Followers

Saturday, May 28, 2016

**Cairkan Hati Beku Dia** 05


**05**

~Hanna The Great Actress~


Sedar tidak sedar, habis sudah tahun pertama Hanna menuntut ilmu di menara gading ini. Begitu cepat masa berlalu, kini dia sudah bercuti di rumah, menghabiskan cuti tiga bulan setelah tahun pertamanya sebagai mahasiswi tamat.

Tempoh hari selepas habis peperiksaan akhir, sempat lah juga dia menghabiskan masa bersama kakak dan adiknya bercuti di Krabi .

Tetapi kini…

Hanna hanya mampu mengeluh sendiri. Sumpah, dia rasa bosan sangat sekarang ini! Masa dia berada di hostel, bukan main lagi hati menginginkan cuti. Tetapi bila cuti dia naik mati kutu pula duduk melepak di rumah, bosan sungguh!

Sudah lah kakaknya tidak ada di rumah dan adiknya yang sudah tamat SPM pula sudah masuk belajar di kolej, manakala kawan-kawannya pula ramai yang tidak ada di sini memandangkan mereka ramai yang belajar di kolej swasta, mana sama cuti mereka! Akhirnya Hanna hanya mampu ‘berkulat’ seorang diri di rumah!

Hanna berbaring malas sambil jarinya menekan-nekan punat alat kawalan jauh, sekejap-sekejap dia tukar siaran, tapi tiada satu pun yang menarik minatnya. Akhirnya punat off ditekan. Hanna membaling alat kawalan jauh ke atas lantai dan dia mengubah posisi, berbaring menelentang pula. Dia hanya merenung siling ruang tamu itu tanpa suara.

“Argghhh! Bosan!!!” Akhirnya Hanna meletup dan menjerit seorang diri.

Baru sahaja Hanna mahu bangun dan ingin menuju ke tingkat atas, Iphonenya tiba-tiba berdering minta diangkat. Wajah Hanna berubah sedikit apabila melihat nama pemanggil di skrin. Tidak semena-mena dia tersengih sendiri, akhirnya muncul juga sedikit sinar harapan untuk dia menghilangkan bosan!

“Ahah! Qal! Kenapa lah aku tak teringat dekat mamat sorang ni!” Sempat Hanna membebel seorang diri sebelum menjawab panggilan tersebut.

Hey babe… What are doing? Busy ke?”

“Wah… Setelah sekian lama… Akhirnya you cari I… Ni mesti ada nak minta I tolong you apa-apa ni kan?” Hanna tidak menjawab soalan itu sebaliknya diperlinya pula Qalef itu. Bukan apa, dah memang hakikat pun Qalef memang suka mencarinya dikala dia perlukan bantuan Hanna.

Hanna dapat menangkap tawa lepas Qalef di hujung talian sana. Dia sendiri turut tersenyum. Betul lah tu tekaannya, tahu sangat dah!

“You ni memang faham lah I macam mana… Itu yang I sayang you lebih tu…”  Bodek Qalef sengaja mahu mengipas Hanna.

“Eleh, tak payah nak sayang sangat! Geli lah I dengar…” Hanna sudah mencebik sendiri. Tidak termakan langsung dengan bodekan Qalef itu. Dan serentak itu dia terdengar lagi tawa Qalef di sana.

“You nak I tolong apa ni?” Tidak mengendahkan tawa Qalef yang masih bersisa itu, Hanna terus tanya poin utama.

“Hmmm… Macam you tak kenal I sayang… Macam biasa lah.” Tidak perlu Qalef sebut terang-terang kerana dia yakin Hanna pasti faham apa yang dimahukannya.

Lah… Again?” Hanna menyoal kurang percaya.

Iya, memang tidak perlu Qalef sebut pun dia sudah sedia tahu apa yang perlu dia tolong. Tidak lain tidak bukan, mesti Qalef mahu dia berpura-pura menjadi teman wanita lelaki itu lagi untuk dijadikan alasan berpisah dengan teman wanita sekarang. Qalef ni memang bukannya tahap buaya sahaja, tapi sudah tahap serigala!  

Sampai sahaja masa dia bosan dengan teman wanitanya pasti dia mahu berpisah. Dan kalau terkena kes jenis perempuan yang liat sangat nak berpisah tu, kadang-kadang memang dia memerlukan bantuan Hanna.

“He he… Alah, macam you tak biasa. So boleh tak?”

Hmmm, kira nasib you baik sebab I pun tengah bosan ni, so boleh lah…” Akhirnya Hanna membuat keputusan.

Yes! That’s my girl! I sayang lah you Hanna! Muah… Muah… Muah…” Qalef di sebelah sana sudah bersuara teruja. Manakala Hanna pula sudah mahu tergelak dan matanya sudah dijulingkan ke atas. Sabar sahaja lah dengan perangai gila Qalef ini.

So you nak datang sendiri ke nak I ambil?” Suara Qalef kedengaran menyoal Hanna setelah rasa terujanya kembali tenang.

“Tak apa, I boleh pergi sendiri. Nanti just Whatsapp me tempat ya…”

Okay then. So I’ll see you later dear… Bye.

Hanna tersenyum sendiri dan mematikan talian. Dia sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Haiii, perempuan mana lah pula yang jadi mangsa kau kali ni Qal…”

*~*~*~*~*~*

Seperti yang dijanjikan, Hanna muncul di tempat yang telah diberitahu Qalef tepat pada masanya. Tetapi bayang Qalef masih juga belum kelihatan. Lantas Hanna berlalu masuk ke dalam kafe dan ingin mengambil tempat di salah sebuah meja di situ sementara menunggu. Tetapi belum sempat apa-apa, tubuhnya tidak semena-mena dirempuh seseorang dan hampir-hampir menyebabkan dia tersembam jatuh.

Nasib baik juga tangan manusia tadi bertindak cepat dan menarik tangannya, kalau tidak pasti tujuh keturunan dia tidak akan jejak lagi ke kafe ini akibat drama tergolek di hadapan pintu kedai ini!

Hanna menarik nafas dalam-dalam, dan setelah dia berjaya mengatur semula rentak jatungnya yang tadi berdetak laju, dia mengangkat kepala dan memandang manusia di hadapannya itu dengan pandangan tajam.

Hey… I’m sorry. Are you okay?” Lelaki yang melanggarnya tadi bersuara dulu.

“You ni buta ke?” Garang Hanna menyergah lelaki itu.

“Woah, chill lah… I tak sengaja kut… And I dah cakap sorry dah pun.”

“Mata letak kat mana entah? Lutut?” Hanna masih belum bisa berhenti membebel. Memang nasib lah kan sebab terlanggar dia masa dia tengah panas hati.

“Perghhh mulut… Harap muka aje cantik tapi mulut longkang!” Lelaki itu sudah tidak mampu bersabar dan mula menyerang balas.

Terus sahaja mata Hanna membeliak besar dan memandang lelaki itu tajam.

“You cakap apa?”

“Mulut macam longkang!” Selamba sahaja lelaki itu mengulang katanya dengan riak yang menjengkelkan.

“You! Memang kurang ajar kan? Dah lah langgar orang, lepas tu ada hati pula nak cakap I macam tu?!!” Suara Hanna sudah naik beroktaf-oktaf.

Ketika itu, kebetulan kelibat Qalef datang tergesa-gesa menghampirinya.

“Eh, Ann? What’s wrong?” Sibuk Qalef bertanya risau. Datang-datang sahaja nampak Hanna sedang bertekak dengan entah siapa-siapa di depan pintu kafe, mana tak cuak?

“Kalau mulut I macam longkang, mulut you tu macam jamban tak flush!” Tempelak Hanna lagi dan terus menarik lengan Qalef, meninggalkan lelaki yang sudah melopong itu di situ.

“You ni kenapa lambat? Dah lah minta tolong I lepas tu lambat?” Kerana sisa marahnya yang masih marak di dalam hati, belum sempat apa-apa Qalef sudah disembur Hanna.

“Alah… Jangan lah marah sayang… I tersangkut kejap tadi.” Jari Qalef naik dan mencuit dagu Hanna tetapi cepat sahaja ditepis.

“Apa? You nak cakap tersangkut dalam jammed? Eyyy, boleh tak you jadi kreatif sikit?!!” Terteleng-teleng kepala Hanna dengan bibirnya dicebik meluat.

“Eh, tak lah. I mana ada nak cakap I tersangkut dalam jammed. I tersangkut dengan perempuan cun dekat tempat parking tadi. Perghhh, cun gila kut! Nasib baik I sempat dapat nombor dia!” Ucap Qalef teruja tanpa langsung ada riak serba-salah.

Hanna sudah mengangkat keningnya tinggi dengan riak wajah tidak percaya. Nak marah pun dah tak tahu patut marah ke tidak.

“You ni kan…” Hanna bersuara mendatar. Tetapi belum sempat dia menyambung katanya, Qalef terlebih dahulu kalut-kalut menyampuk.

“Eh, Ann… Tu dah sampai dah, dah sampai…” Laju Qalef mengubah tempat dan duduk di sebelah Hanna, tangannya pula selamba disangkutkan ke bahu gadis itu.

Manakala Hanna pula sudah menoleh ke belakang sedikit untuk melihat mangsa Qalef itu. Kemudian dia memandang pula Qalef dengan pandangan sedikit tajam dan laju-laju berubah kepada watak yang perlu dimainkannya. Tiba-tiba sahaja dia tersenyum manja dan berubah watak menjadi gedik di sebelah Qalef.

Tanpa Hanna sedar, lelaki yang bergaduh dengannya di hadapan kafe tadi setia memerhatikannya sejak tadi. Subhan yang duduk selang dua meja di belakang meja Hanna itu masih memerhati kelakuan gadis garang yang pada hematnya, kelihatan sangat; pelik tapi menarik?

Tidak dinafikan memang tadi Subhan naik meluat dengan mulut longkang gadis itu, kena langgar sikit pun nak melenting bukan main, tapi entah mengapa gadis itu menarik matanya untuk terus memerhati.

Bukan apa, tadi bukan main lagi garang bercampur longkang mulutnya, tetapi tiba-tiba sahaja dia berubah karakter pula. Dengan lelaki di sebelahnya itu pun dimarah-marahnya, sekelip mata kemudian gadis itu berubah manja begitu. Bukan main lagi pasangan di hadapannya itu memadu kasih, rasa macam nak naik juling juga matanya melihat.

Dan drama semakin menarik apabila tiba-tiba datang pula seorang lagi perempuan yang tidak kurang cantiknya ke arah meja mereka. Riaknya bengis semacam! Subhan sudah mengangkat keningnya tinggi. Hmmm…. Menarik!

“Sayang! What are you doing here? You cakap kucing you sakit? You nak bawa dia jumpa vet, that’s why you tak boleh jumpa I?!!” Perempuan cantik beriak bengis itu sudah mulakan serangan pada pasangan merpati sejoli itu.

Oh dear… Ni ke yang you cakap tu? I thought you dah break dengan dia?” Hanna pula bersuara. Riak wajahnya biasa-biasa sahaja, tiada rupa orang terkejut langsung!

I did. Tapi biasalah, perempuan macam ni selalu tak nak terima kenyataan lah honey… Susah nak cakap dengan orang tak faham bahasa ni.” Qalef juga bersuara selamba, tidak peduli langsung riak perempuan yang berdiri di sebelahnya itu semakin membengis.

“Hey! You ni siapa hah? Dasar perempuan perampas! Berani you kacau boyfriend I!”

Serentak itu, Qalef dan Hanna berpandangan sesama mereka dan kemudian serentak mereka menghamburkan gelak, membuatkan perempuan yang menjerit tadi agak terpinga-pinga dan riaknya semakin berubah kelat.

“Lah dear… Itu lah you nakal sangat. You tak ada cakap ke dengan dia?” Hanna menyoal Qalef, bersahaja gayanya.

“Hey you, kalau you nak tahu… Kitaorang ni dah couple lama tau! Almost 5 years right dear? So sekarang ni siapa yang perampas?” Nada suara Hanna masih biasa, dia memandang perempuan itu dengan senyuman di bibirnya.

What do you mean?” Perempuan tadi sudah tidak menjerit, suaranya sudah agak perlahan akibat rasa tidak percayanya.

“Kalau you nak tahu… Boyfriend I ni memang nakal. Memang nature dia macam tu, so I pun terpaksa terima ajelah…” Suara selamba Hanna semakin membuatkan perempuan itu melopong sendiri. Manakala Subhan juga sudah tersenyum tidak percaya, wow!

“Alah girl, dia dah bosan dengan you lah tu… Apa kata you just leave him and go find somebody else that will appreciate you? Dengan dear I ni, hmmm… I tak rasa lah you akan dapat.” Sempat Hanna memberikan nasihat lagi sementelah gadis itu hanya mendiamkan dirinya, masih tidak dapat menerima kenyataan yang terlalu mengejutkannya itu.

“I… I tak percaya ni semua! Kalau betul you girlfriend dia, tak kan you sanggup bagi dia flirting dengan perempuan lain?!!” Perempuan tadi sudah menjerit lagi. Subhan di belakang teranguk-angguk, setuju juga dengan apa yang perempuan itu kata kan.

For your information girl, we have an open relationship, he can play with whoever that he wants, and so do I… Kan dear?” Jelas Hanna, sempat lagi tangannya naik ke pipi Qalef dan tersenyum manis pada ‘teman lelakinya’ itu.

“Huh! Memang padan lah korang berdua ni! Seorang bitch, seorang jerk!” Tempelak perempuan tadi. Qalef terus bangun dari duduknya apabila mendengar penghinaan itu.

“Hey, you nak maki I, silakan! Tapi jangan sesekali nak cakap girlfriend I macam tu! She don’t deserve it! Because you know why? She’s way more better than you!!!” Jari telunjuk Qalef naik tepat pada wajah perempuan itu.

Such a jerk!” Laju sahaja tangan perempuan itu naik ke pipi Qalef.

Go to hell both of you!” Tempelak perempuan itu buat kali terakhir dan terus berlalu dengan linangan air mata.

Sebaik sahaja perempuan itu keluar, tubuh lelaki di sebelahnya itu terus ditolak, senyuman di wajahnya tadi hilang serta-merta dan berganti dengan riak masamnya semula. Subhan sudah mahu tergelak melihatnya. Okey, rasanya dia macam faham kut situasi ni…

You really owe me this time Qal! I nak balik lah, I tak ada mood.” Subhan terdengar lagi suara gadis di depannya itu dan serentak itu dia nampak gadis itu sudah bangun daripada duduknya.

Apabila Hanna berpusing, serentak itu mata mereka bertentangan. Tidak ada angin tidak ada ribut Subhan dijeling tajam. What?!! Dia tak ada buat apa-apa pun kut?!! Subhan menangkap perempuan itu mencebik dan terus menonong sahaja berlalu keluar daripada kafe.

Dunia oh dunia, memang ramai betul orang yang pelik-pelik kan? Subhan menggeleng-geleng sendiri dan tergelak kecil dengan adegan sebabak di hadapannya itu.

 *~*~*~*~*~*

“Ann… Dari mana tu?”

Langkah Hanna terhenti apabila terdengar suara mamanya bertanya. Lantas dia melencongkan langkahnya dan berjalan ke arah mamanya yang sedang duduk di sofa.

“Ann keluar dengan kawan Ann tadi kejap.” Jawab Hanna dan melabuhkan duduk di sofa bertentangan dengan Puan Anida.

“Kawan? Kawan yang mana? Siapa?” Bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut Puan Anida.

“Ann keluar dengan Qalef tadi.” Jujur sahaja Hanna memberitahu tentang aktivitinya tadi.

Terus sahaja dahi Puan Anida berkerut apabila mendengar jawapan Hanna itu.

“Ann masih kawan dengan budak tu? Ann keluar pergi mana dengan dia? Jangan-jangan Ann ada plan yang bukan-bukan dengan dia tak?” Curiga Puan Anida. Dia memang kurang berkenan dengan rakan anaknya yang seorang itu.

“Ma… Kenapa pula Ann tak boleh kawan dengan dia? Dia tu nakal sikit aje tapi dia tu sebenarnya baik lah ma…” Hanna cuba membela rakannya itu. Dia cukup tidak suka jika mamanya berpandangan serong pada rakan-rakannya. Memang lah kawan-kawannya bukan jenis yang baik, tetapi mereka tidak lah jahat!

“Ann tahu kan mama tak suka Ann kawan dengan dia? Nanti tak pasal-pasal Ann lupa pula janji Ann dengan mama, Ann buat lagi… Bukannya mama tak tahu Qalef tu jenis macam mana…” Puan Anida bersuara keras. Alang-alang sudah mahu berubah, baik tinggalkan terus semua anasir yang dapat mempengaruhi Hanna, termasuk lah kawan-kawannya yang tidak berjenis itu.

“Ma… Please lah. Janji Ann dengan ma Ann akan ingat, tapi jangan lah libatkan kawan-kawan Ann.” Hanna sudah bersuara bosan.

“Macam mana mama tak risau Ann. Kawan-kawan ni lah yang selalu mempengaruhi kelakuan kita. Sebab tu lah kita kena cari kawan yang baik-baik. Bukan cari yang jenis akan ajak kita buat benda yang bukan-bukan! Macam mama tak tahu, dia kan yang ajar Ann buat benda yang tak elok? Ajar Ann menapak ke kelab segala bagai tu?” Naik sedikit suara Puan Anida.

No ma… Apa yang Ann pernah buat dulu tu semua pilihan Ann sendiri, tak ada siapa yang ajar atau pengaruhi Ann. Ann minta maaf dengan apa yang Ann pernah buat dulu, Ann kecewakan mama. Tapi mama jangan lah salahkan kawan-kawan Ann, they have nothing to do with this matter.” Tegas Hanna lagi.

“Kalau boleh Hanna jangan rapat sangat dengan dia. Mama tak suka! Dan pastikan Ann ingat janji Ann dengan mama, jangan sampai mama hilang kepercayaan pada Ann!” Puan Anida juga bersuara tegas.

“Iya ma… Ann ingat. Ann akan cuba jaga diri Ann baik-baik. Jangan risau…” Hanna memberi jaminan, cuba meyakinkan mamanya.

“Emmm, kalau tak ada apa-apa Ann naik dulu ma…” Hanna meminta diri, tidak mahu berlama-lama, takut semakin berpanjangan pula debat mereka.

“Eh, nanti kejap Ann.” Puan Anida menahan Hanna yang sudah berura-ura mahu bangun itu.

“Ya ma? Kenapa?” Hanna kembali melabuhkan punggung di sofa, menanti bicara mamanya.

“Ann ingat tak kawan lama mama yang Auntie Sarimah tu?” Puan Anida bermukadimah.

Kerut dahi Hanna dibuatnya. Aduh, mana lah dia pernah ambil tahu perihal kawan-kawan mamanya itu. Dia sudah tersengih kambing.

“Errr… Siapa tu ma? Mana Ann tahu…”

“Alah, tak kan tak ingat kut? Tahun lepas kan dia ada datang open house kita? Auntie Tengku Sarimah tu?” Puan Anida cuba mengingatkan Hanna.

“Emmm, entah… Tak ingat ma. Kenapa dengan auntie tu?” Memang Hanna tidak ingat langsung, baik terus ke poin utama sahaja daripada membuang masa untuk mengingati kawan mama yang langsung dia tidak ingat itu.

“Tadi dia ada datang butik, anak saudara dia nak kahwin. Hanna tahu, rupa-rupanya anak dia pun satu U dengan Hanna tau…” Teruja Puan Anida bercerita perihal anak rakannya itu.

“Oh… yeke? Acuh tidak acuh sahaja Hanna memberi riaksi.

“Ha’ah… Kalau tak silap mama, auntie Imah tu cakap anak dia dah tahun dua dekat sana.”

“Okey… Lepas tu? Apa kena mengena dengan Ann?” Tanya Hanna dengan suara bosannya.

“Hesy, kamu ni… Macam tak ada perasaan aje. Bagus lah kalau ada orang kenal belajar sama tempat dengan kamu, boleh dia tengok-tengokkan kamu. Lega sikit mama…” Puan Anida sudah menarik muka sedikit dengan riaksi tidak berperasaan Hanna itu.

“Alahai ma… Yang kenal tu ma dengan auntie tu kan? Ann dengan budak tu bukannya kenal pun…” Hanna menjawab selamba.

“Kalau tak kenal boleh berkenalan kan? Bagus apa ada orang dekat-dekat ni boleh jaga kamu dekat sana nanti… Nanti Ann balik sana hujung minggu ni balik sekali dia ya? Selamat sikit kalau balik berteman.” Cadang Puan Anida bersungguh-sungguh.

“Ann dah besar lah ma… Boleh jaga diri sendiri. Lagipun bukannya Ann tak biasa.” Hanna menyandar di sofa sambil menayangkan riak kurang senang dengan cadangan mamanya mahu dia berkenal-kenalan dengan entah siapa-siapa itu. Hesy, janggal lah!

“Alah, apa salahnya Ann? Memang lah kamu dah biasa, tapi kalau berteman kan lebih selamat. Tiap-tiap kali kamu balik sorang-sorang tu, Tuhan je tahu macam mana mama risaukan kamu tau! Sudah lah sekarang ni macam-macam kes jenayah keluar berita tiap-tiap hari. Kamu tu perempuan, lagi lah mama tak senang hati. Ni kalau ada orang lelaki temankan, selamat lah sikit.” Tutur Puan Anida lagi.

Kali ini Hanna tidak terus memberi balasan, dia memandang mamanya lama. Lelaki? Dah kenapa beriya-iya sangat ni? Hmmm, nampak semacam aje ni? Ada agenda apa-apa yang dia tidak tahu ke?

“Balik sekali dengan dia eh? Boleh dia tolong jagakan keselamatan kamu.” Pujuk Puan Anida lagi sementelah Hanna hanya mendiamkan diri.

Akhirnya Hanna bergerak ke hadapan sedikit dan mula bersuara. 

“Hmmm… Tengok lah macam mana nanti ma… Ann tak janji. Ann naik dulu ya.”

Usai menyudahkan kata dia terus bangun dan berlalu ke tingkat atas. Tidak mahu lagi terus memanjangkan perbincangan. Kalau ikut hati memang dia nak terus tolak sahaja, tapi mengenangkan itu adalah mamanya, terpaksa lah keluarkan ayat sedapkan hati begitu. 

*~*~*~*~*~*
So
.
.
.
.
.
.
.



MR. Subhan dah muncul... Sila jerit kawan kawan... Hahaha






No comments:

Post a Comment