Followers

Thursday, February 13, 2014

**Love Letter** 20

Haiiiiii semuaaa... Terlebih dahulu Z nak say sorry sebab punya lah l

ama menghilang dan menyepi dan tiada 

entri kan... Sebenarnya Z terkena penyakit writer block dan 

sampai sekarang bab 18, 19 tersangkut... So Z 

decide nak letak je lah entri 20 dan skip 18, 19 sebab kalau 

nak tunggu ada idea entah bila baru ada entri 

baru kan.. Tapi tak menjejaskan perjalanan cerita, you all won't get konfiuss okey... 

Bab 18, 19 tu bab yg 

dorang g kenduri kawen tu je.. Takde pun tak kacau... Okay??  

(^_-)☆wink


~LOVE LETTER ~
~20~
Dengan perasaan malas, Nelissa bergerak juga ke bilik mandi untuk mandi dan bersiap ala kadar. Nelissa hanya mencapai blaus bercorak tribal dan sepasang jeans, mukanya hanya dirias ringkas. Kalau ikutkan hati, memang dia tidak mahu keluar dan ingin bermalas-malasan di rumah sahaja waktu-waktu cuti begini. Tetapi bila adik manja dia datang buat drama apa entah pujuk dia teman pergi tengok wayang, terus dia lemah. Ean memang pun, pandai buat-buat kasihan. Katanya bosan sangat, lagipun dia baru sahaja habis segala test bagai dan mahu keluar berfoya-foya pula.


“Alonggggg… Cepat lah hoiii…” Ean sudah menjerit dari luar. Kalut Nelissa menyudahkan sapuan lipgloss pada bibir. Siap, beg tangan dicapai dan Nelissa terus berlalu keluar.

“Bising lah kau ni adik. Dah lah datang tiba-tiba aje.” Bebel Nelissa. Kakinya sudah melangkah ke arah pintu rumah dan mencapai sepasang kasut tumit tingginya dalam rak kasut. Ean yang tadinya duduk menunggu di sofa juga bangun mengikut langkah kakaknya.

“Nak tengok cerita apa nanti?” Soal Nelissa pada Ean setelah kaki melangkah meninggalkan rumah.

“Hmm.. Entah, tengok lah nanti.” Jawab Ean acuh tidak acuh. Dia sebenarnya ada misi yang lagi penting daripada tengok wayang.

“Suka lah keluar macam tu aje tanpa perancangan.” Nelissa masih lagi dengan bebelannya. Kala itu pintu lif sudah sampai di tingkat bawah. Dan ketika pintu lif terbuka, wajah Khai menerpa pandangan mereka.

Nelissa hanya berlagak biasa dan melemparkan segaris senyuman buat Khai. Iye lah walaupun hari tu dia dah menolak Khai secara terang-terangan, tapi tak kan lah nak bermasam muka aje kot? Mereka bukan bermusuh pun. Namun begitu, lain pula pada Khai. Dia tidak mengendahkan senyuman Nelissa itu sebaliknya memberikan Nelissa dan Ean sebuah pandangan tajam. Sakit hatinya masih berbuku dengan cerita kawan-kawannya hari itu. Sekarang ni berdua-duaan dengan lelaki entah mana pula. Dasar perempuan tak tahu malu, tak cukup dengan seorang lelaki!

Setelah keluar daripada lif, Ean berpaling ke belakang untuk melihat sekali lagi wajah Khai.

Brother tu dah kenapa Along? Pandang orang macam tak puas hati je?” Soal Ean tidak berpuas hati. Geram betul dia. Kata orang budi bahasa itu budaya kita. Tadi dia dan Nelissa dengan murah hati menghadiahkan senyuman tetapi dibalas dengan wajah masam mencuka lelaki itu. Eyy, itu yang dia paling pantang! Orang sombong!

“Entah lah. Bad mood kot. Lantak lah kat dia. Dah jom.” Malas Nelissa mahu memikirkan pasal Khai tu, tidak penting pun. Terus dia menarik lengan Ean untuk berlalu pergi.

                                                                *~*~*

“Mana lah si budak kecik ni…?” Kepala Nelissa sudah tertoleh ke kiri ke kanan, mencari kelibat adiknya. Tadi selesai membeli tiket, dia ditinggalkan di situ sementara Ean pergi membeli popcorn dan air. Tapi sudah lebih sepuluh minit Ean pergi tidak kembali lagi. Sekejap sahaja lagi tayangan bakal bermula, kalau dia terlepas scene awal memang dia ketuk kepala Ean.

Penat kepalanya menjengah mencari Ean, tapi bayang Ean pun Nelissa tidak jumpa. Akhirnya, Nelissa berputus asa. Biarlah dia tunggu sekejap lagi, nak lari mana lah sangat adik dia tu. Mungkin ramai orang kot dekat kaunter, Nelissa cuba berfikiran positif. Nelissa berpaling ke belakang dan ingin melangkah ke tepi sedikit supaya tidak mengganggu laluan, tapi entah macam mana dia tidak perasan ada sebatang tubuh di belakangnya dan sedap sahaja hidungnya berlanggar dengan dada bidang si punya badan.

Watch your step lady..” Perlahan suara seksi itu berbisik dekat dengan telinga Nelissa. Terpana sekejap Nelissa dibuatnya.

Ehh, kejap-kejap. Kenapa Nelissa rasa macam kenal aje pemilik suara garau lagi seksi itu? Macam suara….

Kepala didongak perlahan untuk melihat gerangan si dia, dalam hati berdoa supaya telahannya salah. Tapi…

Jackpot!!

Memang betul pun dia.

Melopong Nelissa lima saat. Macam mana lah boleh kebetulan sangat ni???

“Ehemm…” Deheman Hadif menyedarkan Nelissa, terus dia menjarakkan diri mereka yang sememangnya kurang daripada satu inci itu. Merah mukanya, malu!

“Err.. Apa awak buat dekat sini?” Tanya Nelissa pada Hadif setelah hatinya tenang kembali. Nadanya terselit bunyi tidak puas hati. Punya lah penat dia mengelak daripada Hadif sepanjang minggu ini, last-last mereka berjumpa juga di sini.

“Saya datang nak main boling…” Sedikit sinis Hadif menjawab soalan Nelissa. Itu lah orang kita, sudah terang-terang tahu jawapannya pun lagi mahu bertanya.

Nelissa sudah menggigit bibir dengan jawapan Hadif tadi. Eyyy, double malu!! Terus dia memandang ke arah lain, malu ingin bertentangan mata dengan Hadif. Dalam hati berharap supaya Ean cepat kembali.

“Ehh, abang Hadif…” Suara ceria Ean tiba-tiba datang menyapa. Nelissa menghela nafas lega, nasib baik adik bertuah dia datang tepat pada masanya.

Gembira betul muka Ean bila berjumpa dengan Hadif, sampai kakak dia dekat sebelah pun dia lupa. Malas Nelissa nak layan, adik dia memang cepat lupa kakak sendiri!! Huhh!!

“Abang dah beli tiket dah?”

“Belum lagi. Tak tahu nak tengok cerita apa.”

“Kalau macam tu, beli cerita ni haa.. Tengok sekali dengan kami.”

Dengar sahaja Ean cakap macam tu, kepala Nelissa terus menoleh laju memandang Ean tanda tidak puas hati. Matanya tajam memanah wajah Ean menunjukkan tanda protes.

Tapi, ada Ean peduli?

Dia buat-buat tidak nampak sahaja jelingan tajam Nelissa itu.

“Eh along pegang ni…” Terus Ean melonggokkan kotak bertih jagung dan air ke tangan Nelissa apabila telefon bimbitnya berbunyi. Terkial-kial Nelissa menyambut kotak bertih jagung dan air itu akibat diberikan secara tiba-tiba. Hampir sahaja air tertumpah dek kekalutan Ean tetapi nasib baik Hadif bertindak cepat untuk membantu.

Thanks..” Ucap Nelissa perlahan. Serba-salah dibuatnya apabila dia ditinggalkan berdua dengan Hadif kerana Ean menjauhi mereka untuk menjawab telefon.

“Lama tak jumpa, awak sihat?” Soal Hadif setelah diam untuk seketika.

“Emm… Sihat alhamdullilah.” Nelissa jeda sejenak, dalam hati masih berkira-kira patut kah dia meneruskan ayatnya.

“Awak?” Akhirnya Nelissa tanya juga.

“Alhamdullilah, sihat.” Hadif sudah tersenyum, lapang hatinya bila Nelissa sudi juga bertanyakan tentang perkembangannya.

“Along… I’m really really sorry. Adik kena pergi ni. Ada emergency, kawan adik accident. Sorry tau.. Nanti adik call along. Bye.” Kalut-kalut Ean meninggalkan Nelissa di situ tanpa sempat Nelissa bersuara.

“Eannnnnnn!!!!” Kuat Nelissa menjerit memanggil Ean tapi apa boleh buat, sekejap sahaja bayang Ean sudah lesap. Memang pernah belajar ilmu ninja senyap-senyap tanpa pengetahuannya agaknya si Ean tu. Hilang dia macam angin!!

“Ean ni memang nak kena!! Ishhh!!! Geramnyaaaa akuuu!!!” Nelissa sudah menggumam sendiri. Memang panas hatinya bila ditinggal macam tu saja, awal-awal tadi Ean yang beria sangat!

“Lis, awak okey tak ni?” Suara Hadif mengembalikan ingatan Nelissa yang lelaki itu masih lagi berada di sebelahnya.

“Hmm..” Sedikit kasar balasan Nelissa, geramkan orang lain, orang lain yang menjadi mangsa.

Hadif hanya diam. Tersentak dengan balasan kasar Nelissa tadi.

“Err.. Maaf, saya bukan marah awak. Saya marah kan Ean…” Nelissa memohon maaf apabila tersedar dirinya sudah terkasar bahasa. Lagipun bukan salah Hadif pun, tidak adil lah kalau Hadif yang kena marah dengan dia.

“Tak apa.. I faham.”

So…” Nelissa jeda sebentar sambil pandang Hadif.

“Tiket, popcorn, air, lengkap. Tapi tak kan saya nak pergi tengok seorang. Err.. awak temankan boleh?” Di hujung ayatnya Nelissa sedikit teragak-agak. Malu pun ada sebab dia yang buka mulut ajak Hadif.

Tetapi Hadif pula sudah senyum lebar-lebar, pucuk dicita ulam mendatang. Memang lah dia tak akan tolak kan…

Sure lady, my pleasure.” Hadif tayang senyum seksi. Dalam hati lega, kerana perancangannya menjadi tanpa dihidu oleh Nelissa.

Mana ada benda yang kebetulan sangat macam ni, memang semua ini sudah dirancang awal-awal oleh Ean dan Hadif. Itu pun sebab Nelissa jual mahal sangat. Sangkanya lepas pulang daripada Pulau Pinang hari itu, Nelissa akan berlembut hati dengannya. Tetapi harapan hanya tinggal harapan sahaja, sepanjang minggu Nelissa langsung tidak melayannya.

Sebab sibuk sangat Hadif tidak sempat nak telefon Nelissa setiap hari, tetapi ada juga sekali dua Hadif mengajak Nelissa keluar makan bersama apabila dia ada masa lapang. Sebaliknya, apa yang dia dapat? Hampa semata-mata, sebab Nelissa selalu sangat mengelak.

Akhirnya sebab tidak tahan rindukan Nelissa, Hadif buat plan baik punya dibantu pula oleh Ean. Memang Hadif beruntung sebab dapat kroni macam Ean. Walaupun Nelissa selalu jual mahal tapi kira okey lah sebab dapat tukang subahat untuk menolong dia.

Dari jauh, Ean sudah tersengih lebar melihat kakaknya dan Hadif berjalan masuk ke dalam panggung wayang. Alhamdullilah, menjadi juga rancangan mereka.

“Oii Ean..! Kau menghendap siapa?” Ean menoleh ke belakang apabila terasa bahunya ditepuk seseorang.

“Tak ada siapa lah. Ni kenapa lambat sangat?” Ean sudah bercekak pinggang memandang Didie.

“Aku pergi masuk converse kejap tadi, terleka sebentar..” Didie sudah tayang gigi.

“Eeee.. Masuk converse tak tunggu aku! Huhh..!!”

“Aku usyar je dulu... Jangan lah sentap derr..”

“Dah lah, jom makan. Aku dah kebulur dah ni.”

“Haa, jom lah. Nak makan kat mana?” Didie menyoal apabila kaki mereka sudah melangkah.

“Tekak aku macam teringin Seoul Garden je, jom aku sponsor kau separuh..” Ean angkat kening, senyum makin lebar.

“Mak aii, banyak pulak duit kau!” Terbeliak mata Didie. Selalunya antara mereka Ean lah yang paling terkenal dengan sifat haji bakhilnya. Katanya mahu berbelanja secara berhemah, dan bukannya kedekut!

“Hehe, bakal abang ipar aku baru bagi duit poket maa…” Kata Ean sambil sengih anjing.

“Bila masa pulak ada abang ipar kau ni? Untung lah tambah lagi satu banker…”

“Adalah.. Jom lah, kau ni banyak bunyi lah.” Ean makin melajukan kayuhan kaki, perutnya sudah buat konsert rock.

‘Maaf lah along, adik tidak dapat menahan nafsu bila ditawarkan something yang heaven macam ni. Adik buat ni pun sebab nak along bahagia.. Dan untuk kebahagian adik jugak…’ Ean sudah tergelak jahat dalam hati. Kira okey apa ada lelaki yang bersungguh macam abang Hadif tu nak pikat kakak dia, Ean memang orang nombor satu yang angkat tangan setuju!

            **Senyum Anjing**

  ..BERSAMBUNG..

Ohmooooo... Alamak macam pendek je.. Sorry naaa.. Hehehe.. 
Haa.. By the way, ni nak habaq.. 
Err rasanya Z akan letak beberapa entri saja lagi... 
Hmmm.. ToT
Z akan cuba lah tulis laju-laju.. Kalau ada rezeki adalah ye... 
Doakan Z okay... メ(^∀^)ノ
Much Love
XoXo
..Zhee..






2 comments: