Followers

Wednesday, October 22, 2014

[NADIANA] 12



::12::


What happened to you?” Tanya Anna, salah seorang pekerja di salun Speshow. Matanya terbeliak melihat keadaan Nadia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam salun itu. 


“Ada orang gila tuang kopi atas kepala I.” Jawab Nadia dengan suara malas. Mendengar suara Nadia membalas pertanyaan itu Alan terus tertoleh ke arahnya. 

 


Why?” Tanya Anna lagi. 


“Sebab dia gila.” Jawab Nadia lagi dengan nada geram. Ming dan Eddie (pekerja Alan) dan tiga orang pelanggan juga menoleh setelah mendengar jawapan Nadia itu. Nadia mengeluh lalu dia tertunduk. 


“Anna.” Alan memanggil Anna sambil menanggalkan sarung tangan, Anna faham yang Alan memanggilnya untuk menghabiskan kerjanya mewarnakan rambut pelanggan. Anna terus sahaja mengambil tempat bosnya menyambung tugas itu. Senyuman dilemparkan kepada pelanggan yang sudah kuyu matanya kerana mengantuk. Proses mewarnakan rambut memang lama, tambah-tambah pula rambutnya panjang. 


Alan mendapatkan Nadia yang kaku di depan pintu salun. Wajah Alan terselit riak risau, keningnya berkerut. Tangannya memegang lembut lengan Nadia.


“Apa sudah jadi?” Tanya Alan risau. Nadia menggeleng. 


“Jangan macam ini, nanti I risau. Just tell me what happened?” Sambung Alan bila Nadia enggan bersuara. Nadia panggung kepalanya lalu memandang ke dalam mata Alan, dia tersenyum tapi Alan tahu itu senyuman paksa. 


“Alan, I nak cuci rambut.” Kata Nadia, tak kan nak balik ke rumah dengan rambut bau kopi. Alang-alang ada di salun rambut, cuci sajalah rambut ni. 


Come.” Alan menarik lengan Nadia membuatkan gadis itu mengaduh serta merta. Alan memandang Nadia, Nadia menjawab tanpa disoal.


“Tangan I ada lebam sikit.” 


“Oh, sorry.” Terus sahaja Alan melepaskan lengan Nadia. Nadia mengikuti Alan ke ruang mencuci rambut. Alan menjalankan tugasnya seperti biasa, sudah lama dia tidak mensyampu rambut pelanggan kerana selalunya pekerja bawahannya yang akan membuat kerja itu. 


Now, can you please tell me why you smell like coffee?” Soal Alan sambil tangannya membersihkan rambut Nadia. 


“Tadi kan I dah beritahu, ada orang gila tuang kopi atas kepala I.” 


“Kenapa?” 


“Sebab dia gila.” 


“Nadia, be serious.” Keras suara Alan. Nadia menarik muka. Alan risau, baru sahaja Nadia dapat tersenyum gembira baru-baru ini tetapi hari ini senyuman manis Nadia seolah-olah diragut pergi dari wajah cantiknya itu. 


“You ni, mana boleh marah pelanggan.” Komplin Nadia, bibirnya muncung tanda tak puas hati.


“Orang datang salun dia, dia marah kita. Tak datang dah terus baru padan muka, hilang sorang pelanggan setia.” Bebel mulut Nadia. Terus sahaja wajah Nadia direnjis air.


Opps..sorry, tak sengaja.” Ucap Alan dengan nada tak ikhlas walau sekelumit pun, dia memang sengaja berbuat begitu kerana geramkan Nadia tidak mahu membuka cerita sebenar. Boleh pula Nadia membebel memarahkan Alan depan-depan. 


Nadia bangkit dan menoleh ke arah Alan dengan muka masam mencuka. Alan menarik bahu Nadia memaksanya berbaring semula.


“Cik, tolong jangan bangun. Nanti baju basah.” Ucap Alan dengan pelatnya. 


“Mana ada I marah pelanggan, I marah kawan I yang tak mahu cerita perkara sebenar.” Sambung Alan. Bibir Nadia yang diketap rapat mula herot ke kiri dan ke kanan, lagaknya seolah-olah sedang berfikir. Kemudian dia mengeluh lagi. 


Okay fine, kalau you tak nak cerita…”


“Iryana yang tuang kopi ni atas kepala I. Iryana, bakal tunang ex-boyfriend I tu. Dah gila agaknya dia, dia geram tanpa sebab lepas tu dia tuang kopi tu.” Dengan berat hati Nadia berterus terang, lagipun Alan memang sudah tahu mengenai apa yang jadi antara dia dan Ezuan. Sejak berpisah dengan Ezuan memang Alan menjadi pendengar setia setiap kali dia mengadu atau berkongsi cerita, kenapa tidak kali ini? 


Are you okay?” Tanya Alan dengan nada penuh prihatin. 


Erm.” Jawab Nadia pendek. 


“You gaduh dengan dia?” 


“Tak, cuma dia… bagi warning kat I. Jangan dekat dengan Ezuan.” Nadia menjawab dengan suara menyampah.


Nadia diam sebentar sebelum menyambung, “macamlah I nak sangat pada Ezuan tu. Sikit pun tak hairan. Tak perlu dia nak ingatkan siapa diri I, tahulah aku ni tak setanding dengan dia. Bukan siapa-siapa, tak berharta, tak bergaya macam dia.” 


Suara Nadia bergetar, giginya diketap kuat kegeraman. Tanpa dia sedar atas setitis air mata mengalir dari matanya. Kehadiran mutiara jernih itu disedari Alan lantas dia menyeka air mata itu. 


Don’t cry… she gave you a warning because she felt insecure. That shows you are an amazing girl.” Pujuk Alan, Nadia mencebik. Nak pujuklah tu, jangan sweet sangat boleh? Cair tau!!


“Mana ada I nangis, syampu you masuk dalam mata.” Bidas Nadia, malu hendak mengaku yang air matanya sudah menitis. Nadia menutup matanya, takut kalau ada air mata yang akan menitis lagi. 


You are an amazing girl, just remember that.” Suara Alan perlahan sebelum dia menyambung semula kerjanya. 


“Ya, I tahu. Tapi I nak jadi yang lebih baik, Alan… you mesti tolong I upgrade-kan diri I. I nak jadi lebih cantik, lebih ayu, lagi bergaya, stylish dari dia. In short, perfect woman. You kena tolong I.” Ujar Nadia sambil memandang ke wajah Alan. 


“Okey. I’ll help you. Your 1st task is; belajar macam mana untuk senyap bila masa you tak perlu bercakap. Berhenti bercakap seorang diri macam orang gila.” 


“Belum apa-apa dah ada task, siap kata I gila pula tu. Iryana tu baru gila, I ni tak gila tau. Mana ada I bercakap sorang diri, I suka bercakap je…” 


Shhhhhh…” 


Nadia terus terdiam. 


‘Tak perlu bercakap bila tak perlu.’ Nadia menyimpan pesanan Alan ini kemas-kemas di dalam mindanya. Nampaknya Nadia perlulah berlatih untuk supaya bibirnya tidak lagi terkumat-kamit bercakap seorang diri. 


:::


Clara menarik kerusi untuk duduk di sebelah Nadia. Alan yang sedang mengeringkan rambut Nadia hanya memandang perilaku adik bongsunya itu dari ekor matanya. 


“Mereka beritahu saya, kepala awak kena tuang kopi.” 


Nadia tergelak mendengar kata-kata Clara. Clara mencubit lengan Nadia. Dia bersungguh-sungguh hendak tahu tetapi Nadia boleh ketawa pula. 


Aw aaww.” Nadia mengaduh kuat. 


“Sakitlah… kenapalah? Kenapalah dua tiga hari ni ada saja orang tarik tangan I lah, rentap tangan I lah, sekarang kena cubit pula. Sakitlah…. Oiiii…” Rintih Nadia. Wajah Clara berubah riak bersalah, Alan hanya tergelak. 


“Aiyooo… mana I tau sakit. Siapa suruh you ketawa. Cepatlah cerita.” Clara mendesak. 


“Sebenarnya…” Nadia baru hendak membuka bicara tiba Alan bersuara, “don’t tell her.” 


GE!!!!!!” Clara melenting. Ini kali kedua Alan melarang Nadia bercerita kepadanya, sebagai seorang kawan dia pun nak tahu juga apa sudah jadi dengan Nadia. Clara merenung marah ke arah Alan.


What?” 


Nadia tergelak melihat Alan buat muka tak bersalah pada Clara. Ah, dia tahu Alan cuma mahu mengusik adiknya itu. 


Why she can’t tell me?” Soal Clara dengan tegas. Dia bangun dari kerusinya lalu berhadapan dengan abangnya. 


Because her stories are exclusive for me only.” Alan membalas. Tangannya sudah berhenti bekerja. Nadia melihat dua-beradik itu bertelagah dari cermin di hadapan mereka, lucu rasanya melihat gelagat mereka. Clara sungguh comel bila dia marahkan Alan, patutlah Alan suka mengusik dan beri provokasi terhadap Clara. 


‘Dari english, sampai cakap cina pulak dah dua beradik ni. Kalau dibiarkan sampai esok pagi pun rambut aku tak kering.’ Bisik Nadia dalam hati. Nadia mendapat akal, dia mengambil dua pengering rambut kiri dan kanannya lalu dia hidupkan kedua-duanya. Terus sahaja dia mengacukan pengering rambut itu ke muka Alan dan Clara yang asyik sangat bertikam lidah sampai Nadia bergerak ke sana sini mengambil ‘senjata’ pun mereka tidak perasan. Alan dan Clara terus terdiam, mereka berdua memandang Nadia yang mengacu pengering rambut itu seperti sedang mengacukan pistol ke wajah mereka. Mata mereka terkebil-kebil melawan angin panas yang keluar dari pengering rambut itu. 


“Bos, kalau you asyik bergaduh dengan adik you ni. Sampai esok pun tak kering rambut I ni tau.” Ujar Nadia kepada Alan. 


What did you say?” Alan bertanya, suara Nadia yang halus ditenggelami bunyi tiga pengering rambut yang sangat kuat itu. Nadia mematikan pengering rambutnya lalu tersengih. Alan juga mematikan pengering rambut di tangannya. 


“I cakap, kalau you asyik bergaduh dengan adik you ni, sampai esok pun tak kering rambut I ni tahu tak?” Nadia mengulang. Alan memandang ke wajah Nadia, “actually kalau tak guna hair dryer also can kering after a while what.”


“Kalau I selsema macam mana?” Sangkal Nadia, dia teringat Alan pernah beritahu yang ada orang selsema bila tak keringkan rambut. Walaupun Nadia tahu dia tidak akan kena selsema, sebab Malaysia ni bukan sejuk sampai tahap kalau tak keringkan rambut boleh selsema, Alan saja gempak dia aje dulu. Nadia mencekak pinggang dengan keningnya kanannya diangkat. Alan senyum, dia kemudian memusingkan tubuh Nadia dan memaksa Nadia duduk kembali di kerusinya. Dalam hati dia tersenyum bangga dan suka kerana Nadia masih ingat kata-katanya sewaktu kali pertama mereka berjumpa. Alan mengambil pengering rambut dari tangan Nadia lalu meletakkannya di tempat asalnya kembali. Clara yang terdiam kerana disembur udara panas tadi hanya memerhati mereka berdua. 


Alan menyambung kembali kerjanya, pengering rambut di tangan kanan dihidupkan, sikat di tangan kiri menyisir rambut Nadia. Nadia tersenyum kepada Alan, mereka saling memandang antara satu sama lain melalui refleksi di cermin. 


You two, apa hubungan kamu berdua?” Clara bertanya, matanya seolah-olah terpegun melihat Alan dan Nadia.


“Hah?” Nadia pelik, kenapa pula Clara bertanya begitu. Dia dan Alan mestilah… 


‘Aku dengan Alan.. apa ya? Nak kata aku ni pelanggan dia, Alan terlalu baik dengan aku macam kawan lama. Nak kata kawan, kami baru sahaja kenal tak sampai seminggu.’ Nadia berbicara dengan diri sendiri, dia baru sedar yang dia tak boleh menjawab pertanyaan Clara itu. 


You two look so close, dah lama Alan tak rapat dengan mana-mana perempuan tau.” 


Really?” Nadia tidak percaya. Clara tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia memandang ke arah abangnya yang langsung tidak memberi riaksi terhadap pertanyaannya tadi. 


Hmmm… kami, ka..kawan?” Suara Nadia teragak-agak, teringat dia tadi Alan ada menyebut yang dia adalah kawannya semasa mencuci rambut tadi.


“Kita kawan kan, Alan?” Tanya Nadia dengan suara tak pasti. Alan tersenyum. 


Yup.”


Jawapan itu membawa senyuman lebar ke bibir Nadia, hari ini secara rasminya mereka sama-sama mengakui mereka adalah kawan, bukan lagi dua orang yang tak tahu statusnya. 


“Susah nak percaya.” Komen Clara. 


“Apa pulak susah nak percaya? Macam mana I dengan you, macam tu lah I dengan Alan, kita kan kawan.” Terang Nadia. 


“Tapi you lagi rapat dengan Alan dari I, bukan I cakap sorang, Anna, Ah Ming dengan Eddie semua pun cakap yang sama.” Kata Clara, memang dia selalu bergosip dengan Anna dan Anna ada memberitahunya mengenai hal ini. Memang mereka, pekerja-pekerja di salun kecantikan ini hairan melihat Alan sekarang, selama ini tak pernah mereka lihat Alan rapat dengan mana-mana pelanggannya sampai ke tahap ini. Tambah-tambah pula melayu. Lain warna kulit, bercakap lain bahasa.


Awwww… you jealous lah ni? Okey okey, demi kawan baru I yang cantik dan comel ni, I akan spend lagi banyak masa dengan you, I janji.” Nadia menyua jari kelingkingnya kepada Clara, cepat sahaja jari kelingking mereka bertaut mengikat janji. 


“You free tak lepas ni? I nak keluar shopping beli baju. Temankan I?” Nadia bertanya, dia perlukan baju baharu kerana semua baju kurungnya habis dipakai. Selama ini baju-bajunya Ezuan yang bayar, jadi semuanya dia tinggal di rumah Ezuan, jadi dia terpaksa beli baju baharu. Tak kan nak ulang pakai baju yang sama sahaja. Hari ini Nadia akan membeli-belah habis-habisan, beli baju baharu untuk pakai ke pejabat, di rumah, pakaian kasual dan sebagainya. Dan banyak lagi keperluan yang perlu dibeli. Harapnya Clara boleh menemaninya membeli-belah. 


“Kalau Alan bagi I balik awal boleh lorhh..” 


Alan mendengar namanya diseru terus memandang ke wajah Nadia dan Clara yang di dalam cermin. Clara dan Nadia sama-sama buat muka kesian mohon simpati Alan supaya membenarkan Clara menemani Nadia keluar membeli-belah. Alan buat-buat tak faham, dia matikan pengering rambut lalu meletakkannya di tempat asalnya, sikat pula diletakkan di dalam troli perkakasan. Mata Clara dan Nadia sama-sama mengikut pergerakan Alan yang tidak menghiraukan mereka berdua.


Ge…” Clara memanggil dengan nada kasihan, matanya berkaca-kaca memohon simpati. Wajah tipikal pussy boot, kucing Shrek.


Fine.” Alan mengalah. 


OH YES.” Dua gadis itu bersorak dan menepuk tangan tanda gembira. Lebar senyuman masing-masing sampai menampakkan gigi. 


Ge… I need a car.” Sekali lagi Clara memancing simpati Alan. Alan mengeluh. Kemudian dia menyeluk poket seluarnya mengeluarkan kunci kereta lalu melambungnya kepada Clara.


Clara dan Nadia sama-sama ketawa tidak berbunyi kerana terlalu gembira. Seronok sangat dapat kebenaran untuk keluar membeli-belah, siap boleh pinjam kereta lagi. Hari ini dalam sejarah, bukan senang Alan nak bagi Clara pinjam keretanya kerana Clara seorang pemandu yang kurang cekap, takut nanti kereta Audi TT kesayangannya menjadi mangsa. 


“Nadia, you need to change. I tak nak keluar dengan orang yang pakai baju ada cop kopi. Come, I bagi you pinjam baju I.” Clara menarik tangan Nadia. Nadia pun mengikut Clara dengan perasaan teruja. 

::::
~bersambung~
an: salam semua, happy diwali to my readers (ada ke my readers yang beragama hindu kat sini? mana tahu ada kan? give a shout out kat commentbox kalau ada) 
Hubungan Nadia dengan Alan dah pergi satu tapak ke hadapan, dah officially kawan. YAY!!! Saya tak nak rushing-rushing, kita take it slow okey. 

8 comments:

  1. Semua perkara yg melibat kn nadia alan x pernah berkira kn.. Bestnya kalau dpt kwn yg sebaik tu.. Tapi adakah ini menunjukkn bibit2 cinta akn wujud dlm hubungan persahabatan mereka??
    ( sori saya dh ter 'advance' ke bhgian cinta plk.. Cant wait utk next n3 )... :)

    ReplyDelete
  2. *warning spoiler*
    boleh dikatakan macam tu jugaklah. but its gonna take a very loooooooooooooooonggg time for them to realize/admit.

    ReplyDelete
  3. Alan is better than Ezuan. hihi

    ReplyDelete