Followers

Monday, September 29, 2014

[NADIANA] 08






::08::

Ouchh

Nadia mengaduh bila lengannya direntap kasar. Nadia terus tertoleh.

‘Ah, aku dah agak dah. Siapa lagi nak rentap-rentap tangan aku kalau bukan Ez.’ Rungut Nadia di dalam hati, wajahnya jelas menunjukkan riak kurang senang. Apa lagilah Ezuan mahu darinya.
“You nak balik mana?”

Tuesday, September 23, 2014

[NADIANA] 07


::07::

Hari isnin yang mendebarkan menjelma, buat pertama kalinya Nadia datang ke tempat kerja menaiki kenderaan awam. Dia bangun lebih awal semata-mata untuk menunggu bas, maklumlah ini kali pertama buat Nadia, dia masih belum kenal bas yang mana lalu di kawasan tempat kerjanya dan berapa minit perjalanan ke sana. Mujur Diana sudi menemaninya di hentian bas sambil memberi tahu nombor-nombor bas dan ke mana bas-bas itu menuuju. Di mana lagi dia boleh bertemu manusia sebaik Diana? Nadia bersyukur dia ditakdirkan bertemu dengan Diana, walaupun segalanya bermula dengan satu kemalangan yang tidak disengajakan. 

Sunday, September 14, 2014

[NADIANA] 06



::06::

“Kak long.” 


“Yep.”


“Ganggu ke?” Soal Diana serba salah, melihat kak longnya yang langsung tidak mengangkat kepala membuatkan dia berasa tidak selesa.


Nope. Studi ni. Apa hal?” Balas si kak long tanpa melihat wajah Diana yang berkerut.


“Hm… rumah ni, ada kawan nak sewa biliklah kak long. Boleh tak kak long? Kalau tak boleh lama, sekejap sementara dia cari rumah lain pun tak apalah. Boleh tak?” Tanya Diana tanpa berselindung. Apa guna nak berselindung, berterus terang adalah salah satu jalan yang memudahkan menyelesaikan masalah. Akhirnya kak long Diana mengangkat kepalanya dan memandang adiknya di skrin computer ribanya.


“Apasal dengan muka kau?”


Thursday, September 11, 2014

[NADIANA] 05



::05::

“Kejap kejap, ulang balik apa kau cakap tadi?” Diana meminta Nadia mengulangi apa yang dia katakan tadi, Diana langsung tidak faham apa yang Nadia sampaikan sejak lima minit lalu yang Diana rasa Nadia merapu sahaja. Otaknya sudah pening.


Wednesday, September 3, 2014

[NADIANA] 04



::04::


‘Menangis pun dah tak guna. Aku dah kena pecat.’ Diana mengingatkan diri yang dia sekarang bukan lagi salah seorang staf di bank JNBC ini. Matanya sayu memandang pintu bank, walaupun hari ini hari terakhirnya namun tak ada seorang pun rakan sekerjanya yang datang bersalaman dengannya. Semua rakan sekerjanya pulang begitu sahaja, seperti hari-hari yang lain, bila Diana menegur mereka hanya melambai tanpa kata selamat tinggal. Buat Diana yang berdiri di hadapan bank itu seolah-olah orang yang mereka tidak kenal, bukan rakan sekerja. Mungkin kerana mereka rasa bersalah…