Followers

Friday, October 31, 2014

[NADIANA] 14



::14::
Mata Diana terkebil-kebil melihat Nadia memakir kereta Kelisa merah berbumbung hitam di anjung rumah. Nadia berlagak bersahaja sebaik sahaja keluar dari kereta ‘baharu’ yang tak berapa nak baharu tu. Terus dia menutup pagar.

“Eh, kau tak pernah nampak Kelisa ke?” Tanya Nadia kepada Diana yang masih ternganga di muka pintu. 

Tuesday, October 28, 2014

[NADIANA] 13

::13::

“Ha…. Penat.” Keluh Nadia, masa tengah membeli-belah tidak terasa penat, tapi bila dapat bangku duduk berehat barulah terasa semua sendi-sendi badan sudah terasa lenguh. Tangannya sudah penuh dengan pelbagai beg plastik dan beg kertas berisi pakaian dan kasut dari yang berjenama sehingga yang tak ada jenama. Berat sampai rasa tangan macam nak tercabut. Kaki pun sudah lembik untuk berjalan lagi. Seronok sangat membeli-belah sampai makan pun lupa, mujur solat tak lupa, sempatlah Nadia solat magrib dulu tadi di surau sebelum mereka mula menjelajah pusat membeli-belah ini. Nasib baik Clara mahu tunggu Nadia solat sebentar, memahami orangnya Clara ni. 

Wednesday, October 22, 2014

[NADIANA] 12



::12::


What happened to you?” Tanya Anna, salah seorang pekerja di salun Speshow. Matanya terbeliak melihat keadaan Nadia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam salun itu. 


“Ada orang gila tuang kopi atas kepala I.” Jawab Nadia dengan suara malas. Mendengar suara Nadia membalas pertanyaan itu Alan terus tertoleh ke arahnya. 

Thursday, October 16, 2014

[NADIANA] 11


::11::


"Ini misi balas dendam Ez ke apa ni?" Nadia gumam sendiri, matanya menyoroti langkah Iryana dan Ezuan yang sama-sama beriringan masuk ke dalam bilik Ezuan. Mereka baru lepas makan tengah hari bersama, Iryana pula menawarkan diri mengemas bilik Ezuan untuk bersedia berpindah ke bangunan pejabat baharu. Ezuan masih terlalu sibuk dengan urusan kerja untuk berkemas. 


“Dalam sebulan dua ni, akak selalu nampak anak bos besar tu bawa perempuan tu datang ofis dia.” Suara Suria, kerani akaun yang duduk di sebelah Nadia. Nadia tertoleh bila mendengar ada suara bercakap.

Saturday, October 11, 2014

[NADIANA] 10



::10::

Nadia melangkah keluar dari surau kecil pejabat, sekarang Nadia cuba membiasakan diri untuk kembali ke rutin wajib setiap umat islam. Kaki baru sahaja hendak melangkah, terasa lengannya direntap kasar oleh seseorang.

Ouch… sakitlah.” Marah Nadia kasar, hilang rasa tenang yang dia rasakan sebentar tadi. Tak payah pandang pun dia tahu siapa yang merentap lengannya, dah buat hobi baharu agaknya, ‘rentap lengan orang dengan kasar’.

Thursday, October 2, 2014

[NADIANA] 09





::09::

“Nadia, aku nak tanya sikit boleh?” Diana membuka bicara. 

“Tanyalah.” Balas Nadia walaupun matanya masih lagi terpaku di kaca televisyen, maklumlah sudah kekenyangan dengan makan malam. Sambil berehat sebelum masuk tidur, melepaklah di depan tv. Kalau hendak melayari internet, dia tak ada komputer, dulu di rumah Ezuan adalah. Telefon pintar hadiah dari Ezuan juga sudah pun ditinggalkan di rumah lama itu, Nadia belum lagi berkesempatan membeli telefon bimbit baharu.