Followers

Saturday, February 1, 2014

**Love Letter** 17



~LOVE LETTER ~
 ~17~
Apabila kereta berhenti bergerak, Hadif memusingkan tubuhnya supaya menghadap Nelissa di sebelah. Nelissa yang pulas tidur direnung lama.

Patut lah sejak tadi diam saja, sedapnya dia tidur kan…


Tangan Hadif sudah dirapatkan ke arah Nelissa, ingin mengejutkan gadis itu. Tetapi apabila tangannya semakin mendekat, tiba-tiba sahaja tangan Hadif membeku di situ. Hadif teringat dengan janjinya sebelum ini yang akan mengawal tingkahnya apabila bersama Nelissa.

Eyy, naughty hand. Mana boleh!’ Kata hati Hadif melarang tangannya daripada terus bergerak. Lantas tangan kirinya yang beku itu ditampar dengan tangan kanan. Kedudukan yang senget dibetulkan semula. Selepas ini, Hadif perlu menjaga tingkah lakunya, dia tidak mahu nanti Nelissa hilang kepercayaan dengannya. Jika Nelissa sudah hilang kepercayaan itu, memang tipis lah peluang dia dalam proses memikat Nelissa nanti. Hadif berdehem sedikit sebelum bersuara untuk mengejutkan Nelissa.

“Nelissa…. Bangun, dah sampai ni.”

Hanya dengan sekali kejut, Nelissa sudah tersedar. Nelissa lantas membetulkan kedudukannya yang tadinya sudah senget ke sebelah pintu. Mata yang kelat dipisat-pisat, mengantuk betul dia hari ini.

“Hmm.. Kita dekat mana ni?” Suara baru bangun tidur, sedikit serak bunyinya.

“Kita makan dulu lah, tadi berhenti pun awak tak makan.” Hadif sudah berhenti di sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Pulau Mutiara itu. Kalau dah datang ke Pulau Pinang, memang wajib lah makan nasi kandar kan.

Nelissa hanya mengangguk perlahan sahaja, matanya masih kelat. Tadi semasa mereka berhenti di hentian rehat dan rawat, dia tiada selera untuk menjamah sebarang makanan. Nelissa kalau waktu dia sedang datang haid memang dia kurang selera makan, tambah pula dengan sakit senggugut, lagi lah dia tiada selera.

“Kenapa tak makan Lis?” Soal Hadif apabila mereka berdua sudah duduk di meja dengan seorang sepinggan nasi.

“Tak lalu lah.” Tutur Nelissa perlahan. Tekaknya sudah berasa sedikit mual. Sudah lah tidak biasa makan nasi kandar, kena pula dengan hari awal-awal haidnya datang, memang tekaknya mengada-ada sikit.

“Lah tak lalu? Rugi tau tak makan ni bila datang Penang.”

“Saya tak biasa lah makan nasi kandar ni.”

Alasan. Memang lah tak biasa tapi tak ada lah sampai tak lalu terus. Tapi Nelissa pun tak nak lah bercerita pasal itu kepada Hadif, dia mana faham sakit orang perempuan! Buat malu sahaja!

“Makan sikit pun jadi lah. Nanti sakit perut kan susah.” Hadif cuba memujuk lembut.

Nelissa mengeluh. Bukannya dia tidak mahu makan, tetapi tekaknya memang agak loya dan kepalanya sudah pening.

“Saya pening sikit lah Hadif… Sebab tu tak lalu.” Beritahu Nelissa sebelum mencapai gelas limau ais di hadapan yang menyedutnya perlahan. Dalam hati berharap Hadif tidak lagi memaksanya untuk terus menelan sebarang makanan, memang tekaknya sudah tidak boleh terima dah. Tetapi, lain yang diharap lain pula yang jadi!

“Pening? Awak tak sihat ke Lis? Jom saya bawa pergi klinik.” Hadif cepat-cepat menyudahkan suapannya dan menolak pinggannya ke hadapan. Kalut benar dia apabila mendengar yang Nelissa kurang sihat.

“Eh, tak payah lah. Saya ni pening sebab jalan jauh aje ni.” Nelissa menegah. Mengarut betul Hadif ni, bukan teruk pun sakit dia sampai nak ke klinik bagai…

No, I said clinic.” Tegas Hadif. Muka seriusnya sudah ditayangkan depan Nelissa.

“Hadif! Saya okey lah, nothing much. Biasa lah sakit macam ni tiap-tiap bulan.” Nada Nelissa sudah naik sedikit. Biasalah waktu-waktu begini memang mood swing, cepat naik marah.

Melopong Hadif dibuatnya apabila otaknya dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Nelissa itu. Itu lah Hadif, siapa suruh kalut sangat. Kan dah malu…. Lantas Hadif berdehem sedikit untuk menghilang rasa malu yang bersarang dalam hati.

Wehh bro… Lama dah sampai?” Nasib baik Zariel datang tepat pada masanya. Kehadiran tiba-tiba Zariel di situ mematikan suasana kekok di antara Hadif dan Nelissa.

Nelissa melihat Hadif sudah pun bangun dan bersalaman serta memeluk kemas tubuh Zariel. Wajahnya begitu ceria.

“Eh, ada orang lain.. Tak perasan pulak. Woahh maju kau sekarang Hadif, dah bawak awek!” Zariel menyakat. Akhirnya… Ada pun kekasih kawannya seorang ini, hampir-hampir sahaja dia ingat yang Hadif ini tidak ‘straight’. Nelissa sudah memerah wajahnya akibat usikan Zariel itu. Isyhh, Hadif cepat lah terangkan perkara yang sebenar!! Nelissa sudah mengomel di dalam hati.

Namun begitu, Hadif hanya tersenyum senang tanpa ada tanda-tanda mahu menjelaskan perkara yang sebenar. Dia lagi suka jika apa yang dikatakan Zariel tadi menjadi kenyataan.

Tidak mahu mengendahkan Hadif yang sudah senyum sampai telinga dan Zariel yang masih galak mengusik, Nelissa buat-buat tidak faham di tempatnya. Tangannya bermain-main dengan telefon bimbit di tangan, menghantar mesej pesanan ringkas kepada Sofea untuk memberitahu ketibaannya di Pulau Pinang ini.

Tidak sampai lima minit, telefon bimbitnya berdering dan di skrin telefon bimbit terpampang nama Sofea. Nelissa lantas mengengsot ke tepi untuk menjauhi Hadif dan Zariel yang sedang rancak berbual itu.

“Helo..”

“Lis, kau dah sampai dah? Cepatnya?” Suara kalut Sofea mencecah pendengaran Nelissa, sampai helo pun tak sempat dia ucapkan.

“Aku lupa pulak nak cakap dengan kau. Aku datang sini tumpang orang, aku tak naik bas.” Perlahan suara Nelissa menjawab panggilan Sofea, tidak mahu lah pula mengganggu perbualan kedua lelaki di hadapannya itu.

“Hah? Kau tumpang siapa? Ni kau ada dekat mana?” Makin gelabah suara Sofea.

“Adalah kawan aku. Aku sekarang singgah makan kejap.”

“Habis tu kau nak aku jemput kau ke tak? Ke kau nak terus datang sini sendiri?”

“Err… Aku macam tak ingat aje jalan nak rumah kau.” Ujar Nelissa lalu tersengih. Berapa lama dia tidak datang ke rumah Sofea, mana lah dia nak ingat jalan.

“Okey lah aku pergi jemput kau lah kalau macam tu. Kau ada dekat mana tu?” Soal Sofea lagi.

“Err.. Kejap-kejap.” Nelissa sendiri pun tidak pasti di manakah kedudukan restoran ini. Masa sampai tadi pun dia masih mamai lagi, dia hanya ikut sahaja langkah Hadif. Terus telefon dijauhkan sedikit daripada telinga dan ditutup dengan tangan kanan, selepas itu dia bertanya pada Hadif tentang kedudukan mereka sekarang ini.

“Aku sekarang ni dekat restoran nasi kandar Kamal Mustapha, kau tahu kan?” Beritahu Nelissa pada Sofea yang menunggu setelah mendapatkan kepastian daripada Hadif tadi.

“Owhh.. Okey, dua puluh minit aku sampai.”

Selesai berbicara dengan Sofea, baru lah Nelissa perasan yang pandangan Hadif sudah tertumpu padanya, dan bukan lagi pada Zariel. Nelissa pelik, lantas keningnya dijongket tanda bertanya ‘kenapa?’.

“Siapa tu?”

“Hmm… Fea. Saya bagitahu dia dah sampai. Nanti dia datang ambil.” Ujar Nelissa tenang.

“Lah, kan saya cakap nanti I’ll drop you over. Kenapa susah-susah suruh dia ambil pulak?” Nada Hadif sudah mula berubah.

“Saya mana ingat jalan nak pergi rumah dia. Awak tahu ke?” Soal Nelissa semula pada Hadif, nadanya sedikit sinis.

“Apa guna tunang dia dekat sini kalau tak tahu jalan rumah dia?” Balas Hadif, juga sinis. Sengaja mahu mengenakan Nelissa kembali.

Zariel yang sejak tadi hanya membisu melihat perbalahan mereka tiba-tiba tersedar apabila namanya disebut Hadif. Eh, apa kena mengena dia dalam pergaduhan mereka?

“Kejap, kau cakap tunang siapa?” Soal Zariel sedikit keliru.
“Amboi, tunang sendiri pun dah tak ingat ke?” Perli Hadif sambil tergelak. Tahulah bekas player pun, tapi agak-agak lah kalau sampai tunang sendiri yang lagi dua hari akan diangkat status menjadi isteri tu pun dia lupa.

“Lah, ni ke Zariel?” Kali ini Nelissa punya menyoal. Dan soalan Nelissa itu makin mengelirukan Zariel, langsung dia tidak memahami situasi sekarang ini.

“Eh, kau orang ni cakap apa? Kenapa aku tak faham sepatah haram pun.”

“Tunang kau nama apa?” Hadif menyoal Zariel seperti sedang menyoal budak sekolah.

“Sofea Liyana.” Zariel pun menjawab macam budak sekolah.

“Kau tunang siapa?”

“Sofea Liyana lah.” Jawab Zariel sedikit bengang, tidak faham mengapa Hadif menyoalnya dengan soalan bodoh macam tu.

“Haa… Sofea Liyana lah.” Hadif memberikan jawapan.

Kejap, Zariel masih lagi bingung.

“Ye lah, memang lah Sofea tunang aku.  Tapi apa kena mengena kami dalam pergaduhan kau orang tadi?”

“Dah. Dah. Awak ni mengarut aje Hadif. Cakap main belit-belit apa entah. Biar saya yang jelaskan.” Nelissa sudah memotong kata Hadif sebelum sempat lelaki itu membuka mulut lagi.

“Tadi yang on the phone dengan saya tu tunang awak, Sofea. Saya kawan dia, Nelissa. Pernah dengar nama saya?” Nelissa menjelaskan perkara yang sebenar untuk merungkaikan segala kekusutan yang melanda Zariel.

Usai dia berbicara, Nelissa sudah melihat mulut Zariel membentuk huruf ‘O’. Lama dia berkeadaan begitu.

“Awak lah Lis yang Sofea selalu sebut tu? Hahaha, dapat pun jumpa awak.” Zariel sudah tergelak. Tidak sangka pula pertemuan pertama mereka begini, memang sudah lama dia ingin ketemu dengan rakan baik bakal isterinya ini. Selalu sangat Sofea bercerita tentang Nelissa kepadanya, tetapi mereka tidak berkesempatan untuk berjumpa lagi.

Nelissa hanya menggangguk. Dia juga sudah tersenyum, juga tidak sangka pertemuan pertama mereka akan berlaku sebegini.

“Lah, kalau macam tu kenapa tak suruh aje saya hantar awak pergi rumah Sofea tadi?” Zariel bertanya lagi.

“Mana lah saya tahu awak ni Zariel. Ni pun pertama kali kita jumpa kan.” Sebelum ini pernah lah juga Sofea menunjukkan gambar Zariel kepadanya, tetapi setakat gambar sahaja, mana lah dia nak cam Zariel.

“Ye tak ye jugak.” Zariel sudah tergelak.

Perbualan mereka terhenti apabila Sofea menghampiri dan menyapa mereka bertiga.

Nelissa terus bangun dan memeluk rakannya itu, dia tidak menghiraukan pandangan kedua lelaki di hadapannya itu. Rindunya pada Sofea sudah membuak-buak, lama sudah dia tidak berjumpa dengan Sofea.

“Yang ni tak nak peluk ke?”

Sofea yang mendengar suara yang amat dikenalinya itu lantas meleraikan pelukan dan menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat tunangnya yang duduk santai di situ. Tadi dia tidak perasan kelibat Zariel kerana kedudukannya yang membelakangi lelaki itu.

“Eh, awak…!! Macam mana boleh ada dekat sini?” Sofea nyata terkejut.

“Lis, tolong explain buat kali kedua ya.” Ujar Zariel sambil tergelak.

Jika tadi Zariel kebingungan, kini giliran tunangnya pula.


                                                            *~*~*~*


Kereta dipandu tenang oleh Sofea, dia hanya diam di tempat pemandu. Sebenarnya dia masih memikirkan kejadian di restoran tadi. Nelissa juga hanya diam, penat ditambah pula dengan sakit setiap bulannya yang melanda, makin tiada mood untuk dia berceloteh walaupun dia teruja berjumpa dengan Sofea. Kalau selalu, memang riuh sekampung jika dua sahabat ini bertemu.

“Lis aku ada kemusykilan ni.” Sofea tiba-tiba bersuara memecah keheningan.

Nelissa yang tadinya baru sahaja mahu terlelap, terus terbuka matanya apabila mendengar suara Sofea.

“Hmm.. apa yang kau musykil?” Malas sahaja suara Nelissa keluar, biasa lah orang mengantuk.

“Yang tadi tu… Hadif? Aku pernah jumpa dia ke?” Soal Sofea sambil menjeling Nelissa di sebelah. Dilihatnya Nelissa sudah membetulkan kedudukannya, dan dia nampak sedikit…; kalut!

“Dia tu….” Sofea membiarkan ayatnya tergantung, Nelissa dipandang untuk meminta kepastian. Akhirnya, Nelissa hanya mengangguk perlahan. Macam mana pun lambat laun nanti Sofea akan tahu juga.

“Betul lah dia? Amirul Hadif? Senior kita dulu? Yang kau suka gila tu?” Bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut Sofea. Dah macam machine gun dah pun.

“Ya, ya, ya… Memang dia.” Nelissa sudah naik rimas dengan Sofea yang tiba-tiba overreacted itu.

Sofea sudah jatuh rahang! Lima saat kemudian, baru lah dia melepaskan tawanya.

“Macam mana kau boleh sesat datang dengan dia pulak? Bila masa kau jumpa dia balik?” Masih seperti tadi, Sofea dengan soalannya yang tidak berhenti-henti. Teruja sangat!

“Hmm… Aku jumpa dia dalam sebulan lepas kot? Dia salah seorang klien syarikat aku, kami jumpa dekat pejabat aku tu lah.” Malas Nelissa nak main aci selindung bagai ni, lagipun memang dia selalu bercerita semuanya kepada Sofea.

Wow… So macam mana? Mesti kau excited jumpa crush lama kan…” Ada tawa di hujung ayat Sofea itu. Dia pula yang rasa teruja bila Nelissa berjumpa semula dengan Hadif.

“Banyak lah kau punya excited!! Masa awal-awal tu mana aku cam dia pun.” Nelissa mencebik. Dia teringat sewaktu Hadif memberitahunya yang mereka ini pernah bersekolah di sekolah yang sama hari itu, memang dia terkejut sangat.

“Yo lah tu tak ingat!” Sofea sudah ketawa, sedikit sinis.

“Betul lah weii… Kau tahu tak, masa tu dah lah aku cuak aje bila dengan dia.” Nelissa mengubah kedudukannya supaya menghadap Sofea yang sedang memandu, lagi seronok nak bercerita.

“Haa? Cuak pasal apa?” Makin berminat Sofea mahu mendengar cerita penuh daripada Nelissa.

“Ye lah, masa awal-awal tu aku siap marah-marah dia lagi sebab dia terlanggar aku tapi tak minta maaf. Aku bengang lah! Siap tinggi-tinggi suara segala…” Nelissa jeda sebentar, mahu menarik nafas kerana terlalu panjang ayatnya tadi.

“Lepas tu??” Gesa Sofea apabila Nelissa berhenti lama.

“Lepas tu, masa dia masuk bilik meeting tu memang melopong lah aku. Rupa-rupanya dia lah klien syarikat kami yang penting sangat tu!!! Aduiii, sumpah lah malu wehh!!!” Nelissa menekup mukanya apabila bercerita tentang pertemuan pertamanya dengan Hadif dulu. Sampai sekarang bila diingat semula, perasaan malunya tetap ada.

Sofea pula sudah ketawa terbahak-bahak. Lucu dengan cerita Nelissa tadi.

“Kelakar giler… Habis tu kau kena marah dengan dia ke lepas tu?” Sofea masih belum bisa berhenti ketawa.

“Hmm… Tak ada lah. Dia cool je aku tengok.”

“Okey lah dia cool, kalau dia marah padan muka kau.” Sofea masih lagi ketawa.

“Mana lah aku nak tahu dia tu siapa. Lagipun memang salah dia apa, suka hati langgar orang lepas tu blahh macam tu je.” Cebik Nelissa.

“Eh, kau ni boleh berhenti ketawa ke tak ni?” Sofea di sebelah sudah dijeling geram. Dari tadi dia kena gelak kaw-kaw dengan Sofea, sakit pula hati dia ni.

“Okey, okey.. Aku stop, aku stop…” Bibirnya dikemam untuk mengelakkan daripada terus-terusan gelak tidak berhenti. Nanti ada yang merajuk nanti dia juga yang susah, mahunya Nelissa merajuk sampai tidak mahu menjadi pengapitnya nanti lagi parah.

“Emmm…” Sofea berdehem sedikit, dia mahu bertanya tapi soalannya tidak mahu keluar pula, tersekat di kerongkong. Hatinya ingin tahu tetapi takut pula dengan riaksi yang akan diberi Nelissa nanti.

“Apa? Cakap aje lah.” Nelissa memberikan lampu hijau. Sejak awal lagi dia memang sudah menggagak yang tidak akan dapat lari daripada soalan –soalan Sofea jika dia tahu yang Nelissa sudah berjumpa kembali dengan Hadif.

“Kau… Macam mana? I mean, ye lah hati kau macam mana bila jumpa dia balik?” Teragak-agak Sofea bertanya kerana dia tahu, yang Nelissa mempunyai pengalaman lalu yang ngeri dan ia berkaitan dengan Hadif.

“Aku okey.” Ringkas jawapan yang diberikan Nelissa.

Are you sure?” Soal Sofea sekali lagi, ragu-ragu dengan jawapan Nelissa.

“Ya, aku okey. Tak goyah lah.” Yakin Nelissa memberikan jawapan. Tetapi tak sampai seminit dia kembali ragu-ragu dengan jawapannya tadi. Yang dia cair dengan Hadif hari tu tu apa? Nelissa bermonolog sendiri.

“Makin hot dia sekarang ni, eyyy dulu bukan main kau minat dia takkan sekarang langsung tak goyah?” Sofea cuba menduga hati Nelissa.

“Ye! Aku kalau boleh tak nak rapat dengan dia pun… Kau pun tahu kenapa kan.” Memang Nelissa trauma dengan apa yang telah terjadi kepadanya dulu. Kalau boleh dia tak nak fikir langsung pasal tu. 

Sofea mengeluh. Kasihan dia dengan Nelissa, hanya disebabkan perempuan tak guna itu rakannya trauma sehingga sekarang. Sampai sekarang Nelissa seolah-olah takut untuk mendekati atau didekati oleh mana-mana lelaki hanya disebabkan kata-kata biadab perempuan itu kepadanya dulu.

“Lis, kau masih lagi trauma dengan benda tu? Dah lama kot, just let it go…”

Nelissa hanya menunduk, sakit hatinya masih berbekas setiap kali teringatkan setiap patah kata-kata hinaan yang diterimanya dulu. Mana mungkin dia dapat lupakan begitu sahaja. Pada orang lain, apa yang dilaluinya itu mungkin hanyalah perkara kecil tetapi tidak buat Nelissa. Kata-kata perempuan itu telah memberikan impak yang besar dalam hidup Nelissa sehingga sekarang, ia telah meragut pergi keyakinan dirinya.

“Kau tak faham apa yang aku lalui Fea. It hurts me so much!” Bergetar suara Nelissa, matanya sudah mula basah.

Sofea faham! Dia memang faham sangat! Tetapi Nelissa yang lemah sangat, kenapa dia biarkan benda itu menghantui hidupnya sehingga sekarang? Patutnya Nelissa berusaha untuk menjadi lebih yakin, lebih baik supaya dapat membuktikan kata-kata perempuan itu semuanya salah! Itu yang Sofea geram sangat dengan Nelissa, senang sangat membiarkan diri itu dipengaruhi dengan kata-kata bodoh perempuan itu!

“Sampai bila Lis? Sampai bila kau nak biarkan benda tu menghantui dan mempengaruhi hidup kau?”


Senyap. Nelissa sendiri juga tiada jawapan yang pasti untuk soalan Sofea itu. Perlahan-lahan Nelissa mengubah kedudukannya menghadap tingkap. Kepala didongak merenung langit yang sudah berubah gelap. Rintik-rintik hujan sudah mula turun dan membasahi bumi. Seperti faham dengan perasaan Nelissa, hujan turut turun menemani hati Nelissa yang pedih. Nelissa hanya diam tanpa ada niat mahu menjawab soalan Sofea tadi. Apa yang dia tahu, dia benar-benar terluka dan tidak tahu berapa lama lagi masa yang perlu diambil untuk menyembuhkan segala lukanya.

..BERSAMBUNG..
     Much Love
         XoXo
 ..Zhee..

1 comment: