Followers

Thursday, May 26, 2016

**Cairkan Hati Beku Dia** 02


           

**02**

~Man is not my Priority~


Akhirnya! Orientasi yang menyeksakan jiwa dan raga Hanna telah tamat sepenuhnya. Kini tiba waktu dimana Hanna bergelar seorang mahasiswi yang sebenar. Kuliah pun sudah bermula dan Hanna mula sibuk dengan jadual kuliahnya setiap hari.

Daripada Neesa, dia berkenalan pula dengan rakan Neesa, dan juga rakan-rakan sekelasnya. Sekarang rangkaian rakannya boleh tahan ramai, tidak lah dia menjadi lone ranger seperti hari pertama di sini dulu.

“Hanna… Kau nak makan apa? Nak aku tolong order kan tak?” Soal Neesa. Hanna yang ralit dengan Ipad di tangannya itu lantas mengangkat kepala.

“Kau pergi dulu lah, aku jaga tempat ni. Nanti kau orang dah siap order aku pergi pula.”

Neesa tidak banyak soal, menggangguk sekilas dan terus berlalu meninggalkan Hanna di situ. Hanna terus mengembalikan tumpuannya pada Ipad di tangan. Dia bukan sibuk apa, tengah sibuk nak atur jadual kuliah dia. Minggu awal-awal kuliah ni memang sibuk nak daftar kursus lah, nak drop, nak tukar subjek lagi, memang sibuk betul. Nasib baik ada gajet-gajet canggih yang boleh mengakses internet tak kira di mana-mana sahaja, senang sikit kerja.

Tapi apa-apa pun, terkial-kial juga dia sebab pertama kali buat benda macam ni. Sekarang baru dia faham bila cikgu sekolah asyik cakap dah masuk universiti nanti semua pun kena buat sendiri, kena berdikari! Ni nak atur jadual kelas pun kena buat sendiri. Kalau tak dulu semua pihak sekolah dah sediakan, sekarang ni memang tak lah!

“Hai, sorang je?”

Hanna mengangkat kepala daripada memandang Ipad apabila terdengar ada suara yang menegur. Berkerut sikit kening dia apabila terpandang wajah gerangan yang sudah mengambil tempat di hadapan dia itu. Rasa macam… tak kenal…

“Errr…?” Hanna sengetkan kepala dan menjungkit sebelah kening sambil buat muka bingung.

 “I Hakim. You Hanna kan?” Lelaki di hadapannya itu memperkenalkan diri tanpa disuruh.

Dahi Hanna makin berkerut. Aii, mana dia tahu ni?

Yes, I Hanna. But I don’t think I know you?” Selamba sahaja Hanna membalas.

Hakim hanya tergelak sahaja walaupun sebenarnya hati dia sentap juga bila Hanna cakap macam tu. Haish, tapi nak jual minyak ni mana boleh tunjuk dia tak gentleman kan?

You don’t know me, but I know you dear…” Hakim bersuara lagi sambil menayangkan sengih romeonya.

Serta-merta Hanna juling mata putih ke atas.

Whatever…

Memang Hanna malas dah nak layan. Dia kembali menatap Ipad di tangan, rasanya pendaftaran kursus dia lagi penting kut daripada mamat depan dia ni. Lagipun Hanna dah ada target sendiri, masuk ke universiti ni dia memang dah malas nak layan benda-benda merepek macam ni. Dia tak nak ulang kesalahan yang sama masa zaman sekolah dan zaman PASUM dulu. Dia nak berubah jadi Hanna yang baru.

“Wow, arrogant-nya you… Tapi it’s okay, I like it.”

Hanna yang masih menunduk menatap Ipad terdengar Hakim bersuara lagi dan tergelak kecil.

“You nak apa ni?” Akhirnya Hanna mengalah, dia angkat kepala sekali lagi dan menatap Hakim.

“I nak kenal you lah… Boleh I nak nombor you?” Pinta Hakim sambil merenung Hanna, cuba memberi pandangan menggoda. Tapi dia tak tahu yang Hanna ni hati batu, setakat padangan macam tu mana dia nak cair.

Hanna menghela nafas berat dan meletakkan Ipadnya di atas meja sebelum kembali bersuara.

“Macam ni lah… You balik, you cari lah sosial media mana yang I ada. You add I, nanti I pertimbangkan eh nak approve you ke tak.” Tanpa perasaan, Hanna berkata.

Mendengar kata Hanna, terus Hakim tergelak. Terangguk-angguk kepalanya, kagum dengan karisma yang ditunjukkan oleh Hanna. Selalunya kalau setakat budak-budak baru ni, senang sahaja dia mahu mengayat, tapi dengan Hanna, wow… Boleh tahan payahnya!

“Hmmm, not bad! Okey, tak ada masalah. I sahut cabaran you. Nanti I akan usahakan ya. By the way, ni nombor I, kalau you rasa nak ubah fikiran you boleh contact I. Tapi you jangan risau, pasal cari you dekat laman sosial tu, I mesti akan cari. Tunggu ya…” Hakim meletakkan secebis kertas yang siap tertulis nombor telefonnya di situ. Kemudian dia bangun dan bergerak mengundur sambil memandang Hanna tak lepas, senyuman seksinya masih tersungging di bibir. Tangan pula melambai-lambai pada Hanna. Sekali tengok memang bergaya Hakim ni, agaknya kalau orang lain dah lama cair, tapi tidak buat Hanna. Dia langsung tak rasa apa-apa!

“Weh… Siapa tu Hanna? Handsome doh!” Suara teruja Neesa mengembalikan Hanna pada alam nyata. Dia terus mengalihkan pandangan pada Neesa yang sudah duduk di sebelahnya itu.

“Entah.” Hanna hanya memberikan jawapan acuh tak acuh. Malas nak ulas panjang-panjang.

“Hah, aku tahu! Mesti dia nak ngorat kau kan…” Soal Neesa sambil singgung lengan Hanna dengan gaya gedik.

“Entah.” Sekali lagi Hanna memberikan jawapan sesuka hati dia. Tambah pula dengan muka selenge dia tu, kalau orang kurang kesabaran diri mesti tak tahan dengan Hanna ni.

“Kau ni!” Akhirnya Neesa pun naik geram dengan Hanna yang hati kering ni. Hanna dah tergelak tengok muka Neesa naik merah sebab geram dengan dia.

“Apa yang kau orang bising-bising ni?”

Tiba-tiba kelibat dua lagi kawan baru Hanna, Hanim dan Yani datang menyapa dengan pinggan di tangan masing-masing. Mereka mengambil tempat di hadapan Hanna dan Neesa.

“Ni Hanna ni… Kecik besar kecik besar je aku tengok dia sekarang ni.” Ujar Neesa kegeraman. Masing-masing di situ sudah tergelak melihat riak geram si Neesa.

“Asal weh? Apa kes kau sampai jadi kecik besar kecik besar dekat dia ni Hanna?” Soal Yani lagi sambil tertawa. Tidak berpuas hati selagi tak dapat cerita sebenar.

“Tak tahu aku dia ni. Pelik-pelik!” Selamba Hanna mengenakan si Neesa. Spontan itu, terus mata Neesa terbeliak besar.

“Oiii, kau tu yang pelik-pelik. Apa aku pulak?” Tangan Neesa dah naik menolak bahu Hanna, makin geram dia kerana tak pasal-pasal nampak macam dia pula yang salah.

“Entah apa-apa entah korang ni…” Hanim dah ketawa melihat teletah kedua-dua rakan barunya itu.

“Hah ni nak cerita, kalau korang nak tahu… Tadi kan, ada sorang mamat handsome ngorat kawan kita ni…” Beritahu Neesa sambil mengangkat-angkatkan keningnya, senyum nakalnya sudah tersungging di bibir.

“Yeke? Mana, mana? Aku nak tengok juga!” Kepala Yani dah terjengah-jengah, cuba mencari lelaki yang dimaksudkan oleh Neesa itu.

“Tak payah cari lah, dia dah blah dah. Siapa suruh korang lambat.” Neesa bersuara selamba.

“Wah, panas betul kak long kita seorang ni! Belum apa-apa dah ada peminat!” Hanim bersuara sambil tersengih-sengih.

“Tapi malangnya, kak long kau yang hati kering ni tak layan pun mamat handsome tu.” Neesa bersuara lagi sambil mencebik.

Hanna langsung tidak berminat nak beri apa-apa komen. Dia bangun dan menyerahkan Ipadnya pada Neesa, sambil itu sempat lagi dia menjentik bahu Neesa.

“Nah, ambil ni. Aku dah tukar masuk kelas lagi satu. Baik kau tukar sekarang, karang penuh padan muka kau! Aku nak pergi beli makanan.” Tanpa menunggu balasan Neesa, Hanna terus berlalu untuk membeli makanan.

Sepuluh minit kemudian, Hanna kembali dengan sepinggan makanan di tangannya. Dia kembali mengambil tempatnya di sebelah Neesa tadi, perutnya sudah berkeroncong dah ni, nak aje dia makan cepat-cepat!

“Nah, thanks Hanna. Nasib baik aku cepat, dah nak penuh kut kelas tu!” Neesa menyerahkan kembali Ipad milik Hanna. Selepas itu baru dia mencapai sudu dan mulakan santapan bersama-sama kawan-kawannya.

Untuk seketika, masing-masing diam. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga sahaja yang kedengaran.

“Hanna, kau ada boyfriend tak sekarang ni?” Tiba-tiba Hanim bertanya, memecahkan kesunyian antara mereka.

“Tak ada.” Laju aje si Neesa tolong jawabkan. Hanna tak marah pun, dia hanya mengiyakan dengan anggukan perlahan.

Seriously? Eyy, macam susah nak percaya aje kau ni?” Yani pula bersuara tidak percaya. Hanim turut mengangguk bersetuju. Bagi mereka, tidak mungkin lah kut perempuan super cantik macam Hanna tak ada teman lelaki?

Walaupun mereka baru sahaja berkawan dengan Hanna, tetapi sedari awal lagi mereka sudah mengenali pemilik nama Andrea Hanna ini. Manakan tidak, sejak minggu orientasi lagi nama Hanna sudah menjadi bualan hangat dan siulan pelajar-pelajar lelaki. Masing-masing kecoh mahu mencuba nasib untuk berkenalan dengan Hanna yang ayu dan jelita ini. Hanna sangat bertuah kerana dikurniakan paras rupa yang sangat menarik, ditambah pula dengan pakej ketinggiannya dan bentuk badan yang mengancam. Tidak perlu pun untuk dia berhias lebih-lebih, pun masih ramai yang tertawan melihatnya. Pakai t-shirt biasa dengan skinny pun banyak lelaki yang toleh dua kali apabila Hanna lalu.

“Betul lah.” Tegas Hanna lagi.

Then bila kau putus dengan ex-boyfriend kau? Kenapa kau orang putus?” Biasa lah, kalau dah namanya perempuan tu mesti tak lari daripada topik-topik sebegini.

Lama Hanna terdiam. Dia perasan tiga pasang mata setia terpaku padanya, tapi berat mulutnya untuk berkata. Lambat-lambat, baru lah dia membuka mulut.

“Aku tak pernah ada boyfriend.” Pendek jawapan Hanna membuatkan ketiga-tiga rakan-rakannya melopong.

“Eyyy… Kau ni, nak menipu pun agak-agak lah.” Neesa menolak bahu Hanna. Langsung tidak percaya dengan kenyataan Hanna tadi. Manakala Hanna dah buat muka bosan, kalau ikut hati nak aje dia tamatkan perbualan tentang topik ini. Kalau boleh, memang dia tak mahu langsung berbicara tentang topik ini!

“Tak nak percaya sudah.” Putus Hanna, malas nak mengulas tentang topik ini. Memualkan!

“Habis tu kenapa kau tak nak layan mamat tadi? Aku tengok dia macam boleh tahan.” Soal Neesa lagi.

“Malas lah.”

Acuh tak acuh sahaja Hanna memberikan jawapan. Suapan diteruskan seperti biasa, serupa tiada perasaan sahaja Hanna ini.

“Alah, cuba tak salah kan? Kau pun tak pernah bercinta sebelum ni, so bila lagi kau nak try?” Hanim pula memberikan pandangannya. Yang lain juga mengangguk bersetuju.

“Tak nak lah. Malas.” Hanna malas nak membebankan otak dengan benda entah apa-apa, bukan dapat faedah pun. Buat masa ni dia memang tak terfikir langsung nak ada teman lelaki. Kalau setakat kawan tu boleh lah.

“Malas… Malas… Macam ni bila baru kau nak ada boyfriend?” Neesa sudah kegeraman dengan jawapan acuh tidak acuh Hanna. Nampak sangat dia bukan sahaja malas nak ada teman lelaki tapi nak jawab soalan-soalan ni pun dia malas!

“Aku datang sini nak belajar lah. Bukan nak cari boyfriend.” Dingin dan selamba Hanna mengeluarkan kata.

Serta merta, terdiam terus ketiga-tiga mereka apabila mendengar ayat Hanna. Hah, ambik! Kalau tak insaf sekejap bila dengar ayat macam tu, tak tahu lah nak cakap apa. Hanna pula masih macam tadi, beriak selamba tanpa perasaan sambil meneruskan suapan ke mulut.

Hakikatnya, kawan-kawan baru Hanna tidak tahu sebenarnya banyak rahsia yang disimpan dalam hati seorang Hanna…

*~*~*~*

No comments:

Post a Comment