Followers

Tuesday, August 12, 2014

[NADIANA] Prolog & 01

NADIANA

::PROLOG::

“Nadiana aku punya!!”
“Tak aku punya.”

Dua lelaki a.k.a si suami-suami untuk dua bakal ibu yang sedang bergaduh berebut nama anak itu hanya duduk menongkat kepala melihat isteri masing-masing bergaduh. Hmmm… mereka sendiri pun tak faham, pasal nama pun boleh bergaduh. 




Mereka kemudian berpandangan antara satu sama lain, terus bibir mereka melepaskan keluhan. Aduhai… bilalah nak habis ni, asal jumpa bergaduh fasal topik yang sama.

“Dah sudah. Tak payah bergaduh.” Salah seorang dari mereka naik angin.

Stop it, will ya?” Seorang lagi menyambung.

Terus dua ibu mengandung itu menarik muka sedih, sebab kena marah dengan suami. Senyap tak berbunyi lagi dah.

“Nanti yang nak pergi daftar surat beranak anak, kami ni. Pandailah kami bagi nama kat anak kami nanti.” Salah seorang suami itu bersuara lagi dan seorang lagi mengangguk setuju. Makin panjang muncung ibu-ibu mengandung itu dengan mata yang sudah berkaca.

Merajuk!!


::01::

“I nak vanila late boleh?” Walaupun meluat tetapi Nadia tetap tak dapat tahan diri dari mengajuk suara manja Iryana tadi. Hati Nadia sudah menyampah sangat dengan si Iryana tu,

“eeee… gedik.” Bentak Nadia sambil berjalan dengan tangan yang berpeluk tubuh. Kakinya menghentak keras kaki lima kedai itu tanda geram, kuat bunyi tapak kasut kesan hentakan kakinya. Kalau boleh dijampinya lantai kaki lima itu biar hentakan kakinya terasa pada muka si Iryana tu, memang Nadia sudah buat, nasib baik dia tak reti sahaja, selamat wajah cantik putih mulus Iryana tu. Mulut Nadia tidak habis-habis terkumat-kamit menghambur kata-kata makian khas kepada Iryana bagai orang kurang siuman bercakap seorang diri.  

“Nadia tolong belikan. Ish, mengada-mengada. Ezuan pun satu, tahulah dia bos tapi bila masa pula aku ni jadi tukang beli air untuk tetamu dia? suka-suka hati mengarah aku pergi beli vanila late perempuan gedik tu. Eeee… tolonglah, mengada-mengada gila. Dahlah beli guna duit aku, sakitnya hati.”

Kalau ikutkan hati mahu sahaja tangan Nadia melayang ke wajah Iryana polos-buat-buat itu, malangnya tamparan itu hanya dapat dilayangkan di dalam mindanya sahaja. Berkasar di tempat kerja bukan style Nadia, dia masih tahu apa yang patut dia buat dengan apa yang tak patut dia buat. Melayangkan satu tamparan pada pipi bakal tunang anak bos besar bersamaan dengan Nadia berkemungkinan perlu cari kerja lain. Tangan Nadia cepat-cepat naik ke atas kepalanya, mengetuk lembut sekali dua kepala kecilnyaitu lalu menggeleng-menggelengkan kepalanya, menyingkir bayangan dirinya yang semakin menggila menganyang Iryana dari otaknya, dari tampar ke tarik rambut, dari tarik rambut ke berguling bergaduh sampaikan bertumbuk.

Sudah Nadia, sudah… makin dilayan marah kau ni, makin naik hantu avatar kau dalam otak ganyang si Iryana tu. Kau tak mahu pergi mencari kerja lain kan?

Nadia menyabarkan diri, bukan senang nak dapat kerja sekarang. Dengan lambakan graduan tidak bekerja sekarang, dia pasti kalah dalam persaingan merebut jawatan dengan graduan univeristi yang ada ijazah berbanding dia yang hanya ada SPM. Bila otaknya berhenti membayangkan benda-benda merapu bibir pula gatal hendak menyambung bebelan buat dua mahkluk yang membuatkan dia menapak ke kafe berhampiran untuk memenuhi permintaan Iryana yang tidak mahu minuman lain selain vanila late.

“Masa ofis tengah kelam kabut macam nilah dia nak datang melawat tunang belum tentu jadi tu, si Ezuan tu pun layan je. Memang dasar tetamu tak diundang betul.” Nadia bernasib baik kerana kafe yang sesuai dengan standard tekak si Iryana yang berasal dari keluarga berada itu tidak jauh dari pejabat Nadia. Dia hanya perlu berjalan sedikit dan kemudian melintas jalan untuk sampai ke kafe itu.

Nadia mengeluh panjang bila dia berdiri di hadapan kafe yang hendak ditujui, sudah tidak terbilang berapa kali dia mengeluh, sudah banyak kali. Mulutnya pun sudah letih membuat dosa memaki hamun Iryana dan Ezuan. Nak tak nak, walaupun terasa kaki berat macam mana pun Nadia terpaksa juga melangkah masuk ke dalam kafe itu. Dah sampai pun, tak guna kalau dia hendak menukar fikiran sekarang dan berpatah balik dengan tangan kosong, rugi masa dan tenaga. Dengan berat hati melangkah masuk ke dalam kafe itu lalu membuat pesanan.

Ice vanilla latte dua.”

Jari Nadia secara automatik terangkat tanda ‘peace’, mudah untuk orang faham dan tak silap. Setelah membuat pembayaran, Nadia duduk di kerusi bulat di tepi dinding kaca kafe. Matanya terus sahaja memandang salun kecantikan di seberang lorong kecil di antara kafe dan salun itu. Salun yang juga berdinding kaca nampak sangat mewah lagi moden dan elegent. Sudah lama Nadia teringin sangat hendak menjejakkan kaki ke beauty saloon itu, tetapi tak pernah sekali pun dia pergi. Memandang dari jauh pun sudah boleh membuatkan Nadia teruja, tak dapat bayangkan bagaimana perasaannya kalau sudah berada di situ. Bibir Nadia mengukir senyuman, tak sangka dengan hanya memandang salun itu boleh buat Nadia lupa sebentar marahnya pada Ezuan dan Iryana.

Hmmm.. tutup pula salun ni, selalunya tak pernah  pun tutup hari jumaat. Omel Nadia sendiri.

Bunyi guruh yang tiba-tiba sahaja ‘berdentum’ mengejutkan Nadia, melatah Nadia di dalam hati. Entah bila ada cahaya kilat pun dia tak perasan, tahu-tahu sahaja dah berdentum. Matanya terus membulat memandang ke langit. Kilat yang memanahkan di tengah jalan sangat terang cahayanya dan menakutkan. Cepat-cepat Nadia menutup matanya dan menutup telinganya dengan tangan, siap sedia menunggu dentuman guruh yang lambat bunyinya kerana perbezaan kelajuan antara cahaya dan bunyi. Sebaik sahaja bunyi guruh kedua kedengaran hujan turun mencurah-curah ke bumi dengan lebatnya. Nadia mengalih tangannya..

“Alamak, hujanlah pula. Aku tak bawa payung ni.” Nadia merungut sebaik sahaja bunyi hujan menyapa telinganya. Bukan tidak suka hujan yang penuh rahmat, tapi dalam keadaannya sekarang… hujan memang tidak diperlukan. Kalaulah hujan ni turun sepuluh minit lambat, selamat dah Nadia dari terpaksa meredah hujan. Nadia mula susah hati. Mata yang tadi dikatup dibuka perlahan-lahan, meliar matanya melihat hujan yang turun selebat-lebatnya buat hatinya makin tak senang.

“Macam mana nak balik ni. Ish, macam mana aku boleh tak perasan langit gelap?”

Macam-macam  masalah, benda kecik pun boleh stres!

Rintik-rintik hujan menghasilkan bunyi bising, pelayan kafe terpaksa menguatkan suara untuk memanggil Nadia, pesanannya sudah pun siap. Setelah mengambil pesanannya Nadia keluar dari kafe itu, wajahnya berkerut risau memikirkan bagaimana dia hendak pulang ke pejabatnya tanpa payung. Pasti basah kuyup jadinya, tambahan pula hujan yang turun bukan rintik-rintik hujan renyai, hujan lebat. Nadia sudah mula menggigil kedinginan, kaki seluarnya sudah basah dek tempias hujan walaupun dia berlindung di kaki lima kedai. Nak beli payung baharu pun, mana ada kedai yang jual payung di deretan kedai-kedai ni.

Telefon bimbitnya di dalam poket dikeluarkan, ada panggilan masuk dari Ezuan.

“Nadia, you pergi mana punya lama? Kata pergi beli kat kafe depan je, kenapa lama sangat?” Telinga Nadia disapa suara Ezuan. Suaranya kedengaran seperti risau, Nadia cepat-cepat meminta bantuan, S.O.S.

“Ez, hujan lebat sangatlah. Nadia tak boleh balik pejabat ni, macam mana ni? Ez boleh tolong tak?” Balas Nadia. Dia mengharapkan Ezuan akan datang menyelamatkan dirinya yang terkandas di hadapan kafe ini, dia buntu tidak tahu bagaimana hendak pulang ke pejabatnya.

“Nadia kat depan kafe depan ofis, boleh tak Ez datang?”

“Nadia, takkan Ez nak tinggal Iryana sorang-sorang kat sini.”

“Habis tu?”

“Ala… hujan tak lebat mana tu, redah jelah. Bukan jauh pun, lintas jalan je.”

Ternganga Nadia mendengarnya, redah je. Kalau hujan gerimis memang dah lama Nadia redah sahaja, tapi ini memang lebat dah macam hujan batu. Sedangkan suara Ezuan dihujung talian pun sukar untuk dia dengar kerana bunyi hujan yang berlalu kuat. Tubuh Nadia menggigil lagi untuk kesekelian kali bila ada angin sejuk menampar batang tubuhnya. Sejuknya…

“Tak lebat? Nadia nak dengar suara Ez pun payah. Sudahlah, kalau tak nak turun bawa payung tunggu ajelah sekejap, hujan lebat macam ni selalunya sekejap je berenti.” Balas Nadia geram. Yalah, dia sedar siapa dia. Waktu pejabat Nadia cuma seorang kerani cabuk, pekerja bawahan Ezuan Rizal. Tak kan nak suruh bos datang jemput, bawakan payung untuk dia balik ke pejabat. Memang tak patut dia minta pertolongan Ezuan untuk keluarkan dia dari kebuntuan ni.

“Tunggu hujan berenti? Nadia, Iryana dah tunggu lama dah…”

Excuse me? Jadi Ez telefon Nadia sebab Yana tunggu vanila late dia lama sangatlah? Bukan sebab risaukan Nadia tak balik ofis lagi?” Tukas Nadia dengan nada tinggi. Sentap… cukup, cukup terasa. Ezuan terus terdiam, dia terkedu dengan kata-kata Nadia.

“Takut sangat vanila late dia tak sampai? Fasal Nadia memang tak penting kan?” Sambung Nadia, dalam hati dia sangat kecewa dengan Ezuan. Ezuan masih berdiam tidak menjawab, tidak tahu hendak memberi jawapan apa.

‘Sampai hati Ez,’ jerit Nadia di dalam hatinya. Dengan perasaan geram dia mematikan panggilan lalu dia menyumbat telefon tangannya ke dalam poket seluarnya semula. Nadia bertekad untuk meredah hujan lebat ini seperti yang dikehendaki Ezuan. Nadia membawa dua cawan vanila late yang dibelinya tadi ke dadanya, cuba memeluknya untuk melindungi dua cawan vanila late yang ‘teramat penting’ itu. Nadia mundar-mandir di kaki lima kafe itu, dia sebenarnya malu kalau-kalau aksi dia berlari di bawah hujan bakal diperhatikan orang di dalam kafe tempat dia berdiri tadi. Mujur tiada orang lalu lalang di situ, kebanyakan pejalan kaki tadi sudah berlindung dari hujan dan sejuk di dalam premis-premis di situ.

Nadia menelan liur, kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan memastikan tiada kereta di atas jalan itu. Hujan lebat mengaburkan penglihatannya. Nadia telan liur, bimbang juga kalau tiba-tiba ada kenderaan yang muncul, tak fasal-fasal kemalangan pula. Setelah pasti jalan di hadapannya selamat, dan berdoa dalam hati Nadia menapak laju untuk keluar dari lindungannya.

Baru memulakan langkah guruh tiba-tiba berdentum maha kuat, terjerit Nadia terkejut. Malang tak berbau, kaki Nadia terjelepok lalu dia jatuh terduduk di atas jalan tar itu. Sakit kaki dan punggung gadis itu terhentak ke jalan. Malang sungguh nasibnya, ini semua angkara hendak belikan vanila late untuk Iryana.

“Vanila late!!” Jerit Nadia bila melihat Vanila late yang dibelinya sudah mewarnai baju kemeja merah jambu yang dipakainya. Hati Nadia bagai disagat-sagat melihat dia cawan vanila late itu sudah tumpah ke tubuhnya dan jalan tar itu. Tubuh Nadia mulai lencun dek hujan yang turun dengan sangat lebat, air hujan itu mengalir ke longkang membawa pergi saki baki vanila late yang tertumpah tadi.

Tak semena-mena Nadia terasa seperti ingin menangis. Ah, adakah ini balasan Tuhan? Buat kerja tak ikhlas, sebab tu Allah turunkan ‘bala’ kepadanya sekarang. Melihat dua cawan vanila late yang sudah kosong bersama penutupnya yang terbuka terus membuat Nadia menangis. Dia masih terduduk di atas jalan tar itu, tidak bergerak-gerak. Tak ada hati untuk bangun, dia cuma ingin menangis di dalam hujan lebat itu. Malu diperhatikan orang lain tadi juga sudah hilang pergi, sikit pun dia tak malu duduk di bawah hujan itu, biarlah kalau orang nak kata apa pun.

Tiba-tiba hujan yang dirasainya mencurah-curah terasa seperti sudah berhenti. Tidak. Hujan masih lebat, tetapi tubuhnya tidak terkena rintik air lagi. Nadia terlihat sepasang kaki sedang berdiri rapat di hadapannya, lantas dia mendongak. Dalam hati terdetik perasaan lega, sangka Nadia, Ezuan datang ‘menyelamatkan’ dirinya dari dibasahi hujan. Namun sangkaannya meleset, ada seorang lelaki lain yang datang bersama payung ditangan, hati Nadia kembali di datangi perasaan sedih. Melihat Nadia yang diam tidak beriaksi, lelaki tadi mencangkung.

“Kenapa you duduk sini?” lelaki itu bertanya kepada Nadia. Nadia terpegun, diam tidak menjawab sebaliknya hanya memandang ke wajah ‘putera di atas kuda putihnya’ itu. Lelaki itu terus mencengkam lengan Nadia dan memaksanya berdiri, bagai dipukau Nadia mengikut sahaja bila lelaki itu menariknya pergi dari situ.

::::

::BERSAMBUNG::

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua. Walaupun agak lambat (actually dah ucap dalam fb) saya masih lagi nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Saya harap kalau ada salah silap, terkasar bahasa atau yang beli novel saya tapi tak puas hati tu, saya mohon ampun dan maaf kepada anda semua. 

Kerana saya ni dah bosan sangat sebab dah lama tak ada update blog, saya datang letak enovel terbaharu.. jeng jeng jeng. Dulu sebelum ni saya ada letak kat fanficoverflow tapi kat situ limited je orang boleh baca sebab untuk subscribers only. Tapi saya buat keputusan untuk letak je di blog, apa-apa pun sini tempat saya bermula, sayang nak tinggalkan. Walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko copy cat, saya letak juga. Harap2 tak ada yang copy lah yer, tak baik copy cerita orang, berdosa. Yakin pada diri sendiri dan tulis cerita sendiri ^^ okay? 

Maaf, panjang pulak mesej kali ni, maklumlah dah lama tak post apa2. RINDU~~ 
Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah. Ada komen box baharu...boleh upvote downvote lagi. enjoy!! - Q

5 comments:

  1. tulisan ni besar sangat ke kecik? kalau kecik susah nak baca kalau besar macam semak dan pening pun ada... hmmmm.. - q

    ReplyDelete
  2. Kak q nad baru masuk mood happy2....
    T_T

    ReplyDelete
  3. la.... janganlah macam ni.. nama sama aje, tapi tak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah tiada. ini fiksyen semata-mata dik :) - q

    ReplyDelete
  4. Macam best je,semalam nak baca ni.Tapi dah ngantuk sangat.So,baca hari ni laa... =)

    ReplyDelete