Followers

Friday, January 24, 2014

**Love Letter** 16

Hey Hey Hey... Hmmm tak tahu nak cakap apa... 

Cuti ni bosannnnn.. Hehehe

Nah lah bab 16... Enjoy... Mwahhh mwahhh... 



~LOVE LETTER ~

 ~16~

Terkesima, terkejut, dan rasa tidak percaya masih membelenggu Nelissa sejak bergerak daripada rumahnya tadi. Sekarang ini kereta sudah pun melepasi Tol Jalan Duta dan meluncur laju membelah lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Pulau Pinang, tetapi Nelissa masih kaku dan beku di tempat penumpang gara-gara tiga rasa yang disebut tadi tu lah.


Pagi tadi kalut-kalut Nelissa bersiap apabila Hadif menelefonnya dan memberitahu dia sudah dalam perjalanan ke rumah untuk menjemputnya. Kelam kabut Nelissa bersiap kerana dia tahu Hadif memang seorang yang mementingkan ketepatan masa dan paling tidak suka menunggu. Memang tidak cukup tanah dia bergerak dan semua pun gara-gara dia terlewat bangun pagi tadi lah, mentang-mentang dia uzur jadi memang peratusan terlajak tidur tu tinggi. Bersiap ala kadar sahaja, terus Nelissa mencapai beg baju dan turun ke bawah. Nasib baik juga dia memang sudah menyiapkan beg bajunya malam tadi, kalau tidak lagi lah dia kalut. Tetapi…

Apa yang peliknya; apabila dia turun ke bawah tidak pula dia nampak kereta Hadif. Jadi Nelissa pun tunggu sahaja lah di situ. Adalah dalam nak dekat sepuluh minit Nelissa tunggu, pun tidak juga Hadif sampai. Kalau ikut anggaran Nelissa, memang patutnya Hadif sudah sampai lama dah sebab semasa Hadif telefon dia tadi katanya sudah hampir benar dengan rumah Nelissa. Rasa macam tidak logik lah pula kalau Hadif tidak sampai-sampai lagi. Lepas tunggu lagi lima minit, akhirnya Nelissa memutuskan untuk menelefon Hadif sahaja.

“Helo, awak dah sampai ke?”

“Helo, awak dah siap ke?”

Serentak Nelissa dan Hadif bersuara apabila talian bersambung.

“Laa… Saya dah lama dah sampai.” Hadif bersuara lagi. Kali ini Nelissa tidak bersuara dan membiarkan Hadif bercakap terlebih dahulu.

“Eh, saya dah dekat bawah ni nak dekat lima belas minit dah. Tak nampak pun awak?” Nelissa berkata membela diri.

Hadif yang sedang memegang telefon bercakap dengan Nelissa pantas meninjau-ninjau ke sekeliling untuk mencari kelibat gadis itu. Dan apabila matanya menangkap kelibat yang dicarinya, terus dia tersenyum. Patut lah tak perasan, Nelissa tunggu di belakang sana tu.

Tadinya dia sangkakan yang Nelissa belum siap lagi jadi dia pun tunggu sahaja lah tanpa menelefon kerana Nelissa sudah memberitahu yang dia bangun lewat tadi. Walaupun Hadif memang seorang yang tidak gemar menunggu, tetapi kalau perkara yang melibatkan Nelissa semua pun boleh…

I saw you girl, wait there.” Terus talian dimatikan. Tangan pula laju memasukkan gear reverse dan menggerakkan kereta menghampiri tempat di mana Nelissa berdiri.

Nelissa pula terkebil-kebil memandang telefonnya di tangan, tidak dapat memproses maklumat kerana tindakan Hadif yang terlalu laju mematikan talian secara tiba-tiba. Sedang dia masih keliru sendiri, sebuah kereta Ferrari F12 merah garang berhenti di hadapannya. Makin terkebil-kebil Nelissa dibuatnya, ni dah siapa pulak dah?? Mana lah pernah kereta mahal macam ni muncul dekat flat buruk yang dia tinggal ni, jangan cakap muncul, lalu pun tak pernah!

Apabila tingkap kereta diturunkan, wajah Hadif menerpa pandangannya. Terus Nelissa jatuh rahang. Lah, Hadif ke…

“Masuk lah Lis.”

Tiada respon.

Nelissa masih tegak berdiri dengan rahangnya yang masih jatuh itu.

Terkesima.

Terkejut.

Teruja..

Erk? Ya lah sebab nampak Ferrari depan mata…

Melihatkan Nelissa yang tidak bergerak, terus Hadif keluar daripada perut kereta dan melangkah menghampiri Nelissa. Beg di tangan gadis itu dicapai dan baru lah Hadif lihat Nelissa seperti tersedar daripada lamunan. Lantas senyuman seksi yang menjadi trademark nya dihadiahkan buat Nelissa.

Makin tersentak Nelissa apabila ditayangkan dengan senyuman maut Hadif itu. Hatinya mula lah tidak mendengar kata dan membelot tuan, berdetak-detak jantungnya akibat tidak tahan melihat senyuman itu.

“Lis…” Entah bila, Hadif sudah berada di pintu penumpang dan entah bila juga pintu kereta sudah dibukanya. Kepala Hadif digerakkan sedikit tanda isyarat menyuruh Nelissa masuk.

Dengan perasaan teragak-agak akhirnya Nelissa menghampiri juga Hadif. Tidak terus masuk, Nelissa berhenti di hadapan pintu kereta dan Hadif dipandang sekilas.

Hop in..” Arah Hadif Sambil tersenyum.

Dan akhirnya… Baru lah Nelissa masuk ke dalam kereta.

Itu lah sebabnya dia masih kaku dan beku di tempat penumpang sejak dari tadi. Sebenarnya Nelissa terkejut sangat, sungguh lah tidak pernah dia membayangkan sepanjang hidupnya ini dia akan berpeluang naik kereta mewah ni, Ferrari haa… Dan lagi satu sebab kenapa dia beku tu adalah sebab apabila dia melihat meter kelajuan, memang kecut perut dibuatnya. Laju gila Hadif bawa kereta…

“Lis, are you okay? Nampak semacam aje?” Hadif menoleh sekilas Nelissa di sebelah. Memang Hadif perasan, sejak mereka bertolak daripada rumah Nelissa tadi lagi gadis itu hanya mendiamkan diri dan wajahnya seperti cuak pun ada.

“Eh, fokus!! Pandang depan! Awak tu tengah memandu.” Sedikit terjerit Nelissa bersuara. Makin takut pula dia apabila melihat cara pemanduan Hadif yang selamba hanya menggunakan sebelah tangan untuk memegang stereng. Lepas tu kelajuan dia pula, memang tak payah cakap lah…

“Err… Hadif, awak tak rasa macam laju sangat ke awak bawak kereta ni?” Teragak-agak Nelissa membuka mulut. Pada mulanya dia rasa macam tak patut cakap, tapi bila fikirkan nyawanya yang berada di tangan Hadif sekarang ni, dia rasa memang dia wajib cakap!!

Tergelak Hadif dibuatnya dengan riaksi Nelissa itu. Oh, jadi sebab itu lah yang membuatkan wajah Nelissa pucat dan cuak semacam. Takut sebab dia bawa kereta laju rupanya.

Standard lah ni… Laju ke?” Hadif mengerling sekilas meter kelajuan, baru 180km/j. Kira perlahan lah untuk kereta dia ni.

Terlopong Nelissa apabila mendengar kata selamba Hadif itu. Huhh, kalau dia tahu Hadif yang jenis bawa kereta laju macam ni dia rela lagi bersusah payah naik bas. Ini semua Ean punya pasal dan Hadif punya pasal juga. Siapa suruh dia pandai sangat memujuk? Last-last Nelissa mengalah juga dan bersetuju untuk pergi ke kenduri Sofea dan Zariel bersama-sama.

“Tak payah risau lah. Insyaallah, kita selamat.” Masa ini sahaja lah pun Hadif nak lepas gian bawa kereta laju-laju macam ni, ingat selalu ke dia naik kereta Ferrari F12 dia ni. Selalunya Hadif lebih selesa pandu Porsche Cayenne dia sahaja. Kalau naik Cayenne pun boleh aje nak bantai laju-laju tapi dalam KL yang sesak tiap-tiap hari tu dalam mimpi ajelah.... 

Hmm.. Dah Hadif cakap macam tu Nelissa aminkan sahaja lah dan ditambah dengan doanya yang berjela supaya mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kalau tidak… Tidak tercapai impian Sofea nak dia jadi pengapit masa kenduri nanti. Erk, eh apa yang kau merepek ni Lis!! Nelissa sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Hah, dah kenapa pula tu tergeleng-geleng?” Lucu pula Hadif melihat Nelissa yang serba tidak senang duduk itu.

“Tak ada apa-apa!” Laju Nelissa menjawab. Malu dia apabila ditegur tiba-tiba begitu.

Hadif hanya ketawa, terhibur hatinya dengan keletah Nelissa yang kalut itu. Nampak cemerkap tetapi pada waktu yang sama comel padanya. Huhh, kalau orang dah jatuh cinta tu semua pun nampak comel….

                                                            *~*~*

Uui..uui.. Khai.. Laju nya? Nak ke mana? Singgah lah dulu bro..”

Khai yang tadinya menonong sahaja jalannya kerana ingin cepat-cepat pulang ke rumah terus terbantut apabila rakan-rakannya sudah memanggil. Hatinya berkira-kira sama ada ingin meneruskan niat pulang ke rumah ataupun singgah dulu di situ. Sudah agak lama juga dia tidak melepak bersama-sama rakan-rakannya itu. Sebenarnya Khai tidak ada mood untuk melepak tetapi nanti bila dia tidak pergi karang dia dicop kerek pula. Akhirnya dia berpatah balik dan menuju ke arah tempat lepak rasmi geng-geng muda di bawah rumah flat ini.

“Apa cer kau sekarang? Lama tak lepak sekali.” Soal Ali pada Khai apabila dia sudah mengambil tempat di situ.

“Tak ada lah, aku sibuk kerja je.”

Hakikatnya, Khai selalu memerapkan diri dalam rumah sekarang ini adalah kerana impak ditolak oleh Nelissa tempoh hari. Hilang habis keceriaan hidupnya apabila terfikir kembali kata-kata Nelissa kepadanya. Hampir setahun dia cuba memikat Nelissa dan langsung tidak pernah terlintas di hatinya untuk berputus asa walaupun dilayan acuh tidak acuh sahaja oleh gadis itu. Tetapi apabila dia dihadiahkan kata-kata tajam Nelissa tempoh hari, terus keyakinannya untuk memikat gadis itu jatuh merundum. Apa lagi yang boleh dia lakukan jika Nelissa sudah memberi kata putus begitu? Tak kan mahu terhegeh-hegeh lagi?

“Sibuk sangat sampai langsung tak ada masa nak lepak? Tak ada life lah kau ni bro..” Jeff pula menyampuk.

“Iyalah, dia tu kerja dengan orang. Bukan macam kau! Sendiri jadi bos, buka ladang tanam anggur!” Tidak semena-mena Jeff ditempelak oleh Palie dan disambut oleh gelak tawa mereka semua.

“Kau pun sama aje dua kali lima macam aku, ada hati bising-bising pula.” Jeff sudah mencebik. Ada beberapa orang di antara mereka memang penganggur kehormat, tiap-tiap hari kerja mereka apa lagi; kalau bukan melepak.

“Eh, gadis idaman kau apa cerita pulak? Dah dapat ke?” Mereka semua memang sudah maklum yang Khai memang sudah tangkap cintan dengan gadis manis bernama Nelissa itu. Malah bukan Khai sahaja, mereka juga tertarik dengan Nelissa. Tetapi Khai awal-awal sudah bagi amaran jangan potong line.

Khai hanya mampu mengeluh sahaja apabila nama Nelissa dibangkitkan. Pedih hatinya memikirkan kembali kata-kata penolakan gadis itu.

“Macam kau orang tak tahu, Lis tu susah gila nak tackle.”

“Adoii Khai, kata jejaka terhangat dekat flat ni. Perempuan seorang ni pun tak dapat-dapat lagi kau tackle.” Jeff sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Yang lain sudah bantai gelak besar.

“Kau cakap senang lah der… Kau try dulu aku nak tengok.” Berapi pula Khai dibuatnya apabila diprovok oleh kawan-kawannya itu.

“Lah, kalau kau cakap awal-awal, dah lama aku dah try. Lis tu cun dowhh..” Usai Jeff bersuara, Khai terus menunjukkan buku limanya. Mendidih pula darahnya dengan Jeff ini, sengaja menaikkan kemarahannya sahaja.

“Woahh.. Relaks lah bro.. Aku main-main aje lah.” Jeff menolak buku lima Khai supaya kembali ke ribanya semula.

“Dah nak dekat setahun aku try nak tackle dia. Tapi dia macam biasa lah dengan perangai acuh tak acuh dia tu.” Khai merungut. Sepanjang pengalaman dia memikat perempuan, Nelissa adalah perempuan yang paling susah dan mengambil masa paling lama untuk dia pikat. Selalunya tidak sampai sebulan jeratnya sudah mengena. Tetapi Khai ini jenis yang makin perempuan jual mahal, makin dia bersemangat untuk mencuba dan tidak akan berputus asa selagi tidak berjaya. Sebab itu lah dia dapat bertahan memikat Nelissa dalam tempoh yang lama.

“Aku rasa Lis tu dah ada balak lah. Sebab tu lah dia tak layan kau.” Palie tiba-tiba bersuara.

“Mana kau tahu….” Ali pula menyoal Palie. Selama ini tidak pernah pun mereka lihat Nelissa melayan mana-mana lelaki yang menunjukkan minat padanya. Yang nak pikat dia tu berderet, tapi seorang pun dia tidak layan dan salah seorang daripadanya adalah si malang kawan mereka yang bernama Khai ni.

“Tadi aku nampak ada sorang mamat ni datang jemput dia.” Semasa Palie baru pulang daripada kedai tadi, terbeliak matanya apabila terpandang kereta Ferrari terparkir megah di kawasan rumah flat buruk mereka ini. Matanya memang tidak lepas daripada menelek kereta idamannya itu. Dan makin melopong mulutnya apabila lelaki pemilik Ferrari tersebut sebenarnya datang untuk menjemput Nelissa.

Berubah terus muka Khai apabila mendengar penerangan Palie itu. Makin mendidih darahnya, terasa seperti egonya dicalar-calarkan oleh Nelissa.

“Kau orang tahu tak mamat yang datang jemput dia tu, perghhhh… kaya sial!! Naik Ferrari kot…!!” Teruja Palie bercerita apa yang dilihatnya pagi tadi.

Semua di situ sudah jatuh rahang mendengar cerita Palie kecuali Khai seorang. Kemarahannya tertahan-tahan, rasa seperti ditikam berkali-kali apabila mendapat cerita begini. Bayangkan, selama hampir setahun dia membuang masanya hanya untuk Nelissa, alih-alih Nelissa memilih lelaki lain. Oh, jadi Nelissa pun sama macam tipikal perempuan lain? Yang hanya menjadikan kekacakan dan kekayaan seseorang lelaki itu sebagai kayu pengukur dalam memilih teman? Sumpah lah dia rasa terbakar sekarang ini!!

PerghhTaste tinggi siak. Mamat Ferrari baru dia pandang. Kita ni, sebelah mata pun dia tak pandang! Puiii…” Kata-kata Ali itu makin membuatkan hati Khai terbakar dek rasa marah, cemburu, bengang... semua ada!

“Baik kau give up aje lah Khai… Siapa lah kita nak fight dengan mamat Ferarri tu.” Nasihat Jeff sambil menepuk-nepuk bahu Khai. Yang lain turut mengangguk-angguk tanda setuju dengan Jeff.

Khai tidak beriaksi, dia hanya mendiamkan diri menahan diri daripada meletup. Setiap patah kata yang keluar daripada mulut rakan-rakannya itu seolah-olah membakar telinganya. Bukan sepatah sahaja, tetapi SETIAP PATAH! Menyakitkan hati, membakar diri!

Akhirnya Khai berdiri, ingin pulang ke rumah sebelum dia mengamuk di situ. Menyesal pula menyinggah dahulu tadi, kalau dia terus pulang pun lagi bagus. Tidak lah sakit hatinya.

“Aku nak balik.”

Tanpa ucapan selamat tinggal, Khai terus berlalu meninggalkan rakan-rakannya. Panggilan mereka langsung tidak dihiraukan, dia terus melangkah membawa hatinya yang panas terbakar. 

..BERSAMBUNG..
     Much Love
         XoXo
      ..Zhee..


4 comments:

  1. Replies
    1. Sabar ye baby Mio.. tunggu minggu depan pulak.. hehehe

      Delete
  2. Eh eh...mcm salah Lis plak si Khai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. memang punnn dia tu... macam lah Lis ni yang terhegeh-hegeh sangat nak kat Hadif ye dokk...

      Delete