Followers

Monday, November 10, 2014

[NADIANA] 15



::15::
“Banyak-banyak tempat kau boleh lepak, kat sini jugak kau lepak?” 

Nashrul menarik kerusi di hadapan sahabatnya Rizman yang sedang leka dengan ipadnya. Entah apa yang dibacanya pun Nashrul tak tahu, kusyuk semacam sampai sahabat bertahun sudah tak berjumpa pun tak pandang. Ni mesti ada kaitan dengan perempuan. 

“Apa salahnya lepak kat sini?” Rizman membalas tanpa mengangkat kepala. 


“Memanglah tak salah, tapi sini KFC weh… KFC ni tempat budak-budak je.” Nashrul mengambil cawan Rizman lalu menghirup airnya. Terus tangan Rizman memukul tangan sahabatnya itu, “dah lama gila aku tak makan KFC tahu tak? Kat sana bukan aku boleh makan KFC. Kau nak lain, pergi belilah jangan minum aku punya. Belikan aku lagi satu set Snack Plate, nak drumstick dengan tight tau.”

Nashrul bangun dari kerusinya, melihat sekotak set HOTBOX dan dua cheesy wedges yang sudah kosong membuatkan Nashrul mendengus perlahan. Dah sah-sah Zinger burger, seketul ayam dan dua kotak cheesy wedges tu sudah pun selamat dalam perut Rizman. 

‘Tak penuh-penuh lagi ke perut dia, badan saja kurus tapi nafsu besar. Ini sah hantu makan besar dia tengah rasuk dia.’ 

Cepat sahaja Nashrul sudah kembali menatang dulang dengan hidangan, nama pun fastfood mestilah cepat.

“Kau duduk sini dari pukul berapa? Berkotak-kotak kau telan.” Soal Nashrul sambil mengambil tempat di hadapan Rizman. 

“Entah, adalah dalam tiga empat jam sudah aku kat sini.” 

“Selalu kau lepak tempat banyak awek, tapi hari ni lain sikit. Dah tukar taste ke apa?” Usik Nashrul. Hmmm… Rizman ni memang dia kenal sangat, lima tahun di universiti dulu Rizman memang terkenal dengan sifat terlebih ‘mesra’ dengan perempuan. Sifat, bukan sikap, memang dilahirkan jenis yang tak reti layan perempuan dengan betul, terlalu gentleman dengan mana-mana perempuan sampai habis satu fakulti anak-anak gadis(dari pelbagai negara dan bangsa) perasan habis ingatkan si Rizman ni syok kat dia orang. Tapi bila dah lama-lama baru kenal perangai sebenar Rizman yang tak pernah serius tu, terus kena cop playboy.

“Lepak sini baru boleh concentrate buat kerja.” 

Pfffttt…kerja konon, sikit pun aku tak percaya. Kau usyar apa sampai langsung tak hiraukan kawan kau yang dah bertahun tak jumpa ni?” Nashrul merampas ipad dari tangan Rizman, dia membaca kandungan yang terpapar pada skrin itu. 

“Betullah aku kerja, aku tengok-tengok resume nak shortlist nak panggil temuduga.” Balas Rizman. Nashrul hanya tersengih. 

“Mesti semua yang shortlisted tu perempuan kan?” Perli Nashrul. Dia melihat sekali lalu satu persatu resume itu, sampailah terjumpa satu wajah yang dia kenal.

“Aku rasa…aku macam kenal perempuan ni.” 

“Mana?” 

Ipod itu kembali beralih tangan, Nashrul mencapai cawan airnya. Sambil minum dia berfikir di mana dia pernah berjumpa perempuan itu. 

“Diana Nazri ni?” Rizman bertanya. Nashrul memandang wajah sahabatnya lalu dia mengangguk. Keningnya berkerut kerana masih belum mendapat jawapan. 

“Lawa.” Komen Rizman pendek sambil membaca maklumat di resume gadis berusia 24 tahun itu. 

“Alah… kau bukan pernah jumpa dia, kau perasan je sebab dia lawa.” Rizman bercakap berdasarkan pengalaman, memang kadang-kadang perasaannya sahaja padahal tak pernah jumpa pun.

“Aku bukan macam kau okey. Tak ada ke gambar dia yang besar sikit?” 

Rizman menggeleng.

“Aku tahu…” Nashrul diam seketika kemudian dia tiba-tiba dia meletak kembali cawannya di atas meja dan mengangkat jari telunjuknya,

“aku dah ingat kat mana aku jumpa dia. Dekat bank. Check tengok betul tak budak tu pernah kerja bank.” Kalut dua sahabat itu mendekatkan diri, dua pasang mata tertumpu pada skrin ipad itu sambil jari Rizman scroll down resume itu. Memang benar dialah gadis yang Nashrul katakan.

“Kan betul aku pernah jumpa awek ni.” Rizman tarik sengih, Nashrul pula berkerut kening. 

Apa sal dia minta kerja?”

“Mana aku nak tahu?” Rizman menjawab, manalah dia nak tahu kenapa orang mencari kerja lain. Boleh jadi mereka tidak suka dengan tempat kerja sekarang, boleh jadi terlalu stress dan tidak suka dengan kerja sekarang, ada juga yang cari kerja yang bergaji lebih tinggi, boleh jadi juga.. mereka dipecat.

“Jangan sebab dia kena buang kerja sebab aku sudah.” Suara Nashrul lemah, teringatkan perbuatannya terbit juga rasa bersalah pada si gadis ini.

“Kenapa pula ada kena mengena dengan kau.” Hairan lagi pelik. Tiba-tiba Nashrul ni terbabit dengan orang yang dia tak berapa kenal. 

“Sebab dua minggu lepas rasanya, aku buat complain fasal dia.” Air muka Nashrul berubah keruh, bimbang kalau-kalau Diana betul-betul dibuang kerja kerana tindakannya. Bila difikirkan balik memang agak melampau perbuatannya. 

Complain? Kenapa?” 

“Aku tackle dia, dia jual mahal. Tak layan langsung, bukan sekali, dua tiga kali jugak la. Aku geram aku saja complain pasal kerja dia, padahal tak ada benda pun. Kes kecik je, aku saja besarkan.” Rizman tarik muka tak percaya, macam muka mengejek pun ya.

“Tak sangka aku ada kawan macam ni.” Ujar Rizman sambil menggeleng-geleng, matanya memandang sini kepada Nashrul. 

“Apa? Macam apa? Yang aniaya orang?” Tukas Nashrul dalam nada tak puas hati. Dia sendiri pun tahu silapnya, tak perlulah Rizman nak perli dan beri pandangan bagaikan dia makhluk paling jijik di muka bumi ini, macam besar sangat salahnya. Hmmm… kalau dah tabur pasir dalam periuk nasi orang lain tak besar ke salahnya tu? Dia memang tak sangka tindakannya yang cuma ‘main-main’ menyebabkan gadis itu kehilangan kerja.

'Oh tidak, boleh jadi dia memang sengaja berenti kerja,' Nashrul menyedapkan hati. Nashrul diselubungi rasa bersalah, dan benar-benar menyesal.

“Bukan. Jenis yang tak reti pikat perempuan. Malu aku nak mengaku kawan kau.” 

Nashrul tertunduk mengeluh, memang dia tahu otak Rizman ni dari dulu lagi dah ‘rosak’. 

“Apa-apa pun, nama Diana ni kena masuk shortlist dan kerja kau kena masukkan dia dalam company kau.” Nashrul dengan selamba memberi arahan. Rizman yang rosak pemikiran ni memang tak dapat diselamatkan lagi dah, sekarang yang penting selamatkan periuk nasi manusia tidak bersalah tu dulu. 

“Eh, suka-suka hati pulak kau arah aku macam company ni bapak kau punya…”

Nashrul buat muka bosan, tangannya laju menyumbat burger ke dalam mulut Rizman yang sedang kalut bercakap. Rizman terkebil-kebil memandang Nashrul, tidak percaya dengan apa yang baru Nashrul lakukan terhadapnya. Nashrul pula hanya buat muka tak endah,

‘lantaklah kau nak fikir apa dalam hati yang penting kau diam.’

:::

Nadia memandang Diana yang sedang termenung di meja makan. Kepala Diana terlentuk pada lengannya yang diletakkan di atas meja itu sudah lama statik tidak bergerak. Nadia mengeluh, lalu dia menghampiri Diana yang berwajah monyok sedari tadi. 

“Oii.. monyok je.” Nadia menegur, dia mengambil tempat berhadapan dengan Diana. Sebaik sahaja ditegur Diana terus mengangkat kepalanya. Pantas sahaja bibirnya mengaduh, tengkuknya sakit, lenguh kerana telah terlentuk dan pegun dalam keadaan kurang selesa untuk satu jangka masa yang panjang. 

“Aduh..aduh..aduuuuuh..” Panjang Diana mengaduh, tangannya mengurut-ngurut tengkuk yang sakit bagi melancarkan aliran darah sekitar tengkuknya itu, biar berkurangan sakit yang menyengat itu. 

“Berapa lama kau termenung macam tu Diana sampai teleng tengkuk kau tu aku tengok.” Nadia mengulas. Wajahnya berkerut risau, terjuih-juih bibirnya terkumat-kamit memarahi Diana tanpa nada. 

“Aku… tak sedar, syok je duduk macam ni.” Diana mengetuk-ngetuk lembut pada bahunya pula, hilangkan sengal di bahu. 

“Kau termenungkan apa? Ingat cik abang ye..?” Usik Nadia sambil tersengih-sengih. Wajah Diana pula berkerut, cepat-cepat dia menyangkal.

“Ish.. kau ni, ke situ pulak. Aku mana ada cik abang lagi.” 

“Habis tu, muka monyok je macam orang putus tunang.” 

“Kalau putus tunang, bukan monyok je.. Menangis dah aku.” 

Nadia tergelak dengan jawapan Diana, lucu rasanya. “Habis tu kau fikir pasal apa?” 

“Pasal apa lagi, kerjalah. Aku rasa tak sedap hati je menganggur…” Muka Diana kembali keruh, Nadia mengeluh perlahan bersimpati dengan nasib Diana.

“Ala Diana, releks lah.. kau baru menganggur seminggu bukannya setahun. Kan kau dah ada minta kerja dengan banyak tempat, Insya-Allah adalah rezeki kau tu nanti. Doa je banyak-banyak.” Nadia memberi semangat. Sesaat kemudian dia menelan liur, pandai je bercakap tetapi timbul juga perasaan kekok bila dia menasihati Diana yang lebih alim daripada dirinya tentang berdoa. 

“Tengah tunggu panggilan temudugalah ni, tapi… aku rasa tak sedap sangat. Asyik berdebar je, risau orang tak nak ambil aku bekerja.” Diana mengadu gundahnya yang tersimpan di dalam hati. Bermacam-macam rasa dia simpan di dalam hatinya, jarang sekali dia luahkan kepada sesiapa. Nak luah pada kak long, dia tak mahu menambah beban kakaknya yang sedang memerah otak demi pelajaran dan keluarga nun jauh di perantauan. Nak telefon mak ayah, tak mahu mereka risaukan dirinya, biarlah mereka hidup dengan aman tak ada gangguan di kampung. Telefon rakan-rakan lain untuk mengadu juga bukan pilihan yang bijak, kerana mereka yang lain juga masing-masing tengah struggle untuk menstabilkan kehidupan masing-masing yang masih lagi seperti Diana juga, mencari kerja yang serasi dengan diri, tukar kerja sana sini. Nak tak nak Nadialah satu-satunya mangsa yang sesuai untuk menjadi pendengar setia pilihan Diana. Tapi nasib Nadia jugalah, siapa suruh dia busy body, kalau dia tidak menyoal mungkin Diana tidak membuka mulut.      

“Kau ni fikir banyak sangatlah Diana, tak perlu fikir banyak-banyak macam tu.” Nadia menarik tangan Diana lalu dia menggoncang-goncang lengan gadis di hadapannya itu. Menggesa Diana supaya tidak terlalu memikirkan hal-hal yang membebankan minda. Diana tersentuh dengan kesungguhan Nadia melayan ‘aduannya’, walhal mereka baru sahaja berkenalan tidak sampai lagi sebulan. Mereka berdua sama-sama belajar membuka hati masing-masing untuk mengenali hati budi masing-masing, untuk menjadi rakan, untuk menjadi sahabat. 

Nadia memberikan senyuman sokongan buat Diana dan dia menyambung kata, “aku doakan untuk kau okey.” 

Terus sahaja Nadia menadah tangannya tinggi dan berdoa dengan suara lantang, “Ya Allah, kau murahkanlah rezeki rakanku ini, mudahkanlah dia dapat kerja. Kesian aku tengok dia susah hati sangat, kau bantulah dia supaya dia tak susah-susah hati lagi.” 

Diana tergelak kecil melihat gelagat Nadia. Lega hati Nadia bila dia melihat senyuman terukir di bibir Diana itu. 

Tiba-tiba telefon bimbit Diana berbunyi, ada emel yang baru sahaja masuk ke ‘peti surat’ emelnya. Diana yang masih lagi terukir senyuman manis dibibir setelah tawanya mereda terus mencapai telefon pintar itu yang terletak tidak jauh dari sisinya. Lincah sahaja jari jemarinya bernari-nari di atas skrin sentuh telefon itu, emel yang baru diterimanya dibuka dengan penuh debar. 

“Suka cita dimaklumkan bahawa cik sudah disenarai pendekkan untuk hadir temudugAAAAAA…..” Diana membaca butir emel yang diterimanya sebentar tadi dengan nada yang semakin menaik dari tidak kedengaran kepada jeritan. Nadia turut menjerit bersama dek teruja. Jantung Diana terus berdegup laju, Ya Allah… Alhamdulillah, Alhamdulillah. Walaupun hanyalah emel jemputan untuk menghadiri temuduga Diana sudah sangat bersyukur, ini bermakna dia sudah setapak maju ke hadapan, one step closer to her target

“Ya Allah, betul ke Diana?” Tanya Nadia tidak percaya, baru sahaja dia berdoa tadi, tup-tup Allah sudah makbulkan doanya, besarnya kuasa doa. 

“Kejap-kejap aku baca lagi sekali.” Diana menarik nafas dalam-dalam sebelum mengulang baca. Diana membaca di dalam hati emel itu yang dihantar dalam dwibahasa, bahasa inggeris dan bahasa melayu. Dari mula emel hingga ke titik penghujungnya. Terangguk-angguk dia memberi kepastian kepada Nadia. Terus Nadia menadah tangan sekali lagi seperti tadi dan mengucapkan syukur. 

“Alhamdulillah…” Ucap mereka berdua serentak. 

Celebrate jom? Kita makan luar nak malam ni?” Bukan main lagi Nadia memberi cadangan, seronok sangat macam sudah menang hadiah besar. 

“Ish kau ni… sabar-sabarlah, ini baru jemputan interview. Bukan aku dapat kerja lagi pun.” Diana menggeleng tidak setuju. Dia kembali meletakkan telefon pintarnya di atas meja makan. Nadia menarik tangan Diana, sambil memujuk.

“Ala, ini kira small celebrationlah, nanti kalau kau dapat kerja nanti kita celebrate lah yang meriah sikit. Jomlah, bukan nak makan besar pun, bukan nak makan mahal-mahal ke apa, makan kat gerai pun tak apa. Janji kita keluar makan, lagi pun aku teringin nak bawa kereta baru aku tu jalan-jalanlah Diana.” Pandai Nadia memujuk terus sahaja Diana termakan pujuk rayu gadis itu. Lantas senyuman nakal terukir di bibir Diana.

“Sekali sekala apa salahnya kan?” Suara Diana sambil mengangkat bahu sekali. Nadia bersorak kegirangan.

::::
~bersambung~
an: maaf, maaf, maaf saya janji nak update hujung minggu tapi saya terlupa, maaf sebab lambat. semoga terhibur.. ceriakan saya dengan like, reaction dan comment anda... baru je semalam saya kena 'attack' ToT ahhh... hope korang suka bab kali ni.
i love you all... chan rak ter mak makk... 
ps: saya tengah fikir nak update sampai bab berapa..?? 25 boleh?

7 comments:

  1. Akhirnya..update pn.
    sebenarnya kan..sy suka style awak dlm hshi.
    Nadiana..cam kurang teruja

    ReplyDelete
  2. Ye, ye setuju dgn unknown.. Best3x

    ReplyDelete
  3. ziha, saya sendiri pun lebih suka style saya masa saya tulis hshi, sebabnya dulu saya belum terdedah dengan dunia penulisan, saya tulis hentam kromo aje... tapi sekarang saya rasa saya terlebih terlalu super berhati-hati bila menulis sebab takut buat silap, sbb tu kadang-kadang saya rasa ayat saya agak kaku, n takut plot tunggang langgang especially sebab Nadiana ada banyak watak yang bersangkut paut. dan sebab tu Nadiana adalah karya saya yang paling saya kurang confident, tapi saya akan cuba edit mana yang kurang bila dah siap manuskrip penuh nanti. terima kasih atas komen awak :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk awak jugak :)

    ReplyDelete
  5. best tapi macam tak cukup pulak. hehe.

    ReplyDelete