Followers

Wednesday, March 5, 2014

**Love Letter** 22

Salam semua... Apa khabaq?? 

Hmmm maaf lah ye sebab macam lambat gila-gila aje bagi entri ni. 

Sorry naaaaa..... 

Emm sebenarnya Z ada benda nak habaq ni.. 

Bab 22 ni maybe 2nd last chapter yang Z akan update kat blog.. 

Maknanya mungkin lah.. mungkin.. Mungkin Z akan stop pada bab 23...

Terima kasih sangat sangat kat sapa-sapa yang sokong Z dan suka cerita ni... 

Sebenarnya memang tak sangka pun kata LoveLetter 

ni akan ada pengikut setia yang akan ikut cerita ni setiap minggu... 

Walaupun tak dak lah ramai sangat tapi ada jugak 

orang yang sudi baca cerita Z ni.. 

Sunguh.. Sangat-sangat berterima kasih.. 

Z tak boleh nak janji apa-apa lah.. 

Sebab cerita ni pun belum siap 100%. 

Z pun tak tau bila boleh siap. 

Tapi apa-apa pun doakan yang terbaik untuk Z dan juga LoveLetter ni naa... 

XOXO <3



~LOVE LETTER ~
~22~
Nelissa mengalihkan perhatiannya daripada kaca televisyen apabila terdengar pintu rumah dibuka. Pastinya Hani yang pulang ke rumah. Semenjak dua menjak ini Hani selalu juga pulang agak lewat gara-gara perlu bekerja lebih masa.


“Lambatnya kau balik Hani..” Nelissa menyapa Hani yang baru melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Kena overtime lagi…” Lesu sungguh rupa Hani, pastinya dia penat.

“Dah makan dah?”

Hani hanya menjawab soalan Nelissa dengan anggukan sahaja. Selepas itu, dia memerhati Nelissa, lama. Ada sesuatu yang dia harus beritahu Nelissa tetapi dia serba-salah.

Nelissa yang sudah kembali menumpukan perhatiannya pada rancangan televisyen menoleh kembali kepada Hani apabila menyedari pandangan Hani lama melekat padanya. Dari riaknya tampak seperti sesuatu yang tidak berapa baik mahu keluar daripada mulut itu.

“Kau ni dah kenapa Hani?”

Hani gigit bibir, masih teragak-agak.

“Kau nak cakap apa? Cakap aje lah…” Nelissa menyoal lagi. Kurang sabar dengan tingkah Hani. Makin Hani teragak-agak makin berdebar pula hatinya. Entah apa lah yang bakal keluar daripada mulut itu. 

“Lis…. Aku kena pindah.” Hani memaparkan riak sayu. Sebenarnya dia sangat serba-salah tentang hal ini, macam mana dengan Nelissa selepas dia berpindah nanti? Sudah lah mereka hanya tinggal berdua sahaja, kalau dia pindah terpaksa lah Nelissa tinggal seorang diri di sini. Hani betul-betul risaukan Nelissa.

Terbeliak mata Nelissa apabila mendengar berita yang baru disampaikan oleh Hani itu. Kenapa tiba-tiba sahaja???

“Hah? Pindah?” Sumpah dia tidak menyangka itu lah perkara penting yang ingin diberitahu Hani. Okey, dia memang tidak suka dengan berita tiba-tiba macam ni..!!

Hani mengganguk lemah.

“Arahan daripada pihak atasan, aku kena pindah ke branch di Sabah.” Kalau ikutkan hati, Hani pun tidak rela dan tidak mahu berpindah. Tetapi ini adalah arahan pihak atasan dan juga adalah peluang baik buat dirinya untuk mengembangkan lagi kariernya. Jadi Hani tidak boleh berbuat apa-apa, terpaksa lah juga dia pindah.

“Kenapa..??” Lirih suara Nelissa bertanya. Nelissa sudah rasa macam nak meraung. Jika Hani perlu berpindah, maknanya selepas ini dia perlu tinggal seorang diri lah dalam rumah ini!

Company kan baru buka branch baru di Sabah tu, dekat sana masih kekurangan pekerja. Company nak beberapa orang staf yang dah ada pengalaman pindah sana, senang sikit tak payah nak train orang baru dah.”

Diam. Nelissa sudah tidak tahu nak cakap apa. Memang tak boleh nak buat apa dah lah, sebab itu adalah arahan syarikat. Mahu tidak mahu Hani tetap juga kena ikut.

“Lis, aku risau lah nak tinggal kau dekat sini..” Hani meluahkan kerisauannya. Selama ini susah senang mereka harungi sama-sama, Nelissa sudah dianggap macam keluarga sendiri. Memang Hani sedih  sangat sebab terpaksa berpisah dengan Nelissa.

“Nak buat macam mana Hani.. Kau pun bukan suka-suka nak pindah, kan sebab kerja…” Walaupun berat untuk Nelissa mengeluarkan ayat itu, tetapi apabila melihatkan Hani yang tampak serba-salah itu, dia tidak sampai hati pula untuk terus-terusan menunjukkan kesedihannya di atas berita tersebut. 

Teringatkan sesuatu, pantas Nelissa membuka mulut bertanya lagi.

“Bila kau kena pindah Hani?” Harap-harapnya tidak lah dalam masa terdekat ini. Sekurang-kurangnya bagi lah sedikit masa untuk Nelissa menyesuaikan diri dan untuk dia menerima keadaan tersebut.

“Minggu depan.”

Hah? Crap! Minggu depan tu maksudnya Isnin ni kah? Hari ni dah hari Rabu kot!!!

“Hari apa? Tak kan isnin ni?”

Sadly, yes..” Hani pun rasa macam nak menangis. Memang sangat tiba-tiba syarikat menyuruhnya berpindah.

“Alaaa… Why so sudden…?” Keluh Nelissa. Tidak sempat dia nak buat persediaan dari segi mental dan fizikal.

Urgent so memang kena cepat, tiket flight pun dah tempah dah.”

“Haniii… Sedihnya kena berpisah dengan kau…” Kepala Nelissa sudah dilentokkan di bahu Hani. Nelissa memang manja sikit dengan Hani. Selama ini Hani lah tempat dia mengadu dan meluahkan segala-galanya. Pastinya susah dia nak sesuaikan diri dengan ketiadaan Hani. 

“Aku pun sedih jugak, macam mana lah kau nanti bila duduk sorang-sorang.?” Itu sahaja lah dirisaukannya. Pasal hidup dia di Sabah nanti tidak pula dia fikirkan. Hani.. oo.. Hani...

“Lis, this weekend teman aku cari barang boleh tak..? Plus kita ‘dating’ sekali.” 

Sure… Of course boleh. Dah lah kau dah nak pindah, mesti lah aku nak spend masa dengan kau.” Laju kepala Nelissa diangguk-anggukan.

“Ye ke kau okey nak spend masa dengan aku? Hadif macam mana?” Sempat lagi Hani mengusik. 

Dia memang sudah tahu yang sekarang ini Nelissa semakin rapat dengan Hadif. Padanya memang Nelissa dan Hadif sepadan, dan Hani nampak kesungguhan Hadif. Kalau Nelissa tidak boleh menerima Khai, Hani berharap yang kali ini dia akan menjadi dengan Hadif pula. Tetapi Nelissa tetap Nelissa, katanya mereka hanya kawan biasa dan tiada apa-apa yang istimewa antara dia dan Hadif. Siapa lah dirinya kalau nak digandingkan dengan Hadif. Itu katanya. Tetapi pada pandangan Hani, Hadif tidak beranggapan begitu.

“Kau lagi penting dalam hidup aku okey…!! Lagi pun mana ada aku ada janji dengan dia minggu ni.”

“Ye lah tu. Memang tak ada janji, tapi nanti last minute nanti ada lah tu..” Usik Hani sambil tergelak.

Pada awalnya memang Nelissa cakap tidak mahu, tapi akhirnya dia akan akur juga dengan permintaan Hadif. Nelissa memang lemah dengan pujukan. Banyak kali juga bila awalnya Nelissa tidak bersetuju untuk keluar bersama Hadif tapi akhirnya dia akan ikutkan juga.

“Tak ada- tak ada.. This week untuk kau! Muktamad. Dia tak boleh kacau!” Tegas Nelissa. Minggu ini jangan harap lah dia mahu tunduk dengan Hadif. Hadif itu bila-bila pun dia boleh jumpa, ni Hani ni sudah mahu pindah kot!! Entah bila lah mereka berdua boleh bertemu kembali sejurus Hani pindah nanti.

“Haa.. Baru sebut dah datang. Haa, kau jangan cair pulak kalau dia ajak kau keluar minggu ni. Ingat, kau aku book minggu ni!!” Hani memberi amaran apabila telefon bimbit Nelissa sudah berdering minta diangkat. Tak perlu tengok pun mereka sudah tahu siapa yang menelefon.

Nelissa sudah berdiri untuk berlalu ke biliknya. Sementara itu sempat lagi dia membalas kata Hani.

“Ye, aku tahu! Jangan risau lah.” Usai berkata, langkah terus dibawa ke arah bilik.
                                                           

                                                             *~*~*

Kan dah cakap! Nelissa memang lemah kalau Hadif sudah buka mulut buat permintaan. Buktinya, pagi ini Nelissa sudah terpacak di bawah rumah menunggu Hadif mengambilnya untuk ke tempat kerja. Malam tadi penat juga dia berbahas dengan Hadif. Hadif lah yang beria-ia sangat mahu mengambilnya pagi ini. Alasannya kerana minggu ini mereka tidak dapat keluar bersama-sama jadi biarlah Hadif menghantar Nelissa ke tempat kerja pagi ini. Lagipun sudah nak dekat seminggu mereka tidak berjumpa. Dan seperti biasa, Nelissa pasti akan kalah dengan pujukan Hadif. Entah jampi apa yang digunakan oleh Hadif pun Nelissa tidak tahu.

Sementara menunggu Hadif, Nelissa memikirkan tentang perpindahan tiba-tiba Hani nanti. Pasti dia bosan duduk seorang diri. Selama ini Hani lah yang menemani kehidupan sehari-harinya. Hani lah tempat dia bergantung dan mengadu, sedihnya bila Hani harus berpisah. Selepas ini tiada lagi tempat Nelissa mengadu apabila penat pulang daripada kerja, tiada lagi teman bergosip, tiada lagi teman membeli-belah… Arghhh, belum pun hari Hani berpindah tetapi Nelissa sudah terasa kehilangan! Kosong, bosan dan hambar hidupnya!

Bunyi hon kereta Hadif menyedarkan Nelissa daripada lamunannya. Perlahan-lahan dia atur langkah menuju ke arah kereta. Riaknya masih sayu, perasaan sedihnya tidak dapat dibendung.

Morning…” Ceria suara Hadif menyapa Nelissa apabila gadis itu sudah masuk ke dalam kereta. Rindu dia untuk menatap wajah manis Nelissa. Tetapi apabila melihat riak kelat Nelissa, Hadif sudah kerut dahi.

“Kenapa masam je ni? Anything wrong?” Soal Hadif prihatin.

“Hmm.. Hani nak pindah.” Tanpa sedar Nelissa sudah membuka cerita tentang perpindahan Hani. Makin sayu riaknya.

“Hah? Pindah? Ke mana?” Bertalu-talu soalan Hadif.

“Ehh, Hadif… Apa yang saya cakap tadi?” Bagai baru tersedar daripada mimpi, Nelissa baru perasan yang dia sudah ada di dalam kereta dan Hadif ada di sebelahnya. Dia langsung tidak sedar apa yang diberitahunya pada Hadif tadi.

“Hani? Pindah?” Teragak-agak Hadif mengulang kembali apa yang diberitahu Nelissa tadi. Kalau Nelissa sendiri kurang pasti, apatah lagi dia… Risau betul Hadif melihat Nelissa yang tidak tentu arah sebegini.

“Oh, saya cakap Hani nak pindah ea? Hmm betul lah, Hani nak pindah Sabah.” Sayu suara Nelissa. Alang-alang dia sudah terbuka mulut pasal ini, jadi cerita sahaja lah.

“Sebab tu lah yang tak dapat nak keluar dengan saya this weekend?” Hadif meminta kepastian.

Nelissa hanya menjawab dengan memberi anggukan kecil. Malas memberi ulasan panjang.

Lega Hadif dibuatnya. Malam tadi boleh Nelissa mengenakan dia dengan mengatakan dia tidak dapat keluar hari minggu ini kerana ada ‘date’ dengan seseoarang. Hampir saja hati Hadif terbakar dek perasaan cemburu malam tadi. Oh, jadi ‘date’ Nelissa minggu ini adalah Hani?

 Pheww.. Lega…

Hadif kemudian kembali membetulkan kedudukannya. Gear dimasukkan dan kereta akhirnya bergerak perlahan.

“Jangan lah sedih sangat, nanti you all boleh aje jumpa lagi.” Hadif cuba memujuk Nelissa yang nampak benar sedih dengan perpindahan teman serumahnya itu.

“Nanti sunyi lah saya…” Nelissa mengeluh perlahan.

You stay alone? No I mean after Hani pindah nanti you will stay alone?” Hadif sudah menayangkan riak kurang senang. Dia tidak suka kalau nanti Nelissa perlu tinggal seorang diri. Sangat merbahaya! Lagipun Nelissa itu perempuan, kalau apa-apa jadi macam mana? Sudah lah kawasan tempat tinggal Nelissa itu nampak seperti kurang selamat sahaja.

“Hmm.. Iyelah, dah selama ni saya tinggal dua orang aje dengan Hani. Dah dia kena pindah saya tinggal seorang lah.” Malas-malas sahaja Nelissa menjawab soalan Hadif itu. Dia tiada mood hendak melayan kerenah Hadif. Nelissa masih bersedih apabila memikirkan hanya tinggal sekejap sahaja lagi masa dia bersama Hani.

“Lis.. It’s so dangerous for you to stay alone.” Tegas Hadif menyuarakan pendapatnya. Kalau boleh memang dia tidak mahu Nelissa terus tinggal di situ lagi. Bah kan daripada dulu lagi pun memang Hadif nak sangat bawa Nelissa pindah dari situ.

“Hmm.. Nak buat macam mana lagi… Bukannya Hani saja-saja nak pindah.” Lemah suara Nelissa.

“Apa kata awak pun pindah? Nanti saya cari kan rumah lain. Your current house ni nampak macam kurang selamat. Security apa pun tak ada.” Cadang Hadif. 

Dia cuma mahu memastikan keselamatan Nelissa terjamin. Nanti bukannya Hadif boleh menjaga Nelissa 24 jam, jadi lebih baik mereka mengambil langkah berhati-hati. Dia tidak dapat membayangkan jika ada apa-apa yang tidak elok terjadi kepada kesayangannya itu.

“Eh, kenapa nak pindah pulak? Tak nak lah.” Cadangan Hadif ditolak mentah-mentah oleh Nelissa. Walaupun rumahnya sekarang nampak buruk dan tidak selamat bagi Hadif, tapi sudah agak lama Nelissa tinggal di situ bersama Hani. Dia sudah selesa disitu.

“Lis.. Think of your safety first okay? Jangan degil boleh?” Hadif sudah berura-ura mahu mengeluarkan aura singanya. Hadif ni memang pantang sikit kalau orang tak dengar cakap dia. Diktaktor aje... 

“Saya okey aje lah… Nanti saya cari lah housemate baru.” Nelissa melembutkan suaranya apabila mendengar ton suara Hadif yang sudah lari daripada tempo biasa itu. Tahu sangat, mula lah tu nak naik angin bila orang bantah cakap dia. So jalan penyelesaiannya memang satu cara ini aje lah. Hadif keras, dia lembut. Lama-lama nanti Hadif cair lah... 

Sebenarnya semenjak daripada semalam lagi Nelissa sudah fikir tentang semua ini. Memang Nelissa ada bercadang untuk mencari teman serumah baru nanti. Selain daripada untuk mencari teman di rumah, boleh juga dia berkongsi duit sewa rumah. Masak juga dia kalau terpaksa menanggung sewa rumah seorang diri nanti. 

Daripada ikut cadangan Hadif pindah tempat lain, baik dia ikut cadangan dia sendiri. Menyusahkan diri aje nak pindah-pindah bagai. Rumahnya sekarang ini dekat pula dengan pejabatnya, senang sikit dia nak ke pejabat. Naik aje bas dah boleh sampai. Kalau pindah banyak benda kena fikir lagi.. Paling susah sekali adalah bab untuk ke tempat kerja. Tak kan lah nak mengharap Hadif aje. Isyhh.. Mana boleh..!! Mereka ni kawan aje pun...

Hadif merengus. Nelissa memang payah nak mendengar katanya. Ada sahaja alasannya untuk membantah.

As your friend I’m really worried about your safety. I think you should consider my suggestion first, fikir baik-baik. Kalau ubah fikiran bagitahu saya.” Hadif cuba mengendurkan suaranya. Dia sedaya upaya mengawal suaranya supaya tidak naik lagi. Dan Nelissa ini pun boleh tahan juga keras kepalanya, jadi nak pujuk dia kena ada caranya. Ayat kena power, cara kena betul!!

Kala itu kereta Hadif sudah masuk ke perkarangan bangunan pejabat Nelissa.

“Hmm.. Saya rasa memang tak kot nak pindah. Thanks Hadif.” Nelissa melemparkan segaris senyuman manis buat Hadif. Dia tahu lelaki itu sedang bengangkannya. Nampak aje dia tengah tahan marah dia tu. Nelissa cepat belajar tentang gerak laku Hadif, bila dia marah, bila dia gembira, bila dia tiada mood. Senang sangat nak teka perubahan mood dia. Dan penyelesaian kalau Hadif marah dengannya, Nelissa cuma perlu hadiahkan senyuman sebagai pujukan, tidak lama nanti Hadif okey lah.

I said think about it first Lis. Please..” Tegas Hadif sekali lagi.

Fine, nanti saya akan fikirkan. Thanks hantar saya pagi ni. Bye.” Nelissa pun sudah tarik muka. Kadang-kadang dia bengang juga dengan sikap Hadif yang satu ini, suka sangat memaksa.

My pleasure lady.. Please be careful, take care of yourself okay…”

Seperti biasa, Hadif memang tidak akan lupa untuk titipkan pesanan manis buat Nelissa sebelum mereka berpisah.

Nelissa hanya mengangguk sebelum membuka pintu kereta dan terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Over aje Hadif tu.. Memang lah sepatutnya ambil langkah berhati-hati, tapi kan malang tu tak berbau. Kalau benda nak jadi, dekat mana-mana pun boleh jadi. Cuba lah positifkan fikiran tu sikit!! Hah, kan tak pasal-pasal dia dah membebel dalam hati.

Arghh.. Geram!! Belum apa-apa dah tunjuk perangai King Control dia tu. Grrrr... Kalau Hadif cakap nak bercinta dengan dia, sepuluh kali fikir pun belum tentu dia akan terima!!


Okay lah, dah nak hujung-hujung ni ambil lah hadiah... 

Gambar Hadif yang seksi sikit, Z tau ampa semua suka... 

LOL O(≧∇≦)O 

..BERSAMBUNG..
    Much Love
        XoXo
      ..Zhee..


No comments:

Post a Comment