Followers

Sunday, January 31, 2016

[Special Entry] Love Letter Part I


Assalamualaikum semua!!! 

Ahah, lamanya blog ni bersawang kan? 


What to do... Owner dua dua pun menulis mengalahkan speed siput sedut.... Hahahaha... 


Tapi InsyaAllah kalau ada nanti kami akan up cerita baru, mungkin... Mungkin... 


Tunggu je lah... kekeke.... 


So kita mulakan tahun 2016 ni dengan entri special ni ya... 


Rindu ke tidokkk dengan Hadif n Nelissa ni? 


Kihkihkih... Kalau rindu moh ler baca....



PART I


          Nelissa mengatur langkah malas menuju ke pintu rumah, dengan mata yang masih berat
dia buka juga pintu yang sejak tadi diketuk tidak henti.

        Hmmm… Dah agak dah! Siapa lagi nak ketuk pintu bertalu-talu macam ni kalau bukan Encik Afzhan Hadif ni! Nelissa mengomel sendiri.

            “Hei… Morning baby boo…” Ceria suara Hadif menyapa sebaik sahaja pintu dibuka, tetapi tiba-tiba dia terdiam di situ dan sedikit kalut dia paling muka ke tepi.

            “Hmmm… Morning. Nak apa?” Akibat rasa mengantuk yang masih mengusai diri, acuh tidak acuh sahaja Nelissa keluarkan soalan.

            “Errr sayang, before that… Boleh tak awak masuk tukar baju kejap?” Ucap Hadif teragak-agak tanpa memandang Nelissa, mukanya masih dipaling ke tepi.

            “Lah dah kenapa? Cepat lah cakap awak nak apa? Saya mengantuk ni…” Rengek Nelissa tidak puas hati.

            “Saya tak boleh concentrate lah, awak seksi sangat.”

            Mendengarkan kata Hadif, terus mata Nelissa jatuh pada badan sendiri. Serta merta matanya terbeliak besar! Ya ampun…Macam mana dia boleh lupa dia hanya pakai baju tidur seksi ini? Selamba sahaja dia keluar buka pintu dan tayang depan Hadif!

            Tanpa berkata apa terus Nelissa tutup pintu dan berlari ke dalam biliknya. Laju sahaja tangannya mencapai overnight gown yang tergantung dan terus sarung di badan. Cisss… Buat malu sahaja! Free free bagi tayangan pagi-pagi macam ni!

            Setelah memastikan tiada badannya yang terdedah, Nelissa kembali bergerak ke pintu. Apabila pintu dibuka ternyata Hadif masih setia di situ. Nelissa mengecilkan anak matanya dan memandang Hadif yang tersenyum lebar itu.

            “Hah, nak apa ni?”

            “Amboiii garangnya tunang saya ni!” Omel Hadif bajet-bajet terasa hati.

            “Yelah Lis tanya lagi sekali… Cik abang sayang saya ni nak apa pagi-pagi dah ketuk pintu rumah ni?” Ucap Nelissa sehabis lembut lenggok bahasanya.

            Terus sahaja mata Nelissa menangkap Hadif tersenyum lebar, semacam aje! Nampak macam kucing miang pun ada!

            “Hah apa dia? Kurang dengar lah, cuba sayang ulang lagi sekali?” Pinta Hadif sambil mendekatkan telinganya dengan Nelissa.

            “Hesy mengada pulak dia ni. Cepat lah, awak nak apa? Saya mengantuk lagi ni…”

            “Haishhh dah pukul 10 pagi dah ni, mengantuk apa laginya sayang?”

            “Kenapa? Dah kurang ke sayang awak dekat saya lepas tahu perangai saya tak berapa nak indah ni? Pukul 10 pagi pun nak tidur lagi kan… Iyelah saya faham… Tak apa…” Sengaja Nelissa keluar aura-aura mahu merajuk dan tangan sudah mahu menutup pintu.

            Tapi cepat lagi tindakan Hadif menahan pintu yang mahu ditutup Nelissa itu.

            “Hei apa yang awak merepek ni sayang oi? Saya tak cakap apa-apa pun, yang awak fikir jauh sangat tu pasal apa? Ni nak marah ni.” Ucap Hadif sedikit keras.

            “Ye lah, marah lah saya… Saya terima aje…” Suara Nelissa masih seperti tadi, pintu yang ditahan Hadif cuba ditolaknya lagi. Saja aje pun nak acah-acah merajuk, nak usik Hadif.

            “Ya Allah, kenapa lah sensitif sangat hari ni sayang? Orang main-main pun dia nak merajuk.” Hadif sudah tergelak sikit.

            Nelissa pula sudah mencebik dan keluar muncung itik.

            “Hah, elok sangat keluar muncung macam tu. Ada yang saya kiss dekat sini juga ni…”

            Membulat mata Nelissa, bibir pula diketap, geram!

            “Buat lah kalau berani!” Ejek Nelissa sambil menjeling Hadif.

            “Amboi, mencabar nampak… Nak ke? Saya tak kisah, meh sini saya bagi…” Hadif semakin merapat, membuatkan Nelissa serta-merta berundur ke belakang.

            “Hesy, awak ni kalau kerja nak mengusik saya pagi-pagi macam ni baik tak payah! Lagi bagus saya masuk dalam sambung tidur daripada melayan awak!” Omel Nelissa sedikit bengang.

            Hadif pula sudah tergelak kuat. Suka dapat kenakan Nelissa.

            “Hah tahu pun takut…”

            “Dah lah malas saya nak layan awak, tak dapat faedah okey! Baik saya tidur!” Rungut Nelissa sambil tangan cuba menepis tangan Hadif yang masih menahan pintu supaya dia boleh tutup pintu rumah.

            “Eh kejap lah sayang… Main point pun tak sampai lagi ni, melencong je banyak kita ni…”

            “Hah, tahu pun!” Hadif sudah dijeling Nelissa.

            “Jom sayang, kita keluar…” Akhirnya Hadif sampai juga di poin utamanya.

            “Alah, nak keluar ke? Saya malas lah awak…” Sengaja Nelissa keluar suara merengek ala-ala manja gedik terlebih, nak goda Hadif sekejap supaya Hadif ikut cakapnya!

            “Alah… Jom lah… Dah lah minggu lepas seminggu saya tak jumpa awak, baru semalam dapat tengok muka. Hari ni jom lah kita pergi dating…” Hadif pun balas dengan nada sama macam Nelissa. Ingat dia sorang je reti nak merengek gedik macam tu?

            “Nah… Nah… Jom lah… Jom lah…” Hadif sudah tarik tangan Nelissa dan digoyang-goyang gaya budak tak cukup umur minta ais krim sahaja lagaknya!

            Nelissa diam sekejap, berfikir. Dan akhirnya dia bersuara.

            “Iyalah… Nak pergi mana?” Nelissa mengaku kalah ajelah, rasa geli pula bila Hadif buat gaya kucing gedik tak jadi tu. Tapi tak nak lah cakap, karang ada yang merajuk seminggu pulak! Payah pula nak pujuk nanti!

            Hadif rasa macam nak jerit kuat-kuat bila Nelissa mengalah.

            “Awak siap je, nanti awak tahu lah kita nak pergi mana…”

            “Yelah… Give me one hour. Nak bersiap, tak mandi lagi ni.”

            “Emmm patut lah masyammm…” Saja Hadif menyakat.

            “What? Awak cakap apa? Tak jadi lah nak keluar macam ni.” Membesar mata Nelissa dibuatnya! Tak puas hati betul!

            “Eh, usik sikit pun nak melenting dia ni… Period lah ni.” Usik Hadif lagi.

            “Okay fine, tak payah keluar.”  Dingin Nelissa memutuskan.

            “Ahhhh jangan lah… Dah janji tadi. No, tak aci!” Rengek Hadif tidak puas hati.

            “Main-main je lah… Aduiii… Pantang kena usik. Dah awak pergi bersiap, saya bagi 30 minit je.” Arah Hadif lagi.

            “Ahhh mana cukup 30 minit! No, sejam!” Bantah Nelissa laju-laju.

            “No, 30 minit! Titik. Awak tak payah bersiap beria sangat, pakai baju biasa aje… Mekap pun kalau boleh tak payah. Nak tunjuk dekat siapa nak lawa-lawa sangat?” Tanya Hadif sedikit tidak puas hati, nadanya nyata terselit rasa cemburu.

            “Hesy awak ni…” Nelissa merungut. Dia mana biasa keluar tak mekap semua, rasa pelik tahu tak?!!

            “Ah tak payah! Kalau tak mekap pun dah cukup sempurna bagi saya. Saya cakap okey, siapa lagi berani nak cakap tak okey? Kalau orang lain rasa tak okey pun apa nak kisah? Tak payah nak melawa sangat nak tunjuk dekat orang lain! Ingat, awak tu saya punya…” Hadif sudah membebel.

            “Haaaa okey okey okey, enough tak payah bebel panjang-panjang. Okey 30 minit saya siap. Dah pergi naik atas dulu.” Tangan Nelissa menolak tubuh Hadif sedikit dan terus tutup pintu. Herghhh, boleh berdengung telinga kalau terus dengar si tunang dia tu membebel.

            Tanpa berlengah Nelissa terus atur langkah ke bilik mandi. Nanti kalau lambat ada yang kena bebel lagi nanti!


*~*~*~*~*


Tepat 30 minit kemudian Nelissa sudah siap dan terus sahaja dia melangkah ke pintu, buka sahaja pintu kelibat Hadif sudah tercegat di situ. Okey tahu dah! Hadif kan… Mana pernah dia lambat!

            “Bagus sayang saya ni… Dengar kata, menepati masa! Ni yang buat saya tambah sayang ni…” Hadif bagi ayat beli jiwa apabila melihat wajah Nelissa yang sedikit masam, tak puas hati lah tu!

            “Dah… Tak payah nak bodek sangat. Jom.”

            Terus Nelissa atur langkah ke arah lif setelah kunci pintu. Hadif hanya mengekori daripada belakang. Apabila pintu lif terbuka Nelissa masuk dulu dan terus bersandar pada dinding lif sambil peluk tubuh, dia biarkan Hadif saja tekankan butang lif.

            “Kita nak pergi mana ni?” Setelah seketika diam Nelissa buka juga mulut. Bukan apa sebab dia tengok Hadif santai sangat, baju pun tak tukar! Masih pakai t-shirt putih kosong dan seluar tiga suka paras lutut tadi. Itu yang pelik tu…

            Ting!

            Pintu lif terbuka.

            “Jom.” Tak jawab langsung soalan Nelissa tadi, terus sahaja Hadif tarik tangan Nelissa dan keluar daripada lif.

            Nelissa mengikut tapi mata setia meliar ke sekeliling. Eh, pelik ni! Ni bukan…?

            “Hadif! Ni kita dekat tingkat 20 kan? Nak buat apa dekat sini? Bukan ke patutnya kita turun bawah?” Nelissa menarik tangan Hadif sedikit kuat supaya Hadif berhenti daripada terus melangkah.

            “Nak dating dalam rumah je. Memang lah naik sini.” Selamba Hadif jawab seperti tiada perasaan.

            Terbuntang sekejap mata bulat Nelissa mendengarkan jawapan Hadif itu.

            “Heh! Buang tebiat ke apa? Awak nak kahwin free dengan saya ke?” Sindir Nelissa geram.

            “Okey juga tu, kahwin segera… Tak payah tunggu lagi 2 bulan tu. Tau tak terseksa jiwa raga saya nak tunggu lagi 2 bulan tu?”

            “Heee… Kalau awak nak pun saya tak nak lah! Gila ke apa? Dah lah saya nak turun bawah lah…” Terus Nelissa rentap tangannya dan ingin berlalu tetapi Hadif lebih cepat menarik semula tangan Nelissa dan terus diheretnya Nelissa ke rumahnya.

            “Hadif awak ni dah kenapa? Huaaaa…” Seperti hendak menangis sahaja Nelissa sekarang ini. Nak melawan memang dia tak mampu, kuat mana dia nak lawan Hadif yang badan serupa badang tu. Macam sekarang ni, dah selamat pun kaki dia melangkah masuk ke dalam rumah akibat diheret oleh Hadif.

            Nelissa yang tadinya berada di belakang, Hadif tarik ke hadapan dan kedua-dua tangannya naik ke bahu Nelissa. Nelissa pula sebab dah takut sangat, dia siap pejam mata lagi!

            “Saya memang nak keluar dating sepatutnya, tapi kerja saya menimbun sangat. Sorry, I couldn’t do anything. So kita dating dalam rumah aje ya hari ni.”

            Nelissa semakin merapatkan matanya apabila mendengar suara Hadif berbisik dekat dengan telinganya.

            “Tuan Hadif, Cik Nelissa, dah sampai?”

            Tiba-tiba ada satu suara asing yang bersuara, kerut di dahi Nelissa semakin bertambah. Perlahan-lahan dia beranikan diri buka mata.

            “Kak Hawa?” Sumpah Nelissa terkejut apabila tengok Kak Hawa, pembantu rumah mak su ada di sini.

            “Ya cik… Cik kenapa tutup mata tadi tu?”

            “Oh tak de, mata saya sakit tadi kak… Ha-ha…” Nelissa gelak kekok untuk menutup rasa malunya. Hah, kan dah kena menipu! Tak pasal aje!

            “Cik okey ke tu?” Kak Hawa bertanya prihatin.

            “Haaa? Oh tak apa, tak apa. Saya okey dah.” Kalut Nelissa menjawab.

            “Tak apa lah kak nanti saya bawa tunang kesayangan saya ni pergi jumpa pakar mata, kesian dia kan… Sakit ya sayang?” Hadif sudah senyum senget dan memandang Nelissa seolah-olah sedang mengejek.

            “Hah bagus lah tu tuan, takut melarat pula nanti. Okey lah akak masuk dulu nak kemas bilik tuan dulu.” Terus Kak Hawa berlalu dan meninggalkan pasangan itu berdua.

            Nelissa sudah jeling Hadif tidak puas hati, nampak sangat memang rancangan dia nak kenakan Nelissa!

            “Cakap lah awal-awal kak Hawa pun ada.”

            “Awak tu yang gelabah sangat! Ingat saya ni gelojoh sangat ke?” Sindir Hadif lalu bergerak ke arah sofa dan melabuhkan punggung di situ.

            Nelissa turut bergerak dan duduk di sebelah Hadif.

            “Tak ada lah, tiba-tiba aje bawa saya datang sini, terkejut lah juga saya!”

            “Habis tu nak saya duduk berdua dengan Kak Hawa lah? Kalau kena tangkap karang awak juga yang meraung sampai keluar air mata darah nanti.” Hadif sudah ketawa dan mengambil komputer riba di atas coffee table.

            “Tak kuasa saya nak menangis air mata darah bagai. Saya cari aje lah yang lain, tak ada jodoh nak buat macam mana?” Nelissa bersuara selamba.

            Serentak itu terus Hadif kalih pandang Nelissa tajam.

            “Amboi tak sayang mulut nampak! Berani awak cari orang lain… Siap lah awak! Awak tu saya punya tau!” Keras nada Hadif. Amboi, marah nauuuu

            Akhirnya Nelissa hanya duduk diam di sebelah Hadif, malas mahu melanjutkan pergaduhan. Tak ke mana nanti kerja Hadif, satu pun tak jalan sebab asyik nak bertekak aje! Hadif pula sudah mula menyelesaikan kerja-kerjanya yang agak menimbun itu.

            15 minit hanya pandang Hadif buat kerja, Nelissa mula naik bosan. Terus dia bangun.

            “Nak pergi mana tu?”

            “Bosan lah… Tengok awak buat kerja aje saya tak buat apa-apa, baik saya pergi tolong kak Hawa tu…”

            “Tak payah lah… Duduk je sini, teman saya.” Arah Hadif.

            “Alah… Boleh lah… Saya bosan ni!” Pinta Nelissa separuh merayu.

            “No, duduk sini.”

            Tiada pilihan akhirnya Nelissa duduk kembali, sedikit kasar tingkahnya, nak tunjuk protes! Tahu sangat kalau terus berdebat pun bukannya dia boleh menang.

            Hadif meletak kembali komputer riba ke atas coffee table. Dia bangun dan masuk ke dalam bilik bacaan. Sekejap sahaja dia sudah kembali bersama Ipad di tangannya.

            “Nah, kalau bosan main tu. Tapi kena duduk sini teman saya buat kerja.” Arah Hadif sambil menyerahkan Ipad kepada Nelissa.

            Walaupun separuh hati tidak rela tetapi Nelissa ambil juga. Malas nak bergaduh tentang perkara yang dia tahu dia pasti tak akan menang.

            Adoiyaiiii… Ada dia suruh main Candy Crush! Apa lah si tunang dia ni pun! Nelissa mengomel-omel dalam hati.

            Nelissa tutup permainan Candy Crush itu dan terus buka Facebook. Baik dia layan Facebook daripada main benda alah tu.

            Lama Nelissa main Ipad. Dari bukak Facebook, tengok Youtube, layan Twitter, Instagram, sampaikan Candy Crush yang mula-mula dia tak mahu main tu pun dia main juga! Tapi kerja Hadif tak siap-siap pun!

            Akhirnya dia terlentok di sofa, dia pandang sahaja Hadif yang sedang tekun dengan kerjanya. Tidak semena-mena Nelissa tersenyum kecil. Ahhh… Seksinya Hadif bila dia tengah buat kerja! Makin bergolek-golek hati Nelissa dibuatnya. Lama dia buat sesi tenung Hadif, lagi seronok daripada main Ipad! Ahaksss…

            Apabila Nelissa senyap sahaja, Hadif angkat kepala daripada komputer ribanya sekejap. Tidak semena-mena dia tergelak kecil. Lah, dah tertidur rupanya… Patut lah senyap sahaja!

            Perlahan-lahan Hadif tarik kepala Nelissa ke bahunya, setelah memastikan Nelissa selesa, baru lah Hadif kembali mencapai komputer riba. Tak kisah lah Nelissa tertidur sekali pun, dia cuma mahu Nelissa berada di sampingnya, itu pun sudah cukup. Hadif menyambung kerjanya dengan senyuman lebar di bibir.

            *~*~*~*~*



            “Sayang…”

            Sekali panggil Nelissa tak bagi respon.

            “Sayang….” Kali ini berlagu pula Hadif memanggil.

            Tetap juga Nelissa tak bagi respon.

            “Airis Nelissa!”

            “Iya saya!” Terjerit sedikit Nelissa dibuatnya, terkejut! Jauh betul dia mengelamun teringatkan memori lama semasa bertunang dulu, sambil tenung suami tak lepas pula tu! Lepas tu terkantoi pula tu! Aduh, malu sungguh!

            “Tengah baca buku ke tengah intai abang?” Separuh mengusik Hadif bertanya daripada meja kerjanya.

            Nelissa tayang senyum kambing dan menutup buku yang berada di tangannya. Dia kembali merenung Hadif daripada sofa yang didudukinya.

            “Hmmm, memang tengah intai abang pun…” Mengaku sahaja lah, dah sah-sah dia kena tangkap dengan Hadif tadi.

            Hadif tarik senyum senget dan letak pen atas meja. Dia mula bangun dan melangkah ke arah Nelissa. Hadif duduk di atas coffee table depan sofa yang Nelissa duduk dan terus capai tangan Nelissa.

            Nelissa pula selamba membalas pautan tangan suaminya dan sengaja dia lepaskan pandangan menggoda sambil tersenyum manis.

            “Sayang tahu tak sayang selalu buat abang tak boleh fokus buat kerja?” Suara Hadif juga seolah-olah menggoda.

            “Oh ya? Tapi setiap kali abang buat kerja abang akan suruh Lis teman? Sejak dari zaman kita bertunang lagi…” Duga Nelissa.

            “Zaman bertunang Lis suci murni, ada pun asyik nak melawan abang aje… Bila dah kahwin ni jadi suka menggoda aje kerjanya…”

            Terus Nelissa kemam bibir dan membuntangkan matanya.

            “Pandai cakap orang goda dia, padahal kalau buat kerja tu dia yang mengada sentiasa nak kena teman. Kalau macam tu lain kali tak payah lah Lis teman abang. Nanti asyik tak siap kerja aje…” Omel Nelissa.

            “Eh… Mana boleh! Sayang tahu tak kalau boleh abang memang nak Lis sentiasa ada depan mata abang. Sebab tu even Lis tak buat apa-apa pun abang akan suruh Lis duduk dekat abang teman abang buat kerja. Baru lah semangat sikit nampak buah hati depan mata.” Ucap Hadif semangat.

            Terus Nelissa tergelak kecil. Hmmm, memang itu lah perangai Hadif. Sejak kahwin, malam-malam kalau Hadif ada kerja perlu disiapkan mesti Nelissa kena duduk dekat temankan dia. Tak kisah lah buat apa pun, asalkan dekat dengan dia! Wajib!

            “Mengada lah abang ni… Tapi kan, abang tahu tak Lis dari dulu suka tengok abang bila tengah buat kerja, nampak… emmm, seksi!”

            Haaa… Itu lah salah satu sebab kenapa Nelissa boleh bertahan walaupun kadang-kadang terpaksa duduk saja tanpa buat apa-apa pun bila Hadif suruh teman dia buat kerja! Hahaha…

            Ternaik sedikit kening Hadif, senyumannya makin melebar.

            “Dari dulu? Dari bila?”

            “Emmm… Dari dulu lah… Sebelum kahwin dulu pun dah suka tengok.” Jujur Nelissa mengaku.

            “Habis tu kenapa dulu tak pernah cakap? Itu lah abang cakap sayang lepas kahwin memang makin daring. Kalau dulu asyik nak malu-malu aje…” Usik Hadif.

            “Tak nak lah, kalau masa tu puji abang lebih-lebih mesti abang kembang semangkuk!”

            Hadif tergelak kecil dan semakin merapati Nelissa kemudian dia melabuhkan sebuah ciuman di pipi kanan Nelissa.

            “Hah, ini pun satu sebab… Kalau dulu boleh ke abang control? Daring sikit aje dah tergoda. Itu yang malas nak layan abang lebih-lebih. Bahaya!”

            Terhambur terus gelak Hadif mendengar omelan Nelissa itu.

            “Itu lah kan… Kalau tidak mesti terbabas, macam… ni…” Hadif kembali merapati Nelissa dan kali ini dia menyasarkan bibir menggoda Nelissa pula.

            Nelissa hanya membiarkan dan Hadif semakin rapat…

            Rapat…

            Dan rapat…

            Tapi belum sempat apa-apa, Nelissa kalih muka ke tepi apabila terdengar suara tangisan bayi mereka dari bilik tidur utama. Terbabas ciuman Hadif dan hanya mengenai pipi kiri Nelissa.

            “Abang, Lis nak pergi tengok Harez tu, meraung dah dia tu…” Nelissa tolak lembut dada Hadif dan berura-ura mahu bangun.

            Tapi Hadif sedikit pun tidak berganjak dan masih menghalang laluan Nelissa.

            “Abang! Anak nangis tu.” Nelissa sudah menjegilkan matanya.

            Hadif tak bersuara tapi memuncungkan bibirnya.

            Nelissa terus ketap gigi dan mengecilkan matanya. Hesy, orang tua ni kan!

            Tanpa berlengah laju laju Nelissa melabuhkan sebuah ciuman ringkas di bibir Hadif.

          “Puas hati? Mengada lah abang ni. Dah pergi sambung buat kerja abang tu, Lis nak pergi tengok Harez kejap.” Sempat Nelissa mengomel sebelum bangun dan terus berlalu ke bilik tidur utama. Hadif pun sama bangun tetapi dia kembali ke meja kerjanya. Terpaksa lah mengalah… Anak kan…

“Eiii… Tapi Harez ni pun memang suka lah caras jalan daddy! Pandai sangat dia cari timing nak menangis pun!” Hadif merungut sambil kembali mencapai pen dan menyambung kerja.                     
*~*~*~*~*

Okay, so done part I special entry Love Letter.
Hilang tak rindu dengan dua orang ni? Hahaha...
Btw, kenapa saya tulis Part I? Banyak sangat part ke?
Jawapannya tak ada jawapan lagi... Hahaha.... 
Saya memang baru tulis part I ni aje, 
tapi dalam kepala ada lah juga terfikir benda lain 
so mungkin kalau sampai seru dan ilham tu datang saya akan buat Part II, Part III and so on? 
Mungkin.... Mungkin.... Hahahaha kita tengok lah macam mana...
Soooo, eh lama tak cakap benda ni, hahaha
Kalau suka rajin-rajin lah tekan-tekan reaction box dekat bawah tu dan jangan lupa tinggal komennn... Baru lah semangat sikit kut saya nak fikir pasal Part II, Part III dan Part Part Part lain...
Hahaha, jangan marah yaa... Gurau-gurau... 
Lama tak letak entri baru ni! Harap faham. Kekeke
Apa-apa pun, thanks for reading! I luv chu all banyak-banyak! 
Mwahhhh Mwahhh Mwahhh!

No comments:

Post a Comment