Followers

Thursday, July 23, 2015

LOVE LETTER ke versi cetak!!!!

Assalamualaikum...

Q di sini... :) Pertama sekali Q nak ucapkan kepada semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Maaf kerana sudah lama kami tidak menjenguk ke blog ini, setelah berbulan-bulan senyap tanpa berita hari ini Q update blog dengan berita yang menggembirakan... 

LOVE LETTER tulisan Zhee akhirnya sudah ke versi cetak. 

 
Novel ini telah pun berjaya diterbitkan oleh October Love (terima kasih October Love kerana memberi peluang kepada adik saya yang berbakat besar ni). 




Tempahan sudahpun dibuka, anda boleh menghubungi October Love di facebook untuk membuat tempahan. Ataupun anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan insyaAllah selewat-lewatnya hujung bulan ini.. (eh.. ker dah masuk? saya sendiri tak pasti)... Jadi... kepada pengikut pengikut novel Love Letter yang rindukan Hadif dan Nelissa, sila pm october laju-laju.. rugi kalau tak beli... 

Dan kepada yang sudahpun mendapatkan novel Love Letter ini, kami ucapkan jutaan terima kasih. Harapnya novel sulung Zhee ini menghiburkan anda semua, sebarang kesilapan haraplah dimaafkan..


Update pasal Zhee je ke? Pasal Q... hmmm.. tak ada benda nak update sangat... cumanya... finally... finally... Q dah siapkan manuskrip NADIANA.... Ya Allah... setelah setahun lebih struggle..dengan speed siput.. akhirnya saya siap manuskrip penuh. Sekarang saya dalam proses edit novel ini.. harap boleh siap sebelum ogos.. dan saya akan hantar untuk penilaian (nak hantar penerbit mana eh? ada cadangan?)... harap2 luluslah... 




DAH SIAP WEH!!!

Lagi nak kata apa eh..?? hmmm... akhir kata... Q ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong kami dari dulu lagi... daripada zaman kami ni cumalah menulis di dalam blog, sehinggalah kami berdua berjaya menerbitkan novel kami... dan tak lupa anda yang baru kenal kami pun... terima kasih banyak-banyak.. 

LOVE YOU LAH!!! muah muah muah!!! 

- Q

 





No comments:

Post a Comment