Followers

Saturday, August 16, 2014

[NADIANA] 02



::02::
Nadia merenung ke wajah diri sendiri di dalam cermin. Matanya merah kerana menangis, ada lingkaran gelap sekeliling matanya akibat tidak dapat melelapkan mata untuk beberapa hari. Nadia perhatikan keningnya yang berkerut, untuk beberapa minggu ini itulah ekspresi wajah yang selalu tertayang di mukanya. 


Memang patutlah Ez abaikan kau, tengoklah rupa kau sekarang, memang muka nak kena tinggal. Lelaki, mestilah dia pilih yang lagi cantik. Nadia bercakap dengan dirinya sendiri. Kemudian dia mengeluh. 

Tok tok tok

Bunyi ketukan di pintu kedengaran. Nadia terus menoleh ke arah pintu itu. Baru dia teringat yang dia sedang berada di dalam bilik air salun. Salun kecantikan yang sepatutnya tidak beroperasi hari ini. Salun yang dia teringin sangat hendak jejak, akhirnya dia berada di sini tetapi dalam keadaan yang memalukan.

“Kenapa you mandi lama sangat? Sudah satu jam you kat dalam, you pengsan ke?” Lelaki yang membantu Nadia tadi bertanya, dialah yang membawa Nadia ke sini. Tergelak kecil Nadia mendengar kata-katanya berbunyi pelat cina. 

“Pandai juga dia cakap melayu, pelat-pelat pun.” Komen Nadia perlahan. Bibirnya masih tersengih, terlupa dia sebentar yang dia sekarang sedang ditimpa masalah. 

“You tak jawab, I assume you pengsan kat dalam. I masuk.” 

Ternganga Nadia mendengar ayat itu, tambah takut dia mendengar bunyi pintu yang berkunci cuba dibuka.

“I.. I dah siap.” Balas Nadia lekas. Risau jika lelaki itu melihat keadaannya sekarang. Dia cuma berjubah mandi, pakaiannya tadi sudah basah lenjun dan kotor, tidak dapat dipakai lagi. 

Alamak, baju aku dah basah. Aku nak pakai apa ni? Nadia mula resah, tak mungkin dia akan melangkah keluar dari bilik air ini dengan hanya berjubah mandi. Dia menggaru-garu kepalanya runsing, matanya memandang ke arah bajunya yang basah di atas sinki. Nadia mengeluh lagi, dia buntu.

Tok tok tok

Ketukan di pintu berbunyi lagi. Nadia menghampiri pintu bilik air itu, dengan teragak-agak dia membuka pintu itu sedikit. 

“Nah. Baju untuk you.” Lelaki itu berkata sambil menyua sepasang baju kepada Nadia. 

“Kat sini tak ada pakaian dalam, but I found a bikini. Better dari tak pakai apa-apa kan? It’s brand new, so don’t worry.” Katanya lagi sambil menyerahkan sepasang bikini yang disangkut pada penyangkut. Tangan Nadia menyambutnya lalu terus dia menutup pintu tanpa memberi ucapan terima kasih. Tanpa membuang masa dia berpakaian. Walaupun kekok kerana memakai baju orang lain, tetapi dia terpaksa. Dari tidak berpakaian langsung baiklah dia sarung saja baju itu.

Sebaik sahaja dia lengkap berpakaian Nadia dengan beraninya menapak keluar. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik air itu. Lelaki tadi yang sedang mengemop lantai pegun sebentar. Dia berdiri tegak lalu memandang ke arah Nadia yang sudah siap berpakaian. Sambil bertongkatkan pada kayu mop dia perhatikan Nadia dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, lalu dia tersenyum.

“Hai, I Alan.”

Jarinya menunjukkan tanda ‘peace’, Nadia diam tidak membalas. Alan cepat-cepat menyiapkan kerjanya mengeringkan lantai yang sedikit basah akibat titisan air hujan dari tubuh Nadia sewaktu dia membawa Nadia masuk tadi. Nadia hanya pegun di hadapan pintu bilik air tadi, diam tidak bergerak. Hanya bola anak matanya sahaja lincah bergerak, menyoroti pergerakan Alan ke mana sahaja dia pergi. 

“Kasut you dah basah, you boleh pakai kasut tu.” Kata Alan sambil memberikan isyarat mulut menunjukkan kasut yang sudah dia tinggalkan di sebelah pintu bilik air. Alan kemudian berjalan kebelakang menyimpan semula mop dan membersihkan tangannya.

Dengan teragak-agak Nadia menyarung kasut itu ke kakinya. 

‘Cantiknya,’ getus hati Nadia. Dia suka sangat kasut yang tersarung di kakinya sekarang, bukan sahaja cantik malah menaikkan ketinggiannya untuk beberapa inci. 

“You buat apa berdiri kat situ lama-lama? Come, sit here.” Alan memanggil sambil menepuk-nepuk kerusi di hadapan cermin. Nadia terus menurut, dia bergerak kebahagian hadapan salun itu lalu duduk di kerusi di hadapan Alan. Nadia masih diam tidak bersuara, dia hanya memandang perlakuan Alan dari cermin di hadapan mereka. 

Alan menghidupkan pengering rambut, tangannya dengan selamba membelai rambut Nadia. Nadia terkejut, terus dia mengelak. Nadia menoleh, matanya tajam memandang ke wajah Alan. Alan mematikan pengering rambut di tangannya.

“I cuma nak keringkan rambut you, you nak kena selsema ke?” Tanya Alan kepada Nadia yang terkebil-kebil, keliru dengan situasi ini. 

“Ada ke orang demam selsema sebab tak keringkan rambut?” Balas Nadia dengan soalan. Selama ni tak pernah pula dia selsema kalau tidak keringkan rambut. Dengan cuaca Malaysia yang panas (dan lembap) sepanjang tahun ni, sekejap je rambut kering secara semula jadi. Tak perlu nak blow blow bagai.

Finally, I ingat you bisu punya orang.” Alan membalas dengan sinis. Dia menolak lembut kepala Nadia supaya mengadap cermin di hadapannya. Mereka saling memandang ke dalam mata masing-masing melalui cermin itu. Nadia terasa malu pula bila mereka saling memandang begitu, terus dia melarikan anak matanya. 

“Ada. Lagi pun tadi kan you kena hujan.” 


Kedua-dua mereka senyap. Cuma bunyi hujan yang sedikit reda sahaja sayup-sayup kedengaran. Nadia kembali memandang dalam cermin, melihat kalau-kalau Alan masih memandangnya, mata mereka bertemu. 

‘Kenapa lelaki ni tolong aku?’ Hati Nadia mula berbisik. Otaknya mula berfikir. Dia tidak pernah mengenali lelaki ini, nak kata dia pelanggan salun ini tak juga. Ini kali pertama dia datang ke sini, bukan datang secara rela tapi ‘diseret’ ke sini. Nak kata selalu bertembung, rasanya tidak… mungkin pernah kerana ofisnya berhampiran dengan salun ni tapi…mungkin dia sudah tak ingat.

‘Beraninya aku ikut dia.’ Nadia mula rasa tidak sedap hati, rasa seperti hendak lari dari situ, risau kalau dia diapa-apakan. 

Coffee?” Alan mengalihkan pandangan matanya pada secawan kopi panas di hadapan mereka sebagai isyarat mata buat Nadia.

‘Kopi, patutlah ada bau wangi. Ingatkan datang dari kafe sebelah. Sedapnya, tapi… tak beranilah nak minum. Buatnya dia letak apa-apa, mampus aku.’ 

Nadia  menggeleng kecil tanda tidak mahu kopi itu. Walaupun salun ini berdinding kaca, dan orang luar pasti akan nampak jika Alan cuba mengapa-apakannya tetapi Nadia tetap berasa tidak selamat. Alan mengangguk faham, dia menghidupkan semula pengering rambut tadi dan mula mengeringkan rambut Nadia.

What’s your name?”

“Nadia.” 

Nice. Kerja sini kan? I mean around this area?” soal Alan lagi, rasanya dia pernah nampak wajah Nadia sebelum ini. Nadia hanya menjawab dengan anggukan. 

“Tadi, kenapa you duduk dalam hujan?” tanya Alan, dia ingin tahu. Ekpresi gelisah yang sentiasa terukir diwajah gadis ini membuatkan dia ingin tahu lebih banyak mengenai gadis ini. Wajah yang cantik ini sepatutnya dihiasi dengan senyuman, bukan kerutan di dahi. 

“I terjatuh.” Jawab Nadia perlahan. Nadia agak kekok dan segan bila bercakap dengan orang yang dia baru kenal. Tambah-tambah lelaki, suara yang keluar pun macam nak tak nak je keluar. Tetapi lain pula dengan Alan dia sudah biasa bercakap dengan pelanggannya.

I see, you jatuh tapi you tak bangun.” Komen Alan pelik. Kata-kata Alan buat Nadia rasa seperti ditampar, walaupun Alan tidak tahu apa-apa mengenai dirinya tetapi kata-kata tadi seolah-olah sedang mengejeknya yang seperti seorang yang mudah mengaku kalah. 

Alan terus bertanya, “sebab sakit ke?”

“Sebab sakit hati.” Nadia terlepas cakap, dia sebenarnya hanya bercakap sendiri tetapi Alan dapat menangkap luahan Nadia itu. 

Tangan Alan kaku sebentar, wajah Nadia yang berkerut diperhatikan dari dalam cermin. Wajah seperti hendak menangis, Nadia tidak pula sedar yang Alan sedang memerhatikan dirinya yang cuba menahan diri dari menitiskan air mata. 

What happened?” Alan bertanya. Nadia memandang ke dalam cermin, baru dia perasan yang Alan terhenti dari membuat kerjanya dan sedang memandangnya. Nadia berdehem kecil, menghilangkan rasa tekak kembang kerana menahan tangisan. 

“Tak ada apa-apalah.” Nadia enggan bercerita, dia segan. Riak wajah Alan berubah kurang senang, tangannya mematikan alat pengering rambut di tangannya. 

“Ceritalah, I nak tahu.” 

Nadia menggeleng-geleng enggan.Sibuk je.
“Kalau you tak cerita, I tak bagi you keluar dari salun I ni.” Ugut Alan, lagi bertambah berkerut dahi Nadia. 

“Peliklah you ni, menyibuk je. Semua cerita pelanggan you, you nak ambil tahu ke?” Soal Nadia geram. Alan terkedu sebentar, selama ni memang dia ada berbual dengan pelanggan tetapi dia bukanlah jenis yang ‘mengorek’ cerita dalam-dalam. Tapi hari ni banyak pula dia tanya, dia sendiri pelik dengan diri sendiri. 

Suasana terus menjadi kekok bila kedua-dua mereka terdiam. Tangan kiri Alan tiba-tiba sahaja menyelerakkan dengan kasar rambut Nadia yang sudah hampir kering itu. 

“Hey!!” Terjerit Nadia dibuatnya. Apa jenis hair stylish lah dia ni, suka-suka hati main rambut orang, ingat aku ni anjing ke apa. Lepas tu buat muka selamba, nasib baik aku sabar je kalau tak muka handsome boleh jadi muka pembedahan plastik tak jadi pulak nanti. 

“I geram bos I, Ezuan minta I belikan vanila late untuk bakal tunang dia. Padahal itu bukan kerja I. Bila I terjatuh dan vanila late tu tumpah. Itu je.” Cerita Nadia dalam nada geram. Kening Alan terangkat, muka tak ambil kisah, cerita Nadia tadi memang tak menarik minatnya. Tangannya kembali ‘bekerja’, pengering rambut dihidupkan semula.  

Next time, you boleh buat call kat kafe sebelah dan mereka akan hantar kepada you.” Balas Alan, dia memberikan senyuman buat Nadia dengan harapan dapat menyejukkan gadis itu yang sedang geram dengan dirinya. Hmm… nampaknya esok terpaksalah Alan berpesan(memohon) kepada adiknya dan pekerja-pekerjanya di kafe sebelah, mereka menerima pesanan melalui panggilan telefon dan penghantaran, tetapi cuma khas buat Nadia sahaja. Tak pernah-pernah dia buat macam ni, entah mengapa dia berbuat begitu pun dia tak pasti, kenapa dia baik sangat? Pasti adiknya, Brian akan buat muka tak puas hati dan mengamuk marahkan dia kerana pandai-pandai menambah ‘service’ kafe itu yang memang tak pernah ada. Delivery service untuk salun Alan pernahlah, tapi tidak untuk orang lain. Alan sudah dapat bayangkan macam mana wajah tak puas hati Brian nanti. 

Malas hendak merunsingkan otak membayangkan riaksi Brian, Alan mencapai sikat di troli perkakas di sebelahnya, dan dia meneruskan kerjanya.

“I sakit hati, bukan sebab vanila late.” Sambung Nadia, nadanya rendah tidak beremosi. Terbuka pula hati Nadia hendak bercerita setelah dia hatinya sejuk, pertama kali dia berani untuk bercakap dari hati dengan lelaki yang tidak dia kenali. Alan sebaliknya tidak menyahut, dia hanya tumpukan perhatian kepada kerjanya sambil memasang telinga.

“Ezuan kekasih I. Kami dah bercinta plus minus enam tahun.” 

Tangan Alan terhenti, mereka sama-sama diam. Hanya bunyi pengering rambut ditangan Alan sahaja yang meriuhkan suasana.

 ::::
~bersambung~ 
an: salam semua. hari ni saya update lagi, kali ni bukan sebab saya boring tapi sebab saya feeling down sikit ToT.  ceriakan saya dengan komen2 anda ^^ naaaa.....

8 comments:

  1. Papappapapa*tepuk tangan sat*
    Waiting....

    ReplyDelete
  2. Alaa....baru nk menyibuk dgr citer nadia..bsmbg lak..

    ReplyDelete
  3. @zihabahaudin ziha, saja tinggal cliff hanger.. terima kasih sebab baca dan tinggalkan komen, next update baca dan komen lagi ya :D

    ReplyDelete
  4. baru aje nak tahu reaksi Alan tu..
    hee tak sabar nih.

    ReplyDelete
  5. macam kecewa kot? haha pakai hentam ni :3

    ReplyDelete
  6. tunggu next update untuk tahu :D

    ReplyDelete
  7. akan ku tunggu dengan penuh kesabaran sebab cerita ni best! hehe ^_^

    ReplyDelete
  8. Huhu....nie best nie...manelah tau Alan masuk Islam sbb nk kawen an Nadia..huhu..


    Dah jauh sgt tu sampai kawen jadinya...kikiki

    ReplyDelete