Followers

Friday, February 21, 2014

**Love Letter** 21

Salam semua.. XDD

 Sila lah enjoy bab 21 ni.. 

*entah tak tahu nak cakap apa..hehehe*

Haa baru teringat.. 

Novel kedua kakak saya 'Miss Butter Cookies = Cik Danisa' sudah berada di pasaran.. 

Beli online kat website Adiwarna dah boleh dah, 

kat kedai tu tak sure mana yang dah masuk..

Hehehe.. Siapa yang pernah ikut cerita ni dekat blog dulu, 

boleh lah p beli naa.. ^__^

Yang tak pernah ikut pun of course lah boleh beli jugak.. Muehehehe

(^_-)☆wink


~LOVE LETTER ~
 ~21~

“Lis.. Lis… Bangun…” Hadif mengejutkan Nelissa setelah tayangan tamat. Mahu tergelak dia melihat Nelissa yang terpisat-pisat itu. Tadi masuk sahaja setengah cerita, tiba-tiba Hadif terasa bahunya berat ditimpa sesuatu. Kalih-kalih rupanya kepala Nelissa sudah selamat mendarat di bahunya. Tersentak tak payah cakap, jantung pula berdegup laju, tapi tak kan lah dia nak tolak kepala Nelissa pula. Jadi akhirnya dia biarkan sahaja sampai cerita habis.


“Hmm.. Kat mana ni?” Suara Nelissa serak-serak basah, seksi pula tu.. Hadif telan liur, dia dah tak senang duduk. Eyy, menggoda lah pula kan!! Hadif berdehem sedikit sebelum bersuara, cuba menenangkan diri.

We are still in the cinema.”

“Hah? Cinema?” Tercengang-cengang Nelissa apabila Hadif menyebut mereka berada di dalam panggung wayang. Mati-mati dia ingat dia ada dekat rumah. Dia tidak sedar langsung campur pula dengan mamai baru bangun tidur! Sumpah dia lupa yang Ean sudah bertukar jadi Hadif tadi. Aduhh, malunya… Dah berapa kali dah dia tidur depan Hadif, lepas tu buat perangai mamai dia tu lagi.

“Cerita dah habis dah pun…” Ujar Hadif sambil ketawa. Lucu melihat wajah Nelissa yang masih terpinga-pinga.

“Err.. Maaf, tertidur pulak saya.” Nelissa sudah menunduk sedikit menyembunyikan wajahnya yang sudah kemerah-merahan. Nasib baik lampu panggung wayang ni malap sahaja, tidak lah ketara sangat.

“Jom keluar?” Ajak Hadif, keseluruhan panggung sudah hampir kosong.

Nelissa memeriksa bajunya sebelum berdiri, takut ada sisa bertih jagung yang melekat di blausnya. Selepas itu, dia meraba-raba sekeliling bibir pula. Jangan nanti ada air liur yang meleleh sudah. Double malu kalau macam tu!!

“Bosan sangat ke cerita tadi?” Hadif membuka mulut setelah mereka keluar daripada pawagam.

“Hmm.. Saya memang kurang sikit kalau genre macam tu. Macam mana lah awak boleh bertahan sampai cerita habis..?” Mulut Nelissa sudah herot sebelah, pelik dengan Hadif.

Nelissa memang! Kalau cerita tu dia rasa sudah mengarut-ngarut memang tak sampai setengah cerita dia dah terlentok. Selalunya bahu Ean, Melinna dan Hani yang menjadi mangsa. Tapi hari ini.. Haihh.. Nak cakap pun malu!

“Hmm.. Lis...”

“Yup?” Nelissa sudah angkat kening.

Since tadi saya teman awak tengok wayang, sekarang awak teman saya makan pula boleh?” Pinta Hadif. Kira adil lah kan?  

'Yeke adil??' Fikiran Hadif menyoal tuannya.

'Adil lah tu...' 

Walaupun secara dasarnya memang nampak adil tapi hakikatnya dalang sebenarnya adalah Hadif sendiri. Hadif simpan senyum. Selagi Nelissa tidak tahu so kira adil lah.. Muahahaha

Nelissa gigit bibir, serba-salah.

Ikutkan hati dia nak terus balik rumah aje, tapi kalau tak ikut permintaan Hadif tu dia nampak macam teruk pula.

“Okey.” Akhirnya Nelissa bersetuju. Bak kata orang Hadif hari tu, budi haruslah dibalas. Bukannya luak pun setakat temankan Hadif makan.

Hadif senyum lebar. Dalam hati bukan main lagi bersorak bila Nelissa memberi persetujuan.

“Awak nak makan apa?” Biasalah dengan sikap gentleman dia tu, Hadif tetap mengutamakan Nelissa dulu.

Anything would be fine with me.” Nelissa bukan jenis memilih. Asalkan halal dan sedap tekak menelan, dia boleh je terima.

Then…” Baru sahaja Hadif nak buka mulut bagi cadangan, langkah Nelissa sudah berhenti secara mengejut. Mukanya garang memanah ke arah sebuah kedai. Bila Hadif toleh aje, dia sudah jatuh rahang.

Alahaii, pandainya lah Ean ni pun. Boleh dia berlegar-legar lagi dekat sini lepas menipu Nelissa tadi? Kan dah kantoi…

Tidak memperdulikan Hadif, Nelissa terus melangkah garang ke arah Ean yang sedang leka memilih kasut itu. Nelissa berhenti di belakang Ean, pinggangnya dicekak. Rasa macam nak aje dia cekik-cekik Ean sekarang ni!!

“Ehemm… Lawa kasut ya encik Mohd Adryan Nezim…?”

Ean terus kaku! Beku dia di tempat duduk, rasa macam kena renjat dengan kejutan elektrik sahaja bila mendengar suara yang dikenalinya di belakang.

‘Aduhhh… Macam mana boleh kantoi pula ni?’ Bibir diketap, mata dipejam. Mati lah dia… Setelah mengumpul kekuatan, baru lah Ean berpaling ke belakang. Macam mana pun benda dah kantoi, nak menyorok macam mana lagi kan?

Nampak sahaja wajah garang kakaknya, Ean tayang senyum kambing. Harap Nelissa cair dengan muka dia yang ala- ala comel tu.


“Eh, along... Macam mana boleh ada dekat sini?”

Ayoo, Ean tiba-tiba rasa macam nak lempang-lempang mulut sendiri sebab tanya soalan bodoh macam tu.

In case kalau kau hilang ingatan, rasanya aku datang dengan kau tadi??!!”

Haa, itu dia!! Memang Nelissa marah betul lah tu sampai bahasakan diri ‘aku’ dengan Ean.

“Mana kawan kau yang accident tu? Dah sihat walafiat sampai siap boleh shopping bagai?” Sinis soalan Nelissa.

“Huuu Along… Adik kena prank dengan dia…” Ean sudah mencapai lengan Nelissa dan mengoyang-goyangnya perlahan. Lepas tu, siap main lentok-lentok kepala dekat bahu Nelissa. Nak raih simpati lah tu….

“Kau kena prank dengan dia ke aku yang kena prank dengan kau??!!” Kepala Ean di bahunya sudah ditolak Nelissa. Amboii, nak main gesel-gesel pulak bila dah buat salah!! Ean memang macam ni, mula lah buat perangai kucing gedik dia bila nak raih simpati. Geramnya Nelissa dengan adik dia seorang ni!!! Ni nasib baik adik ni, kalau Ean bukan adik dia dah lama dia lancarkan perang dengan mamat seorang ni!!

Melihat Hadif yang semakin menghampiri, Ean laju menuju ke arah Hadif. Ingin meminta bantuan tambahan kerana Nelissa seperti langsung tidak goyah dengan aksi manja gedik dia tadi.

“Lis, calm down please.” Hadif pula cuba memujuk tetapi dia juga dihadiahkan jelingan tajam oleh Nelissa.

“Awak pun sama, bersubahat dengan budak kecik ni kan..!!” Tertahan-tahan kemarahan Nelissa.

Kalau dianalisa kembali, memang tidak logik langsung apa yang jadi tadi. Macam mana lah dia boleh tertipu dengan dua manusia licik ni? Tadi Hadif datang seorang, katanya mahu menonton wayang tapi mana ada orang nak tonton wayang seorang diri. Salah, bukan tak ada tapi jarang. Dan dia yakin sangat, orang macam Hadif ni for sure tak kan buang tabiat tengok wayang sensorang dia. Berlambak lagi kerja dia boleh buat daripada datang tengok wayang seorang diri. Baik dia pergi main golf ke kan!! 

Lepas tu kebetulan sangat!! Boleh pula Ean tinggalkan dia dengan Hadif dekat situ siap dengan pakej tiket, bertih jagung dan air lagi. Nampak sangat benda sudah dirancang tapi Nelissa yang buta sangat sampai tak nampak permainan mereka.

I’m sorry okay. Let’s go to a better place for us to talk? Sini macam tak sesuai aje?” Cadang Hadif. Mahu gaduh pun pilih lah tempat yang sesuai sikit, ini nak gaduh pun dekat dalam kedai kasut yang sempit ni… Agak-agak lah… Beberapa orang perkerja kedai itu sudah memandang semacam aje pada mereka bertiga.

“Tak nak, saya nak balik.” Terus Nelissa berlalu dan meninggalkan Ean dan Hadif di situ.

“Eh, along.. Nanti lah.. Abang Hadif, macam mana ni? Along marah sangat tu..” Ean sudah gelabah. Sumpah dia rasa bersalah sangat, dia tak pernah lagi tengok Nelissa marah sampai macam tu. Selama ini dia buat perangai nakal macam mana pun alongnya dia cool sahaja. Ni dah macam gunung berapi meletup aje rupa dia!! Seram!!! 

Don’t worry, nanti abang pujuk dia. Abang gerak dulu, later abang hantarkan kak Lis balik. Thanks for everything Ean.”

Usai berbicara Hadif terus mengejar langkah Nelissa yang sudah menjauh.

Lis, please wait. Listen to me first okay?” Hadif menghalang jalan Nelissa apabila dia berjaya menyaingi langkah gadis itu.

Hadif hanya dijeling Nelissa sebelum dia membuka langkah untuk meninggalkan Hadif sekali lagi. Marahnya masih berbuku, dia tidak mahu dengar apa-apa pun!

Lady, please.. At least listen to me first? Hmm..?” Nelissa sudah tidak boleh bergerak apabila tangannya dicengkam oleh Hadif.

Fine!!” Nelissa mengalah. Dia memang sudah masak dengan tahap kedegilan Hadif.

But not here..”

Nelissa juling mata ke atas. Mengada lah pula Hadif ni!!

Tapi Nelissa tidak boleh buat apa-apa bila Hadif sudah menarik tangannya perlahan dan menuju ke arah restoran yang terdekat di situ.

Sit..” Arah Hadif pada Nelissa apabila dia sudah menarik kerusi.

Walaupun tidak sepenuh hati rela, Nelissa duduk lah juga. Kasihan pula dengan Hadif, nanti malu dia kalau Nelissa tidak duduk sebab pelayan dari tadi asyik memerhati.

Order sir?”

Black coffee for me and..?” Hadif pandang Nelissa.

Thanks but no thanks.” Tiada selera dia, dia datang sini pun bukan untuk minum.

Vanilla latte for her.” Hadif akhirnya buat keputusan sendiri.

Iced. Iced vanilla latte.” Tiba-tiba suara tegang Nelissa kedengaran. Sakit pula hati dia, sudah lah hati dia tengah panas, boleh pula Hadif memesan minuman panas buatnya. Mahu lihat dia meletop ke apa? And one more thing, Nelissa is not even a coffee lover!!! Minta Vanilla Latte pulak??

Pelayan hanya mengangguk dan terus berlalu. Tidak mahu berlama-lama kerana wajah Nelissa sudah masam mencuka. Hadif pula sudah tahan gelak. Amboi, tadi bukan main lagi tak nak minum.

Mind to start now? Saya nak balik cepat.” Dingin nada Nelissa.

I’m sorry. Jangan lah marah Ean, I yang rancang semua ni.”

“Perlu ke awak dengan Ean sampai nak menipu saya segala ni?” Soal Nelissa dengan suara yang tertahan-tahan.

Of course perlu! Siapa suruh awak asyik ignore saya? Saya dah tak nampak jalan lain selain minta tolong daripada Ean.” Jujur Hadif memberitahu perkara sebenar.

“Saya ikhlas nak berkawan dengan awak Lis. Can you please forgive me this time? Saya jamin benda ni tak akan berulang.” Bersungguh-sungguh Hadif cuba menyakinkan Nelissa.

Nelissa mengeluh berat. Bukan dia sengaja nak jual mahal ke apa, tapi dia cuma rasa yang dia tidak layak langsung berkawan dengan Hadif. Macam tak sesuai sahaja kalau nak letakkan dirinya sebaris dengan Hadif?

“Saya ni siapa, awak tu siapa Hadif? Layak ke kita berkawan?”

Hadif sudah kerut dahi. Dia tidak faham dan tidak nampak part mana yang tidak layak?

“Saya tak layak nak kawan dengan awak ke?”

No.. That’s not what I meant! Maksud saya, saya yang tak layak berkawan dengan awak!” Kalut Nelissa membetulkan tanggapan Hadif tadi.

But why?” Lagi lah Hadif kerut dahi, tidak faham langsung.

“Haih… Just forget it.” Malas Nelissa nak terang panjang-panjang.

Okay, just forget about all that. Saya tak nak awak fikir-fikir lagi benda-benda merepek tu, sekarang saya yang nak berkawan dengan awak. Boleh?”

Awal-awal ni kena lah sebut ‘berkawan’ dulu kan? Kalau terus sebut nak ‘bercinta’ nanti confirm kena reject terus. Macam dia tak tahu Nelissa macam mana. Nanti perlahan-lahan baru Hadif jalankan misi mencuri hati Nelissa.

Nelissa diam untuk befikir. Kalau dia terima nak berkawan elok-elok dengan Hadif pun tiada salahnya, sekadar kawan tak menjejaskan apa-apa pun. Sebab kalau dia terus-terusan mengelakkan diri daripada Hadif pun Hadif tetap juga akan fikirkan cara untuk mendekati dia. Mungkin lepas dia setuju hidupnya akan jadi tenang sikit? Tidak lah asyik tidak tenang sahaja sebab kena fikir alasan untuk mengelak daripada Hadif. Okey, rasanya dia dah ada keputusan. Nelissa berdehem sedikit sebelum memulakan bicara.

“Okey, kita kawan.”

Akhirnya… Hadif dapat menarik nafas lega dan senyuman di bibir makin melebar. Tidak sia-sia lah dia merancang dengan Ean. Walaupun rancangan tidak berjalan seperti yang sepatutnya tetapi hasilnya tetap juga tidak mengecewakan.



 ..BERSAMBUNG..
 Much Love
          XoXo
  ..Zhee..

5 comments:

  1. Best..lis terima je lah hadif 2..next n3 please..hihi

    ReplyDelete
  2. lama menanti cite ni agak2 bila dpt peluk ek.. hehehe

    ReplyDelete
  3. kami pun tak tahu, manuskrip sudah siap tetapi masih di dalam penilaian. terima kasih atas sokongan :)

    ReplyDelete