Followers

Monday, September 29, 2014

[NADIANA] 08






::08::

Ouchh

Nadia mengaduh bila lengannya direntap kasar. Nadia terus tertoleh.

‘Ah, aku dah agak dah. Siapa lagi nak rentap-rentap tangan aku kalau bukan Ez.’ Rungut Nadia di dalam hati, wajahnya jelas menunjukkan riak kurang senang. Apa lagilah Ezuan mahu darinya.
“You nak balik mana?”
 
“Apa you peduli Ez.”

“Kenapa you terima tawaran ayah I?” 

“Apa salahnya? naik gaji, siapa tak nak?” Balas Nadia, dia dengan beraninya menjawab dengan suara penuh yakin. Kalau dahulu Nadia tidak seberani ini. Ini Nadia yang baru membuat transformasi lah. 

“You nak lari dari I kan?”

“Tanya lagi.” Nadia membalas persoalan Ezuan. Ezuan lagi tidak puas hati, Nadia di hadapannya bukan yang dia kenal dulu. 

“You jangan ingat you boleh lari dari I, you dah lupa selama ni siapa yang bela you?” 

‘Biadab, dia cakap macam aku ni binatang pulak.’ Marah Nadia di dalam hati, Nadia menghembus nafas dengan kasar, geram bila Ezuan mengungkit. 

“Kut la you lupa, dulu you bagi I tinggal di rumah you tu dengan alasan suruh I jaga rumah you kan? Bersihkan rumah you, kemas, kadang-kadang cuci baju you, masak untuk you kalau you balik jenguk rumah tu, dah serupa amah I masa tu. Bukan I duduk free. Kemudian apa lagi? Kerja, bukan you bagi, bapak you yang bagi I kerja sini, you cuma cadangkan je. Lagi apa? Kereta you yang bagi, I tak minta pun, itupun I dah pulangkan. Semua harta you bagi I, yang I tak minta tu, semua I tinggal kat rumah you. Ingat ya, I tak pernah minta, you yang bagi semua tu. Sekarang you ungkit macam I bawa lari semua harta you.” Nadia berhujah panjang, dia memang tak puas hati. Ezuan yang mendengar semakin geram, tangannya mencengkam lengan kurus Nadia dengan lebih kuat. Nadia mengaduh sakit, wajahnya berkerut walaupun dia cuba mengawal riak marahnya. 

Mata Ezuan tajam menikam mata Nadia. Nadia makin tidak selesa. 

“Lepaslah.” Ucap Nadia separuh menjerit, tangannya cuba untuk lepas dari cengkaman Ezuan. Jari jemari tangan kanannya cuba untuk mengupil tangan Ezuan yang masih tidak mahu melepaskan lengan Nadia. 

“Nadia.” Laung satu suara. Nadia menoleh. 

“Alan.” Nadia menyebut namanya separuh menjerit. Ezuan juga menoleh ke arah Alan yang semakin menghampiri, cengkamannya menjadi longgar bila fokusnya beralih ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu. Nadia mengambil peluang untuk meloloskan diri dari cengkaman Ezuan, laju sahaja kakinya berlari anak ke arah Alan. Cepat-cepat Nadia memaut lengan Alan dan mengajak Alan pergi dari situ, mereka sama-sama beriringan pergi ke salun kecantikan Alan. 

“Nasib baik you ada. Kalau tak, tak tahulah apa jadi.” Nadia mengadu. Sakitnya lengan kirinya masih lagi sakit kerana perbuatan Ezuan tadi. Mesti biru lengannya nanti. 

That’s your ex?”

Nadia mengangguk sahaja. 

“You tak rugi apa-apa berpisah dengan dia.” Balas Alan lalu tersengih senget. Okeylah, kacak tetapi boring, lelaki macam tu boleh jumpa kat mana-mana. 

“Baguslah kalau you rasa macam tu.” Ujar Nadia. Nadia mengambil tempat di satu sofa panjang yang ada di hujung salun itu. Dia menyapa dua orang pekerja Alan, Anna dan Ming. Nadia baru sahaja tahu nama mereka bila ternampak tag nama di dada mereka, walaupun tak kenal antara satu sama lain sebelum ini tetapi selalu sahaja mereka berselisih. 

Nadia kemudian menjenguk ke luar dinding kaca salun itu, melihat kalau-kalau kelibat Ezuan masih ada. Dia mahu pulang cepat, sekarang kena naik kenderaan awam, jadi penatnya lebih. 

“You tengok apa?” 

Ex I lah.” 

Why?”

“Kalau dia dah tak ada, I nak balik.” 

“Janganlah balik lagi, you tak nak sembang dengan I ke?” Alan menghalang niat Nadia untuk pulang segera. Nadia memandang Alan hairan, terus hati mengomel, 'eh, aku nak balik dia ajak berbual pulak. Tahulah tak ada pelanggan sekarang.'

“Nadia, siapa mekapkan you ni?” Tanya Alan. Dia yang duduk mengiring mengadap Nadia sambil tangan menongkat kepalanya itu merenung ke wajah Nadia. 

“I mekap sendirilah, kenapa?” Soal Nadia kembali, hairan. 

Your bare face looks better. Siapa ajar you mekap macam tu?” Alan bertanya, dari pandangan matanya memang mekap itu terlalu biasa. Tak menarik. 

“I belajar sendiri, kenapa? Tak cantik ke?” Nadia bertanya semula. Yalah, Alan kan professional dalam bidang kecantikan ni. Mesti ada pandangan professionalnya. 

Alan angguk sahaja sebagai jawapan, risau kalau beri jawapan pakai mulut nanti terasa pula. 

“I tak ada barang mekaplah, ini pun pinjam kawan.” Nadia beralasan. Tapi memang betul yang dia pinjam kawan, dia pinjam bedak, eyeliner dan gincu Diana. Maklumlah semua barang mekapnya dia tinggal di rumah Ezuan, sebab semuanya Ezuan yang belikan. Tak ada satu pun dia ambil. Itu sebab terpaksa pinjam Diana punya barang mekap, Diana pula bukan jenis mekap tebal-tebal, dia mekap sekadar tidak mahu wajah nampak terlalu pucat. Mana yang ada, itu saja yang tertempek di wajah Nadia sekarang.

Better dari you bagi I pakai mascara kena air cair.” Nadia membalas dengan sindiran. 

“Yeke?” Alan buat muka tak bersalah, memang dia tak perasan mascara yang dia guna semasa mekapkan Nadia bukan waterproof. Dia pakai capai saja. Lagipun bab mekap-mekap ni bukan kepakarannya, dia pakar gaya rambut. Itu ‘major’ bagi Alan, mekap cuma sampingan yang dia belajar dari adik perempuannya, bukan dia nak mekap diri sendiri pun. Hanya sebagai pengetahuan sahaja, lagi pun ada tukang mekap di salun kecantikannya ini yang khas bila khidmat mereka diperlukan. 

“Yalah, habis hitam pipi I, jumaat hari tu. Malu tau.” 

So you cried that day.” Alan berkata. Nadia terus terdiam. 

“Kalau you berpisah dengan kekasih you, you tak menangis ke?” Soal Nadia dengan nada perlahan dan serius. Alan sedikit sebanyak dapat memahami Nadia. Nadia perempuan tak mungkin dia tidak menitiskan air mata bila berpisah dengan teman lelakinya. Alan tidak tahu bagaimana hendak menjawab persoalan Nadia, dia juga kehilangan kata-kata, tak tahu apa yang patut dia katakan sekarang. Buat pertama kali dia tidak dapat memberi jawapan kepada seseorang, selama ini dia sangat pandai berkata-kata. 

Kedengaran bunyi tapak kasut dari tangga, ada seseorang yang menuruni tangga. Bunyi detak kasut tinggi ikut memecahkan kesunyian antara Alan dan Nadia. Nadia yang tadi mula terasa sebak sudah hilang sebaknya. 

Gadis yang menuruni tangga itu berpeluk tubuh sambil merenung tajam ke arah Alan, wajahnya masam mencuka. 

What?” Alan bertanya dengan muka pelik. Gadis itu memandang ke arah Nadia pula, kecut perut jadinya melihat renungan tajam gadis itu. Badan sahaja kecil tetapi renungannya seperti dia hendak menelan orang. 

Who is this?” 

Err….” 

Belum sempat Alan menjawab mata gadis itu terlihat pada kasut yang tersarung di kaki Nadia. Dia kenal kasut itu, kenal sangat… sebab dia yang beli!!!

Ahhhhhh…. That's my shoe. So, this is the girl that you gave my brandnew bikini, brandnew dress, my brandnew shoe?” Jerit gadis kecil molek itu. Suaranya teramatlah nyaring dan kuat, semakin cuak Nadia jadinya, terus dia menelan liur. Tadi depan Ezuan bolehlah dia beranikan diri, sebab dia tahu tempat dia berdiri, siapa dia dan siapa Ezuan. Memanglah dia berani melawan. Sekarang dia seolah-olah termasuk ke kubu lawan yang dia tidak kenal tanpa persediaan, rasanya macam termasuk kandang harimau lapar. 

Yes.” Jawab Alan pendek.

“Cik, er… nanti. Maaf, saya janji saya akan pulangkan balik. Semua. Saya minta maaf ambil tak minta kebenaran dahulu.” Nadia cepat-cepat bersuara sebelum gadis itu melenting lagi, dia dah beberapa kali menelan liur sebab takut. Nampak kecil molek tapi boleh tahan garangnya. 

Not your fault actually, I yang ambil tak tanya dia dulu.” Alan cuba menenangkan Nadia yang ketakutan macam ada along minta hutang. Gadis itu terus menjegil matanya kepada Alan, Nadia jadi serba salah. 

Sorry, baju ada kat rumah. Kalau cik nak kasut ni sekarang pun tak apa, saya boleh balik kaki ayam.” Laju sahaja lidah Nadia menutur, diri sendiri tak sedar yang dia baru sahaja cakap dia nak balik berkaki ayam. Sudahlah naik kenderaan awam, memang nak kena gelak. 

“Wah… you serius boleh balik berkaki ayam ke?” Tanya si gadis terkejut. Rasa geram tadi lenyap begitu sahaja, terkejut mendengar ada perempuan yang sanggup berjalan tanpa kasut. Pertama kali jumpa.

“I cakap I nak balik berkaki ayam ke?” tanya Nadia balik kebingungan. Terus sahaja gadis tadi menampar dahinya, Alan pula tertawa kuat. 

This is my lil sister, Clara.” Alan perkenalkan gadis kecil molek ini kepada Nadia setelah tawanya reda. 

‘Oh… adik dia rupanya, ingatkan awek tadi. Aku dah cuak dah.’ Nadia bersuara di dalam hati sahaja, baru sekarang dia mampu menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya kalau Clara hendak apa-apakan dia, pasti Alan akan menghalang. Tak kan dia nak biar sahaja adik dia serang orang. 

I will buy you new one, so please say hi, nicely.” Kata Alan kepada Clara. 

This is Nadia.” Alan perkenalkan Nadia kepada Clara pula. 

“Helo.” Sapa Clara dengan senyuman, tak kisahlah dengan kasut baju dan bikini tu, sebab Alan sudah janji akan ganti lain. Clara dan Nadia bersalaman, secara tak sengaja Nadia ternampak jarum jam di tangan Clara menunjukkan jam sudah hampir pukul enam petang.

“Oh… dah dekat pukul enam. I kena balik, nak kejar bas lagi. Babai.” Suara Nadia panik, dia cepat-cepat bangun dari sofa itu lalu bergegas ke arah pintu. Sebelum keluar sempat lagi Nadia menoleh, 

thanks sebab tolong I tadi, jumpa lagi esok.” 

::::
~bersambung~ 
an: nanti akan ada berita baik, siapa yang join group kami dah tahu kut. Berita baik apa... nanti kita beritahu, bila..? xtau lagi. Ada watak baru chapter ni, Clara, budak (x adalah budak sgt lol, lebih kurang Nadia je) yang cute tapi temper dia jangan dibuat main xD 
eh, rasanya ini kali pertama saya kenalkan watak, bukan watak utama pulak tu xD len kali saya kenalkan dengan yang lain2 xD
 

2 comments:

  1. Interesting! Selama ni tengok je entry masuk dashboard, tapi tak pernah nak klik link. Well tonight is my lucky night! Jumpa satu cerita best! Can't wait for next entry!

    ReplyDelete
  2. :D nasib baik tergerak hati awak nak klik.. baca 8 bab sekali harung lah ni? :D thank you for your comment :D

    ReplyDelete