Followers

Thursday, May 26, 2016

**Cairkan Hati Beku Dia** 01



Assalamualaikum dah hai semua... Aduh duh duh duhhhh... Lama nau blog kami ni bersawang... 

Maaf kalian... Serious lama sangat tak post apa-apa dekat blog ni, sampai terkial-kial nak guna, rasa 

macam dah tak reti... Hahahaha adessss... Okey, hari ni, saya nak post cerita baru ya... *Finally* 

Haha... So tajuk cerita ni adalah Cairkan Hati Beku Dia *ni pun tak sure lagi, cuma pakai je dulu 

sebab memang tak ada idea...* Cerita ni saya akan post di kedua-dua, blog dan juga Wattpad. So ikut 

kesenangan anda lah nak baca di mana ya... So.... Enjoy reading kawan kawan... :)

**01**

~I Am Andrea Hanna~
         

         


My name is Andrea Hanna, just call me Hanna. I’m from Ipoh and I studied at PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) before.”

Ringkas dan padat pengenalan diri yang dibuat oleh Hanna. Yakin Hanna bertutur dan di dalam nadanya terselit sedikit bunyi angkuh dan sombong. Membuatkan ada antara ahli kumpulannya yang kurang berkenan dengan gadis yang baru memperkenalkan diri ini. Berlagak! Satu perkataan sahaja yang mampu digambarkan buat gadis ini.

Hanna sedang menjalani orientasi bagi pelajar-pelajar baru untuk kemasukkan ke kolej ini. Baru sehari Hanna menjalani program orientasi bagi pelajar-pelajar baru di kolejnya, tetapi Hanna sudah bosan! Dia bosan bukan kerana fasilitator-fasilitator yang suka membuli mereka, dia juga bukan bosan kerana dia rindukan familinya, tetapi dia bosan kerana tercampak ke sini seorang diri.

Melihat ahli-ahli kumpulannya, lagilah Hanna membuat muka bosan. Semua ahli kumpulannya pun buat muka ‘kerek’, semua pun seperti tidak menyukai kehadirannya di situ sahaja gaya mereka.

Tapi…

Ada dia kisah???

Langsung tidak berbekas di hatinya okey! Matlamat utama dia datang ke mari pun bukannya untuk mencari kawan-kawan semata-mata. Hanna mempunyai misi dan matlamat lagi penting. Dan kalau ada kawan macam ni, baik tak payah ada kawan lagi senang!

Bagi Hanna, pengalaman hidup di PASUM dulu menguatkan lagi seorang Andrea Hanna. Hanna yakin dia boleh berdiri di atas kakinya sendiri sementara dia masih belum jumpa kawan-kawan yang ‘sekepala’ dan boleh ‘masuk’ dengannya. Tidak perlu langsung untuk dia terasa hati dengan orang-orang yang langsung tidak menghargainya.

Sesi perkenalan itu berlanjutan lagi, selepas berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan mereka sendiri, mereka diarahkan pula untuk bergerak ke dalam kumpulan yang disebut oleh fasilitator. Contohnya, kumpulan mengikut tempat asal, kumpulan mengikut fakulti, kumpulan mengikut kursus dan sebagainya. Apabila bergerak untuk ke kumpulan yang seterusnya, Hanna cuba memaniskan mukanya sehabis mungkin, dia teringatkan pesan mamanya.

“Nanti cuba senyum sikit dengan orang Andrea. Jangan nak tunjuk muka masam aje dua puluh empat jam!”

Itulah seloroh mamanya sebelum mamanya pulang tadi. Mahu tergelak pun ada apabila dititipkan dengan pesanan sebegitu. Bukan sebab apa, Hanna sendiri juga tahu dan sebelum ini pun sudah ramai kawan-kawannya yang menegur. Kata mereka mukanya garang sangat! Pada saat mula perkenalan mereka, semuanya takut untuk menegurnya kerana dia asyik mempamerkan muka ketatnya sahaja.

Padahal bagi Hanna, dia langsung tidak perasan yang dia sedang mempamerkan riak yang tampak garang, walhal dalam hatinya langsung tidak terdetik perasaan marah ataupun bengang. Dan dia sendiri pun tidak tahu bagaimana lagi mahu mengurangkan ‘kegarangan’ mukanya. Sudah sejak azali memang begitu riak mukanya, bukannya dia sengaja mempamerkan riak begitu. Kadang-kadang dia sendiri pun tidak sedar. Tak kan lah dia mahu senyum sahaja setiap masa, nanti orang kata dia sewel pula. Tetapi rakan baiknya dulu pernah berkata.

“Senyum ajelah, senyum tu kan sedekah. Bukan salah pun.”

Hah, sudah. Memang Hanna terdiam seribu bahasa kerana kata-kata rakannya itu memang terbukti kebenarannya.

“Hai, nama saya Neesa. Boleh panggil Neesa. Awak pula?” Satu suara menerjah halwa telinga Hanna, menghalau pergi segala lamunannya sebentar tadi. Perlahan-lahan Hanna mempamerkan sebaris giginya yang kemas tersusun. Dia rasa senang dengan aura yang dibawa gadis di sebelahnya itu.

“I Andrea Hanna. You can just call me Hanna.” Ramah Hanna menjawab pertanyaan Neesa itu.

“Awak Perak dekat mana?” Neesa masih lagi tidak jemu menyoal Hanna. Dia juga berasa senang dengan Hanna. Seolah-olah ada keserasian antara mereka.

“I orang Ipoh. You?”

“Ooo… Saya orang Taiping.” Jawab Neesa dengan senang hati.

So, Neesa. You ambil course apa?” Hanna makin ramah dengan rakan yang baru dikenalinya itu.

Biochem. Hanna pula?”

“Eh, sama lah kita. Tak sangka kan, we are from the same state, sama kolej and then sama course pula.” Teruja Hanna bersuara.

“Tu lah kan. Happynya saya, akhirnya saya jumpa yang satu course dengan saya. Dari tadi kita tukar-tukar group and kenal-kenal, tak ada seorang pun yang sama course dengan saya.” Cerita Neesa bersungguh-sungguh.

“Eh, lupa nak tanya. You ni matriks jugak ke dulu?” Baru Hanna teringat dengan satu perkara itu.

Sebentar tadi dia rasa seolah-olah terkena ‘culture shock’ sekejap apabila yang memperkenalkan diri mereka semuanya berbeza-beza umurnya. Dia terlupa yang mereka semua mungkin datang dari latar belakang pendidikan yang berbeza. Ada yang dari STPM, Matrikulasi, Asasi dan juga Diploma. Sungguh, Hanna lupa tentang itu semua. Maklumlah dulu semasa di PASUM dulu, semua pun budak-budak yang sebaya dengannya. Sebab itulah Hanna agak terkejut tadi.

“Ha’ah. Dulu Neesa matrik Penang.”

“Oooo… So you ni sembilan belas lah kan?”

“Neesa tahun ni dua puluh lah.” Neesa memang lepasan matrikulasi. Tetapi dia adalah pelajar bagi program dua tahun.

“Lah… I baru sembilan belas. So ni kena panggil Kak Neesa ke?” Seloroh Hanna sambil ketawa. Tidak semena-mena Neesa juga ketawa dengan kata-kata Hanna itu.

“Eh, tak payah lah kut. Rasa tua pula. Panggil je Neesa.” Ujar Neesa sambil ketawa.

Neesa sebolehnya tidak mahu mewujudkan jurang antara mereka, jika Hanna memanggilnya ‘kakak’ nanti pasti akan wujud tembok yang memisahkan mereka. Mereka akan terikat dengan hubungan ‘kakak-adik’ instead of ‘BFF’. Neesa senang dengan Hanna dan kalau boleh dia ingin Hanna menjadi BFF-nya. Dia juga berseorangan yang tercampak ke sini, kawan-kawannya yang lain semua tidak ada yang mendapat universiti yang sama dengannya.

Hanna dan Neesa rancak berbual sesama mereka. Banyak perkara yang dibualkan mereka, minat dan hobi mereka hampir serupa rupanya. Nampaknya Hanna boleh menarik nafas lega kerana dia sudah berjumpa dengan seorang ‘sahabat’. Pada waktu yang sama, fasilitator di depan sudah membuat pengumuman menyuruh mereka bertukar kumpulan lagi. Setelah bertukar-tukar nombor telefon, barulah mereka bertukar ke kumpulan yang seterusnya.

                                                            *~*~*~*

Hanna mendengus kebosanan lagi. Sejak tadi aktiviti yang dijalankan tidak langsung menarik minatnya. Secara jujurnya Hanna kurang suka dengan aktiviti semasa orientasi, di dalam fikirannya orientasi di universiti menjanjikan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan sesuatu yang orang dewasa akan lakukan. Tetapi lain pula yang berlaku, aktiviti sudah seperti aktiviti kanak-kanak tadika sahaja. Menyanyi dan menari dengan gerak langkah yang amat kebudak-budakkan. Hanna tercengang sendiri. Dia sendiri tidak faham dengan apa yang ada dalam fikiran semua fasilitator. Hanna juga tidak faham dengan semua orang di sini, nampak seperti sangat seronok dengan aktiviti ini. Padahal ramai di antara mereka sudah menginjak ke umur 20-an. Kenapa lah mereka boleh enjoy dengan aktiviti yang entah apa-apa ini.

Walaubagaimanapun, Hanna tetap bersyukur kerana orientasi di sini tidaklah seburuk yang disangka. Hanya aktiviti yang dirasakan kebudak-budakan ini sahaja yang Hanna tidak suka. Yang lain dia amat berpuas hati. Orientasi kali ini amat berbeza dengan orientasi semasa dia di PASUM dulu. Dulu, fasilitator mereka amat memaksa dan suka bersikap tidak munasabah. Katanya suruh berkumpul pukul 2 petang. Tetapi baru pukul 1.30 petang, mereka sudah membuat pengumuman menyuruh semua orang untuk berkumpul. Mana lah sempat mereka hendak mandi, makan lagi. Sudahlah pelajarnya ramai, bilik airnya pula terhad, fasilitator pula suka memaksa, lambat sedikit mereka sudah terpekik terlolong, akhirnya ada juga yang turun berkumpul tanpa sempat mandi.

Hanna mengeluh lagi. Dia masih tidak rapat dengan ahli-ahli kumpulannya, satu-satunya rakannya sekarang adalah Neesa seorang sahaja. Tetapi dia dan Neesa bukanlah daripada kumpulan yang sama, semua aktiviti mereka perlu dijalankan berasingan. Sekarang ini Hanna hanya berharap masa cepat berlalu dan orientasi ini cepat tamat. Sumpah, dia rasa sesak sangat sementara menunggu minggu orientasi ini berlalu, entah mengapa masa pun berjalan dengan amat perlahan… Hanna bosan!
                                                            *~*~*~*

No comments:

Post a Comment