Kalau dah asyik nak menyusahkan aku baik tak payah buka mulut, diam aje senang! Rela lagi aku naik bas daripada pergi dengan mamat ni. Nelissa merungut-rungut sendiri.

“Betul lah apa Ean cakap tu. Tak nak mengaku pula.”

“Ean, kau diam boleh tak?” Tempelak Nelissa, memang sudah tahap meluap-luap dah kemarahan dia dengan Ean ni.

Ean yang baru hendak membuka mulut membalas kata kakaknya terbantut pula apabila telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Terus tidak jadi niat dia nak membidas kata Nelissa dan tumpuannya beralih pula pada telefon bimbitnya. Ean bercakap-cakap dengan si pemanggil, dan sempat lagi dia bertepuk dahi bagai. Lupa sesuatu lah tu.

“Hah, so kita decide macam ni lah ye. Along pergi kenduri tu dengan Abang Hadif.”

Nelissa yang berura-ura mahu membantah kata-kata Ean yang memandai-mandai buat keputusan, tidak jadi meneruskan bicara apabila tangan Ean sudah naik di hadapannya yang memberi tanda agar Nelissa berhenti bercakap. Entah siapa adik siapa kakak pun tidak tahu sekarang ini!!

“Eh, dengar dulu apa Ean nak cakap. Along pergi dengan Abang Hadif, semua orang dapat benefit. Along tak payah pergi naik bas, Abang Hadif ada orang teman, Ean pun boleh selesaikan semua assignment Ean dengan senang hati. Tak ke bagus?” Seperti lagak seorang peguam Ean memberikan hujahnya.

Tanpa menunggu jawapan kedua-dua Nelissa dan Hadif, Ean bersuara lagi.

 “Okey, jadi kita decide macam ni lah. Ean dah nak kena gerak ni, kawan tengah tunggu. Abang Hadif tolong hantarkan Along balik boleh? Boleh ea…? Terima kasih Abang Hadif… Okey Along, adik gerak dulu. Bye, mwah mwah mwah…” Sempat lagi Ean melayangkan ‘flying kiss’ buat Nelissa walaupun wajah Nelissa memang sudah masam rupa asam kelubi. Langsung tiada segaris senyuman pun yang terpamer di wajahnya.

Dan Ean pun tidak menunggu lama, setelah salam diberi terus dia menghilangkan diri. Nelissa masih terpinga-pinga dengan pergerakkan adiknya yang laju rupa ninja itu, sekelip mata sahaja hilang tanpa sempat dia proses apa yang Ean cakap tadi. Kini tinggal lah dia berdua dengan Hadif di meja itu. Kedua-dua mereka tetap diam.

Krik..Krik..Krik..

Itu yang Nelissa dengar. Dia rasa pelik pula tiba-tiba ditinggalkan bersama Hadif di situ. Memang dasar adik biadab, sanggup tinggal kakak sendiri macam ni. Lepas ni dia jumpa aje Ean memang dia akan balas dendam ‘kaw-kaw’ punya. Tunggu lah nanti!!

“Saya balik dulu lah.” Kerana tidak tahu bagaimana untuk meredakan keadaan janggal antara dia dengan Hadif, terus Nelissa mencapai beg tangan dan berlalu tanpa sempat Hadif berkata apa-apa.

Untuk mengejar langkah Nelissa, cepat-cepat Hadif memanggil pelayan café.  Sekeping not lima puluh ringgit diletakkan di atas meja dan tanpa menunggu pelayan café datang, Hadif terus bagun dan mengejar Nelissa.

Nasib baik Hadif dikurniakan kaki yang panjang, dapat juga dia mengejar langkah Nelissa yang laju itu. Lengan Nelissa dicapai untuk menghentikan langkah gadis itu. Kemudian terus dia bergerak ke hadapan Nelissa. 

Nelissa pula sudah tidak selesa dengan tangan Hadif yang masih di lengannya, pantas dia menggerak sedikit tangannya untuk melepaskan tautan tangan Hadif. Nasib baik hari ini dia memakai blaus lengan panjang, kalau tak free-free sahaja Hadif dapat sentuh lengan dia. Hadif ni pun cakap tak serupa bikin, hari tu kata tak kan ulang perangai macam ni, hari ni buat lagi. Terus Nelissa mencebikkan bibirnya dan memalingkan wajahnya ke tepi, tidak ada mood mahu memandang muka Hadif walaupun muka Hadif tu kacak.

“Lis… Jangan lah macam ni, saya hantar awak balik okey?” Lembut nada Hadif memujuk Nelissa. Dia tahu gadis itu sedang marah, marahkan Ean dan pastinya peratusan marahnya itu juga ada yang berpunca daripada Hadif sendiri.

“Tak payah, saya boleh balik sendiri.” Dingin suara Nelissa membalas dan terus dia membuka langkah untuk bergerak.

Tetapi Hadif bergerak jauh lebih pantas. Dia juga bergerak mengikut langkah Nelissa, menghalang jalan gadis itu.

“Lis… Ean suruh saya hantar awak, nanti apa pula kata dia kalau saya biarkan awak balik sendiri. Saya hantar okey..? Pasal kenduri tu saya tak paksa awak, kalau awak tak nak pergi sekali pun tak apa.” Semakin lembut suara Hadif memujuk Nelissa. Dia tidak betah melihat rajuk gadis yang semakin mendapat tempat di hatinya itu.

Mendengar pujukan Hadif yang lembut dan membuai-buai perasaan itu, hati Nelissa mula goyah dan termakan dengan pujukan lelaki itu. Wajahnya yang tadinya ketat sudah kendur perlahan-lahan, beransur-ansur raut wajah marahnya hilang dan digantikan dengan raut wajahnya yang lebih lembut.

“Awak fikir-fikirkan dulu, ikut keselesaan awak. Saya tak paksa.” Hadif bersuara lagi dengan suara seksi dia, Nelissa makin goyah.

“Sekarang jom saya hantar awak balik dulu. Dah nak magrib ni, cepat sikit awak sampai kalau saya hantar. Lagipun bahaya awak balik seorang, dah nak malam dah ni.”

Okey, memang Nelissa cair. Arghh, Hadif memang pandai memujuk hatinya. Mana dia tahan dengan Hadif mode prihatin macam ni. Perlahan-lahan kepalanya diangguk perlahan.

Tersenyum Hadif melihat anggukan Nelissa. Berjaya pun!!

“Jom..”

Hadif mula mengorak langkah dan diikuti Nelissa daripada belakang. Nelissa hanya menunduk kerana otaknya sibuk berfikir. Kalau macam ini lah gayanya, ada juga nanti yang jatuh cinta dengan orang yang sama untuk kali kedua. Macam mana lah dia nak sekat hatinya daripada terus jatuh tersungkur kalau Hadif terus bersikap begini? Eh, tak boleh jadi macam ni.. Dia mesti kena sekat juga diri daripada jatuh cinta dengan lelaki yang sama ini, dia dah serik dan dia masih sedar diri lagi. Siapa lah dirinya kalau nak digandingkan dengan lelaki sehebat ini, dan sebab yang paling utama adalah kerana dia takut! Takut, sejarah lama berulang kembali…

..BERSAMBUNG..
    Much Love
        XoXo
      ..Zhee..

4 comments: