Followers

Thursday, December 4, 2014

[NADIANA] 19 & 20 (Entry terakhir di blog)



::19::
“Bos.” Nadia menegur bila Tuan Khalid munculkan diri. Akhirnya, semalam satu hari dia tak masuk pejabat, kalau dia ada datang petang pun memang tak bertembung sebab Nadia semalam terpaksa stay di hospital sementara menunggu suami Ema sampai, agak lewat juga dia masuk pejabat balik, dah hampir habis waktu pejabat waktu tu. 

“Assalamualaikum Tuan Khalid.” Ucap Nadia selepas dia bangun dari tempat duduknya. Senyuman manis terukir di bibirnya. 

“Waalaikumusalam Nadia. Ceria kamu pagi ni.” 

“Ish, kenalah ceria bos. Kalau pagi-pagi dah monyok, sampai tengah hari pengsan.” Balas Nadia, masih tersenyum mesra. 

“Ni Nadia, nanti awak tolong belikan hamper untuk anak Ema, saya belum lagi melawat dia. Kejap lagi saya beri kad.” Nadia berkerut dahi, baru dia teringat yang hari ini Ema tak masuk kerja lagi dah. Menggelupurlah dia nak buat kerja, bukannya reti sangat lagi. Cuma tadi dia kemas siap bilik Tuan Khalid, sebab dia dah catat siap-siap dalam post-it note, kerja pertama setiap hari kemas meja Tuan Khalid.  

“Kenapa pula kamu monyok ni, tadi kata kalau monyok nanti pengsan.” Usik Tuan Khalid kepada Nadia.

“Baru teringat hari ni saya sorang-sorang, jadi cuak pulak dah.” Macam orang hendak menangis suara Nadia membalas kata-kata bos besarnya tu. Meletus tawa Tuan Khalid, ada-ada aja Nadia ni, takut sangat. 

“Tak payah takut sangat Nadia, saya tak makan orang. Kalau ada masalah, awak boleh tanya saya terus. Okey?” 

“Baik bos.” Jawab Nadia dan memberi tabik hormat kepada bosnya itu lalu dia senyum simpul. Tuan Khalid masuk ke dalam biliknya, Nadia pula buat nota post-it, takut dia terlupa. Nadia teringat pesanan Ema menyuruh dia mengambil organizer di dalam laci mejanya. Dalam takut-takut, Nadia seperti biasa bergerak seperti ketam, tak mahu memandang keluar kaca bangunan, seram. Dia menarik nafas lega bila dia semakin menjauh dari mejanya  yang betul-betul membelakangi dinding kaca pejabat. Sebaik sahaja dia mengambil organizer itu, dia kembali ke mejanya. Dan sekali lagi Nadia terpaksa bergerak seperti ketam, Nadia tak perasan perlakuannya yang seperti kartun itu diperhatikan sedari tadi. 

Akhirnya tawa si pemerhati yang ditahan sedari tadi meletus. Lawak betul Nadia ni, jalan macam ketam. Aksi mengalahkan kartun, Mr. Crab dalam kartun Spongebob pun tak jalan macam tu.

Nadia yang baru melabuhkan punggungnya di atas kerusi terus memandang ke arah bunyi tawa itu datang, membulat matanya memandang Rizman yang tertawa. Malu bertandang, merah wajah Nadia menahan malu. 

“Awak kenapa Nadia, berjalan macam ketam.” Rizman masih tertawakan Nadia. Sakit hati pulak Nadia mendengarnya. 

Style. Kenapa sibuk?!!” Balas Nadia tegas, geram. Bila nak berhenti gelak si Rizman ni. 

“Memang lawak style awak tu.”

“Diamlah!!” 

Rizman terus menelan tawanya. Garang jugak rupanya Nadia ni. 

“Rizman, nak tanya, semalam kita keluar pejabat lama tak apa ke?” Nadia bertanya bila Rizman berhenti ketawa.Rizman yang berdiri di hadapan mejanya memandang ke wajah Nadia yang ada riak risau. 

“Owh, itu awak jangan risau. Itu emergency, saya dah buat note yang kita keluar sebab emergency dalam jadual kedatangan kita. Awak boleh semak dalam portal syarikat.” Rizman menerangkan kepada Nadia. Bukan nak lega, makin berkerut adalah wajah si Nadia ni. 

“Portal syarikat?”

“La.. tak kan staf lama tak tahu kita ada website sendiri?” 

“Itu saya tahu, tapi tak tahu pulak saya kita boleh check jadual kedatangan bagai.”  Jawab Nadia, tangannya menggerakkan kursor untuk membuka tab baru. 

“Kita dah upgrade website kita dah. Mesti tak baca notis ni. Bangunan baharu, website pun kenalah baharu jugak.” Balas Rizman, Nadia cuma dengar tak dengar sahaja kata-kata Rizman itu, jari-jemarinya menaip url laman web syarikat mereka. 

“Tahu ke nak bukak?” Soal Rizman sambil dia bergerak menghampiri Nadia. 

Ermmmmm…” Nadia masih terpinga-pinga lagi dengan laman web yang baharu ni. Maklumlah, baru pertama kali buka. Dari jawapan meleret dari bibir Nadia Rizman dah tahu yang Nadia tak reti. Rizman menolak perlahan kerusi Nadia, Nadia yang terus menjerit terkejut.

“Ahhh..”  

Rizman turut sama terkejut bila Nadia menjerit sebegitu. 

Nadia memejamkan mata, kedua-dua tangannya memegang kejap pada sisi meja. Bila Rizman menolak kerusinya tadi, walaupun pergerakan itu kecil dan perlahan namun pergerakkan yang tiba-tiba itu betul-betul buat dia terkejut dan rasa seperti hendak terjatuh. Rizman memandang sahaja Nadia, nafas Nadia turun naik dek ketakutan. 

“Nadia…” Rizman memanggil sambil tangannya diletakkan pada bahu Nadia. 

“Jangan tolak saya.” Nadia bersuara pantas, ada getar disuaranya. 

“Tak-tak, saya tak tolak.” Rizman membalas laju sambil mengalihkan tangannya dari bahu Nadia. Pelik dia melihat keadaan Nadia, dalam cuaca mendung dan penghawa dingin yang sejuk pun dahi Nadia kelihatan sudah mengeluarkan titik peluh.

What’s going on?” Tuan Khalid bertanya dari muka pintu. Rizman memandang lalu dia menggeleng. Tuan Khalid menghampiri mereka.

“Nadia, kenapa?” Soalnya lagi. Bimbang kalau-kalau Rizman melakukan sesuatu yang membuatkan Nadia menjerit, bukan dia tak tahu perangai adik bongsunya yang terlebih ‘mesra’ tu. 

“Tak ada apa.. bos, bagi saya lima minit. Kejap lagi saya okey.” Balas Nadia tersekat-sekat. Matanya masih terpejam, nafasnya masih turun naik tetapi tidak seteruk tadi, tangannya masih melekat kuat pada sisi meja. Rizman memandang Nadia dengan wajah berkerut.

“Nadia, awak gayat ke? Acrophobia?” Tukas Rizman, dia cuma agak-agak sahaja. Memang dia pernah jumpa orang yang takut tinggi dan gayat, tetapi tak pernah dia jumpa kes seteruk Nadia. Sampai berpeluh-peluh gadis itu dibuatnya, sedangkan mereka di dalam bangunan, cuma dinding kaca itu yang mungkin agak ‘mengerikan’ bagi mereka yang takut tinggi. Nadia mengangguk perlahan. 

Rizman teringat bagaimana Nadia memegang lengannya bila mereka berada di dalam lif semalam. Ini rupanya sebab mengapa Nadia tiba-tiba bertindak begitu. 

“Errr..okey, Nadia. Sekarang awak tarik nafas. Saya akan pegang awak, awak jangan terkejut, jangan takut.” Rizman memberi arahan, Nadia hanya patuh tanpa banyak soal. Rizman memegang lengan Nadia, “sekarang bangun.” 

Nadia bangun dari kerusinya perlahan-lahan. 

“Sekarang, berjalan ke kiri awak lima langkah macam awak selalu buat.” Nadia ikut arahan itu, dia berjalan ala ketam ke kiri lima langkah. Rizman terus memegang lengan Nadia yang semakin tenang. 

“Lima langkah ke hadapan.” 

Satu, dua, tiga, empat, lima.

“Okey, awak dah boleh bukak mata.” 

Nadia membuka matanya perlahan-lahan, dia menarik nafas lega bila dia setidak-tidaknya sudah jauh dari dinding kaca yang menggerunkan tu. 

“Nadia, awak dah okey?” Tanya Tuan Khalid. Nadia memandang ke arahnya dan mengangguk.

“Kenapa awak tak beritahu saya awak gayat.” Kata Tuan Khalid dalam nada bimbang. Kesian dia melihat Nadia yang panik tadi. 

“Tak penting.” Halus sahaja suara Nadia. Terasa seperti tak ada tenaga, ketar lututnya.

“Tak apalah Nadia, kalau awak nak pindah tempat duduk kat tempat Ema pun tak apa.”   

Nadia mengangguk laju, Rizman membawa Nadia duduk di tempat Ema. Nadia menarik nafas panjang melepaskan debar yang sedikit lagi bersisa. Rizman membawa segelas air dari pantri khas Tuan Khalid untuk Nadia. 

“Terima kasih.” Ucap Nadia perlahan. Sambil minum air, tangan Nadia mengelap peluh di dahinya dengan tisu yang diberi Rizman. Terharu Nadia bila dia dilayan dengan begitu baik, Tuan Khalid juga masih setia di situ. 

“Saya minta maaf buat Tuan Khalid risau. Saya dah okey.” Suara Nadia, dia serba salah buat Tuan Khalid berdiri lama di sini kerana risaukan keadaannya. 

“Tak apa Nadia, yang penting awak okey. By the way, awak dah kenal ke dengan Rizman?” 

Nadia memandang Rizman yang tersengih. 

I guess so, kenal semalam.” Jawab Nadia.

“Kami yang hantar Kak Ema yang tiba-tiba nak bersalin semalam.” Rizman terangkan. Tuan Khalid hanya mengangguk. 

“Ini saya nak kenalkan secara rasmi Nadia. Rizman ni adik bongsu saya, sebelum ni belajar architecture dan bekerja di Australia. Sekarang saya paksa dia balik, dia jadi HR manager kat sini.” Tuan Khalid menerangkan, Nadia mengangguk-angguk tetapi wajahnya berkerut kehairanan.

“Macam mana boleh menyimpang dari architecture ke HR?”  Soal Nadia pelik. Meletus tawa Rizman, memang semua orang pun kerut kening bila dia beritahu dia bekerja di bahagian sumber manusia sekarang. 

“Tak tahulah saya, saya suruh buat kerja design dia tak mahu.” 

“Nak rehat dulu otak designer ni. Nanti dah rasa tenang, dah warm up dengan suasana sini along cakap aje bangunan jenis apa along nak Man boleh buat.” Confident saja suara si Rizman membalas. Tuan Khalid tersengih sahaja, bukan boleh percaya sangat si Rizman ni, cakap aje kencang tapi tak pernah serius pun. Rizman mahu balik sini pun dia dah cukup bersyukur, lagi lama dibiarkan Rizman duduk luar negara seorang diri, makin tak tentu ke hala perangainya. Kalau ada depan mata boleh jugak dia tegur-tegur, umur dah dewasa sangat tapi masih lagi nak buat perangai macam muda remaja, memang Tuan Khalid paksa balik Malaysialah jawabnya. 

“Man, masuk!!”

“Baik bos.” 

:::

Rizman mengeluh sebaik sahaja dia duduk di atas kerusinya, bukan mengeluh letih tapi mengeluh lega. Merah juga telinga dia tahan leteran abang sulongnya tadi, memang dia dah jangka awal-awal yang abang sulongnya itu akan berleter, tapi tak sangka sepanjang ‘itu’. Dari hal dia lari (pindah) dari rumah senyap-senyap, hal memilih kerja, sampai hal Nadia (sebab Tuan Khalid syak Rizman ni buat perangai miang dia pada si Nadia). Aduhhh…. macam dengar ucapan pengetua masa perhimpunan hari isnin masa sekolah dulu. Bingit!! 

Rizman menyandarkan kepalanya pada kerusi, matanya menjeling pada surat lantikan dan kad pekerja-pekerja yang lulus temuduga hari tu. Serta merta dia teringatkan Diana. Rizman mencari surat lantikan Diana dan kad pekerjanya, sebaik sahaja dia terjumpa terus dia ambil dan susun cantik-cantik atas meja. Telefon bimbitnya di tarik dari poket, snap gambar, dan terus hantar pada Nashrul, dengan caption;

Kau hutang aku satu, bro. 

::::

::20::

Nadia baru memulakan suapan yang pertama bila Rizman tiba-tiba datang duduk di hadapannya. 

“Boleh saya join.” 

Nadia mengangguk. Bagus pun, tak adalah dia makan sorang-sorang kat sini. Dulu memang selalunya dia makan seorang diri, tapi dah biasa makan berdua di rumah dengan Diana, rasa seronok pula bila makan berteman. Hmmm.. minggu depan baru Diana mula kerja, mulai minggu depan bolehlah mereka makan tengah hari bersama. 

“Awak makan sorang-sorang je?” Rizman bertanya. Dia lega melihat keadaan Nadia yang semakin elok selepas berpindah meja, tak ada pucat macam tadi.

“Encik ada nampak orang lain ke kat meja ni?” Saja Nadia berseloroh. Dah nampak trang-tang-tang dia duduk seorang diri di sini pun nak tanya lagi ke? 

“La…. Kenapa pulak jadi ‘Encik’ pulak. Panggil saya Rizman macam selalu je.” Rizman menegur, mukanya menunjuk riak tak puas hati. Nadia ketawa kecil mendengar nada Rizman yang agak mendesak.

“Semalam saya tak tahu awak ni adik bos besar, pangkat awak pun jauh lagi tinggi dari saya. Tak kan nak panggil nama aje. Nanti orang kata saya tak ada adab dan tak hormat orang besar pulak.” Nadia beralasan. Memang semalam Rizman cuma beritahu yang dia kerja bahagian sumber manusia, tak pula dia beritahu jawatannya. Dan Rizman sikit pun tak bagi ‘hint’ yang dia sebenarnya adik Tuan Khalid, hmmmm…tapi Nadia sepatutnya dapat ‘tangkap’ yang Rizman ni bukan calang-calang jawatannya, kalau tidak mana dia dapat kereta Mazda dia tu. Kalutkan Kak Ema semalam, tak terfikir langsung dia ke arah tu. 

“Ish, takkan lah. Satu ofis saya suruh panggil nama je.” 

Nadia menggeleng perlahan. Oh tidak… 

“Masa rehat, luar waktu pejabat ya. Time kerja, NO.” Balas Nadia. Dia menyambung suapan, lambat makan sejuk nasi ni. Penghawa dingin kat kafe ni bukan main lagi sejuk. 

“Bolehlah tu.” Rizman berpuas hati dengan pilihan Nadia. Nak paksa-paksa Nadia pun tak boleh juga, mulut Nadia, bukan Rizman ada kuasa ajaib nak control. Tapi apa yang Nadia katakan memang betul, mesti ada juga yang salah faham kata Nadia ni tak hormat orang yang patut dihormati, atau lagi dasyat mungkin ada yang anggap Nadia ni menggedik dengan si Rizman ni, maklumlah kacaklah katakan, single pulak tu. Tapi sebenarnya Rizman ni memang ‘mesra’ dengan semua orang, dengan makcik tukang cuci pun dia suka usik-usik, siap sarapan sama lagi pagi tadi, cuma dengan Nadia dia lain sikit, sebab Nadia ni cantik, jadi adalah juga ala-ala ulat bulu naik daun. Rizman tunggu masa aje tu nak cucuk jarum. 

“Awak ni tak ikut makan dengan kawan-kawan dari pejabat lama dulu ke lunch?” Rizman bertanya, sambil dia pun pelan-pelan makan. 

“Hmmm… saya memang dah biasa makan sorang. Dulu akak-akak tu semua, kalau tak keluar makan dengan tunang ke, suami ke, mesti bawak bekal. Jarang makan dengan dia orang, cuma ada kadang-kadang, bila kena mood rajin saya join bawak bekal sekali.” 

Tipu, sebenarnya bila datang mood protest dengan Ezuan yang tak suka dia berkawan rapat dengan kawan satu pejabat tu yang datang mood dia nak bawa bekal juga. Panaskan dalam microwave sekejap, dah boleh makan satu kumpulan. Tapi bukanlah selalu, adalah dua tiga bulan sekali, dia takut nak protest banyak-banyak kali, maklumlah takut kena tendang keluar. 

“Oh, macam tu. Lepas ni tak payahlah awak makan sorang-sorang, saya kan ada.” Usik Rizman. Nadia hanya tersengih. 

“Iyalah tu, tak nak saya. Takut, awak tu banyak peminat.” Sedari tadi Nadia perasan banyak aje mata perempuan menjeling-jeling mereka. 

“Ish… mana ada.” Rizman menyangkal. Nadia tergelak kecil.

“Terima kasih sajalah, minggu depan kawan saya masuk kerja saya makan dengan dia aje tiap-tiap hari. Awak tak perlu risau saya kesunyian ke apa, saya ada kawan. Ya… Encik Rizman.” 

Rizman dah agak Nadia akan jawab macam ni. Sengih ajelah. 

:::

“Hai Nadia.” 

Nadia berkalih bila mendengar suara yang sangat dikenalinya memanggil. Cara suara itu menyerunya sangat menakutkan bagi Nadia, tegak bulu romanya mendengar nada rendah yang seolah-olah sedang mengancamnya itu. 

“Kau nak apa?” Nadia berlagak berani. Seram seram juga, tapi mana boleh dia sesekali tunjuk lemah di hadapan lelaki ini. 

“Kau pindah mana?”

“Perlu ke aku beritahu kau.” Jawab Nadia sambil berkalih kembali ke arah keretanya. Nadia buka pintu kereta, beg tangan dicampak ke dalam. 

“Amboi, berlagaknya sekarang.” 

Nadia diam. Dia berdiri kaku di tepi kereta, walaupun tidak melihat tetapi dia tahu Ezuan semakin menghampiri, derap kakinya berbunyi semakin dekat. 

“Sekarang dah beli kereta, hebat kau. Lelaki mana pulak sponsor kau kali ni?” Ezuan mengejek. Nafas Nadia turun naik, geram dia diperkatakan begitu tetapi rasanya dia tak perlu terangkan apa-apa kepada Ezuan. Mereka bukan ada apa-apa lagi, entah bila Ezuan ni hendak terima kenyataan yang Nadia sudah tak mahukan dia. ‘Pride’ dia tercabar kut, sebab Nadia sudah tak perlukan dia lagi. Hmph… dasar lelaki. 

Nadia diam tidak menjawab, Ezuan naik geram lalu dia menarik lengan Nadia, “dah tak ada mulut nak jawab?” 

Nadia berpaling, matanya memberi jelingan tajam buat Ezuan tanpa menjawab soalan Ezuan itu. 

‘Nadia… kau tak perlu jelaskan apa-apa kat dia, dia tak ada hak nak halang kau lagi.’ Nadia ingatkan diri sendiri. 

“Sekarang dengan anak bos kau dah bosan, kau pancing adik bos pulak?” Ezuan memprovok. Dia nampak Nadia dan Rizman makan bersama tadi, bukan main bergelak-gelak lagi. 

Nadia sakit hati mendengar tuduhan itu. Dia terus merentap tangannya dari pegangan Ezuan lalu pantas memboloskan diri ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup cepat sebelum sempat Ezuan menghalangnya, enjin kereta dihidupkan. Belum pun panas enjin kereta itu Nadia masukkan gear dan keretanya meluncur laju meninggalkan parkir syarikat itu. 

Ezuan yang ditinggalkan begitu sahaja laju berlari ke arah keretanya. Dia mahu mengejar Nadia dan mengekori Nadia hingga ke rumahnya. Namun hampa bila kereta Nadia berhenti di hadapan salun SPESHOW. Sangka Ezuan selepas mereka ‘berpindah’ pejabat Nadia tidak lagi akan berkunjung di sini, tapi rupanya tidak. Nadia masih lagi datang ke sini. Cis, tak guna… makin galak Nadia melayan lelaki tu, tak guna punya perempuan. Sempat Ezuan menyumpah dalam hati sebelum memecut meninggalkan kawasan itu. 

Nadia kalut-kalut lari ke dalam salun itu. Dia tahu Ezuan mengekorinya tadi, jadi sengaja dia melencong ke sini lagipun semalam dia ada janji nak jumpa Alan. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam salun ini, matanya terus tertancap pada tubuh Alan. Jantung kecilnya terus berdegup laju… dalam hati Nadia mula angankan macam dalam drama korea, mereka sama-sama berdiri bertentangan mata, merenung dalam ke dalam mata masing-masing, angin pun akan bertiup perlahan (ada unsur ala-ala cerita Hindustan sedikit, ada angin walaupun mereka dalam ruang tertutup berhawa dingin) sambil melayan perasaan sendiri. Tapi.. meh… baru nak panggil Alan tiba-tiba tubuhnya dirempuh dari belakang, Clara yang baru sahaja masuk ke dalam salun melanggar sahaja Nadia yang menghalang jalan di hadapan pintu. 

Bukan main Clara menghentak kaki tanda protest, menunjukkan rasa marahnya kepada abangnya itu. Tanpa bertegur sapa dengan Nadia atau sesiapa, Clara menapak (menghentak) laju ke tingkat atas dengan wajah masam mencukanya. Alan yang tadi elok-elok sahaja berubah wajah, dia pun nampak macam sedang menahan marah tapi kerana kerjanya dia sabarkan sahaja. Seketika kemudian pintu salun terbuka lagi, Brian pula yang muncul. 

“Nadia.” 

“Brian.” Nadia menegur bila dia ditegur lelaki itu. 

“Sudah lama sampai?” 

Nadia angkat bahu, “sempatlah nampak drama sebabak tadi, apa jadi? Kenapa semacam aje kat sini?” 

Soal Nadia. Memang nampak sangat suasana sini lain, semua orang senyap aje, muka serius aje sorang-sorang pun. Clara pun, walaupun dia selalu merajuk dengan Alan tapi selalunya rajuk sayang aje, geram sikit-sikit gitu je, tapi tadi nampak macam marah betul tu. Pelik juga, pertama kali Nadia datang sini dan terasa ‘bahang’ amat suasananya. 

“Alan bergaduh dengan Clara. Gaduh besar.” Brian membalas dengan suara perlahan. 

Mulut Nadia membentuk O, tak dapat bayangkan macam mana adik beradik yang sweet tu bergaduh besar. Selalu tengok dia orang gaduh-gaduh manja nampak comel sangat. 

“Gaduh apa?” Tanya Nadia separuh berbisik.  

“Itu you tanya sendirilah dengan dua orang tu.” Brian diam sebentar, sebelum menyambung dengan matanya dijulingkan ke atas, “You duduklah dulu, I nak naik atas, pujuk adik.” 

Nadia mengangguk. 

Nadia kemudian duduk di atas sofa yang tersedia, menunggu Alan habis dengan kerjanya. Mata mereka bertentangan di dalam cermin, Nadia memberi senyuman tipis kepada Alan yang nampak serius tu. Sementara menunggu Nadia membelek majalah fesyen yang diletakkan dirak tepi sofa itu, kebanyakkannya berbahasa cina dan jepun, tapi kalau dah bosan sangat tengok gambar sahaja pun jadilah dari duduk termenung sahaja. Tengok gambar pun boleh faham, sempatlah juga Nadia hafal tiga empat tutorial rambut dan mekap. 

Nadia terasa seseorang duduk di sebelahnya, terus dia menoleh ke kiri. Rupanya Alan yang duduk di sebelahnya, Nadia tidak perasan yang lama sudah masa berlalu kerana asyik membelek majalah. Nadia meletakkan kembali majalah tersebut ditempat asalnya lalu dia mengalihkan tumpuannya kepada Alan di sebelah. Alan nampak seolah-olah fikirannya terganggu sangat. Kepalanya direhatkan pada penyandar, keluhan kecil terlepas dari bibirnya. 

“Okey tak ni?” 

Alan memandang ke arah Nadia, pandangan matanya nampak letih. Namun dia tak menjawab soalan Nadia itu. Tak perlu jawab pun tak apa, Nadia dah tahu jawapannya, ‘tak okey’. Sayu sahaja mata Alan, kesian pula Nadia melihatnya. 

“Dah makan?” Nadia balik kepada soalan basic orang tanya. 

“Belum.” 

“Nak I belikan makanan?” Nadia bertanya. Alan diam sahaja tidak menjawab. 

“You rehatlah dulu, I pergi beli makanan untuk you.” Nadia bangkit, kakinya baru melangkah dua tapak tangannya ditarik perlahan.

“Jom teman I makan.” 

Nadia senyum dan mengangguk. Alan bangun dan mereka sama-sama beriringan keluar dari salun itu. 

::::

~bersambung~
an:  Salam semua, saya minta maaf sebab nak maklumkan ini bab terakhir yang akan saya update dalam blog ni, macam biasa... saya memang akan stop separuh jalan kan selalunya. Oleh kerana ini update terakhir untuk NADIANA, izinkan saya membebel panjang skit hari ni. Update terkini, saya masih lagi menulis kisah ni, saya dah ada 250 pages so saya perlukan lebih kurang 150 pages lagi sebelum boleh tamatkan kisah mereka ni. biasalah.. benda yang x berapa nak update kat.. balik-balik tak siap lagi.. biasalah, penulis kuasa kura-kura, kalau penulis berkuasa kuda, tiga novel akak terbit setahun tau.. 
saya harap anda dapat maafkan segala kekurangan yang ada dalam manuskrip ini sepanjang saya update di dalam blog ini. saya sangat hargai kesudian anda semua baca dan click segala button dan yang rajin komen tu, terima kasih banyak2. Anda memang penyuntik semangat saya. Kalau saya ada berita gembira saya akan umumkan di sini. Doa-doakan yang terbaik yer untuk Nadiana. 

Salam sayang muah muah, 
Q

7 comments:

  1. Hihi.. That's my girl.. Good job Nadia.. Just ignore any lalat or langau dlm hidup ni.. Stay positive.. Btw, awat yg Alan gaduh ngn Clara tu? Ke Alan nk convert? Wowwiee...

    ReplyDelete
  2. nie cinta tiga segi ke ape ni? kejap anak bos,kejap adik bos,kejap Alan..nnti tah2 dgn bos..huhu...maen petik jawapan je..anyway..best!

    ReplyDelete
  3. kretif jawapan kau dik.. hahahhahahahahahaha....
    ada lelaki baik dengan kita tak semestinya dia suka kita.. nasib baik Nadia ni bukan jenis perasan, kalau dak dia dah syok sendiri.

    xD

    ReplyDelete
  4. Convert? awal lagi tu... dia bergaduh sebab kawan clara.. dia tak suka kawan clara. oopppss pecah rahsia.. thanks sbb bc dan comment. :)

    ReplyDelete
  5. Habiskan novel ni tau. Saya tunggu.

    ReplyDelete
  6. baru nak give up... hehe.. thanks ziha, insyaAllah saya akan cuba habiskan.

    ReplyDelete
  7. Haha... buatlh citer baru lagi... bru best

    ReplyDelete