Followers

Friday, October 31, 2014

[NADIANA] 14



::14::
Mata Diana terkebil-kebil melihat Nadia memakir kereta Kelisa merah berbumbung hitam di anjung rumah. Nadia berlagak bersahaja sebaik sahaja keluar dari kereta ‘baharu’ yang tak berapa nak baharu tu. Terus dia menutup pagar.

“Eh, kau tak pernah nampak Kelisa ke?” Tanya Nadia kepada Diana yang masih ternganga di muka pintu. 


“Comel tak?” Tanya Nadia sambil mengangkat keningnya, bangga berdiri di sebelah keretanya. 

“Comel… sesuai dengan kau.” Puji Diana. Dia terangguk-angguk memperkukuhkan kenyataannya, sesuailah dengan Nadia yang comel. Semalam dia berposing habis dengan kereta-kereta yang ada semasa dia memilih kereta, kejap Myvi hitam, Myvi kuning, Kancil merah, Saga biru, Satria silver, Alan pun melayan aje dia, sikit pun tak komplin, dan akhirnya Kelisa merah ini juga yang jadi pilihan hati setelah ditolak campur darab bahagi gajinya, inilah yang sesuai gajinya sekarang dan dia sangat suka dengan pilihannya ini. Nadia tersenyum luas, bukan main dia ber-posing dengan kereta Kelisa itu, kebanggannya kerana dia membeli dengan duit sendiri.

“Kereta siapa pula kau bawak balik ni?” Diana bertanya. Tak pernah pula dia dengar Nadia ada kata dia hendak beli kereta ke apa, tiba-tiba sahaja muncul, mungkin dia pinjam dari kawan rasanya. Nadia terus merangkul lengan Diana dan sama-sama beriringan ke dapur.

“Kereta aku lah. Pagi semalam aku pergi beli. Hari ni lepas kerja tadi aku ambik.” Nadia menghempas tubuh di atas kerusi di meja makan. Seperti yang dia jangka pasti Diana sudah siap masak makan tengah hari, bau masakan sudah menusuk hidungnya sejak dia melangkah masuk rumah tadi. Perut sudah lapar, tak sabar nak makan, Nadia apa lagi, cepat-cepatlah mencuci tangannya di singki belakangnya. 

“Cepatnya.” 

“Dunia sekarang, asal ada duit sekejap je. Aku pergi semalam pagi, sempatlah dia orang siapkan segala benda alah roadtax dengan bank segala kut.” Tukas Nadia. Lagi cepat lagi bagus, tak perlu lagi nak kejar bas untuk ke mana-mana, selama ini terlalu disenangkan oleh Ezuan sampai masa dia berasa susah sedikit, sudah menggelupur. Cepat-cepat cari jalan penyelesaian, mujurlah dia masih mampu untuk membeli kereta, 2nd hand pun 2nd hand lah janji boleh bergerak. 

“Ha… itu agaknya beza orang dah kerja dekat tujuh tahun dengan orang yang baru kerja tujuh bulan. Kau dah boleh beli kereta, aku pula kena buang kerja.” Diana mengeluh, tempoh seminggu dia tidak bekerja berasa sangat-sangat panjang. Baru seminggu, tapi terasa macam sudah lama dia duduk goyang kaki. Rasa tak enak mula bertamu di hati, siapa nak tanam anggur lama-lama, duit bergunung pun boleh habis macam tu je. 

“Alah, ada officemate aku kerja baru sebulan dua kerja dah beli kereta tau. Sekarang kereta tu satu keperluan, tak ada kenderaan susah nak gerak. Nak naik public transport kita belum cukup cekap lagi, bas kejap awal kejap lambat, stesen lrt dengan ktm pun tak payah banding dengan negara jauh macam Jepun dengan Korea tu, lawan dengan negara jiran kita pun kalah.” Nadia mula mencedok nasi ke pinggannya dan ke dalam pinggan Diana. Tetapi Diana masih lagi berdiri di sebelahnya, masih risaukan mengenai status dirinya sebagai penganggur, dan duit. 

“Macam manalah nak buat hutang kereta pula kalau hutang PTPTN pun banyak lagi.” Bukan Diana nak merungut, tetapi memang kenyataan. Dia dirundung rasa tidak enak bila mengenang nasib diri yang sedang menganggur sekarang. Bukan juga sebab dia tak mahu bersusah sikit, naik kenderaan awam, dia sanggup bangun awal untuk mengejar train dan bas untuk ke tempat kerja tetapi sekarang ini banyak pula majikan yang awal-awal sudah pamerkan dalam iklan jawatan kosong mereka yang mereka mahukan ada lesen, boleh memandu, dan ada kenderaan sendiri. Dah macam syarat wajib pula.

“Alah, budak-budak sekarang PTPTN tolak tepi, kereta dulu, tak ada kereta tak bergerak, tak bergerak susah nak kerja.” Nadia menyambung, tangannya menarik kerusi untuk Diana dan memaksa si penganggur itu duduk di kerusi itu. 

“Tapi… hutang tetap hutang, aku tak sedap hati bila fikir hutang.” 

Nadia memandang wajah keruh Diana hatinya terus dijentik rasa bersalah. Salah topik ke? Risau juga kalau Diana ni sensitif bab-bab duit ni sebab dia masih lagi jobhunting sekarang. 

“Sudahlah Diana, bercerita fasal duit sampai esok pun tak akan habis.” Pujuk Nadia. Diana diam tidak membalas.

“Pasal kerja, aku dah hantar resume kau kat HR masa aku pergi ambil surat lantikan aku. Akak tu suruh kau email sendiri softcopy resume, nanti aku bagi email address dia. Akak tu cakap bos HR dah tukar baru, adik big bos. Aku pun tak kenal dia, tapi mesti dia okey dan baik punya sebab bos besar aku baik sangat adik dia pun mesti baik so jangan risau sangat tau, relaks je kalau dia orang panggil interview.” Nadia memberi semangat, Dania mengangguk faham. 

“Diana, aku dah lapar ni.. jom makan jom.” Nadia memujuk sambil tangannya menggosok-gosok perut yang terasa panas. Dia mencebir bila Diana masih bertemenung. Nadia terus menepuk bahu Diana menyedarkan Diana. 

“Terkejut aku.”

“MAKAN!!” 

“Iyalah, nak makanlah ni.” 

:::

Ezuan melelapkan matanya, lengan kirinya dialihkan ke atas dahinya. Untuk kesekelian kalinya dia mengeluh. Sudah seminggu Nadia meninggalkan rumah ini, dan untuk seminggu ini juga dia menanti kepulangan Nadia saban malam. Ezuan langsung tidak pulang ke rumah keluarganya sedangkan memang dia tinggal di rumah keluarganya, dan berkunjung ke rumah ini sekali sekala sahaja untuk berjumpa dengan Nadia. Memanglah mereka sering bertengkar di pejabat, tetapi jauh di sudut hatinya Ezuan tetap menanti Nadia di sini. 

Masih terbayang tubuh Nadia sekitar rumah ini, Nadia memasak, mengemas rumah, menonton filem di kaca televisyen… sebenarnya Ezuan rindu tetapi dia terlalu ego untuk mengaku. Hari ini Nadia datang ke pejabat dengan senyuman lebar, sungguh cantik sekali. Boleh dikatakan semakin hari semakin nampak cantik si Nadia tu, makin ceria, tidak ada lagi kerutan di dahi. Sebaliknya pula dengan Ezuan yang semakin hari semakin tertekan dan kesunyian. 

Televisyen yang terpasang dibiarkan tidak bertutup walaupun dia tidak berniat untuk menontonnya, Ezuan hanya memasangnya untuk meriuhkan suasana yang terlalu sunyi. Tanpa Nadia rumah ini terlalu sunyi, seperti jiwanya yang semakin hari semakin kosong. 

Mata Ezuan yang layu terbuka luas bila dia mendengar bunyi loceng rumah dipetik. Ezuan bangun dari berbaring pada sofa itu, dia duduk sambil memandang ke arah pintu utama. Mindanya bermain teka-teki adakah dia berkhayal, atau memang ada orang di hadapan pintu rumahnya itu. Loceng rumah berbunyi sekali lagi, Ezuan bangkit dan bergerak ke pintu utama. 

Nadia? Dia sudah pulang? Ezuan berharap Nadia yang berdiri di hadapan pintu itu. Laju tangannya membuka pintu. 

“Woi, kau tak kerja ke hari ni?”

“P..Pak..s..su..” 

Ezuan terkejut melihat lelaki di hadapannya. Tak sangka orang lain pula yang muncul. 

“Yang kau gagap kenapa?” 

“Terkejutlah, bila pak su balik?” 

“Dah tiga hari dah aku bernafas udara Malaysia ni. Tu la, siapa suruh kau tak balik rumah mak kau, aku balik pun kau tak tau. Kau tak nak jemput aku masuk ke?” 

Ezuan membuka luas pintu rumahnya sebelum menjemput pak sunya masuk, “masuklah.”

Rizman melangkah masuk ke dalam apartment Ezuan bersama satu bagasi besarnya. Mata Ezuan membulat melihat lelaki itu menarik beg bagasi itu ke dalam rumahnya. 

“Aku tinggal sini, bilik aku yang mana? Yang ni?” Selamba sahaja Rizman menuding jari ke arah bilik tidur milik Nadia dahulu, baru sahaja Rizman hendak mendekati pintu bilik itu Ezuan cepat-cepat menghalang.

“Apa sal pulak pak su nak duduk sini?” Ezuan bertanya kepada Rizman, bapa saudara yang tua sembilan tahun sahaja dari dirinya. 

“Alah, macam kau tak tahu sebab apa aku tak nak duduk dengan bapak kau. Kau sendiri pun lari dari rumah. Duduk dengan along dengan kak long memang lah best, layanan tiptop, makanan sedap-sedap, rumah besar lagi mewah, tapi tak ada kebebasan… Tak boleh balik lambat, sabtu ahad tak boleh keluar malam, dia layan aku tak ubah macam budak sekolah. Tapi bila cakap tidur rumah kawan dia bagi pulak.” Berkerut-kerut wajah Rizman bercerita kisah yang sememangnya Ezuan tahu. Dia sendiri pun kena macam tu. Di rumahnya ada peraturan ketat, semua mesti patuhi jadual. Walaupun sudah dewasa Ezuan masih belum ada kebebasan untuk balik lewat malam, bak kata ayahnya ‘99% aktiviti di luar pada lewat malam adalah yang tidak elok, lebih baik duduk di rumah sahaja dari buat benda yang bukan-bukan di luar,’ siapa yang boleh tahan kalau macam tu, mereka darah muda, lelaki pula tu, memang lari dari rumahlah jawabnya. 

“Ayah tahu ke pak su pindah keluar?” 

“Mestilah dia tak tau, aku lari sebelum dia balik kerja tadi. Ei… cepatlah aku nak masuk bilik.” Rizman mendesak Ezuan bergerak ke tepi. Ezuan masih menghalang, 

“bukan bilik ni, tu yang depan sana. Bilik ni tak boleh masuk, Ez duduk sini.” 

“Alah, kedekut.. apa kau simpan perempuan ke apa dalam ni. Aku tak masuklah, aku pun tahu jaga privasi orang.” Bebel Rizman sambil menarik begnya ke bilik yang lagi satu, bilik Ezuan yang sebenar. Sementara Rizman di dalam bilik, Ezuan mengelilingi segenap rumahnya, memastikan tiada barang-barang milik Nadia yang tertinggal, semuanya di bawa masuk ke dalam bilik Nadia yang kini menjadi milik Ezuan secara rasmi setelah dia memberi biliknya kepada Rizman. 

Setelah berpuas hati Ezuan keluar dari biliknya, kebetulan pula Rizman menjerit memanggil namanya.

“Apa hal?” Ezuan bertanya sebaik sahaja dia tiba di muka pintu bilik. 

“Almari ni penuh dengan baju kau aku nak sumbat mana barang aku?” 

‘Dia ni serius rupanya nak duduk rumah aku ni.’ Ezuan mengomel di dalam hati. Cepat sahaja dia melangkah mendekati almari empat pintu itu. Tangannya mengambil keluar semua baju yang bersangkut lalu dia mencampakkan sahaja di atas katil. Rizman mengambil penyangkut untuk menyangkut baju-bajunya pula. 

“Kau jangan lupa telefon rumah, mak kau dah cari. Aku tak faham, macam mana dalam parents strict macam tu, tapi kau boleh pulak ada rumah ni, tidur kat sini selalu.” 

Rizman terus mengemas baju-bajunya, Ezuan pula mengeluarkan barangnya dari laci almari itu.

“Sebab dari sekolah lagi aku selalu bawak balik kawan sekolah tidur kat rumah, jadi mak dengan ayah percayalah kalau aku cakap aku lepak rumah kawan macam mana kawan-kawan aku lepak rumah aku.” 

Telling lies to parent since high school.” Rizman memerli Ezuan. Ezuan terus mencampak boxer di tangannya ke kepala Rizman. 

“Kalau pak su nak duduk sini, baik tutup mulut.” 

“Bukan main lagi kau ugut aku. Kau ingat bapak kau tak tahu ke rumah ini sebenarnya rumah kau bukan kawan kau? Seribu tahun awallah kalau kau nak menipu bab ni dengan bapak kau.” 

Ezuan kaku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut pak sunya itu. Kalau memang ayah sudah tahu kenapa tidak pernah walau sekali ayahnya bertanya mengenai rumah ini? Tidak pernah juga ayahnya datang terjah ke sini walau sekali pun. 

“Terkejut ke? Tak payah cuak sangatlah, kalau dia nak marah kau awal-awal lagi masa kau kat kolej dulu lagi dia dah marah kau, dah berapa tahun kau beli rumah ni dia tak pernah cakap apa pun. Memang dia tak nak usiklah tu. Bapak kau percaya kat kau.” 

So pak su pun kena buat-buat tak tahu. Mulut pak su tu bukan boleh percaya sangat.” 

“Sampai hati kau, mulut aku pandai control diri sendiri. Kau kena bagi juga aku tinggal sini, kau tak kesian ke kat pak su? Mak bapak pun dah tak ada, kerja pun baru sehari dua, mana nak ada gaji lagi, kereta pun rembat kereta bapak kau. Mana pak su ada duit nak cari rumah.” Rizman menarik muka meraih simpati. Ezuan buat muka menyampah, bab meminta pandai pula tukar kata ganti diri dari ‘aku’ kepada ‘pak su’.

“Tak ada duit?? Tak da duit taik kau. Kalau pak su nak beli rumah sekarang pun boleh, cash pun boleh.” Balas Ezuan sambil tangannya tak habis-habis menuju boxer-boxernya ke muka Rizman. 

:::

Rizman terpegun melihat peti sejuk Ezuan yang penuh dengan makanan dan bahan mentah. Tak seperti peti sejuk lelaki bujang yang tinggal seorang diri. 

“Kau masak ke kat rumah Ez?” Tanya Rizman sebelum meneguk susu terus dari kotak susu itu. Baru seteguk air susu itu masuk ke dalam mulutnya Rizman cepat-cepat berkalih ke sinki dan memuntahkan semula susu itu.

“Puuuiiii…. Expired!!!” Jerit Rizman, terus tangannya menuang susu basi itu ke dalam sinki. Itulah kalau makan pakai telan je, tak reti nak baca label, tak reti nak ambil bau dulu ke apa. Rizman berkumur beberapa kali, kemudian dia kembali ke peti sejuk yang masih terbuka. Memang ini peti sejuk orang bujang, ada susu basi dalam peti sejuk pun tak perasan. Nak tunggu jadi hijau baru nak buang agaknya. Tangan Rizman mencapai sebiji buah epal lalu menggigitnya sambil tangan kirinya menghempas pintu peti sejuk itu.

“Ez, order something. Call pizza, pak su laparlah.” Rizman ni memang pandai, bila dia hendak meminta baru dia gunakan ayat ‘sopan’ sikit.

“Cepat ah, lapar ni. Pagi tadi bangun lambat tak sarapan pun, dah dekat pukul tiga dah ni. Lapar gila kut..” Sambung Rizman. 

“Mana nak sarapan bangun pun tengah hari. Lepas tu tak lunch dulu kat rumah sebelum lari.” Ezuan menarik telefon bimbitnya lalu dia mendail nombor telefon Pizzahouse. 

“Kalau makan tadi mana ada peluang nak lari.” Rizman mengambil tempat di sebelah Ezuan di sofa panjang di ruang tamu. Ezuan pula bangkit sejurus Rizman melabuhkan punggungnya, dia bergerak ke arah balkoni.

“Nak piza apa?” Ezuan berpaling untuk bertanya sebelum dia melangkah keluar ke balkoni. 

“Apa-apa yang sedap.” 

“Okey.”

Setelah membuat pesanan Ezuan kembali masuk ke dalam rumah. Mata tajamnya terus menangkap objek yang tidak patut berada di atas meja kaca di depan sofa. 

“Tu… epal tu, dah makan tak reti nak buang?” Bagaimana Nadia pernah memarahinya kerana meninggalkan sampah di atas meja kaca itu, begitulah dia memarahi pak sunya. Dengan nada perli yang sama dan ekpresi wajah yang sama dengan kening kanan yang terangkat dan isyarat mata ke arah sampah itu. Dulu ada orang tolong kemas rumah, sekarang ni kalau dibiarkan bersepah memang kotorlah apartment ni jadinya.  Rizman tersengih, dia mengutipnya dan berlalu ke dapur untuk membuang sisa epal tadi dan mencuci tangan. 

“Pak su dah masuk kerja kan? Department mana?” 

HR.” Jawab Rizman pendek sambil dia mengambil tempatnya kembali. 

HR? kenapa? Bertahun-tahun belajar oversea, siap kerja sana lagi balik tiba-tiba masuk kerja HR.” 

 “Suka hati aku lah, aku dah puas jadi arkitek kat Australia dulu. Balik ni aku nak goyang kaki je kat HR tu, nak main-main je, syok apa kerja HR ni fail beratus-ratus pekerja ada dalam tangan aku, boleh aku pilih mana yang boleh buat awek dengan hujung jari aku je.” Rizman membalas. Ezuan menggeleng melihat perangai ‘gila’ pak sunya. Ezuan pun tak faham kenapa dia masih ‘respect’ pak sunya ini, kata hatinya kuat menyatakan kerana; ‘sebab dia lagi berani dari kau.’

::::
~bersambung~
an: Salam semua, salam jumaat. :) 
novel yang saya hantar pada akak tu, yang saya cakap dalam post yang lepas dah jumpa. saya syukur sangat2 :) oneul, kibunee neomu joahanika, geuraeso update haesseo!!. oleh sebab mood saya sangat baik hari ni. sebab tu ada update tu.. haha..  
ada watak baharu diperkenalkan.. Rizman, the hot young uncle.. hahaha..dia ni agak macam trouble maker sikit.. tapi bila dia tolong orang, hati dia memang ikhlas :D 
semoga anda berpuas hati dengan update kali ini.. sayang anda semua!!! weeeeeeeee.... do like share this post ya... comments n reaction click are loveable :D

4 comments:

  1. Hihi.. I like this.. Jalan cerita yang bersahaja.. Tp mesejnya tetap de.. Keep it up!!

    ReplyDelete
  2. kesian pulak dekat Ezuan . haih

    ReplyDelete
  3. rasanya masuk ni dah 2 kali ada org kata kesian kat Ezuan.. hihihi...

    ReplyDelete
  4. terima kasih.. alhamdulillah, bersyukur bila mesej sampai pada pembaca walaupun saya tulis ringkas2 aje :)

    ReplyDelete